• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum 

Hai semua , kali ni aku merajinkan diri buat entry D.I.Y , btw kalau kat rumah korang ada peti ais lama dan warna pun dah nampak kuning-kuning atau kusam je , senang je nak nampakkan peti ais korang nampak baru dan cantik , btw bukan peti ais je , apa-apa yang korang rasa nampak tak berapa elok di pandangan mata tu boleh lah try D.I.Y cenggini , mudah nak mampuih .. cuma perlukan dua bahan je .. 

btw ini lah bahan-bahannya 
-Wallpaper D.I.Y , atau pun nak panggil sticker pun boleh ,( aku beli walpaper ni di MR DIY kat di Tesco Bukit Beruntung )
-Gunting / Pisau 


Cara-caranya sangat mudah sebab hanya tampal dan lekat , btw orang guna ni untuk tampal dinding rumah ,bagi rumah tu lagi menarik .. tak payah susah-susah nak cat atau pun lukis corak kat dinding .. lagi pun wallpaper cenggini walaupun tarik dia takde kesan getah melekat kat dinding tapi gamnya kuat bila di lekatkan haaa .. so korang potong la ikut benda yang korang nak tampalkan tu .. so daku tengok peti ais pun kusam jekk , daku pun tampal lah kat situ .. jangan buat gopoh gapah nanti hasil tak cantik , buat slow2 ok bagi cun ! 

Tadddaaaaa ni lah hasilnya selepas aku tampal wallpaper tadi , hurm btw wallpaper yang ada dah tak banyak corak , so yang ni je la kot yang paling cantik .. segar sikit bijik mata tengok peti yang dah berubah rupa .. lalalala ~ ala - alaa

Dah peti cantik boleh lah letak fridge magnet dan pape je la yang korang suka ..

ada lebih-lebih tu aku tampal kat bekas-bekas kosong boleh lah letak barang2 kecik dalam tuh , sekian terima kasih ! 










Assalamualaikum and hye
hari ni aku nak cerita satu benda rahsia , sebenarnya aku dan suami kembar tapi terpisah jauh , ala-ala jejak kasih gitu .. tapi kalau kembar boleh kawen ke ? bukan ke kembar tu adik beradik ... huwaaaa drama sangat ! sila pok kepala aku haha .. 

Ok ni baru la cerita sebenar-benarnya , ermmm sebenarnya dragon ball ada 7 biji kesemuanya , eh lama pulak tak tengok Dragon Ball , dulu aku minat benar cite ni hikhik , ok sebenarnya aku dan suami bukan la kembar sedarah sedaging , cuma orang cakap kami kembar muka .. tang mana? aku pun tak tahu .. kesahnya bila aku upload gambar dengan suami mesti kawan-kwan kat fb akan komen ''muka korang sama'' ''kembar ke'' dan sewaktu dengannya .. ~




komen brother potia ni rasa macam nak sekeh2 je haha , terhibur baca komen sumeorang

Tapi aku selalu jugak tilik muka suami , tilik sekejap-sekejap je , kalau tilik lama-lama kang haaa eh ermmm haaa dah puas tilik tapi tak tahu la tang mana sama muka kami berdua . tapi ye lah kadang - kadang kita sendiri tengok memang tak nampak tapi bila orang lain tengok akan nampak persamaan tu , macam aku tengok orang lain jugak , tengok suami isteri muka dah macam adik beradik tapi depa tak perasan pun tang mana yang sama kann .. selama ni aku ingat muka aku sama macam Siti Nurhaliza je rupanya dengan laki sendiri uhukk hukk hukk

Hati Berbicara :
Orang tua-tua kata , bukan aku yang kata sebab aku muda lagi , depa kata kalau muka seiras dengan pasangan .. jodoh nya panjang .. kalau tak seiras tak panjang ke ? hihi tu pepatah orang-orang lama kan , apa-apa pun semoga jodoh kita semua berkekalan hingga ke syurga nanti ..




Assalamualaikum ~

Hari tu dah cerita liku-liku perjalanan di trimester pertama , liku-liku yang orang kata memang sangat perlu di jaga , dan banyakkan rehat , haa tak usah la nak merajinkan diri buat kerja banyak2 that time lagipun 1st trimester memang pemalas yang amat , haha .. lega rasa bila dah melalui 3 bulan pertama , so hari ni nak cerita liku-liku trimester ke dua pulak .. bismillahirahmanirahim .............

Trimester kedua (4-6bulan) , orang kata zon ke dua ni zon selesa sikit dari pertama , segala alahan , loya , muntah dan sakit-sakit dan makin beransur hilang lebih-lebih lagi bila dah masuk bulan ke enam , alhamdulillah nak kata alahan tu takde langsung so far ada jugak tapi tak teruk sangat dah , muntah pun jarang sangat , biasanya lepas gosok gigi qaseh memang nak muntah , sekejap je la .. dan kadang tengah malam sekali dua macam tu je .. kerja pun dah boleh buat sikit-sikit dan boleh sambung masak untuk suami .. bulan terdahulu memang sangat tak larat nak masuk dapur , haaa Allah bagi rehat secukupnya .. dan masa wife pregnant la si suami memainkan peranan yang sangat penting ,, love u muahciked hihi


Cuma ujian qaseh dari dulu sampai sekarang , kahak dan hidung tersumbat je yang susah nak buang , yang memang tak hilang2 lagi .. adohaaa stress ciked tapi ok lah daripada tak larat nak bangun kan , asik tido dan baring pun kadang menyakitkan badan grrr , walaupun best je melepak kan ... hihihihi 

Kandungan pulak  of course la banyak perubahan , perut pun dah makin besar waktu ni , memang nampak perut , kalau tengok kat cermin memang banyak urat2 hijau timbul di dada dan perut , tapi so far alhamdulillah qaseh takde rasa gatal2 sangat kat perut , sebab biasa tengok org preggy perut dia calar-calar dek kerana keghairahan menggaru .. OMG jatuh saham eh ! 

Tapi 2nd trimester ni qaseh kadang HB low je sampai dua minggu sekali kena buat checkup , bukan nak mengeluh tapi penat sangat nak menunggu di KK , belum part cucuk2 lengan lagi .. sakit tapi hadap je , sakit sikit je pun kan , sebab tu la ibu2 ni memang ada kekuatan tersendiri , bila ada baby dalam kandungan automatik kita jadi kuat , sebab nak tengok baby sihat dan membesar dengan sempurna je ... 

Bab tidur pulak memang tak cukup tidur sangat , trimester ke dua ni lagi lah kerap kencing , tido pun tak selesa , selalu terjaga 2 3 pagi , ada tu pening kepala yang tak dapat di bendung tapi takdelah kerap sangat , masa preggy ni memang tak mampu berseorangan , maksudnya suami tak boleh buat wife sedih sebab emosi masa ni sangat lah sensitif even benda kecik pun boleh jadi isu besar , nangis boleh banjir padahal benda takde apa pun .. haha , so far makin membesar baby dalam kandungan makin banyak perubahan yang di rasa ..

Berat badan pulak alhamdulillah bertambah lah jugak , tapi takdelah gemok sangat , kilo je bertambah tapi badan maintain kuwusss kering je , gemok part perut je lah .. hehe dan takde bengkak kaki or sembab , Allah masih mudahkan lagi urusan , bagi bahagian yang qaseh masih lagi boleh pikul .. yeahh mom to be kena kuat , tapi bab emosi kadang tak boleh nak kuat sangat , nak bertepek je dengan suami , nak selalu di beri perhatian dan di manja je selalu , ahaks mengado kan tapi tu lah hakikatnya .. mana lagi tempat utk bermanja kalau tak suami sndiri yang sentiasa dekat dengan kita kan .... :)

So setakat tu je lah perubahan qaseh di 2nd trimester ni ,, now dah masuk 3rd trimester dah .. hurmm perut makin berat weh .. nanti update untuk 3rd trimester pulak ye .. tu pun kalau rajin kalau tak masa pantang nanti laaa update .. tu pun kalau rajin hehe .. tq sudi luangkan masa utk membaca , bagi yang dah merasai mungkin sedang merindui saat2 itu kan , bagi yg belum inshaaAllah bila tiba saat nya u can feel what i feel .. daaa ~  
Assalamualaikum semua , 

Alhamdulillah tercapai jugak hati nak scan 4d baby , walaupun selalu checkup di KK dan doc selalu gtau baby sihat walafiat , semua ok tapi hati ummi ni nak jugak tengok muka baby , perkembangan dia , kedudukan dia dalam peyot sana haaa , hehe kadang time baby menendang tu nak je tengok kaki dia yg comel sangat tu .. dan sesungguhnya hati ibu mana tak teruja lebih-lebih lagi anak first kan .. lagipun kat KK tak detail sangat scan , gambar pun tak bagi sobss saje je nak buat kenangan kan .. 



so hari ni qaseh n hubby dah buat appointment di KLINIK DR NURUL kat CHERAS , jauh kan dari Rawang semata ke sana , alkisahnya tengok review dan feedback org ramai kat facebook tentang KLINIK DR NURUL ni sangatla positif , dan ada promosi hanya RM70 .. tapi kena cepat dan pantas la hehe .. 


bab jantina ni memang dah tahu masa checkup kat KK lagi , doc dah bgtau awal2 dan sama la dengan naluri ummi n dedi gitu .. kalau nak tahu jantina baby kitorang haaa gambar kat atas tu menunjukkan jantina baby haha , cinonet je 


gambar ni pulak tulang belakang , punggung dan peha baby , alhamdulillah semua ok 




ni pulak graf semua tentang baby , even tak berapa paham sangat apa la maksudnya ni tapi doc kata graf baby ok .. so lega la kan , sekarang berat baby dah 1.9 kg , pertumbuhan dia , berat semua memang seiring dengan umur baby .. 



this one kedudukan baby dalam peyot , kepala dah mula berada di bawah , Alhamdulillah , nampak baby kite seakan tengah sujud gitu 

yang ni pulak perut baby , yang bulat hitam tu perutnya dah mula minum dan makan melalui air ketuban , doc cakap air ketuban pun ok .. tali pusat semua ok .. alhamdulillah senang hati sangat dengan kesihatan baby ..


tapi baby takmo tunjuk muka sangat , doc siap suruh g makan aiskrim , pusing2 dulu bagi baby bangun n tunjuk muka .. haha tapi hasilnya tetap sama , baby ensem sangat ni sampai tak nak tunjuk lagi muka kan 


last result memang baby pemalu , tutup muka dengan tangan comel dia haaa , redha je lah yang penting baby sihat , dah tahu secara detail semua pasal baby pun dah cukup Buat ummi n dedi heppyyyy !! 

So bagi korang yang berada di area CHERAS boleh lah try buat scan 4d kat sini , servis memang tiptop , tq staff klinik DR NURUL dan jugak doc yang sangat lemah lembut dan jawab je persoalan yang bermain kat benak fikiran ni haaa .. qaseh tak sure pulak harga scan bila takde promosi berapa , yang pasti kalau nak yang promosi kena selalu tengok di facebook KLINIK DR NURUL , dan booking cepat2 tau ! 

INFO



KLINIK DR NURUL,NO.27,JALAN DAMAI NIAGA SATU,ALAM DAMAI,56000 CHERAS KUALA LUMPUR (No Telefon Klinik : 03-91081189/No Hp Klinik : 60175100016 (Call Sahaja) secepat mungkin..
PENERANGAN : (*Bagi kandungan dibawah usia 24minggu dan ingin membuat 3D/4D..Kami masih boleh terima dan kami cuba ikut kehendak pelanggan..Ia terpulang kepada individu itu sendiri..Akan tetapi kebarangkalian tinggi image yg terhasil tidak secantik dan sejelas usia kandungan 24minggu-32minggu..Begitu juga pd usia kandungan 32minggu keatas.


Image 3D/4D ULTRASOUND adalah 100% bergantung kepada kedudukan dan posisi baby serta kandungan air ketuban di dlm rahim*)
*3D/4D SCAN BUKAN DETAIL SCAN DAN IANYA HANYA DILAKUKAN PADA HARI PROMOSI SAHAJA DENGAN HARGA TETAP RM70..TIADA HARGA BIASA/HARGA LAIN...SISTEM BOOKING ADALAH DIWAJIPKAN UNTUK SEMUA PELANGGAN*


Assalamualaikum 

Qaseh ada produk best untuk korang-korang yang kadang lemau sangat nak mekap atau nak hias diri depan cermin lama-lama .. haa daku ni bukan suka sangat mekap lama-lama depan cermin , kalau boleh nak je product yang sangat menyenangkan diri sendiri tapi tetap kekal remaja , awet muda gitu .. so hari ni Qaseh nak kongsikan tentang satu produk yang bernama MAGIC POTION , yang memang hangat di pasaran sekarang , btw MAGIC POTION ni memang bahannya berasaskan air iaitu BEAUTY WATER , dan tidak ada bahan lain seperti chemical dan sebagainya .. sekarang kan byk produk2 yang tumbuh bak cendawan , so pastikan korang kena tengok apa kandungan bahan tersebut utk elakkan kejadian yg tak di ingini berlaku ok !





senang nak bawak kemana-mana ~ 


Yang paling bestnya , penggunaan MAGIC POTION ni senang sangat , just SPRAY ! SPRAY dan SPRAY  je .. haa lantak korang nak spray bila-bila masa pun , tambah-tambah bila rasa ngantok ke lemau ke , rasa tak segar je terus spray .. bagai terkena kejutan elektrik gituh .. terus segar bugar di samping kekal remaja ..lagi satu korang bole spray lepas bangun tido , lepas berbedak dan waktu kita mulakan aktiviti harian kita di waktu pagi ..tapi spray tanpa tahu kelebihan MAGIC POTION ni tak best jugak kan , so kat bawah ni kelebihan yang ada pada MAGIC POTION .

MAGIC POTION dapat melindungi kulit dan mempertahan PH nya. 
MAGIC POTION mencegah kerosakan kulit dan sebagai pelindung kulit.  
MAGIC POTION bertindak sebagai pelembab yang mencegah kekeringan kulit wajah. 
MAGIC POTION dapat mencerah dan  mengengencangkan kulit.
dan paling paling BEST ialah ANTI AGING kerana dalam kandungan beauty water itu sendiri mengandungi anti oksida yang tinggi. 
MAGIC POTION juga dapat membantu kulit wajah kelihatan segar bermaya.

kat   bawah ni testimoni pengguna yang sangat berpuas hati dengan MAGIC POTION , qaseh pun rasa segar je dapat MAGIC POTION ni ... yeyyyy ! murah je uolss ~ 



INFO
Harga : RM79 SM 89 SS
fb : https://www.facebook.com/elnkate
Ig : @elnkate
Contact : 019 3843524


Assalamualaikum..

Ada tempat best qaseh nak share buat penggemar kambing terutamanya yang berdekatan dan tinggal di Shah Alam , rugi woi kalau dah duduk dekat tapi tak datang sini .. tak payah nak pergi jauh-jauh semata untuk mencari kambing sedap sedangkan di kawasan area anda memang tersembunyi sebuah Cafe Cerita Kambing , haaa gituh .. jangan risau korang datang makan je takdela nak kena dengar cerita pasal kambing hihi.. btw unik jugak nama cafe ni , kenapa ek nama cafe cerita kambing ? sebabnyaaaa menu utama yang glemer kat sini of coz la berasaskan daging kambing dan kambing pun salah satu makanan sunnah nabi..

So qaseh berpeluang merasa sendiri masakan oleh Chef Zakaria , iaitu pemilik Cafe Cerita Kambing ni , btw bukan calang-calang orang ok .. tuan rumah ni sangat lah rendah diri dan beliau pernah jadi chef di sebuah hotel suatu ketika dan telah lama memasuki arena masakan ni ..bangga iols dapat merasa air tangan chef , dan korang yang berminat untuk menempah makanan , Chef Zakaria juga berkecimpung dalam dunia katering .. so korang bolehlah menempah pelbagai hidangan untuk majlis2 kahwin , tunang , akikah dan lain-lain .. harga kena runding dengan Chef Zakaria ok .. kot-kot dapat diskaun lebih ehehehe :p

Cafe Cerita Kambing ni terletak dalam Anggerik Mall , Shah Alam .. mudah benor nak cari .. waze je anggerik mall , Cafe ni terletak kat area food court .. 

Jadi tunggu apa lagi , meh tengok hidangan yang di hidangkan buat kami semua , oh ye qaseh datang bersama-sama dengan  geng KelabbloggerBenAshaari .. terima kasih kerana menjemput .. antara hidangan yang ada di Cafe Cerita Kambing ni seperti Nasi Beriyani , Laksa Johor , Mee Jawa , Kambing Bakar  , Kambing Massala, Ayam Masak Merah , Acar timun , Ubi Kayu Rebus , Pengat Pisang dan banyak lagi .. Jom tengok gambar plak .. jangan terliur sudah la yummyyy ! 



First menu , qaseh try LAKSA JOHOR , sebenarnya tak pernah makan laksa johor sebelum ni , orang ganu katakan suka sangat makan laksam .. btw lebih kurang je cuma bezanya kuah dan juga mee .. laksa johor ni memang menggunakan mee spageti .. first time rasa pun sedap .. kuah dia mmg pekat , lagi sedap bila tambah sambal lebih .. pehh terangkat 


menu kedua , MEE JAWA , haa yang ni memang feveret org2 jawa lah ye .. lebih kurang sama je dengan laksa johor cuma haruslah ada tempe ! org jowo suko sangat makan tempe yoo .. haha harus cuba jugak jika datang di sini .. 


Pencuci mulut yang terdapat kat sini , KUIH KOCI LABU , ada jugak UBI REBUS cicah NYOR , ingat senang ke nak cari kuih2 tradisi ni ? susah jugak ok so untungla bolehdapat di Cafe Cerita Kambing ni .. 

Yang ni AYAM MASAK MERAH , sedap gila masakan ni , yaAllah memang sedap betul , mintak resipi boleh dak Chef Zakaria ahaks , makan plak dengan nasi beriyani panas2 , fuhhh mak mentua lalu tak nampak haha .. so makanan wajib jangan lupa untuk makan di sini ok 

Buah pun di sediakan , Vitamin E untuk pelanggan2 tercinta .. ~

Acar timun + nenas , eh makyong termakan semalam .. sedap sangat lupa termakan nenas haha .. yang ni penambah kesedapan bila makan nasi + ayam masak merah + acar timun .. memang rasa macam kat kenduri pun ade .. 

dan ini lah Menu Special di sini , Kambing Massala .. tak payah cerita dah kesedapannya .. kena rasa sendiri .. 

Lastly KAMBING BAKAR , sebenarnya banyak lagi makanan yang terdapat kat sini ,, dan ini sebahagian yang di hidangkan buat kami .. sangat berbaloi-baloi datang makan kat sini , harga pun berpatutan ..



hencik suami kata tak cukup la , nak lagi nak lagi ! hihi tak sangka pulak dapat tapau dari Chef Zakaria untuk semua blogger yang hadir , perghhh macam tahu2 je .. nak makan semua sekali perut penuh .. siap bagi tapau makan kat rumah plak .. memang thorbaik dan semoga di perluaskan lagi rezeki Chef Zakaria ni .. 

ni salah satu feveret qaseh kat sini , lama sangat tak makan pengat pisang ni .. perghh tq hidangkan pengat pisang kat sini ..



Apa-apapun terima kasih buat Chef Zakaria yang sangat peramah dan rendah diri , semoga maju jaya dalam dunia perniagaan katering dan juga masakan .. 


dan buat kaki makan , ada pesta makanan di sini minggu depan , haaaa jangan lupa datang beramai2 ok !
 




Chef Zakaria : 011 31760227
Puan Azizah : 019 2816308 (tel) 019 3531320 (whatsapp)

facebook page 

Endau Catering
Puan Aziah














Assalamualaikum , 

Ayyy semua , terima kasih kerana masih setia bersama qaseh dalia untuk berkumandang untuk ke sekian kali .. ngeee line buat hal sangat , dan itu sangat menyakitkan hati bagi blogger suam2 susu macam daku ni , sebab tu la lama tak berupdate ~ asal masuk blog je terus line hilang - harap alasan boleh di terima .. tapi betul ni tak tipu ..

Kali ni nak cerita tentang sejenis air yang akan di minum oleh setiap wanita yang mengandung , btw sekarang dah jadi rutin wajib yang berumur 25 ke atas , tapi hari tu ada terbaca dah tak wajib , tapi tak tahulah betul atau sekadar khabar angin .. bagi orang lain maybe senang dan favourite kot untuk minum air gula ni , tapi bagi aku ... ermm i dont wanna this anymore .. hukss .. sebab aku kena minum sebenarnya sebab dah berumur 25 ke atas la , dari segi kesihatan dan keturunan so far tiada masalah , tapi boleh jadi wanita yang preggy berkemungkinan akan mendapat kencing manis walaupun xde dalam sejarah keturunan sebelum ni .. 

So pengalaman aku hurmm , btw sebelum tu kena puasa means tak boleh makan apa-apa dah start pukul 10 malam hingga lah pagi esoknya .. ok pastikan perut kosong , then pergi klinik pagi2 then tunggu nurse panggil untuk minum air gula .. bayangkan lah dengan perut kosong tetiba masuk minuman yang sangat manis , Allah lekat kat tekak kemanisan itu .. lepas tu kena tggu pulak 2 jam untuk result .. haaa lepas daku minum tu , pening sangat so ckp kat suami , nak tido dalam kereta .. badan rasa lemah gila , memang pening sangat , mungkin sebab lapar gila , dan ada la muntah sikit .. sebab tak tahan .. fuhh memang ngeri betul bagi aku haha .. 

Hurm tapi alhamdulillah result normal .. maybe first and last la aku minum air gula tu .. taknakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk dah ! sebelum minum , konon2 bajet hebat la .. alaaa air gula je pun kan ,, tapi ermm memang sakit jugak la kan .. haha so kalau korang nak try , korg try la bancuh air gula pekat pastu puasa .. then minum haaa .. tabik la kat ibu2 yang senang minum tu .. aku memang surrender ehek ..sekian terima kasih ... 

Assalamualaikum ,

Korang pernah tak rasa nak makan sesuatu , tiba je ia datang mengundang tekak , perut dan tetiba terluah ''erm sedapnya kalau dapat makan .......'' lepas tu mula la gtau suami nak makan itu nak makan ini , btw mengidam ni bukan org mengandung je rasa .. kadang-kadang bila kita dah lama tak makan sesuatu makanan tu , tiba2 je ia terlintas .. lantas pegi cari jugak .. bila dah dapat makan , fuh lega baq ang ! dan esoknya nak makan makanan lain pulak , haaa tu mengado-ngado atau pun nafsu makan .. hehe

Alhamdulillah sejak mengandung takde rasa nak makan pelik-pelik atau sesuatu yang di luar jangkauan minda , nanti kesian kat suami nak kena pergi cari kan , maaflah memang betul orang kata .. bila mengandung ni macam2 perangai ada , so suami kena la banyak bersabar ye , anak awak jugak haha.. tapi jangan ikut sangat ''peel'' time preggy ni , karang anak ikut pulak .. haaaa

So far , apa yang daku nak makan time preggy sume dapat , walaupun takdela terus dapat .. dan suami walaupun dia buat2 tak dengar tapi sebenarnya apa yang kita cakap dia amek pusing atau pun cakna .. siap tanya lagi , apa lagi yang nak makan ek , yang rasa nak makan hari tu dah dapat kan .. hehe alhamdulillah .. cuma haritu mengidam kek red valvet , lama dah tak makan , malam hari pulak tu terasa nak makan .. makan benda lain je muntah ... then bila dah dapat makan , muntah pun takde , dan sangat lega .. papepun terima kasih !
dalam banyak2 kek kat secret resipi , paling suka kek red valvet ! yang lain cepat muak .. tapi kek ni yaAllah sedapnya .. haihh kecurr kecurrr 

lagi satu suka makan tomyam kat secret recipe ni , sedap ! cendawan dia besau2 .. yummy haa yang ni umi nak makan , bukan baby kikiki .. ~ 

hati berbicara :
sekarang ni terasa nak makan tomyam kung kat putrajaya ,, uwaaaa pening laki den haha , alaa nanti pantang dah tak boleh makan sedap2 so bagi la peluang kan sebab tu berlakunya ''mengidam'' di kala ini , Allah tak kan membebani hambanya melainkan dengan hikmah2 yang indah  ~






Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates