Assalamualaikum
Omaigod, pertama sekali qaseh nak wish Selamat Ulang Tahun Yang Ke-40 Happy Meal - Mainan Ikonik McDonald's. Ada tak pengumpul mainan ikonik Happy Meal McDonald's dari tahun 1988 lagi ? Korang tahu tak 1988 tu tahun qaseh di lahirkan, perghhh masa qaseh lahir dulu takde pulak yang hadiahkan mainan dari Happy Meal ni haha :p Siapa yang masih simpan , memang rare sangat.
So, qaseh berkesempatan menghadirkan diri dalam majlis ulang tahun Happy Meal yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ni, macam biasa lah event sangat happening dan meriah, ditambah dengan beberapa game yang penuh gelak ketawa dan beberapa kejutan best, semestinya buat peminat Happy Meal
Seingat qaseh, pertama kali qaseh beli happy meal ni bila dah dewasa sebab dulu dekat bandar kecil McDonald's ni takde lagi so bila berhijrah ke luar baru boleh beli Happy Meal hihi, dan sekarang selalu beli untuk anak pula, bukan anak je suka, tapi mak ayah yang lebih, betul tak haha!
Sempena ulang tahun Happy Meal ni, ada surprise untuk korang ! Selama 40 tahun , Happy Meal menjadi simbol penrkongsian kegembiraan bersama keluarga, bagi memperingati peristiwa penting ni, McDonald's Malaysia melancarkan edisi terhad Surprise Happy Meal ! Yuhuuuu tak sabarnya nak dapatkan juga.
Puan Melati Abdul Hai, Vice President and Chief Marketing Officer of McDonald’s Malaysia unveiling the 14 iconic toys
Kalau korang tak pernah tengok mainan ikonik Happy Meal semenjak 4 dekad yang lalu, haaa sempena ulang tahun yang ke-40 ni, korang berpeluang mendapatkan mainan ikonik yang pernah ada sejak tahun 80-an lagi. Perghh, kesemuanya ada 14 mainan tau, sumpah rare, qaseh pun tak sabar nak dapatkan Beanie Babies, Tamagochi dan semuanya lah, sumpah comel-comel je semua ~
Surprise Happy Meal ! ( 28 Nov sehingga stok masih ada )
Bagi korang yang tak pernah tengok mainan ikonik Happy Meal dari zaman 80-an, ini lah dia, terdapat 14 mainan ikonik kesemuanya mengikut tahun. Happy Meal telah berkembang ke lebih 38000 restoran di lebih 100 negara di seluruh negara semenjak ia diperkenalkan pada Jun 1979 sebagai simbol kejutan,keceriaan dan kegembiraan.
Untuk Surprise Happy Meal ni, korang boleh dapatkan di semua restoran-restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara mulai 28 November ini, sehingga stok masih ada. So cepat-cepat tau sebab mainan rare ni biasanya laku keras, heheh.
Jadi, setiap Surprise Happy Meal akan mengandungi salah satu mainan koleksi dan edisi terhad. Kiranya, korang tak boleh pilih tau, akan dapat random sebab nama pun surprise kan, macam zaman kanak-kanak dulu, pernah kan beli mainan dalam plastik dan kita teruja gila nak tahu apa benda yang kita akan dapat, haaa macam tu lah surprise nya nanti hehe, antara 14 mainan tu, korang boleh tengok gambar di bawah ni okay.
- Cowboy McNugget (McDonald's) 1988
- Fireman McNugget (McDonald's) 1988
- McNugget Carrier Mail (McDonald's) 1988

- Hamburger Changeable (McDonald's) 1989
- Grimace (McDonald's) 1990

- Dino Happy Meal Box Changeable (McDonald's) 1991
- McDonald's Hot Wheels Thunderbird (Mattel) 1993

- Hamburglar (McDonald's) 1995
- Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers) 1996
- Patty The Platypus (McDonald's) 1997
- My Little Pony (McDonald's) 1998
- Hello Kitty (McDonald's) 2013
- Tamagotchi (Bandai) 1998
- Furby (Hasbro) 1999
Limited Edition Box
Tak sabar nak tunggu 28 November, harap-harap firstly dapat Tamagochi ahahaha. Macam best je ~
Parties and Meeting at McDonald's Malaysia
Okayh, satu lagi qaseh nak share pada korang semua, melalui Parties @McD menyediakan ruang untuk rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur untuk mengadakan pelbagai sambutan seperti majlis hari jadi, majlis perpisahan atau majlis perjumpaan semula di restoran-restoran terpilih di Malaysia. Boleh lah cipta kenangan indah di McDonald's gituhhh ~
Dan juga, selain Parties @ McD , rakyat Malaysia juga boleh melalui Meetings @ McD boleh menggunakan restoran-restoran McDonald's sebagai tempat mengadakan mesyuarat di luar pejabat, kekdahnya sambil meeting sambil makan McDonald's hihi, alaa bos sekali sekala kan ~
Untuk tempahan, korang boleh buat tempahan melalui applikasi McDonald's yang boleh dimuat turun di Play Store / Apple Store atau di laman web McDonald's Malaysia di www.mcdonalds.com.my
Lastly ~ jangan lupa dapatkan Surprise Happy Meal pada 28 November nanti sehingga stok masih ada, perghh mainan zaman 80 - 90 an woooo, haruslah buat koleksi, yang pasti bukan anak-anak je minat, mesti ramai mak ayah yang suka mengumpul mainan Happy Meal kan ? Haa beli jangan tak beli !





































