• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum .. 

Holla lelaki-lelaki maskulin , hehe maskulin tapi kalau tak berapa nak wangi perempuann tak mau dekat tau :p , jadi kali ni aku nak share  eau de toilette dan deodorant yang memang menggegarkan jiwa raga dengan bauan nya , fuh ! Tak lain tak bukan jenama yang memang semua orang tahu , iaitu DASHING .
Bagi peminat tegar Dashing , berita best buat kalian sebab Dashing telah mengeluarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif , iaitu Dashing Sport . Bestnya jadi lelaki aktif , siap ada wangian khas lagi haaa , so Dashing Sport ni memang memenuhi kehendak lelaki aktif yang inginkan wangian dan deodorant yang segar , maskulin dan sesuai dengan kehidupan aktifnya


Jika korang rasa bermasalah untuk mengatasi masalah bau badan sebab always aktif dalam kehidupan seharian , Dashing Sport ni pilihan yang bijak untuk korang semua kerana ia mempunyai aura keyakinan dan sifat maskulin namun masih mengekalkan ciri-ciri moden , ia juga mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma sporty dan gaya ranggi


Untuk aku sebagai perempuan , wajib lah ada minyak wangi dan juga deodoran . Dua benda ni ibarat isi dan kuku , so bagi lelaki aku rasa dua benda ni pun sangat penting kan sebab deodorant dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala minyak wangi pula memberikan wangian yang tahan lama dan segar sepanjang hari . Oleh sebab itu dua benda ni penting tapi jangan tersalah pilih yang tidak tahan lama dan membantu 

Untuk pengetahuan korang , sekarang yang sudah ada di pasaran adalah Dashing MCFC Ultimate Kick dan Hattrick (warna biru dan hitam) , kali ni 2 variasi baru ialah Hitman (warna hijau) dan Golden Boot (warna kuning) yang terdiri daripada deodoran semburan badan dan Eau De Toilette 

Semburan deodoran Dashing Sport bukan sahaja memberi perlindungan selama 24 jam tapi juga memberi manfaat 6 dalam 1 yang berkesan mencegah bau badan , ia juga mengandungi anti bakteria , formula cepat kering , tidak meninggalkan kesan di pakaian dan kulit , serta memberi haruman dan kesegaran berpanjangan
  • Dashing Sport Hitman 

Hitman di cipta untuk lelaki aktif yang selalu bersedia untuk ke mana sahaja , dengan aroma Citrus dan Ice Cucumber , di ikuti dengan Sichuan Pepper dan Lavender beserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood menjadikan daya tarikan  yang sememangnya meningkatkan keyakinan diri setiap lelaki aktif 
  • Dashing Golden Boot 

Aroma Golden Boot pula lebih ke arah wangian Musky dan menggoda , aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai , manakala kombinasi Kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelakian maskulin yang memukau  dan tidak dapat di lupakan , wow ! bahaya ni duduk dekat-dekat haha takut tergoda pulak nanti :p


Nanti jangan lupa dapatkan edisi terhad Dashing Sport ni okay di pasaran dengan harga yang sangat berbaloi iaitu RM12.90 untuk deodoran semburan 125ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette .

 

Yeah dah ada 3 koleksi Dashing untuk husband , kadang-kadang aku pun terguna jugak , opss ! 

Assalamualaikum 

Jerawat ? Ewwww , hehe hari ni aku nak share satu produk yang bagus untuk menghilangkan jerawat , untuk kondisi muka aku sebenarnya aku tidak mengalami masalah jerawat yang teruk , tapi pada bulan-bulan tertentu jerawat tu akan hadir , kadang-kadang jerawat ni kan berkait rapat sangat dengan keadaan hormon kita ye .. Walaupun timbul sebiji dua , rasa macam mencacatkan muka je sobssss , dah la datang tanpa di undang lepas tu meninggalkan kesan parut pulak ! Siapa je tak stress kan ?


Tapi sesetengah yang mengalami masalah jerawat ni suka sangat picit-picit ! Pantang betul kalau orang suka picit-picit jerawat ni , sebab kuman tu akan merebak ke tempat lain pula . Sebab tu aku tak pernah picit jerawat melainkan biar dia mengeras dan hilang sendiri .. If korang mengalami masalah jerawat yang teruk ataupun selalu singgah di wajah , aku suggest korang cuba Eucerin ProAcne A.I. Clearing Treatment.


Apa Kelebihan Eucerin ProAcne ni ?
Ia sebenarnya memang dah di uji khas  untuk membersihkan liang pori yang tersumbat , mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat dan juga mengekalkan kelembapan kulit sebab ia mempunyai 


💛 10% Hydroxy Complex , kombinasi 3 ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (asid glikolik) , BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit , membersihkan pori , mengurangkan bakteria penyebab jerawat dan meninggalkan sisa kulit mati 
💛 Licochalcone A , bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah 
💛 Dexpantheol , yang terhasil dari vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandungan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar

Cara Penggunaan EucerinProAcne 
Korang sebaiknya menggunakan pada waktu malam , sekali sehari . Caranya amik sedikit kemudian urut perlahan di wajah korang . Tekstur nya tak melekit langsung bila di apply pada wajah dan cepat meresap , muka pun jadi lembut dan bau wangi.  


 

Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari je !

Yang bestnya bila baca review orang lain tentang Eucerin ProAcne ni , semua bagi kesan yang positif lebih-lebih lagi katanya perubahan berlaku dalam masa 2 minggu sahaja , dan mengambil masa hanya 8 minggu untuk mendapatkan kulit yang mulus , Eucerin ni bukan hanya boleh rawat jerawat je , tapi dalam masa yang sama masalah bintik hitam , bintik putih di wajah juga dapat di atasi ~ 



Contest Cabaran Bebas Jerawat dalam Masa 14 Hari .
Disebabkan review yang sangat positif pihak Eucerin tengah mengadakan contest dan hadiah pun lumayan tau korang ! Cara nya pun sangat mudah , hanya 2 langkah 
  1. Ambil gambar kulit korang pada hari pertama dan hari ke - 14 selepas penggunaan selama 14 hari
  2. Poskan gambar sebelum dan selepas korang , dan kongsikan di laman facebook dengan hashtag #EucerinProAcne 
(Hadiah utama akan memenangi produk Eucerin bernilai RM5000 , tempat ke dua akan memenangi produk  Eucerin bernilai RM2000 dan 5 pemenang bertuah akan memenangi produk Eucerin bernilai RM1000 setiap seorang

Sahut Cabaran Eucerin ! 

Dah alang-alang kan , haruslah masuk jugak contest dari Eucerin ni , so far pengalaman aku sendiri bila mencuba produk EucerinProAcne ni , aku suka dengan tekstur dia sebab tak melekit langsung walapun warna dia sangat sesuatu haha gurau je :p , bila sapu ke seluruh wajah cepat meresap dan terasa kulit wajah lebih lembut , apply sedikit pun dah cukup memadai 


 Sebelum dan selepas penggunaan Eucerin , jerawat dah takde tanpa meninggalkan parut , yeahh ! Bagus sangat produk ni korang .

Kebetulan hari tu , ada seketul jerawat naik di tepi hidung , so terus apply produk Eucerin ni . Jerawat memang cepat kecut dalam masa 3 hari je hingga ia betul-betul hilang , memang suggest sangat untuk korang cuba cuma dalam waktu yang sama aku nak hilangkan bintik putih dan hitam yang ada ni haa ~ so far alhamdulillah dalam masa 14 hari boleh nampak perubahan yang berlaku , tq so much EucerinProAcne ! 


Selain dari EucerinProAcne ni korang boleh dapatkan juga pencuci muka , pelembab , skrub , serum dan pelembab siang , korang boleh dapatkan di seluruh farmasi yang terdekat dengan harga yang di syorkan iaitu RM62 , dan kini tersedia dalam packaging baru 




Untuk Maklumat Lanjut :
Web : www.eucerin.my
Facebook : www.facebook.com/EucerinMy
   



Assalamualaikum 


99 Wonderland Park | Taman Rekreasi Baru di Tasik Sri Murni , Selayang. Bila husband ajak berjalan , aku ON je haha so kali ni aku nak share cuti-cuti bujet di 99 Wonderland Park , kenapa aku kata bujet ? Sebab masuk sini tak perlu bayar tiket , ianya percuma sehingga 14 April 2018 bagi semua pemegang MyKad . Meh tengok apa yang best di sini . 

 

Sebenarnya aku baru tahu kewujudan Taman Wonderland 99 ni , tu pun husband yang bagitahu , terus google cari info dan baca apa yang best di sini  , lepas tu bila tengok gambar-gambar menarik yang orang lain kongsikan , terpegun pulak tengok keindahan lampu led yang di pasang di waktu malam . Memang cantik sangat .. so apa lagi , terus plan ke sini . 

Sebelum tu plan nak datang ke sini hari Ahad , tapi bila fikir-fikir balik mesti ramai gila sebab orang tak kerja , its weekend ! Jadi terus ubah fikiran untuk datang pada hari isnin , konon nak gerak awal sebab katanya parking sangat limited , tapi rupa-rupanya datang hari isnin weh ramai gila so parking kereta tepi jalan je , mungkin sebab orang dah mula cuti sekolah tu yang berduyun-duyun manusia weh ~


Jadi apa yang best di 99 Wonderland Park ni ? Untuk pengetahuan korang , dulu kawasan ni adalah sebuah kolam tadahan yang terbiar , so projek ni memakan masa selama 2 tahun untuk siap dengan kos sebanyak 18 Juta , gulp ! telan air liur dengar kos nya .. Jom tengok apa yang ada dan aktiviti apa yang boleh di buat di 99 Wonderland Park ni 

Bagi aku yang dah pergi dan merasai sndiri pengalaman datang ke sini , tempat ni luas juga tapi jangan terlalu meletak harapan yang terlalu tinggi lah ye , cuma untuk santai-santai lepak , bawa anak mengenali haiwan dan menggembirakan mereka should be okay sebab anak aku nampak gembira dan tak meragam nak balik heheh 

  • 99 Cruise Ride 
Waktu aku pergi tempoh hari , tak dapat nak naik bot sebab not available lagi . Lagipun ramai betul manusia yang datang hari tu dan aku tengok ada sebuah je bot even berulang-ulang kemungkinan menunggu tu mungkin agak lama , nanti ada penambahan lah kot kan ..


  •  Mini Zoo
Mini zoo kat sini ada pelbagai jenis spesies burung seperti Flamingo , Burung Unta , Burung Kakak Tua dan lain-lain , ada juga spesies rusa , arnab dan sebagainya

 






  • Zodiak Zon 
Zodiak zon ni ada patung replika binatang yang ada dalam tahun cina , contoh nya ada harimau , ular , kerbau dan lain-lain lagi , boleh lah bergambar sambil anak-anak belajar nama-nama binatang :p





Abah ~ nak naik kerbau !


  • Golden Waterfall
Di dinding ni terdapat air yang mengalir , dan bawahnya ada kolam dan juga ikan tapi aku ternampak ikan tu macam tak berapa sihat je , sebab tengok mata macam mengerikan huhuhu ..


  • Kolam Itik 
Kat sini selain dari spesies burung , ada juga itik dan juga ayam sedang bermandi manda di tasik ni haaaa .. 

  • T-Rex Ring 
Kat sini ada beberapa ekor dinasour , ada yang besar dan juga yang kecil .. Apa dinasour ni buat ? haha ada lah bunyi-bunyian dinasour ni mengaum kalau korang kacau dia :p




  • Miracle Bridge 
Ada port-port untuk korang kunci mangga cinta , mangga kawan , dan apa sahaja la macam di Korea tu haa , tapi hari tu aku tak jumpa pulak kat mana nak kena beli mangga2 ni semua .. so tak terkunci cinta kat sini heheh



  • Kemudahan yang ada kat sini , ada kios-kios yang menjual minuman , dan food truck .. Datang sini konfirm lapar punya lah sebab kawasan ni agak luas jugak untuk berjalan-jalan .. Harga not bad lah , boleh lah untuk mengisi perut kelaparan 
  • Kemudahan toilet dan juga surau ada di sini - agak kecil untuk menampung orang ramai so terpaksa menunggu agak lama .

Pemandangan Indah di Waktu Malam di 99 Wonderland Park 

Bila dah makin senja , lampu-lampu pun mula di pasang . Kat sini waktu malam memang cantik sebab semua di letakkan lampu-lampu led , dari pokok , pagar-pagar di atas jambatan , semua lah memang di penuhi lampu led so memang cantik lah 









Hati Berbicara :
Berbaloi tak datang sini ? Bila anak gembira semuanya berbaloi , lagi pula free so berbaloi lah haha , tak tahu lah harga tiket ni nanti berapa , so sementara free hingga 13 April nanti datang lah kat sini yeeeee , cuti-cuti sekolah tak tahu nak pergi mana , sini okay jugak .. just kempunan tak dapat naik bot huwa-huwaa papepun mungkin nanti banyak lagi penambah baikan yang akan di buat .. :)


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates