Tempat Menarik di Bentong, Pahang Yang Korang Perlu Tahu

Assalamualaikum

Tahukah korang sebenarnya banyak tempat menarik di Pahang yang perlu kita terokai dan sebagai rakyat Malaysia, kita sendiri lah yang perlu menaikkan tempat-tempat menarik ni supaya ia menjadi satu tarikan yang mengagumkan dan sekaligus dapat membantu sektor pelancongan di Malaysia. Siapa lagi yang perlu naikkan sektor pelancongan Malaysia, kalau bukan kita sendiri. Kan ?

Jadi baru-baru ni aku berkesempatan dan merasai pengalaman meneroka beberapa tempat menarik di daerah-daerah di negeri Pahang iaitu Bentong, Raub dan Lipis. Satu pengalaman yang best dan sangat mengujakan sebab aku pun tak menyangka ada tempat yang menarik yang patut kita kongsikan di 3 daerah ni.

Untuk entry kali ni aku nak kongsikan tempat menarik di daerah Bentong. Back to nature tak pernah mengecewakan, yang pasti aku dah mula rindu dengan suasana di dalam hutan, menyelusuri sungai, mandi sungai, bunyi unggas-unggas hutan, makanan sedap dan pemandangan yang cukup tenang,jauh dari hiruk pikuk bandar. Rasa sangat segar walaupun sekejap.

Lokasi pertama yang aku lawati adalah di Janda Baik, sesungguhnya Janda Baik adalah satu tempat yang dah memang terkenal dengan tarikan utama seperti sungai, air terjun, chalet-chalet yang cantik, aktiviti menarik dengan suasana tenang di dalam hutan dan tak pernah membosankan. Sebenarnya dah lama aku nak datang ke sini, tapi selalu ada hal yang tidak mengizinkan, so here we go !!!

Chalet Mama Papa


Chalet Mama Papa terletak di Kuala Lurah, kira-kira 45km dari Kuala Lumpur dalam 50 minit perjalanan. Apa yang ada di Chalet Mama Papa ni ? Haa bestnya chalet ni, ia berdekatan dengan sungai Benus yang jernih dan menyegarkan, hanya beberapa langkah je sebab sungai tu terletak di belakang chalet ni je, siap boleh dapat bilik view sungai lagi. 

Indah sangat kan, pagi-pagi bukak jendela bilik terus nampak view sungai, dengan secangkir kopi, sejuk embun pagi, wow sangat!

Bilik-bilik yang ada di Chalet Mama Papa ni sangat-sangat sesuai untuk korang yang bekeluarga ataupun bujang, lebih-lebih lagi teringin nak buat family day setelah lama kita dikuarantinkan, jadi ni lah masa yang sangat sesuai, dan bilik-bilik disini boleh memuatkan sehingga 6 orang dewasa, pelbagai pilihan bilik lah yang korang boleh pilih.


Selain mandi-manda di sungai, banyak aktiviti lain yang boleh dibuat di sekitar Chalet Mama Papa ni, suka aktiviti lasak ? Boleh naik ATV, jungle trekking, berbasikal, memancing, boleh berjalan kaki dan mandi air terjun di Air Terjun Gunung Nuang, Air Terjun Lata Tampit, boleh main Paintball, Archery, melawat kebun sayur, Taman Rusa & Arnab dan macam-macam lagi

Baca juga : Nasi Kandar Terbaik Kena Cuba {alertInfo}

Antara kemudahan yang ada, parking persendirian percuma, surau, bilik mesyuarat, cafe, tempat BBQ, karaoke(atas permintaan), kaunter maklumat untuk aktiviti rekreasi, padang permainan, telematch, dan sebagainya.

Dan aku sebenarnya tertarik untuk pergi ke Air Terjun Tampik yang mempunyai air terjun 7 tingkat , mesti lawa gila kan tempat dia, tapi nak ke air terjun ni kena ada permit tau, kalau korang teringin jugak boleh jenguk web ni www.tampikwaterfall.com , sumpah lawa gila ~ okay next wishlist ! So untuk info lanjut boleh contact terus Chalet Mama Papa okay !

Kemudahan dan Pakej yang disediakan
  • Makan Minum Selera Kampung
  • Hari Keluarga
  • Seminar dan Percutian Syarikat
  • Teambuilding
  • Berkhemah
Kalau korang sukakan makanan kampung, boleh juga pilih pakej selera kampung haa boleh lah masakan-masakan tradisional yang dah lama kita tak makan, sedap gila sambal hijau kat sini lepas tu serawa durian perghhh letop ! 



Radiant Retreats

Terletak di Kampung Janda Baik juga, Radiant Retreats ni merangkumi semua aspek, untuk family day boleh, untuk pembelajaran pelajar sekolah, pelajar kolej, team building syarikat korporat dan sebagainya. Kiranya jika korang tercari-cari tempat yang boleh buat aktiviti sambil belajar nah disini memang lengkap dengan semua fasiliti 

Aku pun sempat juga melawat sekeliling Radiant Retreats ni, kawasan sini sangat luas, boleh belajar macam-macam dan fasilitator disini sememangnya terlatih di peringkat antarabangsa. Bagusla untuk anak-anak juga sebenarnya, disini pelbagai pembelajaran yang kadang kita pun tak terfikir untuk ajar mereka.


Untuk percutian or family day, disini ada 3 rumah percutian dan juga tapak perkhemahan, Forest Lodge, Mountain Logde dan Orchid Villa. Terdapat juga khemah tepi sungai dan 2 tapak perkhemahan yang lengkap dengan segala kemudahan.





Pakej yang ada disini 
  • Corporate Team Building
  • Corporate Training & Facilitation (HRDF Claimable)
  • Camps for school and youth 
  • Holiday Homes and Campsite Family 
Lagi mudah, korang  bagitahu je kepada pihak pengurusan Radiant Retreats ni korang nak buat program apa, haa nanti diorang akan uruskan dari A-Z.


More info boleh layari 

The Land Bentong



Terletak di Kampung Asap, Bentong, aku tak sangka ada tempat cantik dan setenang The Land ni, bayangkan lah tempat ni jauh dari rumah-rumah penduduk kampung yang lain, sebelum masuk ke kawasan The Land ni ada jalan kecil dan dihias dengan bunga-bunga, jadi lah port bergambar jap :p

Tapi sesungguhnya ni memang kali pertama aku tahu tentang The Land dan aku rasa tak semua tahu tempat ni kan walaupun orang Pahang kan kan kan ? Haa  kawasan sini sangat luas, ada kolam yang cantik dipenuhi dengan pokok Teratai dan ikan talapia, seronok bagi makan ikan, lepastu ada beberapa haiwan ternakan

Sememangnya suasana kampung tu sangat dirasai.The Land sangat sesuai untuk percutian keluarga, wedding indoor / outdoor, farmstay, acara korporat, event space dan boleh memuatkan hingga 400pax. Oh ye untuk membawa diri pun sesuai sangat haha. Jiwa kacau ? Boleh je, jangan terjun kolam dah la ~

Cantik juga view bilik yang ada di The Land ni, sebab tu owner panggil bilik ni "Bali' ala-ala berada di Bali gais, penginapan boleh memuatkan hingga 50 pax, dan hari tu owner ada share pengunjung  yang datang siap buat konsert sendiri lagi, means boleh la kalau korang nak karaoke ke apa-apa yang fun disini.







Datang ramai-ramai lepas tu buat bbq, karaoke, lepak-lepak dan korang boleh masak apa sahaja yang korang nak sebab disediakan tempat dan alatan memasak, haa bawak je bahan-bahan so masak lah sepuas hati.


GRM Jumbo Camp (Green Ranger Malaysia)
Untuk aktiviti aku nak highlight sikit, kat sini korang boleh buat aktviti sendiri tapi kalau korang nak aktiviti yang lagi best, korang boleh join GRM Jumbo Camp ni.

Itinerary agak menarik, ada day trip ke National Elephant Conservation Centre, Biodiversity Trip, Water Confidence and Trekking di Sungai Chamang, Teambuilding Games dan banyak lagi , boleh mandikan gajah, tengok harimau dan sebagainya lah haa more info boleh contact je pihak The Land okay! 


Akhir kata, banyak lagi tempat menarik di Bentong yang kita boleh lawati, antaranya Bentong's Rural Charm, Felda Lurah Bilut Museum, Jungle Oasis, Genting Highlands, Janda Baik, Bukit Tinggi dan sebagainya. Jangan lupa cuti-cuti di Pahang. Jangan lupa share okay ! 

17 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Cantik! Haritu ada cari info chalet ni sebab nak g Janda Baik next month. Tapi tak banyak info kat website. Terus booking tempat lain. Next time nak g sini lak.

    BalasPadam
  2. Cantiknya tempat ni. Memang sedang usha area pahang. Ingat nak jalan-jalan next month.tempat hutan dan tak crowd sangat sesuai waktu PKP

    BalasPadam
  3. Tgk the land tu mcm best. Tak pernah tau pun kewujudan tpt nj. Tq qaseh share

    BalasPadam
  4. Janda Baik ni memang menarik tempatnya.. Sayabg sebelum kurang exposure. Terima kasih share info ni. Lepas ni kalau nak bua short getaway bolehla datang salah satu tempat ni..

    BalasPadam
  5. Wah.......baru tahu.......byk rupanya tempat2 yg best and menarik Di Bentong. Kita jarang pegi Bentong. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  6. Memula baca dan tengok gambar aktiviti macam tak impress lagi. Bila tengok bilik dan dekorasi dalaman. Amboi cantiknya tempat ni. Bleh rekemen kat family dan kawan-kawan.

    BalasPadam
  7. Dekorasi dan bilik kemas dan cantik sangat. Kalau pergi bentong pahang ni bolehlah singgah di sini. Nampak menarik. Boleh masuk list

    BalasPadam
  8. Tengok semua gambar Qaseh dah macam kat negara ompyutih aje laaa..padahal dalam Malaysia aje ek...cantik sungguh...best menginap gini, jauh dari bandar...takde line hp pun takpe, yang penting enjoy the nature..

    Tu kalau Sueizza, najeeb dan Fiza ada, cukup lee geng kopi wahtsapp dulu hehehee

    BalasPadam
  9. Percutian begini memang sesuai untuk anak anak muda yg suka bercuti menikmati alam semula jadi. Brlum pernah sampai.

    BalasPadam
  10. Bestnya boleg pergi memanah dan mendekati alam semula jadi. :)

    BalasPadam
  11. Banyak rupanya tempat menarik di Bentong ni. Terima kasih atas perkongsian menarik dan bermanfaat ni

    BalasPadam
  12. cantiknya deko dia! Kalau musim hujan macam best je stay dalam chalet ala nature macam ni. Makan ubi kayu minum kopi panas fuhhhh

    BalasPadam
  13. Lawa sanngta.. Banyak aktiviti.. Nanti boleh plan dengan keluarga

    BalasPadam
  14. Pernah pergi temerloh je. Honestly tak tahu apa tempat best kt pahang. Tapi bila tgk entri ni terus rasa woww betol la mcm di Bali.

    BalasPadam
  15. Kak blm pernah pun ke Bentong, tak tau pun bentong byk tempat2 menarik nti blhlah sggh

    BalasPadam
  16. wah.. dekat termerloh pun ada tempoat menarik untuk pi.. menarik ni.. kalua singgah sana boleh la menginap kat sini..

    BalasPadam
  17. oooooooooooooooooooo! jalan jalan tak hajakkkkk

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama