Pengalaman Melihat Keindahan Kelip-Kelip di Sungai Cherating | Hafiz's Cherating Activities

Bermulalah aktiviti malam pertama kami di sini , jeng jeng jeng ~ sebelum tu nak berceloteh sikit , dah lama sebenarnya qaseh nak tengok kelip-kelip tapi selalunya mata je berkelip haha hak elaaaaaa takkan tak pernah tengok kelip-kelip ? why so teruja haaa .. sebabnya tak sama keadaan kelip-kelip sesat masuk rumah dengan keadaan kita yang pergi ke penempatan mereka..

Yang pasti qaseh nak sangat rasa pengalaman naik bot , bunyi unggas-unggas hutan , rasa angin malam yang sejuk dengan bunyi deruan air dari enjin bot dalam kepekatan malam .. dan of course lah ini kali pertama qaseh merasai nya . Perasaan ? sebenarnya cuak jugak sebab naik bot  malam-malam then tak nampak apa kan tapi pasang niat yang betul inshaaAllah perjalanan lancar .. yang pasti sangat best !

Sebelum Perjalanan Bermula 

Mana-mana aktiviti kena dengar arahan dan taklimat dulu ,dan wajib pakai life jaket sebab keselamatan paling di utamakan , masa ni ada pelancong mat salleh juga so 1 trip lah dengan mereka .. yang pertama-tama wajiblah selfie luuuu seround :p oh ye kami menaiki bas dari hotel untuk ke jeti


Bila En. Meor bagitahu yang En. Hafiz ni boleh berkomunikasi dengan kelip-kelip , qaseh macam teruja nak tahu macamana beliau boleh menyeru semua binatang yang indah ni , adakah dia menyeru ''wahai kelip-kelip kemari lah dikau kepangkuan ku'' haha vongoks je 
Inilah peneraju utama Hafiz's Cherating Activities , macamana nak tahu beliau memanggil kelip-kelip ? haa jomlah ikut qaseh naik bot .. jom ! jom ! 

Perjalanan Bermula , Melihat Kelip-Kelip di Kampung Cherating

Selesai taklimat dari En Hafiz , kitorang di arah kan untuk menuju ke jeti dan menaiki bot , bila tengok je bot .. tu diaaaaaa cuak gak r , haha dasar penakut !! cepat-cepat pilih tempat duduk kat tengah-tengah kakakaka , duduk sebelah Kak Moha dan Kak Lya ..

Masuk je dalam bot , Kak Lya bisik '' wei qaseh baca doa cepat haha terus lagi cuak , apaa diaa kak Lya ni , tapi cepat2 qaseh baca gak doa dalam hati tapi nak tergelak pun ada , dush ! '' korang tak perlu risau depa-depa semua ni berpengalaman , kami saja buat lawak berdua buat hilang darah gemuruh , Kak Moha sebelah watlek watpis jee .. huh



Bila dah semua ready , enjin bot di hidupkan , grennnng grengggg bunyi bot haa macam tu lah kot bunyi bot. Eh mai lah naik sekali , qaseh nak korang pun sama-sama bayangkan duduk dalam bot sekali .. lepas tu bunyi air sungai berkocak laju , bot pun perlahan-lahan meninggalkan jeti ~ terasa angin malam menampar-nampar muka dan tempias air sungai ke dalam bot .

Sementara kita berlayar jauh untuk ke penempatan kelip-kelip , qaseh nak kongsikan apa yang En. Hariz bagitahu dalam taklimat tadi , semua nya tentang kelip-kelip dan pantang larang yang kami kena ikut , sebelum ni korang tahu tak kenapa kelip-kelip ni suka sangat berkelip ? adakah sebab depa-depa ni tak nampak jalan sebab tu kena suluh ? haha tidak sama sekali ! Adakah kerlipan mereka sama ? tidak juga , kerlipan kelip-kelip ni sebenarnya berbeza..

''kelip-kelip ku sangka api , kalau api mana puntungnya'' ~  ewah  ~

Fakta Tentang Kelip-Kelip
  • Berkelip bila mana mereka hendak memikat like ''do you love me because i love you'' hihi dan juga memberi tanda untuk mengawan 
  • Cara mereka berkomunikasi antara satu sama lain
  • Kelip-kelip jantan lebih besar cahaya berbanding betina
  • Ia juga berkelip untuk memberi amaran tentang kehadiran musuh dan juga bencana lain 

Perjalanan di teruskan , satu hal yang kita tak boleh buat semasa aktiviti ni adalah mengambil gambar kelip-kelip sebab mereka ni sangat pantang dengan cahaya , nanti kelip-kelip tu tak mau datang dekat dan lari .. haaa so bila datang tempat depa , kita kena ikut je lah .. bila sampai je di tempat kelip-kelip berada , bot mula perlahan dan berhenti .. 

Detik ni lah En Hafiz menggunakan kepakaran beliau memanggil kelip-kelip datang dari arah pokok , nampak macam senang je cara En Hafiz dengan menggunakan lampu khas berwarna oren , beliau mengarah kan lampu tu ke kiri dan ke kanan dan kemudian subhanallah banyaknya kelip-kelip menuju ke arah beliau ..

Bot En Hafiz paling tepi , so kelip-kelip tu akan melalui bot-bot kami  (kami duduk sebaris ), jika bernasib baik kelip-kelip tu akan singgah dan menyentuh tangan kitorang , haha semua duk pakat hulur tangan ... sesapa tangan busuk tu kelip-kelip suka lah (padahal dengki sebab kelip-kelip takmau dekat dgn qaseh) hahah bengang je , ni mesti suara KakYanie dan Bella mengganggu werkk ! 

Disebabkan tak boleh ambil gambar , tapi qaseh nak jugak bagi gambaran kat korang , kelip-kelip tu bersinar macam ni lah , indah sangat ciptaan Allah ni , yang memang dah jarang sangat kita boleh tengok , syukurlah kat sini kelip-kelip masih ada .. semoga mereka tetap hidup dan tak pupus.
Tapi qaseh berjaya jugak tangkap sekor kelip-kelip hari tu , haha yeyyy ! happy sangat walau pun sekejap , tapi kelip-kelip tu suka pergi dekat Kak Dila , ni mesti dah letak ayat pengasih awal-awal haha , jika nak lepaskan balik kelip-kelip tu just hembus perlahan-lahan nanti dia akan terbang ke tempat dia semula

Banyak tempat jugak kelip-kelip ni berada , dan setiap satu nya kami akan singgah .. setiap kali kelip-kelip tu muncul qaseh rasa kagum dan mulut automatik berkata ''wah cantiknya'' satu pengalaman yang sangat indah buat qaseh .. pengalaman yang sangat berharga dan tercipta lah satu lagi momen indah dalam hidup qaseh di Cherating ni .. 

Tq En Hafiz kerana menaja segala aktiviti kami di sini , walaupun En Hafiz dah ajar teknik memanggil kelip-kelip tapi tak menjadi , mungkin kelip-kelip hanya nak Papa mereka je , Papa Hafiz , alalala comel je. 

Selekeh :p selain dari Fireflies Watch Tour , ada aktiviti lain yang best seperti Turtle Laying Eggs Watch , Release Baby Turtles ,Sea Fishing ,Snorkelling Trip , River Kayaking dan Mangrove Cruise.

 Bergambar buat kenang-kenangan 

Penutup Aktiviti 


Penutup kami di sudahi dengan sesi perkenalan dengan semua ahli KBBA , yang baru-baru kena berucap panjang sikit haha , masa ni baru kenal serba sedikit  , ucapan dari Abah KBBA haha bukan abah careno k .. Ben Ashaari , dan last sekali presentation dari En Meor tentang Legend Resort Cherating dan aktiviti yang ada di sini ..

Hati Berbicara :
Alhamdulillah selesai dengan lancarnya , esoknya pagi-pagi lagi kami kena bangun untuk melihat sunrise , adakah kami bangun atau pun terlajak tido dek empuknya katil haha .. tunggu next entry sebab hari kedua penuh dengan aktiviti yang cukup padat !  

10 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Nice la qaseh. Jelas sangat penerangannya. 😀 seronok baca.

    BalasPadam
  2. Ingatkan Kak Ti sorang je yg cuak tapi buat ala2 macho mlm tu..😂😂.. Tapi memang kagum sangat dengan kebolehan En Hafiz panggil kelip keli datang ke arah kita..

    BalasPadam
  3. amboii bestnya. Letak le gambar kelip byk sikit.. x puas heheheh

    BalasPadam
  4. Cantiknya kelip-kelip tu.. Comel je singgah atas tangan

    BalasPadam
  5. Alahai bestnya dpt gi tgok kelip²..

    BalasPadam
  6. Bestnya, kita hanya mampu tengok dan kongsi keseronokan je.

    BalasPadam
  7. Dulu zaman sekolah kerap juga ada kelip2 kat area rumah.. banyak jugak.. sekarang dah pindah, tak nmpak dah kelip2..

    Boleh suggest kat family ni.. menarik!!! 😘

    BalasPadam
  8. sonoknye dapat nengok kelip kelippp

    BalasPadam
  9. Fuhh bestnya dapat tengok kelip2..seronok sangat sebab banyak btol kelip2 kat situ

    BalasPadam
  10. ruginya tak mai sini hari tu..

    next time kena singgah nii..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama