• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum , 

Yeyyy alhamdulillah baby ayyan dah dua bulan lebih dah ~ yahooooo yabeedaa beduu anak umi dah dewasa , eh belum lagi umi tak puas lagi nak tengok kecomelan ayyan zaman kecik-kecik ni haaa , alkisah hari tu pergi klinik untuk checkup 2 bulan , so far baby ayyan ni sado orangnya hingga tangisan dia tu boleh dengar satu dunia bila kena inject , haaa memang nampak sado kat situ haha , graf berat badan dia pun makin naik bulan makin naik , setakat 2 bulan ni berat ayyan dah 5.3 kg , 19 april nanti checkup untuk 3 bulan plak .. agak-agak naik tak berat anak umi ni , sebab kadang-kadang angkat dia macam berat , tapi kadang-kadang macam ringan plak , adakah ini di namakan sindrom mak-mak ? haha pape je lah cuma harap sihat-sihat je sokmo

Baby ayyan ni umi tengok pagi-pagi bangun tido je mesti mood dia sangat lah hepy sampaikan menghappykan umi sekali , haha then sekarang ni memang suka la duk membebel sorang-sorang , bebel tu takpela lagi kan , ada satu jenis pulak suka berdiri n melangkah , adohaaaaa awak ingat awak dah kukuh sangat ke nak berjalan tu , kang umi lepas ada yang tertonggeng haha ..setakat dua bulan ni so far takde la perangai ayyan yang mencabar kesabaran umi , bangun tido pun mood hepy macam dapa kawen dengan nealofa gitu ,  dan pagi-pagi mesti ajak umi bersenam , tengokla gambar kat bawah ni haaa macam-macam aksi ade .. hehehe tapi suka je umi tengok , layan je laa haa sambil snap-snap-snap penuh memory ifon 5s umi , perlu ke nak mention iphone 5s tuh , sukahati haku  ~ 


aksi-aksi baby ayyan pagi tadi ~ kemain ,dah la warna baju sama ngan cadar pinky2 ~ macam buat baju dengan kain lebih cadar pulak haha sedey ~ 


pagi-pagi lepas bangun tido je , bagi umi senyuman .. tq syg ~ love u so much , umi pun bagi senyuman jugak tadi tapi tak tahu la ayyan suka tak sebab macam takde respon je haha .. sabo je la kan ~ 

hati berbicara :


betullah kan orang kata , bila ada masalah , bila rasa stress atau penat pandang je muka anak kita , pandang waktu dia tido , pandang waktu dia senyuma , pandang se pandang pandangnya lah haa automatik rasa sejuk hati , senyum sendiri .. sebab anak syurga ni takde masalahlagi dalam hidup dia , so bila kita pandang kita pun rasa sejuk dengan keletah dia .. hehe btw umi rindu dedi , eh baby ayyan rindu sangat kat dedi ni haa ~ lagi dua hari ye nanti kite jalan-jalan sampai lebam , seperti sebuah keluarga yang sempurna :)





Assalamualaikum ..

Entry personal sikit malam ni , lama tak bermain dengan kata-kata di blog , hehe siapa kenal qaseh dari awal dulu mesti tahu entry-entry jiwang masa zaman muda haha , rindu nya rasa .. perasaan rindu ni kadang tak perlu pun di undang , kadang-kadang ia datang sendiri , tapi bila rindu tu datang ia terbawak sekali dengan emosi , sama ada emosi sedih , gembira , lucu .. dan kadang-kadang semua rasa bercampur .. dan malam ni aku merindui sesuatu yang yang telah lama pergi dan makin menghilang .. tapi entahla apa yang di rindui pun tak pasti .. pelik bukan ? mungkin korang pernah merasainya .. dan juga terpendam jauh di hati ..

Kadang bila kita makin dewasa , makin berubah persekitaran dan keadaan dan di saat itu kita sedang rasa terluka atau sedih , teringat kawan-kawan yang selalu ada di suatu ketika dahulu , kawan yang gila-gila hingga di suatu waktu kita tengah bersedih , terluah pada kawan tapi kawan - kawan yang penuh kegilaan ini terus menghilangkan perasaan sedih , yang tengah menangis mungkin terus ketawa dengan kegilaan yang di reka sekadar untuk menghapuskan kesedihan di hati kawan .. rindunya saat itu ..

Tapi sekarang bila dah makin dewasa dan membesar dengan keadaan yang berubah 100 persen , ada benda tak mampu untuk meluahkan , mungkin juga takut untuk meluahkan segala kesedihan mahupun kelukaan yang sedang merasuk hati , mungkin juga tak reti untuk meluahkan atau takut mengganggu kehidupan orang dengan mendengar cerita yang entah apa-apa haha .. dan akhirnya kedukaan mahupun luahan itu terus terperosok dalam hati yang paling dalam .. manusia berubah begitu juga keadaan ,, tapi mungkin juga di sebabkan jarak yang makin menjauh .. mungkin bila duduk bersama erat yang dulu ada akan bercantum kembali .. ntahla ..

Hurmm ada benda kita tak boleh nak jangka kan , kadang-kadang kita rasa orang tu gembira dengan kita tapi sebenarnya hanya untuk menjaga hati , lebih sedih sebenarnya dia lebih gembira dengan orang lain .. di sebaliknya kita rasa orang tu tak sukakan kita tapi di setiap doa - doa dia selalu tertitip nama kita .. hati manusia siapa je dapat meneka ? hati sendiri pun kadang tewas dengan ilusi sendiri , hilang lalu mati .. hehehe , ntah apa aku merepek .. cuma satu , aku  tengah merasa rindu , rindu dengan segala2nya .. berapa banyak ceritera dalam hidup aku yang dah aku lalui .. yang aku dah mengenali .. semua nya aku rindu walaupun terpalit dengan kesedihan kerana semua itu mengajar aku dan memberi banyak pengajaran dalam hidup :)

hati berbicara :
harap di saat aku pergi jauh dan tetiba mensepikan diri , masih ada yang merindui bersama titipan doa yang baik2 .. ~ baby ayyan sedar pulak , umi baru nak acah2 rindu haha ..





Assalamualaikum , hai korang buat apa tu , entry kali ni qaseh tuju khas buat ibu-ibu yang ada masalah macam qaseh ni haa , memang masalah ni sangat la penting demi hidup dan mati , amboii gitu over sangat kan haha tapi alhamdulillah masalah dah setel sekarang dan qaseh happy sangat.

Sebenarnya masalah menyusu je , tapi "JE'' tu sangat la merunsingkan bagi seorang qaseh yang baru 2 bulan menjadi ibu ni , lepas bersalin hari tu memang qaseh takde susu ibu , tapi ramai kawan-kawan cakap takpe nanti akan ada .. so far alhamdulillah lepas tu memang ada tapi sejak akhir-akhir ni tambah-tambah baby ayyan kuat menyusu , dan makin membesar .. baby boy orang kata memang kuat menyusu kan , haaa sebab kuat menyusu la tetiba susu dah makin kurang , bagi je nangis sebab dah memang cepat kering , memang menangis la budak comel tu , so terpaksa la bagi susu tepung .. tapi agak sedih la kan kalau boleh nak sangat menyusukan baby Ayyan sampai umur 2 tahun .. dah macam2 jugak la try , dan selalu je cakap kat suami , stress dan rasa down giler hurmm.



Tapi satu hari tu qaseh ada tengok iklan Mamom Milkbooster Herbaworks , macam kena je dengan masalah yg tgh di hadapi ni haaa , sebab tak prnah lagi try mana2 produk milkbooster , harga pun takdela mahal sangat , kalau kira keluar bajet dalam RM2.60 je sehari , 1 botol hanya Rm80 , kira ok la kalau susu tepung tak smpai sebulan dah habis satu tin , bankrup jugak rasanya huhu , lepas tu tengok testimoni-testimoni orang lain memang semua nya feedback positif , apa salah kan kalau qaseh cuba demi baby ayyan .. sampai kan ada seorang ibu ni kena beli peti ais baru ok sebab nak simpan stok susu yang makin banyak .. terbaik la ~ 


  

 


Satu benda yang memang qaseh tertarik dengan produk Mamom Milkbooster Herbaworks ni sebab produk ni bukan jenis bancuh , ianya ialah chewable tablet jadi qaseh tak perlu lah susah payah nk bancuh bagai , nak bancuh susu formula pun malas ini kan pulak bancuh susu untuk diri sendiri haha , so kunyah je 2 biji sekali , dan rasanya memang sedap perisa vanilla gitu , macam addicted pulak .. tapi tahan je la karang tak smpai sebulan habis sebotol haha .. 



Isi kandungan pun tak meragukan , mungkin ada yang was-was kan tentang bahan kandungan sesuatu produk  tapi jangan risau ia di buat dari ekstrak herba seperti alfafa , habbatussauda , kurma , madu , spirulina , kacang soya dan susu kambing , dan yang paling meyakinkan blogger irene nadia pun dah cuba produk Mamom Milkbooster ni dan feedback pun memang memberansangkan ..



Feedback Qaseh 


Alhamdulillah qaseh pun dah cuba sendiri selepas seminggu , memang berkesan .. biasa dalam sehari mesti qaseh topup dengan susu tepung sebotol sebab baby ayyan menangis , lepas seminggu consume Mamom Milkbooster ni dengan konsisten alhamdulillah seriously qaseh dah tak bagi baby ayyan susu tepung , terus meseg suami bagitau dia ada perubahan positif , alhamdulillah gembira sangat , memang dapat teruskan misi menyusu baby ayyan hingga 2 tahun la gini .. baby ayyan pun tido lena je setiap malam , takdela merengek-rengek lapar dan so far nampak la susu lebih pekat , kalau sebelum ni macam cair je .. hehe tq Mamom Milkbooster sebab dapat menyelesaikan masalah qaseh yang baru menjadi ibu ni haaa .. sangat recommended la kat ibu2 yang ada masalah sama macam qaseh .. tak rugi cuba bukan untuk orang lain jugak tapi untuk anak sendiri kan ~ lagi pun senang sangat nak consume hanya kunyah-kunyah dan telan .. ramai yang dah consume dan repeat order , inshaaAllah takde masalah kurang susu lagi k ..

Oh ye , Mamom Milkbooster ada sijil pengesahan halal dari Jakim , so ibu-ibu di luar sana tak perlu risau .. halal seratus peratus dan telah di eksport ke luar negara .






INFO :
kalau ibu-ibu di luar sana yang nak tengok sendiri testimoni-testimoni positif , boleh follow instagram 

@mamom_tambahsusuibu
@mamom_tambahsusuibu
@mamom_tambahsusuibu 

atau boleh LIKE fanpage Mamom Milkbooster di 

Fb : Mamom Milkbooster Herbaworks 

ataupun boleh je order direct terus  
Whatsapp 019 372 1966 / 019 371 6993


#mamom #mamommilkbooster #milkbooster 


Qaseh dah cuba , dah setel pun masalah .. ibu2 di luar sana yang ada masalah sama boleh la cuba k , tak cuba tak tahu ~ 
Assalamualaikum ~ 


Hai semua , cuba tengok gambar kat atas tu , bukan qaseh tau haaa ini lah pengasas produk best ni Puan Ella Danial .. Cantik sgt ! so qaseh nak memperkenalkan kepada korang satu produk skincare dari IBEAUTY iaitu ISKIN SKINCARE , penah dengar tak ? kalau tak pernah dengar tentang produk ni meh baca sampai habis apa yang bestnya tentang produk ISKIN SKINCARE ni .. jom baca !


Untuk korang-korang yang nak kan kulit yang cantik tu, tapi sebenarnya bukan korang je nak kulit cantik , qaseh pun nak ok , lebih-lebih lagi baru lepas pantang ni memang kusam sangat muka dah macam mak lampir , nasib baik PJJ lagi dengan suami kalau tak hari2 ngadap muka mak lampir , dan memang tercari-cari produk beauty ni , btw set ISKIN SKINCARE ni di formulasikan dari gabungan bahan-bahan semulajadi dari gabungan formulasi bersama minyak zaitun , minyak argan , ekstrak betik dan di perkaya dengan Vitamin B% , C dan E utk melembutkan , menghaluskan kulit supaya lebih nampak muda , cerah cantik dan sihat..

Dalam set ISKIN SKINCARE ni terdapat pencuci muka , krim siang dan juga krim malam , dan apa kelebihan semua ni ? banyak sangat kelebihan ISKIN ni dan mungkin masalah2 semua ni memang kena dengan korang tapi dapat di atasi dengan ISKIN ..

ISKIN PENCUCI MUKA (Ekstrak Betik) - selalu je kalau pencuci muka memang utk mencuci dari sgala kotoran dan juga kosmetik kan , tapi ISKIN pencuci muka ni juga membersihkan sel-sel kulit mati utk menangani kedutan , jerawat dan jugak jeragat haa selain itu untuk melembabkan kulit tanpa menutup liang pori , korang boleh guna setiap pagi dan juga malam 

• mengandungi vitamin C yg membantu merwat kulitbermadalah sprt jerawat & masalah kedutan
• memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah
• menegang serta melembapkan kulit
• melicinkan kulit wajah
• mengurangkan pengeluaran minyak atau sebum dalam kulit
• membantu membersih dan memutihkan kulit
ISKIN KRIM SIANG SPF 50 - 4 dalam 1 , krim siang ni mampu melembab , meremaja , menghalus dan melindungi kulit dari sinaran UV untuk lebih sihat dan berseri .. gunakan krim siang ni selepas ISKIN pencuci muka dan sebelum mengenakan sebarang mekap 

• menganjalkan kulit, memgurangkan kedutan & garis halus
• membantu mengurangkan keradangan & inflamasi kulit
• memperbaiki sel yang rosak akibat sinaran UV matahari
• membekalkan nutrien lengkap untuk kulit
• menjaga kelembapan kulit dan tampak sekata dengan tonakulit semulajadi anda
• membantu menyaman dan menenangkan kulit wajah yang sensitif
• memberi kelembapan kulit agar kelihatan segar dan halus
• bertindak triple action whitening
• mengurangkan penampakan garis halus atau pori-pori padawajah.

ISKIN KRIM MALAM (Ekstrak Mutiara) - membantu mencerahkan kulit kusam dan tona kulit yang tidak sekata , gunakan setiap malam selepas membersihkan wajah 

• membantu memudarkan parut dan jeragat pada kulit yang bertindak pada waktu malam
• melembapkan eajah serta membekalkan nutrien yang diperlukan oleh wajah ketika tidur
• mengurangkan garis halus pada wajah
• menjadikan kulit wajah awet muda tanpa cela
• memati dan mengecutkan jerawat
• mengawal penghasilan melamin agar kulit sentiasa cerahdan sihat
• elemen mikro dalam mutiara serat dengan asid amino dankalcium mampu merawat dan mencegah kulit daripada penuaan

antara testimoni pengguna ISKIN SKINCARE ni haaa , teruja tak .. untuk info yang lebih lanjut 

INFO
website : www.ibeauty4u.com.my
instagram : hqibeautymalaysia
facebook : Ibeauty Malaysia
Hotline : 016-4120900 / 03-55243100

Assalamualaikum ,

Entry ni khas bagi korang yang tercari-cari photoghrapher hebat , meh qaseh  memperkenalkan kepada korang KAIO STUDIO , btw bukan calang-calang photog kaio ni atau nama sebenarnya Anwar Abdullah , qaseh memang suka tengok gambar-gambar cantik dan berkualiti .. btw ramai yg boleh hasikan gambar yg cantik tapi belum tentu gambar tu punya kualiti kan , kalau kita nak upah orang pun mesti lah nak yg sangat-sangat memuaskan hati .. ! Dan buat kedua kalinya Kaio Studio berkolaborasi dengan #kelabbloggerbenashaari ,kalau  tengok album family day kitorg baru2 ni dari Kaio Studia memang mantop ! boleh tgk di IG @kelabbloggerbenashaari

Tentang Kaio Studio
Serba sedikit tentang Kaio atau Anwar Abdullah ni , beliau asalnya dlm jurusan  hospitaliti dan pelancongan lulusan Management & Science University (MSU) . Mula karier asalnya sbgai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pd tahun 2008 dan memang berpengalaman menguruskan rombongan dari serata dunia ~ perghh bestnye dapat keliling dunia spt Iran , Jepun Vietnam , China , Thai , Aus , Poland dan Arab. Tapi mcamana boleh trlibat dalam bidang photog plak ? haaa dan Kaio ni sebenarnya dah femes amos dah , beliau pernah masuk TV , majalah dan juga akhbar .. muda-muda dah berjaya dgn cemerlang gituh !

rupa-rupanya Kaio juga seorang blogger secara suka-suka sejak tahun 2009 lagi , dan mula aktif pada tahun 2011 .. dan beliau byk melibatkan diri bekerjasama dengan Harian Islam , Oh Media , I luv Tour dan hai blogger , dan baru2 ini dengan team kitorg kelabbloggerbenashaari .. thanx a lot ! 

sebenarnya pertama kali qaseh jumpa kaio kat majlis berbuka puasa di Picc ni haa dgn kelab blogger ben ashaari , pastu balik tengok video yg di cover oleh beliau .. memang cun habis ! 

Minat dlm bidang photography dan videoghraphy telah mmbuatkan Kaio terjun ke dalam bidang ini bermula tahun 2012 dgn jenama Kaio Studio. Pada permulaan nya Kaio Studio banyak mendapat prmintaan shoot video dan foto sekadar suka-suka seperti muzik video , filem pendek dan juga majlis2 perkahwinan , dan kini pada tahun 2015 kalau nak tahu Kaio Studio mula berkembang ke serata  Malaysia dan juga luar negera uolsss seperti Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan video disana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka spt Ezuwan Ismail dan Melinda Looi , mak oiiiiii hebat giler , terpegun jap den! 


Selain dari negera Eropah dan timur tengah , Kaio turut melakukan kerja2 photoghraphy dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana . Selain itu Kaion juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yg di kenali sebagai Iron Lady ~ 

Bukan hanya industri fesyen dan korporat , Kaio yang juga meminati industri pelancongan dan berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika ''Discover Thainess 2015" di Bangkok baru2 ini bersama Majalah Asia Horizon yg di jemput khas oleh Tourism Authority of Thai..

Selain itu , Kaio juga terlibat dengan acara fesyen dan artis2 tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza ~ 
Pencapaian Kaio Studio
1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini

• (Anuar Zain in Paris https://youtu.be/NfEJLZ1Z4Ik 
• (Lumiere Fashion Show VIP https://youtu.be/LxMAQct-Nkk 
• (Eisa by Ezuwan Ismail ft Ungku Ismail Aziz in Cairo, Egypt https://youtu.be/4_Nj70fp1o8




Pergh banyak gilos pencapaian beliau , dan baru2 ni Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion 
Videoghrapher by Glam Magazine Malaysia dan melayakkan Kaion Studio untuk tugasan video2 bersama Majalah
Glam spt behind the scene photoshoot dll.
Boleh tengok di sini ~ 


Sejajar dengan itu Kaio tidak lagi bergerak sendiri kerana Kaio telah merangka dan menyerap photoghrapher  dan
videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio .. Haaa jangan lepaskan peluang untuk dapatkan khidmat dan 
servis thorbaik dari Kaio Studio !!!

Maklumat Lanjut ~
Website  : www.kaiostudio.com
Instagram :  www.instagram.com/kaiostudio
Youtube :  www.youtube.com/kaiostudiotv
Twitter :  www.twiiter.com/kaiostudio
Facebook : www.facebook.com/kaiocreativestudio






Assalamualaikum ,
Wohaaa nampak jakun di situ , pertama kali aku jejakkan kaki di Legoland , so aku nak ceritakan sikit la apa perasaan , pengalaman mahupun keindahan dan juga keselamatan yang terdapat di Legoland , btw Legoland mmg heaven la bagi kanak-kanak dan jugak orang dewasa , memang bagus bawak family bercuti kat sini , lagi pun banyak gila aktiviti-aktiviti menarik sampai kan xcukup masa ..mana nak main aktiviti kat theme park lagi , water theme park lagi , pergh thorbaik la ... so berbaloi la dengan tiket masuk !

Tapi sedeyh sikit la sebab takleh nak konker semua game yg ada sementelah tengah pregnant kan , so husband dah warning tak boleh main lasak-lasak sangat , so kelip-kelip mata putih aku tengok dia atas nunnnn di awan duk syok ber ''roller coaster'' haha tapi takpe inshaaAllah ade rezeki boleh bawak baby main water theme park kat sini , syok aihh ~

Ni antara yang sempat di terokai oleh kitorang , penat jugak tapi best ! sebab masa main game ni tak rasa penat pun haaa lepas tu baru rasa penat la , sakit kaki la haha .. jom layan gambar jap okey ~


pon pon ! keretapi nak lalu nanti kang kena langgar .. penat berjalan boleh naik ni rileks2 kan kaki 


Aktiviti pertama aku jom naik bot ! selamat memandu bot , haha yang lawak nya ada orang tu tak boleh nak kawal bot beliau , nasib tak terbalik je .. kui3x tapi takpe staff kat sini akan menyelamatkan anda bila di timpa kemalangan , hehe tak bahaya pun .. just relax-relax santai2 dalam tasik gitu .. 

setiap budak wajib kena pakai jaket keselamatan ni .. good girl and boy ! 

 

jangan nak kibas2 tangan dalam air , fefeeling titanic pulak 

Next kitorang singgah airport jap nak terbang ke Dubai , best jugak sampaikan ada orang tu dok repeat sampai pening , weee terbang pusing-pusing , tapi kita boleh control la sambil kapal terbang pusing2 tu boleh control bagi naik atas dan bawah .. haaa 


 
 Betapa best nya naik benda alah ni nak bagitau korang semua , boleh lah tengok muka bapak budak tu .. mana lebih seronok .. si anak ke si ayah ? haha .. 
next nya game ni , aku memang tak main la game ni , sebab sekali turun tu dia kasi hentakan padu gitu .. hehe syok je tengok diorang .. jangan risau setiap tempat yang terdapat di sini memang akan ada staff-staff legoland yang mengawal ~

game ni antara game yang best jugak .. masuk dari kiri then keluar ikut gelongsor air tu ha.. so memang akan basah la baju korang .. lagi ramai naik lagi basah , tapi dont worry be happy sebab ada tempat untuk keringkan badan bila dah turun dari sini .. 

dino island ~ 

Ni lebih kurang roller coaster , tinggi gila baq ang ~ kalau yang lemah jantung tu toksah naik lah ye karang pitam kat atas sana hehe .. yang suka lasak jangan ketinggalan cuba game ni okeh !

muka cuak sebenarnya ni ~ kehkehkeh











kat sini pon banyak kedai2 yang macam dekat funfair , adohaaa punya la susah nak dapat bebear satu  ! hehe yg terer boleh lah main benda alah ni .. sobssss



kalau dah penat berjalan boleh lepak dalam ni , Lego Academy , lagipun dalam ni sejuk sikit ade econ .. bagi anak2 main lego puas2 ... bukan anak2 je mak2 bapak2 pun boleh turut serta .. 





Water Theme Park 
Aku datang sini yang ni paling aku tunggu2 , yahoo ! main air yuk .. syok ohhh mandi kat sini .. guard pun ramai , dan bab safety memang takde masalah .. life jacket sume ade di sediakan untuk kanak2 dan jugak dewasa .. so tak pandai berenang tak pe .. pakai je life jacket tu haaa .. then terapung la sampai besok pagi hehe .. tapi water theme park tak di buka pada malam hari .. 





life jacket yang di sediakan ~

shoe rack pun ade , takdela nampak tak kemas kan ..










setiap tempat memang life guard ada .. yang mengawal semua , kalau kira memang ramai la depa2 ni .. thanc a lot .. keselematan pun sangat penting di tempat sebegini , so thorbaik la Legoland .. life guard pun peramah2 je sume .. jiwa kanak2 gitu 










haa selebihnya layan je la gambar , nak tulis banyak2 karang bosan plak hehe , apa-apapun memang berbaloi datang ke legoland ni .. ade rezeki boleh repeat lagi ~ yeahh .. thanx you so much buat pihak legoland ! 





Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates