facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Qaseh Dalia's Blog


Hai korang semua, ingat tak tahun lepas McDonald’s Malaysia membuat kejutan yang wow dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari rakyat Malaysia dengan menukar papan tandanya kepada MEKDI di cawangan yang pertamanya di Bukit Bintang.


Kali ni sempena Hari Merdeka dan juga Hari Malaysia, McDonald’s Malaysia sekali lagi menzahirkan jiwa ‘Malaysianya’ yang membara dengan menukar papan tandanya kepada MEKDI di 16 cawangan yang terpilih. Haa kalau korang tengok tiba-tiba McDonald’s tempat korang dah berubah tu, jangan terkejut lah ye, jangan lupa selfie dan ootd sekali okay !

Dengan rasminya McDonald’s Malaysia telah mengumumkan berita ini pada satu majlis yang berlangsung baru-baru ini di restoran McDonald's Pandu-Lalu Putrajaya yang juga sebenarnya sempena dengan ulang tahun McDonald’s Malaysia yang ke-38 tahun.


Kenapa cawangan korang tak terpilih ? Haa tu la ~ siapa suruh tak undi. Sebenarnya penukaran papan tanda kepada MEKDI ni adalah berdasarkan undian rakyat Malaysia yang sememangnya berjiwa Malaysia, thats why 16 cawangan sahaja terpilih setakat ini, tapi jangan risau korang, McDonald’s  Malaysia kan selalu datang dengan kejutan ~

Antara Cawangan yang Terpilih :

1. McDonald’s Bukit Bintang
2. McDonald’s Titiwangsa
3. McDonald’s KLCC
4. McDonald’s Putrajaya, Presint 2
5. McDonald’s Kuala Selangor
6. McDonald’s Greenlane, Penang
7. McDonald’s Jln Gopeng, Ipoh, Perak
8. McDonald’s Stulang Laut, Johor
9. McDonald’s Kulai, Johor
10. McDonald’s Kuala Pilah, Negeri Sembilan
11. McDonald’s Taman Buaya, Malacca
12. McDonald’s Teluk Cempedak, Pahang
13. McDonald’s Kota Bahru, Kelantan
14. McDonald’s Kuala Terengganu, Terengganu
15. McDonald’s Kuching 1, Sarawak
16. McDonald’s Api-Api, Kota Kinabalu, Sabah


Teringat yang pertama kali dulu, memang sambutan dari rakyat Malaysia ni terbaiklah, qaseh pun suka papan tanda baru MEKDI ni, sangat sebati dengan jiwa Malaysia, kadang-kadang kena ada kelainan jugak kan, tapi yang penting kelainan yang positif. Nampak tak McDonald’s ni selain berjiwa Malaysia sebenarnya berjiwa muda jugak lah kan hehe

Menu Baru : Nasi Lemak McD Rendang Ayam dan McFlurry Cendol  


Sedapnya nasi lemak! Makanan yang memang kegemaran ramai rakyat Malaysia yang jarang lah kita nak tolak kan, kini sempena bulan kemerdekaan juga, McDonald’s Malaysia memberi sentuhan baru yang mana kita boleh pilih Rendang Ayam bersama Nasi Lemak! Fuyooo bukan biasa-biasa ni siap ada rendang lagi ha, macam biasalah tak lengkap Nasi Lemak kalau tiada ikan bilis rangup, timun segar dan telur goreng bersama sambal pedas.

Selain tu, kita boleh juga pilih Nasi Lemak McD bersama kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger.

McDonald’s Malaysia juga menambah menu baru tau korang, wah macam sedap je yang ni, qaseh kena cuba nanti ni. McFlurry Cendol baru, eeee dengar nama pun dah sedap, wei boleh lah habaq dekat kawan-kawan, kalau dulu selalu lepak cendol bawah pokok ceri, sekarang dah boleh tukar, jom makan cendol di McD haha hebat kan.


Keenakan McFlurry Cendol ni ada rasa gula melaka, cebisan kelapa, vanilla berkrim cair, dan jeli cendol. Lagi best, ada menu yang di bawa kembali iaitu Pai Jagung dan Aiskrim Cendol. Fuhhh nanti nak pergi serbu, kena beratur awal-awal, Mcd ni memang selalu penuh oii.



Jadi korang jangan lupa cuba menu-menu baru ni k, jom kita lepak makan cendol McD je lepas ni hehe. Set Nasi Lemak McD dengan seketul Rendang Ayam dan Teh Ais Limau berharga dari RM16.99, manakala set Nasi Lemak McD dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB) berserta Teh Ais Limau berharga dari RM14.99.


#Mekdi #McDonaldsMalaysia #NasiLemakMcD

Konsep Kita Boleh



Konsep #KitaBoleh diterapkan oleh McDonald's Malaysia di seluruh negara – bermula pada bulan Mac tahun ini – sebagai penghargaan kepada keberanian petugas barisan hadapan yang menjalankan tanggungjawab mereka ketika rakyat Malaysia tinggal di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dengan lebih daripada 14,000 kakitangan di 300 restoran di seluruh negara, McDonald's Malaysia turut mengutamakan pengembangan bakat dan kemahiran tenaga kerjanya. Dengan perancangan untuk membuka 450 restoran menjelang tahun 2025, McDonald's Malaysia juga menetapkan sasaran untuk menambah seramai 10,000 tenaga kerja lagi.

Tq juga McDonals’s Malaysia sebab banyak juga sumbangan mereka kepada komuniti setempat dengan menganjurkan pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru dan juga bantuan kepada mangsa banjir. Melalui Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia menyokong program-program berkaitan pembangunan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Inisiatif lain yang didukung oleh McDonald’s termasuklah program ‘Kembali Ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 53,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.

More Info : www.mcdonalds.com.my 

















Assalamualaikum.

Banyak betul sale yang tengah berlangsung sekarang ye, sale merdeka, sale 8.8, dan sebagainya ~ tapi qaseh tengah tunggu sale besar-besaran ni, haa nak share ke tak dengan korang ni ? Ermm takut nanti tak sempat qaseh nak berebut flash sale, tau lah flash sale tu kan, dah add to cart pun orang boleh kebas ! Sedih sis haha, tapi jangan risau qaseh kan suka ‘’sharing is caring’’ mestilah akan kongsikan dengan korang semua, jom lah kita pulihkan balik ekonomi negara kita dengan shopping !

Bila dengar bab sale ni haruslah kita nak sale yang memang boleh dipercayai, taknak lah harga before sale sama je dengan harga sale, tipah tertipu sangat kan ! Ni nak kongsi nanti PG Mall akan buat sale 9.9 tau, so get ready okay ! Eh korang tahu tak pasal PG Mall ni ?

Apa itu PG Mall ?


Untuk pengetahuan korang, platform pg mall ni dah lama tau, sejak 2017 lagi, pg mall adalah platform perdagangan (e-commerce) no.1 malaysia dan satu-satunya e-commerce tempatan di malaysia. Pg mall di sokong oleh Pg Group. Bukan calang-calang juga ye pg mall ni sebab ia tersenarai sebagai top 3 most visited online marketplace di malaysia oleh ipriceinsight, boleh baca di sini https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/

Kalau nak guna E- Wallet boleh tak ? Haa sekarang ramai suka bayar melalui Boost,E-wallet dan sebagainya kan. Tentulah boleh sebab PG Mall satu-satunya platform yang menerima semua  kemudahan pembayaran melalui e-wallet dan payment getaway. Mudah kan. Jom tengok sale apa yang ada !

9.9 Sale Dari Pg Mall With Free Shipping

Inilah sale yang qaseh tunggu-tunggu nanti, katanya banyak tawaran yang menarik pada 9.9 sale ni tau. Sale 9.9 ni akan berlangsung pada 9 September 2020, so jangan lupa save the date okay, kalau tengah semangat nak shopping tu hold dulu tau, tunggu 9.9 ni haa tak lama dah, nanti menyesal pulak terbeli harga mahal, hehe



Antara tawaran yang ada pada 9.9 sale nanti, korang boleh dapat diskaun 9% OFF dengan minimum perbelanjaan RM50 sahaja,capped at RM99. Qaseh memang suka ada diskaun Paling best ada sebab rasa seronok bila tengok total harga yang perlu di bayar di tolak dengan harga diskaun, rasa hilang sikit beban haha boleh shopping barang lain pulak.

Bila dah shopping tu mesti rasa macam ermm bertambah pulak harga nak kena bayar bila tambah kos shipping kan ? Tapi yang bestnya bila korang belanja minimum RM31 sahaja,  korang akan dapat FREE SHIPPING capped of RM4. Tu diaa jimat dah kos shipping kat situ, gerenti lebih punya harga minimum bila dah syok shopping kan.

Dan satu lagi, yang ni memang kena bersedia awal-awal lah sebab akan ada flash sale dalam masa 24 jam sahaja tapi harga flash sale ni korang, tak masuk akal betul ! Serendah RM0.99 sahaja. OMG ! So marilah berebut dengan qaseh okie haha, for more info boleh rujuk sini https://pgmall.my/9.9-mega-sale 

Digital Fashion Week di PG Mall

Untuk yang suka bergaya, suka ootd dan sebagainya boleh klik banner Digital Fashion Week di PG Mall apps / website. Dah boleh shopping sebab Digital Fashion Week dan berlangsung sejak 1 September - 13 September 2020.  

Lagi syok sepanjang sale ni, Pg Mall memberi tawaran sehingga 70% tau korang, fuh banyak betul diskaun untuk yang suka berfashion ni ye dan ada Free Shipping juga dengan pembelian minimum RM35 sahaja dan korang boleh claim vouchers di page Digital Fashion Week tu juga. So apa lagi meh lah shopping sekarang!




Pelbagai kategori ada, untuk wanita, lelaki dan juga kanak-kanak, nak tahu lebih lanjut sila layari Pg Mall sekarang, boleh add to cart dulu apa yang patut. 

Tawaran Wow Store With Free Shipping 

Lastly korang jangan lupa klik-klik di tawaran Wow Store tau, ia merupakan tawaran terbaru dengan kerjasama dengan beberapa brand. Kalau korang shopping di tawaran Wow Store ni korang dapat diskaun sehingga 80% tau dan dapat free shipping harian dengan minima pembelian RM35 sahaja. Paling qaseh suka, korang akan dapat cashback sehingga 3.5%. 

Top Merchant participate :
  • Beaute.Cosmo https://pgmall.my/Beaute.Cosmo | coupon code : BEAUTEFREE
  • Softlove Malaysia https://pgmall.my/Softlove-Malaysia-1 | coupon code : SOFTFREE
  • HI STYLE MALAYSIA  https://pgmall.my/HI-STYLE-OFFICIAL-STORE-1| coupon code : STYLEFREE
  • Teng Mobile https://pgmall.my/TENG-MOBILE-1 | coupon code : TENGFREE
  • WangZheng Care https://pgmall.my/WangZheng-CARE-1| coupon code : WZHENGFREE
  • BigSpoon Kitchenware https://pgmall.my/BigSpoon-Kitchenware| coupon code : SPOONFREE
  • Mamami Health Food https://pgmall.my/Mamami-Health-Food-1| coupon code : MAMAFREE
  • Perma Glass https://pgmall.my/Perma-Glass | coupon code : PERMAFREE
  • Altron Mall https://pgmall.my/ALTRON-MALL-1| coupon code : ATRNFREE
  • Butik Bos Official Store https://pgmall.my/Butik-Bos-Official-Store | coupon code : BUTIKFREE
  • VV Mall https://pgmall.my/VV-MALL-1| coupon code : VVMALLFREE
  •  WJS  https://pgmall.my/WJS | coupon code : WJSFREE
  • Jazz & Co https://pgmall.my/Jazz-amp;-Co-1 | coupon code : JAZZCOFREE
So korang lupa untuk shopping di PG Mall okay, banyak betul diskaun yang ditawarkan, memang rugi lah kalau tak grap, haa siapa lambat jangan menyesal. 

More Info :


PG Mall : https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=504 

Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/ 

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #FreeShipping #99sale #PGMallSALEbration #digitalfashionweek #Fashionweek



Biasanya bulan merdeka ni memang banyak betul sale dan tawaran hebat di shopping mall kan, tapi masalah qaseh sekarang memang malas dah nak shopping di mall sebab leceh tau sejak norma baru ni, nak kena betul-betul jaga S.O.P,scan itu ini, jadi baiklah shopping secara online je, ni qaseh nak bagitahu korang ada tawaran hebat bagi peminat-peminat jam tangan !


Berlangsung pada 29 August - 31 August di Applikasi Beecomb

Haa bagi peminat-peminat jam tangan, korang boleh join Expo Jam 3D Virtual yang pertama di Malaysia yang dianjurkan oleh Beecomb. Qaseh tak pernah lagi join expo 3D Virtual ni tau,  fuhh memang gempak habis ni, jadi Expo ni akan berlangsung dari 29 August hingga 31 August 2020 pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

Bagi korang yang tak faham apa itu Expo 3D Virtual ni, okay secara mudahnya, biasa kan kalau kita
pergi expo, kita akan jalan-jalan dari satu kedai ke satu kedai yang lain kan, Expo 3D Virtual pun macam tu jugak cuma kita akan jalan-jalan secara alam maya, online je, hanya gerakkan ibu jari je. Hebat tak? Hee.


Untuk sertai Expo Jam 3D Virtual ni, pertama sekali korang kena download dulu applikasi Beecomb di apps store / playstore di smartfon korang masing-masing, applikasi ni percuma, dan hanya untuk mobile phone sahaja. Memang mantap applikasi ni, bila dah download jangan lupa register, sign in and shopping !



Apa Yang Menariknya di Expo Jam 3D Virtual ?



Yang menariknya di Expo Jam ni Beecomb ni ada banyak brand yang terlibat dari brand high end seperti Ciga Design, Raymond Weil, Seiko, Citizen dan Mazzucato. Selain tu ada dari brand yang popular seperti Rotary, Totoni, Michael Kors, Fossil dan Emporio Armani. Haa branded sangat ni.

Jangan risau ada juga brand-brand yang korang minat jenis mid range, dari brand Titan, Evox, Zoid, Nsquare, Achtung, Alba, Rotary, Casio, G-Shock dan Baby G ! G-Shock tu qaseh tahu memang ramai peminat dia kan, nanti jangan lupa shopping noh !

Tapi yang paling best dan affordable dalam Expo Jam ni adalah promosi Super Gempak dari EVO.

Dapatkan Jam EVO Super Gempak dengan harga RM1 sahaja !

Sebenarnya qaseh pun dah lama tercari-cari jam yang mengikut bajet ni haa, tak mampu sis nak ber high end sangat, hihi jadi EVO memang tawarkan promosi yang sangat-sangat berbaloi dan affordable serendah RM52.90 je gais.

 

Antara promosi dari Jam EVO yang korang boleh grab, ada promosi super gempak dari harga RM52.90, RM83.10 dan yang bestnya bila korang beli jam EVO yang berharga RM199, koang boleh beli jam EVO yang ke dua dengan harga RM1 je

Boleh lah korang share dengan kawan-kawan untuk dapatkan harga RM1 ni, haa bijak tak saya

So gais, jangan lupa untuk join Expo Jam 3D Virtual yang pertama di Malaysia ni, 3 hari tau peluang untuk korang grab promosi yang best ni, jangan lupa download applikasi Beecomb now dan kongsikan pada semua okay.

 

More Info :
Website : www.beecomb.my
Facebook : www.facebook.com/BeecombSdnBhd
Instagram : www.instagram.com/beecomb_swarm
Adakah anda pernah shopping di Taobao? 

Membeli-belah di taobao telah menjadi trend terkini buat masyarakat seluruh dunia kerana hargaya murah lagi ada banyak faktor pilihan. Qaseh selalu beli barang kat Taobao, tapi shipping kosnya mahal! Mahal dari harga barangan yang qaseh beli! Lebih² lagi, bila guna air shipping, lagi gila mahal! Tapi sekarang, qaseh dapati satu platform yang best dengan shipping melalui sea, kosnya lebih murah, dapat jugak menghantar barangan yang besar dan berat! 

Apa tu Buymall?? 

Buymall merupakan sebuah syarikat tempatan yang membantu rakyat Malaysia untuk menyelesaikan masalah membeli-belah dari China. Buymall menyediakan perkhidmatan Buy-For-Me dan Ship-For-Me. Qaseh guarantee, perkhidmatan penghantaran Buymall pasti murah dan terjamin! 


Kenapa beli taobao dengan Buymall? 

Pasti saudara-saudari menghadapi challenge yang sama dengan qaseh, semuanya dalam Chinese, macam mana nak berkomunikasi dengan seller? 

Tapi dengan Buymall, tidak perlu risau lagi. Semua process shopping di Taobao dimudahkan, mereka menyediakan perkhidmatan penyelesaian untuk aktiviti² pembelian seperti berkomunikasi dengan seller Taobao, pengesanan bungkusan, pengesahan penjual, repack, dan lain² lagi. DAN MOST IMPORTANT IS, kos penghantaran laut pick up hanya dari RM2.80/kg! 

Cara Beli Taobao Di Buymall (Buy-For-Me)

Anda boleh terus guna Buymall untuk membeli barang daripada Taobao. Semua produk Taobao dinyatakan di Buymall. Anda cuma perlu register di Buymall dan mula membeli-belah. 


Buymall akan memaparkan maklumat penting seperti harga, kos penghantaran tempatan, pilihan untuk saiz, warna dan sebagainya. Selepas membuat pilihan, anda boleh add to cart dan terus membuat bayaran. Buymall akan membantu customer membuat pesanan daripada Taobao. 

Sekiranya barang sampai di China Warehouse, anda boleh pilih untuk packing semua barangan yang anda order untuk penghantaran sekaligus. Cara ini boleh menjimatkan masa dan kos penghantaran. 


Cara beli Taobao Di Buymall (Ship-For-Me) 

Kalau anda terus membeli dari Taobao, selepas anda membuat pesanan, anda perlu memilih sama ada penghantaran melalui sea freight atau air freight dan isikan maklumat lanjut yang diberi daripada Buymall. Senang kan! Anda cuma perlu membayar kos penghantaran antarabangsa dari China ke Malaysia, dan 8% kos pembelian (Buy-For-Me fee). 

Buymall jugak provide pelbagai perkhidmatan lain yang menarik perhatian: 

Cara Penghantaran 
Masa penghantaran air freight mengambil masa 4-7 hari bekerja, sea freight mengambil masa 15-22 hari bekerja. Air freight lebih mahal berbanding sea freight. Jika item anda adalah item yang sensitif, ia juga perlu menambah pembayaran kos barangan sensitif. 

Pickup Servis 
Anda boleh choose pick up sendiri dari gudang Buymall atau pick up point paling dekat untuk pick up barang korang bila² masa lapang. Ia jugak lebih murah berbanding dengan door to door service. 

Safe 
Takut kalau barang hilang semasa penghantaran? Jangan risau, Buymall menjamin dapat memastikan parcel selamat sampai kepada korang. Kalau barang korang hilang, Buymall akan beri korang full compensation bila korang ambil pakej VIP Sea Freight. Bagus kan? Lepas ni nak beli barang dari China tak payah takut lagi! 

Bukan ini sahaja, anda jugak boleh mendapat extra income dari Buymall! Refer friend mu dengan referral link anda, dan anda akan dapat RM5 + B point! Refer 10 friend, dapat RM50! Tunggu apa lagi, kongsi platform ni kepada family & rakan² anda untuk nikmati perkhidmatan yang paling best daripada Buymall bersama-sama! 


Website: 
https://www.buymall.com.my/?refid=164079

Instagram: https://www.instagram.com/buymall.official/

Facebook: https://www.facebook.com/buymall.com.my/ 

Assalamualaikum 

Hello girls out there, hari ni qaseh nak kongsi jenis bra yang sangat selesa untuk korang cuba iaitu seamless bra. Seamless bra tu apa ? Qaseh berani jamin ramai lagi yang tak tahu dan cuba sebab haritu qaseh up ig story then ada yang tanya seamless bra tu macamana. Haaa ni yang nak bagitahu ni, hello mari rapat-rapat okay girls. 

Ikut pengalaman sendiri sebelum ni qaseh rasa nursing bra is no 1 bra yang paling selesa gila wei, masa tu tak tahu lagi seamless nursing bra pun wujud tapi rupanya seamless nursing bra pun ada, kalau mengandung lagi memang qaseh cari yang jenis seamless ni la, super selesa gitu 

Apakah itu Seamless Bra?

Seamless bra ni bra yang dijahit tanpa besi atau dawai, ianya dijahit mengikut size kita,  memang tiada cangkuk ataupun klip di bahagian tali bra, melainkan seamless nursing bra ada cangkuk di tali untuk memudahkan ibu-ibu menyusu , tapi untuk yang tidak menyusukan anak hanya ada cangkuk besi di belakang sahaja.




Bestnya seamless bra ni, kebiasaannya bila kita pakai baju tanpa pakai inner, kadang-kadang akan menonjolkan bentuk cup atau pun line bra kan, tapi seamless bra ni tidak menonjolkan kesan cup di baju sebab kualiti dan jenis kain dia sangat-sangat lembut dan licin. Walaupun tiada besi atau wayar ia masih mampu memberikan sokongan kepada payudara.

Seamless Bra dari Summer & Peach

Mana nak cari seamless bra yang berkualiti dan selesa ni ? Korang boleh survey dan dapatkan di www.summerandpeach.com , sebelum ni qaseh dan pernah cuba bralette dari website ni tau korang, bralette dia cantik-cantik dan sexy gituh, aumm sangat haha boleh baca di sini 
Noelle Seamless Bra 

Bila qaseh cuba sendiri Seamless Bra dari Summer & Peach ni, memang terasa perbezaan dari bra yang qaseh selalu pakai, rasa sangat ringan dan tak menyakitkan langsung, sesuai untuk dipakai ke mana-mana sahaja walaupun waktu tidur. One more, bila pakai seamless bra ni kan, bawah ketiak kita,  tak rasa ada lebihan lemak keluar haha boleh faham tak perasaan tu. Boleh tengok details dalam gambar yang qaseh snap okay.




Bagi korang yang suka pakai bra waktu tidur boleh lah bertukar kepada seamless bra supaya tidak memberi kesan buruk kepada peredaran darah kita waktu malam, pastikan tidak ketat dan mengganggu waktu tidur korang. Elakkan tidur dengan bra yang ada besi okay sebab memang banyak kesan buruk tanpa kita sedar.



Design seamless bra ni sangat simple tau, sememangnya ia tiada renda-renda atau pun design yang sexy seperti bralette tapi bab keselesaan tu memang dijamin best dan selesa sangat, langsung tidak menyakitkan. Qaseh suka sebab selalunya bila pakai bra yang ada besi tu memang tak boleh pakai dalam waktu yang lama, ia menyakitkan dan memang akan ada kesan merah.


Material fabrik Noelle Seamless Bra ni adalah dari Ployamide, elastic material untuk keselesaan. Ada beberapa pilihan warna yang korang boleh pilih dan juga size mengikut ukuran korang sendiri,  boleh fit sehingga saiz XL. Tak tahu macamana nak pilih saiz ? Jangan risau, dalam website ada size guide untuk korang. Saiz qaseh adalah rahsia okay haha, qaseh suka pilihan warna Noelle Seamless Bra ni, lembut seperti materialnya






Kelebihan Seamless Bra 
- Push Up bra tanpa besi / wayar
- Tidak menyakitkan
- Keselesaan yang optimum
- Material lembut dan tidak merengsakan kulit
- Murah
- Sesuai untuk dipakai waktu indoor, outdoor dan ketika tidur
- Selesa dan ringan
- Memberi sokongan kepada payudara

So korang yang masih mencari-cari bra yang memberi keselesaan dalam masa yang sama mampu memberi sokongan penuh kepada payudara kita, ni lah masa yang sangat sesuai untuk korang cuba seamless bra pula dan nikmati sendiri keselesaannya. Qaseh rekomen sangat untuk para wanita di luar sana, dan untuk para suami juga, kalau isteri mintak tolong beli tu, ni tips untuk memilih bra untuk isteri korang heheh ! 


More Info : 
www.summerandpeach.com 



Assalamualaikum 

Sedih kan sejak PKP hari tu qaseh tak sempat lagi nak balik kampung, haritu dapat balik sekejap je rumah mentua sebab ayah mentua sakit, tu pun sekejap sangat dan kena ada surat pelepasan dari polis, jadi tak sempat lagi nak balik kampung qaseh sendiri untuk jumpa mak ayah. Lain perasaan bila dapat jumpa depan-depan berbanding cakap di telefon je kan

Rasanya bukan qaseh seorang je, semua orang pun diduga dengan ujian Covid19 ni, agak terkesan dan terasa sangat terkilan, tapi Alhamdulillah sekarang dah boleh rentas negeri dan semua orang pun sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya haji dan tak sabar nak jumpa mak ayah di kampung. Qaseh maybe lepas raya haji baru boleh balik tapi takpe tetap akan balik juga

Rindu kampung mak ayah, sini bertiga je, raya pun tak meriah

Bila ada peluang macam ni, qaseh betul-betul buat persiapan dan kejutan untuk dibawa pulang ke kampung sekali, paling memberatkan hati bab mak ayah ni, bila diorang dilanda dengan masalah kesihatan, kadang bila demam pun dah risau sangat dah, masa PKP haritu pun doa banyak-banyak supaya diorang sihat dan dijauhi dengan Covid19 ni.

So eksited, kali ni qaseh nak kongsikan kepada mereka tentang produk yang qaseh juga amalkan, diorang selalu sakit-sakit juga, biasalah orang tua kan makin lama makin kurang tenaga, ayah pulak ada masalah kesihatan juga, so qaseh nak share dengan diorang produk dari Apotec ni

Qaseh percaya produk Apotec ni sebab dah lama berada di pasaran dan ianya dijual di Constant Farmasi dan of course lah banyak membantu pengguna-pengguna yang amalkan, untuk kesihatan dalaman dan juga luaran, so qaseh yakin ia tak memberi sebarang masalah

Ada 3 produk yang qaseh cuba, tapi satu produk tu sebelum ni qaseh pernah amalkan dan tahu kebaikannya memang berkesan, tapi yang specialnya kali ni qaseh cuba yang ada campuran madu dari Apotec iaitu Apple Cider Vinegar with Honey dan dua lagi produk adalah Apotec Omega-3 Fish Oil dan Apotec Turmeric

So meh qaseh share kebaikan 3 produk Apotec ni, mana tahu korang pun tengah tercari-cari produk yang bagus untuk mak ayah di kampung.

Apple Cider Vinegar with Honey

Ataupun kalau bahasa melayu qaseh panggil cuka epal je, haa cuka epal dengan madu, sebelum ni pernah cuba yang tanpa madu, terasa sedikit masam, bila cuba yang ada campuran madu ni, eh sedap pulak. Untuk cuka epal ni, qaseh share dengan suami sebab dia tengah usaha untuk kurangkan berat badan, qaseh risau betul tengok berat badan dia makin naik, risau takut penyakit lain pulak timbul haa
Sebab cuka epal ni sangat bagus untuk orang yang nak diet, orang yang tengah kurangkan berat badan sebab ia memberi rasa yang puas dan cepat kenyang. Bila kenyang ni kurang sikit nafsu makan tu kan, pada masa yang sama membantu keluarkan zat besi dari makanan yang kita makan

Untuk diri qaseh pula, qaseh amalkan cuka epal ni untuk masalah sembelit, stress betul lah asyik sembelit je,asal makan je sembelit, asal sembelit je makan~ eh ! Disebabkan cuka epal ni tinggi serat ia memang membantu untuk melancarkan usus, rasa ringan je badan dan mudah la nak membuang.

Kebaikan Apple Cider Vinegar with Honey
  • Halal dan 100% asli dan selamat
  •  Membekalkan nutrien 
  • Mengurangkan berat badan 
  • Mengimbangi diet 
  • Mengurangkan masalah sembelit
  •  Mengawal glukosa dalam darah
Cara pengambilan pun mudah sangat, hanya campurkan 2 sudu Apple Cider Vinegar dengan 180 ml air suam. Boleh minum sebelum tidur dan awal pagi selepas makan ye.

Apotec Omega 3 Fish Oil

Omega Fish OIl ni sangat bagus untuk mak ayah , warga emas, yang ada penyakit cardiovascular, tekanan darah tinggi, kolesterol, dan yang ingin improve cognitive dan sendi. Biasa bila orang yang dah berumur, diorang makan pun kurang, kadang selera makan pun takde kan. Qaseh selalu perasan mak qaseh mengadu takde selera makan, so khasiat dan protein dari makanan pun tak mencukupi.

Dalam Apotec Omega 3 Fish Oil ni ada lemak yang sihat tau, yang mana badan kita sendiri tak dapat hasilkan , so dalam Omega Fish Oil ni ada dua Asid Lemak yang bagus untuk kesihatan iaitu DHA (260mg) dan EP (650mg), dua Asid Lemak ni hanya boleh didapati dari sumber tumbuhan dan haiwan

Asyik lupa untuk survey, alang-alang Apotec pun ada produk ni, dah tak boleh tangguh-tangguh lagi. Rupanya ramai juga pengguna Omega Fish Oil sebab haritu qaseh ada buat poll di ig story, ramai juga vote Omega Fish Oil ni bagus untuk kesihatan 


Kebaikan Omega Fish Oil
  • Menurunkan tekanan darah dan denyutan jantung masa rehat
  • Meningkatkan tahap lipid darah dengan menurunkan tahap LDL dan triglyceride
  • Meningkatkan kesihatan Kardiovaskular
  • Meningkatkan kesihatan Kognitif
  • Menyokong kesihatan sendi
Cara pengambilan , consume 1 -2 softgel sekali sehari selepas makan atau mengikut nasihat doktor dan ahli farmasi. 

Apotec Curmax Turmeric 

Kalau sebut Turmeric ni teringat jus kunyit yang qaseh pernah amalkan, sedap tapi berjam-jam juga nak cuba telan sebab rasa kunyit tu perghh memang terkesan dalam tekak haha so Apotec Curmax Turmeric ni dalam bentuk kapsul, lagi mudah nak consume
Dalam Curmax Turmeric ada bahan kandungan aktif tau iaitu Rhizome Curcuma longo extract powder 250mg, dalam bahasa mudahnya adalah kunyit dan mempunyai bahan aktif kurkumin, lemak polifenal larut, tidak toksik dan antioksidan,so memang banyak fungsi biologi berkaitan anti-radang, mencegah CVD dan baiki segala jenis astritis

Kebaikan Curmax Turmeric
  • Antioksidan yang kuat untuk menyokong dan menjaga kesihatan sel dengan melawan kerosakan oksidatif
  • Memberi kesan untuk anti-radang
  • Meningkatkan peredaran darah dan mencegah penyakit kardiovaskular
  • Meningkatkan kesihatan sendi
Bab-bab kesihatan sendi ni memang sesuai sangat bagi pada mak ayah qaseh, sebab selalu jugak la diorang mengadu sakit lutut, sakit kaki dan sengal-sengal sendi, tak sabar nak kongsikan pada diorang. Hope lepas ni elok dari masalah sendi, kadang nak sembahyang pun sakit-sakit lutut

Andai korang ada masalah sakit sendi osteoartritis dan rheumatoid arthtritis, atau pun yang ingin jaga kesihatan sel dan meningkatkan kekebalan tubuh dan juga yang mahu mencegah penyakit kardiovaskular haa memang disyorkan consume Curmax Turmeric ni okay

Cara pengambilan hanya consume 2 kapsul je sekali sehari selepas makan atau 1 kapsul, s kali sehari selepas makan


Harga Bundle Promosi 


Mesti korang nak tahu harga untuk ketiga-tiga produk ni kan, qaseh nak syorkan better korang beli dengan harga bundle yang tengah promosi ni. Kalau korang beli satu-satu produk maybe harga akan melebihi dari RM200 tapi bila korang beli dengan harga bundle ni hanya RM200 sahaja

So kena cepat nanti harga promosi ni dah habis pula, boleh beli untuk mak ayah di kampung, atau orang yang tersayang yang sangat memerlukan untuk kesihatan. Mesti gembira kan tengok mak ayah dan orang tersayang sentiasa sihat dan dapat atasi masalah yang ada, janji konsisten dan consume mengikut dos yang diberi. 


More Info :

Constant Farmasi Promo Link  : https://www.constant.com.my/SalePage/Index/221336
Lazada : https://www.lazada.com.my/constant-pharmacy/
WhatsApp : 6012-2484018 
Facebook Link : Apotec Malaysia 
Instagram Link : apotecnushine 









Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates