• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum

Tempat Menarik k di Kuala Lipis, Pahang Yang Korang Perlu Tahu | Kuala Lipis ni tempat aku lalu lalang je bila nak balik ke Terengganu, memang selalu lalu tapi tak pernah terfikir untuk menerokai tempat ni, bila tengok dari dalam kereta ada banyak bangunan-bangunan yang dah usang tapi still megah berdiri, mesti ada kisah-kisah best disebaliknya. Suka sejarah ? Kadang-kadang bila dengar orang bercerita tentang asal usul sesebuah tempat tu jadi ralit dan mulut automatik teruss ooooo ooo macam tu ceritanya, kan ? hehe

Sebelum aku kongsikan apa yang menarik di pekan Kuala Lipis, aku nak kongsikan dulu satu tempat ni ibarat hidden gems yang jarang kita nak pergi, tapi aktiviti macam ni sebenarnya sangat-sangat best, yang sukakan aktiviti jungle trekking, lasak, masuk hutan dan sebagainya mesti suka aktiviti macam ni 

Taman Eko Rimba Kenong

Aku selalu jugak tengok ada beberapa tempat yang namanya Taman Eko Rimba tapi tak pernah terfikir apa yang ada didalamnya. Untuk ke Taman Eko Rimba Kenong ni agak mencabar fizikal dan kelakar sebenarnya sebab kena gigit kerengga dalam trak hihi


Kami kesini dengan menaiki bas dan park di entrance Taman Eko Rimba Kenong, lepastu kena naik trak JPAM (kereta or van boleh je masuk) untuk masuk menuju Jeti Kenong untuk menaiki bot pula. Bas memang tak boleh masuk dalam ni ya sebab jalan sempit dan kiri kanan hutan. Sesampainya di jeti, kami naik bot untuk ke jeti Taman Rimba dan teruskan perjalanan untuk jungle trekking
Sebelum perjalanan makin jauh, sempat singgah di Kampung Dusun yang mana penduduk dalam ni hanya ada 8 keluarga sahaja, dan sempat melihat orang kampung tengah menyediakan masakan Tradisional iaitu Nasi Kebuli, then teruskan jungle trekking menuju 3 gua yang tersembunyi dalam hutan Kenong ni

Sepatutnya kitorang dapat menyelusuri dalam gua dengan menaiki bot tapi disebabkan hujan lebat semalaman, air sungai naik tinggi but sokay tetap best. Dalam hutan Kenong ni terdapat 3 gua, iaitu gua Batu Tangga, Gua Tangkup dan Gua Kelawar. 

Baca juga : seronok berjalan di zoo negara {alertInfo}

Perjalanan ke gua-gua ni mengambil masa dalam 45 minit, jika secara santai pula mengambil masa kira-kira 1 jam jugaklah, trek tak terlalu extreme tapi agak mencabar juga sebab laluan agak berlopak dan licin disebabkan hujan but so far semua okay je haa, pastikan pakai kasut yang bersesuaianlah, aku pakai kasut getah je 

AKHIRNYA SAMPAI !




Onway balik pula sempatlah kami merasa Nasi Kebuli tadi, sedap dan unik rasanya, Nasi Kebuli ni memang dimakan tanpa kuah ye, yeah dapat juga makanan masakan tradisional orang Pahang. Jadi kalau korang suka masuk hutan, Taman Eko Rimba Kenong ni sangat best untuk diterokai, hidden gems yang cantik dan berbaloi untuk korang lawati. 


Tempat Menarik di Kuala Lipis

Pekan Kuala Lipis

Akhirnya dapat juga singgah pekan Kuala Lipis ni, takde dah lah perasaan curious dari dalam kereta je, so antara tempat-tempat yang korang boleh cipta kenangan, bergambar, melawat dan mengetahui beberapa kisah sejarah haa boleh lah bokkmark terus tempat yang aku nak share ni

Titik 0KM Pekan Lipis 
Rupanya ramai juga ye memburu titik 0KM ni, aku pun tak tahu tempat aku kat mana la titik 0KM ni, hihi nanti lah cari juga,so di Pekan Lipis ni , titik 0KM terletak di GPO ( General Post Office), boleh lah pergi bergambar nanti hee


Sekolah Menengah Clifford 

 Untuk info korang, hostel yang pertama ditubuhkan selepas Stesen Keretapi Malaysia (KTM) adalah di Sek Men Clifford ni dan inilah sekolah yang melahirkan ramai-ramai tokok ternama termasuk penyanyi No 1 Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza. Aku suka tengok pintu kelas-kelas di sek. ni, sangat klasik. 


Masjid Negeri 1888, Kuala Lipis

Masjid tertua di Pahang yang sudah lama terbina sejak tahun 1888 lagi, wow lama dah masjid ni, aku pun belum lahir lagi dan masjid ni juga masih kekalkan seni bina yang lama, pernah juga dijadikan sebagai Masjid Negeri dan ada kisah sejarah yang mana masjid ni tidak ditenggelami air sewaktu banjir besar di Pahang suatu ketika dahulu

Pejabat Daerah Lipis
Antara bangunan yang telah lama juga sejak tahun 1919 yang juga diisytiharkan sebagai bangunan Heritage yang akan terus dipelihara dan dijaga. Kalau tengok seni binannya memang nampak bersejarah kan. 

Bangunan Residensi 

Bangunan yang masih dikekalkan dan dipelihara sejak pemerintahan British, dibina sejak tahun 1922 dan menjadi tempat kediaman bagi residen Inggeris. Dalam bangunan ni ada sudut muzium dan bahan-bahan sejarah yang korang boleh lawat.

Muzium Warisan Lipis



Last but not least, kami melawat muzium, di Muzium lah kita boleh peroleh segala kisah dan bahan sejarah dari peninggalan zaman-zaman pemerintahan British dan macam-macam lagi yang tak pernah kita tahu. 

Lastly jangan lupa tonton video kami sepanjang 3 hari meroka tempat menarik di Pahang 

Assalamualaikum

Entry sebelum ni aku dah kongsikan beberapa tempat menarik di Bentong ,boleh baca di tempat menarik di Bentong kali ni aku nak kongsikan tempat menarik di Raub Pahang, iaitu Tanah Aina Fahad, merasa lah pengalaman bermalam dalam glamping, yeahh. Aku selalu tertanya-tanya selesa ke tidur dalam glamping ? Korang rasa elesa tak? Haaa jom aku share apa yang bestnya glamping di Tanah Aina Fahad


Tanah Aina Fahad terletak di Sungai Dong dan sebenarnya ini kali pertama aku jejakkan kaki di Tanah Aina, menginap hanya semalaman disini, ia membuatkan aku jadi rindu dan mungkin akan kembali lagi sebab rasa tak puas untuk menikmatilagi suasana dalam hutan, angin malam, bunyi unggas-unggas hutan, air sungai yang sejuk, makanan yang sedap dan pelbagai perasaan yang bercampur baur



Selesa ke tidur dalam glamping ?

Bab keselesaan, aku sangat selesa tidur dalam glamping ni, gais bukannya kita tidur lambak kat bawah tau, tapi dalam ni ada 4 katil single, so boleh muatkan 4 orang dan dalam glamping ni tidakla terlalu sempit, ada ruang untuk solat, ada cermin solek untuk berhias,ada kipas juga, towel dan selimut pun disediakan.






Toilet disini memang berasingan, tapi jangan risau toilet pun dah macam hotel jugak gais, luas, ada syampoo dan body shower yang disediakan, sangat selesa lah bagi aku. Glamping di Tanah Aina ni juga banyak jenis sebenarnya, untuk queen ada, untuk vip, untuk family pun ada haaa so korang boleh pilih yang mana korang suka.  

Baca juga : Cherry blossom di Jeju {alertInfo}



Kalau korang tengah runsing atau tengah berfikir sesuai tak untuk bawa anak-anak,bagi aku sangat sesuai sebab tempat ni boleh bagi anak-anak rasa pengalaman baru, lebih-lebih lagi yang takde kampung dan tidak terlalu extreme, boleh santai-santai,ada beberapa game yang anak-anak boleh main dan ada kolam kecil juga untuk mandi manda
Tempat luas dan Makanan Yang Sedap 

Sesudah membersihkan diri, masa untuk makan ! Masing-masing dah kebuluran hiks, tempat makan sangat luas, makanan tak mengecewakan, sedap dan kekenyangan sangat, tapi jangan terkejut lah waktu makan tu korang akan dengar macam-macam bunyi unggas-unggas hutan, bawah tempat makan ni pulak adalah sungai, so boleh dengar air sungai mengalir deras. Best gilerrr. 


Kendurian ! Yeayyy malam tu jugak dapat makan-makan durian, haaa memang puas hati lah bagi peminat durian, hihihi sorry yaa bagi yang tak minat, memang kena jauhkan diri awal-awal dek kerana bau dia yang harum itu.



Sebelum masuk dewan makan ada beberapa aktiviti yang korang boleh main disini untuk hilangkan bosan, kami sempat lah panaskan badan dengan bermain pingpong, main karom dan siap boleh karaoke lagi, then lepak-lepak minum kopi dan jalan-jalan disekitar, ada walk in yang cantik dihiaskan dengan lampu led, tapi tak lama sebab hujan turun. 


So malam tu memang tidur dalam hujan, aku tidur selimut satu badan tau sebab sejuk dan aku ni sejenis penakut jugak haha lebih-lebih lagi dalam hutan, so far takde gangguan apa-apa pun, mana-mana tempat pastikan niat kita betul okay dan tempat ni selamat.
Aku mandi pukul 5.30 pagi kot haha gigil weh tapi segar sangat mandi pagi dengan air sejuk, then breakfast untuk teruskan perjalanan ke Kuala Lipis. Nanti aku share apa benda best yang korang boleh nikmati di Kuala Lipis. 

Sebenarnya agak hampa sebab tak boleh nak mandi manda di sungai kat sini tapi aaa so happy bila selepas teroka Kuala Lipis, kami kembali lagi di Tanah Aina Fahad untuk mandi manda di sungai, yahoooo ! 
Apa lagi, jom lah kita terjun sungai, sempat juga buat aktiviti water confidence, untuk buat aktiviti air ni wajib kita pakai safety jacket okayh.Mula-mula takut sebab arus air sungai ni deras gila, dah lah aku ni jenis tak reti berenang tapi ada beberapa orang guard yang akan jaga kita. Mula-mula je takut tapi ehh nak buat lagi hehehe. Ada beberapa port yang korang boleh mandi manda, ni di bahagian bawah, sesuai untuk aktiviti air, bahagian atas untuk santai-santai mandi manda di area canopy walk. 


So korang yang mana tengah mencari tempat-tempat untuk menenangkan minda, jauh sangat dari hiruk pikuk bandar yang menyerabutkan, rasa nak santai-santai dengan keluarga, tinggalkan sekejap urusan kerja dan sebagainya ~ sangat-sangat berbaloi datang ke Tanah Aina Fahad ni, seriously korang akan rindu dengan banyak perkara. 



More Info :

Tanah Aina Fahad : http://www.tanahaina.com/fahad/
Tourism Pahang : www.tourismpahang.org.my
Tourism Malaysia Wilayah Timur : www.malaysia.travel



Alhamdulillah qaseh berkesempatan menghadirkan diri di majlis Meet & Greet Introduce D’Aura Ambassador bersama geng Kbba. D’Aura adalah produk minyak kelapa dara / VCO (virgin coconut oil) no 1 bagi ibu-ibu mengandung di Malaysia dan juga telah diedarkan di Brunei dan Singapura. Rasa macam semua pun dah tahu tentang D'Aura ni kan.


Jika korang search di google pun memang banyak sangat khasiat minyak kelapa dara ni untuk kesihatan malah untuk kecantikan juga dan yes minyak kelapa dara ni memang sesuai untuk seisi keluarga bukan untuk perempuan je tau tapi lelaki pun boleh amalkan.


Majlis berlangsung dengan meriah, dan ada 3 benda yang qaseh nak share pada korang semua. Selain dari duta dan produk baru yang ingin diperkenalkan, ada program best untuk korang yang minat untuk menjadi usahawan berjaya. First of all qaseh nak ucapkan tahniah kepada pengasas D'Aura Tn Hj Dzul Ahmad atas kejayaan pelancaran produk baru dan perlantikan duta baru D'Aura, haaa siapakah yang jadi duta D'Aura kali ni ? Memang femes orangnya.

Perlantikan rasmi Dayah Bakar sebagai Duta D’Aura 

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba, kemunculan seorang wanita yang anggun sebagai Duta Produk D'aura, tahniah buat mommy to be, seorang personaliti TV tanah air, Puan Dayah Bakar,  memang sangat sesuai dengan personalitinya yang lembut dan sopan gitu, tahniah juga bakal menimang cahaya mata pertama bulan August nanti

Acara menandatangani kontrak 


 Acara perasmian produk terbaru oleh Puan Dayah 

Produk terbaru D'Aura diadakan sempena dengan perlantikan Duta Produk D'Aura, so ada 2 produk baru yang korang perlu tahu dan salah satu produk baru ni bersesuaian dengan Puan Dayah Bakar yang bakal melahirkan cahaya mata nanti, haa eh apa kaitan ?  Sabar, qaseh nak share lah ni :p

Produk Baru D’Aura 


Kalau sebelum ni ada dua produk D’Aura ni yang memang HOT betul sambutan dia hingga mencecah hampir 1 juta pengguna iaitu D’Aura Softgel dan D’Aura Gold, salah seorang pengguna tu termasuk qaseh sendiri, pernah amalkan waktu pregnant dulu, so far baby sihat dan takde masalah apa pun bila amalkan VCO ni sebab ia tiada campuran bahan kimia yang berbahaya, hanya melalui proses penyulingan dengan suhu yang rendah

 D'Aura Gold
 D'Aura Soft Gel 

Kali ni, D'Aura mengembangkan lagi produk mereka dengan memasuki dunia kecantikan dan semestinya untuk ibu-ibu iaitu
Aromatic Virgin Coconut Oil (AVCO)
Set Bersalin D’Aura
AVCO ni khas untuk sapuan luaran je tau, untuk kulit boleh, untuk rambut pun boleh dan ada dua aroma iaitu Morning Dew dan Floral Fresh. AVCO kaya dengan antioksidan dan pelbagai guna sebab ia boleh lembapkan kulit, lembutkan kulit dan rambut, anti aging, perbaiki tekstur kulit, kurangkan pori-pori tersumbat, wrinkle dan sebagainya 

Biasanya qaseh memang akan buat double cleansing untuk muka, for first step memang akan guna oil cleanser lah untuk cuci segala kotoran, so AVCO ni juga boleh dibuat sebagai makeup remover/ oil cleanser juga, yang paling bestnya harga dia murah je gais tak sampai Rm30 pun.

Bau AVCO ni tak terlalu kuat tapi still harum, bagi yang alergik dengan fragrance qaseh rasa tiada masalah sebab hanya guna 1% natural plant extract fragrance je, sebab still nak kekalkan bau minyak kelapa dara dan nutrien yang ada.

Oh ya, AVCO ni pun cepat gila meresap di kulit, hanya 10 saat tapi ia meninggalkan haruman yang ada. Kalau nak buat as moirturizer pun no hal sebab ia cepat meresap dalam kulit dan tidak membuatkan muka kita berminyak.VCO ni one more thing qaseh suka sebab boleh blend dengan essential oils, qaseh memang tengah cari minyak carrier untuk blend dengan essential oils untuk mengurut hihi memang terbaik.


Set berpantang D'Aura pula cukup lengkap untuk ibu-ibu berpantang, dalam set bersalin ni ada :

  • Feminine Intimate Wash 
  • Firming Herbal Paste
  • Baby Massage Oil
  • Soft & Natural Nipple Cream 
  • Herbal Warming Body Soap
  • 100% Pure VCO
  • Calming & Refreshing Spray 
Antara kelebihan Minyak Kelapa Dara D'Aura, for your info, D'Aura membuat semua produknya di kilang sendiri tau. 



Pelancaran Program Aurapreneur
Okay, one more thing qaseh nak highlight satu benda buat korang di luar sana yang memang nak sangat berniaga tapi tak tahu hala tuju, kadang kita tengok orang berniaga ni best sangat kan, dapat pegang duit kepok-kepok tapi struggle dia kita tak tahu, kalau salah handle, habis lingkup

So nanti, D’Aura akan anjurkan program Aurapreneur yang mana akan ada kelas-kelas percuma untuk membimbing orang ramai menjadi usahawan yang berjaya dan banyak lagi program nya, nak tahu kena join dulu lah ye.


Qaseh tertarik bila dengar testimoni dari agen-agen D’Aura yang dulu langsung tak tahu apa-apa pun pasal bisnes tapi sekarang boleh buat sale hinga jutaan ringgit, so nak berniaga ni tak boleh main langgar je, kena jugak ada ilmu. 


Inilah peluang terbaik bagi korang yang takde modal, takde ilmu langsung, tak tahu nak mula macamana lebih-lebih lagi PKP ni, pendapatan makin terjejas,  so boleh lah rembat peluang ni, more info just contact je nombor di bawah.

Contact di nombor 019-9999256

Lastly, baby shower buat mommy to be ni, eee mesti comel je baby nanti hihi macam mak dia lah kan 
Once again, congratulations buat Dayah Bakar, bergambar kenang-kenangan sat 

More Info :

Boleh layan video sepanjang event ni berlangsung


Website : www.daura.com.my
Instagram : www.instagram.com/daura_hq/
Link Tree : https://linktr.ee/daurahq

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates