• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum 

Holla korang ! Bestnya kalau hari-hari dapat pergi bercuti kan , lagi best bercuti tanpa mengeluarkan duit yang banyak . Lagi lagi lagi best bila pergi bercuti tapi jimat banyak ! Eh ada ke percutian jimat ? Haaa kalau korang nak tips percutian jimat korang boleh dapat jika korang rajin godek-godek web / applikasi Traveloka , sebab Traveloka tak pernah mengecewakan , dan sekarang ada promosi Traveloka SEEngapore - For a roaring good time ! Wuhuuhuu



Siapa yang tak pernah pergi lagi ke Singapore , siapa yang nak pergi lagi ke Singapore? Ini memang masa yang sangat tepat buat korang sebab Singapore antara tempat yang menarik dan cantik untuk di kunjungi , lebih-lebih lagi dengan promo code dari Traveloka . Bila dengar kawan-kawan yang dah pernah pergi ke Singapore , memang banyak tempat menarik yang korang boleh enjoy dan have fun ! 

Traveloka - One Stop Travel App

Qaseh rasa dah ramai yang tahu tentang Traveloka ni tapi bagi yang masih lagi belum tahu , Traveloka adalah pakar untuk korang merancang setiap percutian yang korang ingin tuju, jadi jika korang hendak bercuti ke  Singapore ? Sila lah tempah di Traveloka kerana Traveloka adalah ''one-stop travel app'' yang menawarkan kemudahan untuk percutian kalian ke Singapore.

Selain tu banyak kelebihan yang korang akan dapat bila menggunakan Traveloka , yang paling utama dalam percutian jimat adalah diskaun ! Dengan menggunakan Traveloka , korang akan mendapat diskaun hebat dengan RM50 flat rate diskaun  untuk penerbangan pergi balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore dengan menggunakan Traveloka web ataupun applikasi dengan menggunkan kod / kupon GOSD 

Tentang hotel pula , Traveloka menawarkan potongan tempahan hotel sehingga 20% di Singapore yag mana tiada kupon/ kod yang di perlukan . Apa lagi jom kita ke SEEngapore dengan menggunakan Traveloka dengan menggunakan Traveloka Promo Code . 

Tempat Menarik di Singapore 
Banyak sebenarnya tempat menarik di Singapore ni , yang qaseh selalu dengan adalah Universal Studio , fuhhh kalau pergi ke Singapore tapi tak masuk Universal Studio ni memang tak sah tau korang ! Jom kita tengok sikit tempat-tempat menarik yang ada di Singapore ni , dah ada list senang sikit nak bercuti kan 


  • Sea Aquarium 

Bagi peminat haiwan , korang boleh melawat ke Sea Aquarium yang mana terdapat lebih 100000 haiwan yang bertempat di Sentosa Resorts World bukan sahaja akuarium terbesar di dunia tapi juga yang tercanggih pernah di bina . Wow menakjubkan ! 
  • Singapore Flyer

Roda pemerhati yang terbesar di dunia , cantiknya pemandangan ni kan fuh tapi yang gayat agak-agak berani tak hehe , korang akan naik sehingga 165 meter dari tanah dan akan menikmati pemandangan Helix Bridge , Marina Bay dan Kota Singapore selama 30 minit.
  • Universal Studio 

Tempat yang sangat famous di Singapore , bagi yang ada anak-anak memang wajib masuk ke sini , korang boleh berjalan di 7 kawasan bertemakan filem dan kota Amerika serta bergambar dengan watak kartun dan filem terbitan Universal Studios seperti Sesame Street, Transformers dan The Mummy.Untuk yang berani korang boleh naik pelbagai roller coaster dan mainan lain yang mendebarkan di taman tema ini
  • Kereta Kabel Singapore

Dengan kereta kabel berkapasiti 8 penumpang, anda akan dapat melihat suasana kota Singapura dan Pulau Sentosa ketika kereta kabel modern anda melintasi laut.Hampir 100 meter di atas udara, perjalanan selama 10 minit ini pasti mengujakan jika anda menaikinya pada waktu malam kerana anda dapat melihat panorama ke dua-dua kawasan yang dihiasi lampu warna-warni lampu
Dan banyak lagi tempat-tempat menarik yang korang boleh kunjungi , semuanya memang berbaloi-baloi dan jadikan satu pengalaman yang sangat menarik . Bila tengok semua tempat tu terasa jugak nak pergi dan memang salah satu wishlist tempat untuk bercuti jugak . Oh ye , untuk promo code SEEngapore tadi meh aku kongsi cara-cara dan syarat-syaratnya , sangat mudah ! 
Syarat-syarat dan cara membuat tempahan 
  • Promosi RM50 hanya sah untuk penerbangan pergi - balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID 
  • Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod GOSG sewaktu pembayaran  
  • Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat 
  • Tempoh tempahan : 1 September hingga 30 September  
  •  Tempoh perjalanan : Bila - bila masa sahaja 

Haaa amacam , harap semua dah faham dan jangan lupa tempah sekarang di Traveloka web ataupun applikasi , untuk memudahkan korang jangan lupa download terus applikasi di smartfon masing-masing tau ! Jom ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code . Untuk maklumat tambahan jangan lupa klik - klik link di bawah

https://www.traveloka.com/en-my/promotion/seengapore





Assalamualaikum ! 

Alhamdulillah dapat jugak balik kampung masa Hari Raya Aidiladha , nikmatnya tidak terkata walaupun cuaca panas membahang , selalu promot tempat makan best di tempat orang kan , kali ni aku nak kongsi tempat makan best bila berada di Besut iaitu di Pantai Air Tawar . Bila aku balik kampung je wajib datang sini , sebelum datang siap doa lagi mintak-mintak kedai ni bukak sebab ni memang tempat favourite aku datang lepak makan nasi air 


Jadi kalau korang datang di Besut dan teringin nak makan nasi air , boleh lah datang ke Pantai Air Tawar dan makan nasi air di kedai Pak Awie ni . Kalau korang tercari-cari kedai nasi air memang banyak je sebenarnya tapi bagi aku ntahla aku memang suka datang makan kat sini , pernah pergi di kedai lain tapi tak kena dengan selera , huwaaaa alih-alih kedai ni jugak menjadi pilihan . 


Lokasi kedai ni pun dekat je dengan pantai , so lepas makan mesti aku tuju ke pantai , cumanya bila aku balik tempoh hari pantai agak tak cantik , banyak pulak sampah kat tepian tapi takdelah nampak ketara cuma lain la sikit dari sebelumnya . 

Nak mandi ? Aku cadangkan korang mandi di Pantai Bukit Kluang sebab kat sana lagi meriah (padahal dekat je pun dengan Pantai Air Tawar ni , cuma kat sana kawasan redup dan banyak kedai-kedai menjual keropok dan sewaktu dengannya . Aktiviti pun lebih banyak di situ , boleh baca di entry ni →→→https://www.qasehdalia.com/2017/03/mandi-manda-di-pantai-bukit-keluang-besut.html


Lama gila tak guna cawan besi ni , bila minum ais kosong lagi lah bertambah sojukkkknyaaaa so kat sini air sejuk dan air suam di sediakan , free sahajo . Kalau kat bandar dah kena cas 20 sen ye dok haha eh sekarang dah cas RM1 gamaknya .. Haishhh nasib kat kampung masih lagi free kalau tak bawak air mineral dari rumah (apak kedekut ! ) haha



Kedai ni agak besar jugak , boleh makan bawah pokok dan pondok buluh jugak . Kat sini bukan nasi air je ada tau , ada air kelapa fresh , keropok lekor goreng , sosej , makanan panas dan banyak lagi . Aku tak tahu menu lain sebab selalunya aku datang sini untuk makan nasi air je weh , dan setiap kali aku datang tak pernah tak ramai orang , selalu je ada .. Haaa nampak , laku keras ! 

Sambil-sambil menunggu sempat lagi dia ni , Rayyan pun suka nasi air kat sini 


One more thing , setiap meja ada penambah rasa ni , jenis aku memang tak boleh kalau tak makan nasi air dengan air cili , lada jeruk dan sos ikan ke sos sotong mende tah , sebab tekak aku ni pemasin sikit jadi kena tambah bagi masin haaaa , sedap oikkk ! Tetiba lapar .. Suami aku pulak jenis tak suka tambah apa-apa dalam nasi air dia , dia kata pelik ! Aiyooo nampak tak perbezaan orang Ganu dengan orang Pahang haha apoooo laaa , padahal takut pedas :p . So Rayyan kongsi dengan abah , Umi nak makan yang pedas je werkkk 


Jeng-jeng-jeng , ni lah rupa nasi air nya , dalam ni ada daging , ada 'lampong' kot , aku tak tahu apa nama dia haha main hentam je , ada ikan bilis , dan selebihnya tak tahu nama . Portion dia sangat mengenyangkan oik , tapi kalau tahap kebulur satu pun tak cukup opss ! Jangan terlalu banyak minum air nanti nak bangun pun tak larat haha .. So jangan lupa cuba bila korang datang Besut yawwww ! 


Rayyan sekarang pantang nampak air , sebab duk kampung asyik datang pantai je dia pun macam ''jom main air'' , amboiiii ~ bila nampak ombak datang laju je meluru nak masuk dalam air tu haaaa , ikutkan plan nak pergi mandi lagi di Keluang tapi mak aku bebel , risau lemas , pastu tetiba jadi cuak nak mandi , baiklah kita mengikut cakap emak ye anak-anak . Next time lah kita mandi .. sobsss kita main pasir dan bergambar je la 

Sebab plan nak mandi manda tak jadi kan :p 

 Umi borek anak rintik ni haha 

Hati Berbicara :

Tq Husband melayani kehendak isterimu , kalau boleh tiap hari nak lepak pantai , ntahlah aku memang suka duduk tepi pantai ni , tenang je rasa . Sebab kat bandor memang takdok lerrr nak jumpa pantai sobssss , papepun nanti kita balik lagi .. So korang jangan lupa datang makan di sini tau ! 
WAZE je kedai PAK AWIE NASI AIR 


Assalamualaikum 

Hai korang , pernah tak korang dengar pasal Crypro ? BitCoin ? Ai Trades ? Haaa aku selalu dengar pasal BitCoin ni tapi sesungguhnya sangat tak faham sebab sebelum ni tak berapa nak ambil tahu . Apa bende BitCoin dari pemahaman korang ? Awal-awal dulu aku fikirkan BitCoin ni hanya lah sejenis duit syiling biasa tapi sebenarnya tidak ye tuan dan puan sekalian ,ia lebih dari itu dan persoalannya BitCoin ni kena cari orang ke tak ? Let me explain sedikit sebanyak yang aku tahu


Sebelum aku kongsikan tentang AI Trades , korang kena faham dulu apa itu BitCoin , apa itu Cryptocurrency dan yang berkaitan 

Apa Itu BitCoin & Cryptocurrency ?
Apa itu BitCoin ? Ia sejenis Crptocurrency yang pertama di dunia . Apa pula Crptocurrency ? Crypto ni pulak adalah mata wang digital (maya) yang di gunakan sebagai matawang alternatif , terdapat lebih dari 4000 coin digital , salah satunya adalah BitCoin dan BitCoin adalah Cryptocurrency yang pertama dibangunkan oleh developer bernama Satoshi Nakamoto (yang identitinya masih lagi misteri ) 
Secara ringkasnya begitulah dunia Cryptocurrency yang makin meluas ni , bank-bank pun dah mula nampak potensi di sebalik Cryptocurrency ni , dan sekarang BitCoin mula di guna pakai dalam sistem ekonomi kita , boleh beli phone , kereta , komputer atau pun rumah . Kenapa perlu simpan BitCoin ni ? Sebab harga dia bakal naik kerana dunia makin moden , teknologi makin canggih  dan perlahan-lahan duit kita bergerak dalam internet je.

Tapi macamana nak hasilkan atau dapatkan Cryptocurrency ? Ada beberapa kaedah yang korang boleh guna contohnya Mining , Trading , ICO dan lain-lain . Mesti korang fikir bagaimana pula nak buat kaedah ni semua ? Rileks tau korang boleh buat semua kaedah ni hanya di platform AI Trades , apa itu AI Trades ? 

AI TRADES

Untuk menyenangkan korang , aku nak kongsi pulak tentang AI Trades . Korang hanya perlu register secara PERCUMA sahaja . AI Trades mempunyai semuanya di bawah satu payung jadi senang untuk urusan Cryptocurrency korang . 

Apa itu AI Trades ?
AI Trades ni company Crypto yang di percayai , semua nya ada di bawah satu bumbung gitu yang di cipta oleh usahawan dari benua yang berlainan , profesional IT , pedagang profesional , dan pasukan undang-undang yang berkelayakan . AI Trade akan membantu korang menjana pendapatan ke arah yang lebih baik.

Review tentang AI Trades.co ni semuanya positif dan yang paling best dapat membantu keluarga menjana pendapatan / bisnes dengan lebih baik kerana AI Trades merupakan perusahaan arbitrase dan produksi mesin atm btc Crypto yang pertama di dunia . Perjalanan dan pengalaman selama berpuluhan tahun membuat kan company AI Trades terkenal dan di percayai 

Apa Yang Di Lakukan Oleh AI Trades
Produk yang di tawarkan oleh AI Trades



Berapa Modal Yang Perlu Di Keluarkan ?
Dengan AI Trades ni korang hanya memerlukan modal sebanyak 0.01 btc + usd 49.90 sekitar 0.018 btc sudah dapat membuatkan korang mendapat faedah sekitar 0.3% setiap hari selama 365 dan boleh di compound serta potensi penghasilan maksimun sebanyak 20 btc/hari 

Jangan Lupa Untuk Daftar Sekarang !
Apa tunggu lagi , jangan lupa untuk terus daftar di https://aitrades.org/public/r/join untuk maklumat lanjut , jika korang ada modal ini memang peluang terbaik untuk melabur ! Boleh jadi dengan 0.01 bt , nilai itu boleh mencecah puluhan ribu ringgit , fuhhh


More Info :

Website: AITrades
Facebook: AI Trades
Facebook: Seputar FX
Instagram: AI Trades

China Market Contact 

Weibo
wechat id : tedyinfoemas 
Linkedin : Info BitCoin



Assalamualaikum , holla gais ~ kesinambungan dari entry Dapat Kejutan Dari Althea , hari ni aku nak share kejutan dari Althea ni haaa iaitu Welcome Gift untuk kesemua Althea Angels , yeahh im happy-happy girl , so jom unboxing ! Btw siapa yang mengikuti aku di socm mesti dah tengok kan , but its okay , kali ni untuk pembaca blog pulak haaa gituh 

Unboxing Althea Angels Welcome Gift 
Always love Althea Box !
A post shared by qasehdaliadotcom ❤️ (@qasehdalia) on Jul 26, 2018 at 9:45pm PDT

Boleh tengok video unboxing ni ya , nampak tak banyak sangat barang-barang cute yang ada dalam box ni , semestinya cute dan comel je , yang penting ada warna pink ! So nah aku listkan semua gift yang ada dalam box ni . 

🌸 Welcome Letter by Tammy Lim , tq so much ! 
🌸 White Mirror
🌸 Premium Althea Tote Bag 
🌸 Pink Althea Mini Bag 
🌸 Birthday Box Miniature Paper Box 
🌸 Discount Code 
🌸 Real Fresh Skin Detoxer 
Fly To Korea ~  

Sempena ulang tahun Althea yang ke 3 tahun , ada satu contest mudah yang korang boleh join dan hadiah dia penajaan percuma ke Korea ! Cara-cara nak join pun sangat lah mudah korang .. Nak tahu ? Ikut je step kat bawah ni , sehingga 31 Ogos sahaja , so cepat-cepat dapatkan segera maniature birthday box Althea dan upload di IG . 

  • Shop - Make a purchase on Althea and be one of our lucky fans who receive the limited edition Birthday Book box + Birthday Book miniatures!
  • Get Crafty- Fix up the miniature boxes according to the instructions.
  • Snap - Take a creative photo featuring your finished Birthday Book miniatures.
  • Submit - Upload it to Instagram and caption it telling us why you’d like us to fly you to Korea! Be sure to use the tags @AltheaKorea #AltheaTurns3 #AltheaKorea to enter.
The best instagram photo akan dapat hadiah lumayan ~ nak tahu hadiah apa ? Boleh tengok di sini https://blog.althea.kr/2018/07/fly-me-to-korea-altheaturns3.html

Althea X Get It Beauty Fresh Skin Detoxer 

Special gift dalam box ni adalah Real Fresh Skin Detoxer ni , dengan kolaborasi Althea Korea dan program Tv terkemuka Korea - Get It Beauty maka tercipta lah Fresh Detox ni ,fuhh best pulak jadi yang terawal menggunakan Fresh Skin Detoxer ni . Ada dua variasi berbeza iaitu Rose untuk rutin skincare di waktu pagi  , dan Green Tea untuk malam hari  . Yang paling best bila mana ia hanya memerlukan 10 saat untuk mendetoxkan kulit wajah , bagus untuk aku yang pemalas heee 


  • ROSE - Refining 


  • GREEN TEA - Puryfing 



Korang dah boleh dapatkan di web Althea tau , best pakai mask ni yang pasti hanya 10 saat untuk dapatkan kulit wajah yang segar ! More info :

💌 www.althea.kr
💌 http://instagram.com/altheakorea



Assalamualaikum , ada tak pembaca dari kalangan  planner addicted ? So hai dari aku yang baru nak bermula masuk dalam dunia planner ni hihi , boleh lah dalam kategori budak-budak baru nak up lah uols :p


Kenapa aku tiba-tiba berminat dengan planner ni ? Haa sebab utama memang aku tengah tercari-cari buku yang comel-comel untuk aku tampal kenangan dengan menggunakan gambar dari Paperang Printer ni , dan ternampak lah planner yang boleh diy sendiri , boleh masukkan kertas cantik-cantik , boleh letak sticker , washi tape dan banyak lagi idea kreatif yang aku tengok dalam pinterest 

Sebenarnya planner ni pun banyak jenis juga ye , planner jenis buku , jenis kosong , simple , ada kalendar dan macam-macam lagi tapi aku lebih tertarik pada planner jenis ring binder ni , yang kita boleh masukkan kertas yang suka hati kita , boleh masukkan plastik ye ? Haaa i dont know the specific name of 'plastik tebal' tu haha , boleh masukkan kertas 'quote' , kertas warna warni dan macam-macam lagi 


Mula-mula aku search di instagram mana nak dapatkan planner yang cantik-cantik kan , then ada jumpa satu ig ni (dah lupa nama dia) , dia share dari mana dia beli planner dia , sumpah lawa . So aku just stalk je , then terbaca dia dapatkan planner ni semua dari shopee LootersBox , nice ! Sebab aku memang suka shopping di shopee .. Jadi kat atas ni planner yang aku beli , cover aku pilih yang biasa je dulu , transparent cover and then kertas untuk daily plan , kertas jenis dot dan petak 


Harga dia korang boleh tengok di shopee LootersBox , barang-barang dia tak lah mahal sangat , mampu milik lagi sebab takdelah cecah puluh-puluh ringgit , tapi kalau beli banyak haruslah cecah weh hukaloh 

Saiz planner aku ni adalah saiz A5 , ingat nak ambil size A6 tapi tetiba berubah fikiran dalam sesaat je ! iskkkk . A5 lagi besar lah dari A6 punya size 

Planner yang ada ring ni mudah , senang nak susun dan tukar cover :p

Stickers & Pen
Bila dah masuk situ , rambang mata sebab banyak gila barang-barang comel dan cute terutamanya stickers , pen washi tape , dan banyak lagi . Jadi aku pun terbeli jugak pen sebab dah lama tak sekolah haha pen biru je ada di rumah ni haaa . Bila pen ni landing kat rumah aku , Rayyan ambil ! Lepastu dia lari satu rumah , arghhhhhh ! Jenuh pulak nak kejar tapi terpaksa jugak kejar balik haha . GRRRRRR  !



 Sebab tah bila nak pergi kedai DIY , alang-alang beli je stickers kat sini . Banyak lagi weh stickers yang lawa-lawa untuk kita deco planner , harga dalam ringgit - ringgit je 

Masking Tape & Washi Tape 
Benda ni penting jugak untuk deco planner sebab dia ada corak macam-macam , i dont know apa beza masking dan washi tape ni , macam sama je kan huh . Pape je la asalkan boleh tampal sudah kuikuikui






Contoh planner dari Pinterest 


Ni antara contoh yang aku tengok di pinterest , eeee nape cantik sangat diorang buat ni , yaampun ntah berapa jam la buat ni ( eh tu aku ) haha apa - apa pun kalau nak cari contoh template , design , dekorasi planner ni , boleh cari di pinterest je haa , berlambak-lambak . Style bullet journal pun cun , dulu-dulu selalu buat masa sekolah tu pun matapelajaran sejarah , ye dak ? Haha .

Hati Berbicara :
Aku pun tak tahu apa akan jadi pada planner aku haha apapun nak cari barang-barang stationary dulu .. Harap rajin lah , kalau tak hurmm hurmm bako je la haha okay bye !


Holla kesayangan hati semua , Yeah , i'm Althea Angels too ! Congrats to myself :p



Entry kali ni sebagai satu entry terima kasih sangat buat Althea & team yang telah mewujudkan satu komuniti yang berkisar tentang kecantikan , hey perempuan mana tidak sukakan kecantikan ? Mungkin dulu aku kurang minat tentang semua ni tapi bila dah dewasa and then jadi isteri orang aku makin suka explore , baca , cuba produk yang tak pernah aku guna sebelum ni . Ini semua bukan menconteng muka sahaja tapi lebih kepada penjagaan wajah dan diri juga . Right ? 

Jadi , bila Althea membuka ruang dan peluang untuk masuk dalam komuniti Althea Angels ni why not aku cuba (btw teruja gila nak masuk ) but of course lah ada pemilihan kan , its okay kalau kita tak cuba macamana kita nak tahu kita terpilih or tak ? 

Until one day , aku dapat email yang aku dapat jadi sebahagian dari Althea Angels ! OMG , so excited dan teruja juga sebab aku fikir my picisan blog ni tak layak , cantik pun tak ha ha ha , tapi Alhamdulillah tq so much kerana dapat juga jadi sebahagian Althea Angels , dan ramai beauty blogger lain juga dapat yang lagi hebat .


Tahniah semua yang mana bukan hanya dari Malaysia sahaja  , boleh la tunjuk ajarku sifu hehehe, and thanx again buat Althea lebih-lebih lagi buat Mamasan ! Dari dia aku kenal Althea ni dan banyak peluang dia berikan untuk aku sendiri cuba beauty produk dari Althea ! 

WELCOME GIFT ALTHEA ANGELS


Yang ni betul-betul dapat surprise , sebab tak tahu pun Althea akan bagi Welcome Gift secepat ini , lagi pula takde hint apa-apa kan , bila dah dapat tu baru tengok email tentang ni , im so happy dan dapat point juga , dah habis dah guna haha tak sabar nak tunggu dari Korea lagi ! Apa ada dalam Welcome Gift Althea Angels ni ? Next entry aku share okay .. Just stay tune !

Award From Althea Angels 

  • Welcome Gift ✓
  • Monthly K-Beauty Giveaways
  • Seasonal Annual Shopping Credits
  • Exclusive Discount Code
  • Birthday Credits
  • Exclusive Althea Reviews
  • Althea Studio Access
  • And Many More ~ 

Tunggu tau next entry ~ Tq kerana sudi membaca 
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates