• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog









MUA BY YANN ESKAY
FB : Yanneskay
IG : @yanneskay 
Assalamualaikum

Buat wanita di luar sana , berita baik untuk yang mempunyai masalah kebocoran setiap kali datang haid , opss kadang-kadang benda tu sangat normal bagi kita perempuan ni , dah tak boleh lari dari masalah kebocoran , dan yang pastinya adalah di sebabkan pad yang tidak sesuai , haaaa berita baiknya LIBRESSE memperkenalkan dua produk baru iaitu Libresse Maxi Night Secure dan Libresse Longer and Wider CurveFit Liner.

LIBRESSE MAXI NIGHT SECURE
Kajian menunjukkan bhawa 50% mengalami kebocoran pada bahagian belakang , dengan Libresse Maxi Night ini menyediakan keselesaan muktamad melalui potongan belakang baru yang lebih luas untuk keselamatan tambahan sepanjang malam, terdapat dalam versi tanpa haruman dan mengawal bau , haruman teh hijau.

LIBRESSE LONGER AND WIDER CURVEFIT LINER
Direka mengikut bentuk semula jadi dan lekuk tubuh wanita . Bahagian tengah lembut dan mudag di bentuk , bahagian depan lebih luas dan juga kepanjangan 17.5 cm, memastikan keselesaan sepanjang hari dengan padanan yang bersesuaian serta kekal pada kedudukan setiap masa.

 kesemua tuala wanita Libresse direka khas mengikut tubuh badan berasaskan teknologu dipaten serta rekabentuk cap dagang - secure fit dan deep flow channels yg dpertingkatkan , bergabung menghasilkan konsep 'kemas selesa, serapan sempurna' . Menampilkan ciri-ciri lebar di bahagian depan supaya pad tetap pada kedudukan , menirus di bahagian tengah mengikut potongan seluar dalam serta rekabentuk berbelah di belakang bersesuaian dengan kontur tubuh badan wanita dan senang di basuh.

LIBRESSE THE HUNT YANG DI HOSKAN OLEH FAHRIN AHMAD DAN ADIBAH NOOR
Bertempat di Jaya One , Libresse telah menganjurkan satu kempen Libresse The hunt , kempen ini bertemakan perisikan , dengan acara permainan yang menyeronokkan . Antara aktiviti adlh hadirin digalakkan untuk merakam wefies terhebat melalui mobsta , mencari bilangan perkataan Libresse , kotak misteri dan latihan sasaran. dan hadiah2 yang sangat menarik .








Assalamualaikum .

Tadaaaaa hari ni qaseh nak kongsikan lipstick best untuk di pakai , btw dulu qaseh tak suka pakai apa-apa mekap di muka , dan tak pandai nak mekap . Bila ada something di muka rasa macam orang tua yang sangat over , tak pernah cuba untuk pakai lipstick yang warna dia menyerlah gila , bak orang kata , belum naik bas , driver bas dah tengok merahnya makngahhhhhhhhh.

Pertama kali dalam hidup pakai lipstick merah terang , ni pun setelah diuji kaji dengan warna muka , dah survey sekeliling ok tak warna ni dengan muka kita yang tak berapa nak artis ni , akhirnya beli jugak lah .. lipstick Loreal , warna raspberry & syrup .. boleh dapatkan di watson berdekat , harga dia murah saje .m RM30 somehing.



Kadang-kadang bukan takut nak pakai tapi diri sendiri yang tak berapa yakin , takut orang gelakkan laa , bibir macam angelina jolie la , macam maknya lah apa lah , hehe tapi sebenarnya cantik juga dari warna pucat muka .. sekali sekala tak salah kan ^^ .. wink ! Asalkan niat bukan untuk menggoda sesiapa .. wupsssss...
Assalamualaikum..

Bila jiwa serabut orang kata kena cool , be relax .. abaikan blog sekejap , tu yang bersawang tu .. tapi minggu ni byk benda bermain di fikiran ..ada yang menyerabutkan , ada jugak yang menggembirakan. Kadang-kadang entahlah bukan kita nak sangat fikir pasal benda yang remeh temeh tapi benda tu datang sendiri , lagi taknak fikir lagi kena fikir .. eh get lost lah.

Kadang-kadang tak paham dengan orang yang tiba-tiba macam nak mengelak dengan kita, ok la mungkin kita yang 'OVERTHINKING' tapi bila dah terang-terang nampak perubahan tu , overthinking celah bedah mana ?? Opsss .. orang cakap abaikan abaikan dan abaikan .. tapi tak boleh sebab kadang perasaan sedih tu ada .. yelah , tiba2 angin takde, ribut xde ... jadi macam ni , kita sayang semua kawan2 kita tau !!! Sayang sangat , hurmm #muahciked 

Stress jugak nengok eyebag ni , product apa mmg berkesan untuk hilangkan eyebag ? Pakai sekali je terus hilang , ada meh ?? 

K lah setakat dulu coretan merapu di petang hari bersaksikan burger king , tengah lepak beger king sorang2 je ni haaa ... pinjam wifi sat . Tq beger king alamanda .. qaseh pelanggan tetap tau , mohon bagi diskaun banyak2!
Assalamualaikum

FUEL SHACK | AYER@8 PRESINT8 PUTRAJAYA | semalam memandangkan cuti raya belum tamat , dan kebosanan kat rumah .. qaseh keluar tengok wayang cerita DRACULA UNTOLD , qaseh bagi 4 bintang , best jugak ceritanya , last-last memang dia jadi dracula , lepas tu pergi makan di Fuel Shack.

Qaseh pertama kali cuba Fuel Shack ni , eh apa dia Fuel Shack ni , alaaa burger je tapi lebih sedap dari MC'D semestinya , sedap jugak .. masa nak oder tu kena bagi nama glemer korang , nanti dia akan panggil . Semalam qaseh bagi nama Siti Nurhaliza , depa pun panggil2 "siti nurhaliza" , bangun-bangun semua pandang je , haha glemer kejap..


Air Fruity Tea , ada buble-buble lagi , apple dan mango , RM5 satu .


 qaseh pilih Oroginal Shack , satu berharga RM11 , Daging agak tebal
Selain tu ada jugak hotdog , dan makanan-makanan ringan yang lain

Lepas dah kenyang , gerak ke dataran Putrajaya , kisahnya nak lepak-lepak je tengok budak2 main kasut roda, belon, skuter mini  , eh banyak lah permainan yang ada kat dataran ni, macam2 ada memang best bawak anak-anak datang berjalan kat sini , bagila diorang rasa seronok sikit haaaa , pastu qaseh pun tringin jugak main benda alah semua ni , mula2 main basikal lepas tu kasut roda .

Susah gila nak main menatang ni , huhu jatuh dah semalam , taknak main dah !!!!!


Assalamualaikum !


Selamat hari raya aidiladha buat semua , tahun ni qaseh tak balik kampung hurmm sedihnyaa , tapi nasib baik lah ada kawan-kawan kelabbloggerbenashaari , so hari pertama kitorang serbu rumah Kak Salina www.kisahpondokkecil.blogspot.com kat Taman Keramat KL , haaaa so ramai jugak la tak balik kg , kitorang gerak dalam pukul 9.30 berkumpul di Masjid Putra.

Muka2 tak balik kampung .. abg ben , najeeb , yanty dan uzu 


Photoshoot OOTD raya , asyik recycle baju-baju lama je , dah xde baju hihi

Haaa sampai2 umah Kak Sal buat macam rumah sendiri je lah , moga Kak Sal tak serik ajak kitorang hehe

 dengan budak ensem yang sememangnya kena pandai gaya , hihi kalau tak menangis lah cari ibu nya , tapi ok jugak mampu bertahan walaupun tak lama hehe

Lastly , photogroup KelabBloggerBenAshaari , tq so much buat Kak Salina yang sudi terima kami semua dan masak sedap-sedap ! In shaa Allah nanti kitorang lepak rumah Kak Salina lagi ! Tq so much geng KelabBloggerBenAshaari semua .. sayang semuanya..





Assalamualaikum ,

Tet tet tet chat whats app masuk dari kaksue , ''lapar la , mana korang woi , jom lunch'' tet tet tet chat di balas oleh qaseh serta merta ''lapar jugak , jom'' , cepat je reply bab - bab makan , semalam breakfast hari ni lunch pulak , kaksue sampai dengan kereta Viva nya yang byk berjasa ibarat transformer , so kemana kita hari ni ? Tempat di tuju ke Presint 8 atau di kenali sebagai Ayer@8 , kat sini banyak restoran-restoran yang harus di terjah , dan kebanyakan nya memang menepati selera , kitorang pilih Restoran Lalapan hari ni , tekak terasa nak makan ala-ala makanan tradisional la derrrrr 

Lalapan ? Peliks je nama restoran ni , boleh bikin jadi satu lagu ni , heheh btw LALAPAN  ni bukanlah di ambil dari dialek tempatan mahupun istilah , sebenarnya LALAPAN ni hidangan istimewa golongan bangsawan yang berasal dari Surabaya Indonesia , haaa lebih kurang begitulah , so apa menu kami hari ni , moh tengok je k .. 

Restoran Lalapan , dalaman nya cantik ala-ala moden kontemporari , tak pandai nak eja , tenang je .. 

Restoran ni berdepan dengan Tasik Putrajaya , nice view .. tenang je kaluuu nak berdating , boleh la jadi port lepak , bawak laptop haa lepak sini sampai kene halau haha

Menu Restoran Lalapan


Ok waiter , i want one set of Ayam Tumis and one set of Asam Pedas Ikan Tenggiri , speaking gitu .. tapi bagi qaseh asam pedas yang ada kat Restoran Lalapan ni terangkat habis , pedas dan sedap ! Ni lah baru boleh di namakan Asam Pedas ! Pekat , Hot , Delicious , Yummy !!! dan banyak , kalau nak makan ramai2 oder je set2 macam ni dan kongsi-kongsi .. mesti cukup dan terus boroi




Amacam agak-agak terliur tak , ikhlas dari hati review ni , mohon datang belanja saya .. hehe

Swlain itu ada set Masak Lemak Cili Api , boleh lah pilih nak ikan tenggiri ke , ikan keli ke , ikan pari ke terpulang pada anda , ada set ikan rebus tempoyak , ikan rebus (singgang) dan yang lain-lain kena datanh rasai sendiri .. kat bawah alamat Restoran Lalapan ok..

No C1-G-03 Ayer@8 (Jln P8G, Presint 8), Putrajaya, Putrajaya.



Asslamualaikum ,

Yaaa i know , sekarang bukan masa untuk , hello gud morning ! Time to breakfast yeyyyy , hehe tapi baru dapat meluangkan masa dengan blog kesayangan , apapun semalam qaseh balik dari tengok wayang dan tumpang tidur rumah www.yanty.my , menemani orang-orang sakit , yaAllah jagakan kawan-kawanku , kurangkan beban mereka , sesungguhnya sakit itu pencuci dosa , moga terhapus dosa2 mereka hihi

Bangun pagi-pagi mak tiri kelabbloggerbenashaari ajak pergi Warung Bunian lagi , ooooeemmmmgeee qaseh suka makan kat sana , makanan di Warung Bunian sedap-sedap belaka , haritu dah lunch kat situ , hari ni kita breakfast pula .. so bergeraklah kami kaksue , kakfiza , abe eddy , yanty dan jeeb.

Jadinya qaseh makan nasi lemak pattaya berbungkus dengan telur , bersambalkan ikan bilis dan juga ikan kering , sambal dia agak pedas tapi sedap , jangan risau boleh oder air masak banyak kalau pedas ok.

Sedap sangat kuah roti canai ni , tak puas makan sekeping je 

Lepas tu pekena pulak Nasi Lemak Pattaya ni , sambal sedap . Lagi pedas lagi HOT !

Kat mana Warung Bunian ni ? Apa yang special kat Warung Bunian ? Kelainan yang terdapat di Warung Bunian , yang pasti menu lunch berbeza setiap hari , dan kena tempah dulu sebelum nak pergi lunch kat sana .. 


alamat :
WARUNG TAPAK SULAIMAN / BUNIAN
NO 80 A JALAN JAMALUDDIN
DESA PUTRA , SG MERAB
43000 KAJANG SELANGOR 

NO FON : 017-3812246 (meseg / call dia utk booking)

Hati berbicara : sejak dua menjak ramai lak butthurt dengan Kelabbloggerbenashaari , hidup ni payah kalau asyik nak dengki , rezeki masing-masing sayang ...... kitorang bukan Along kita tak kacau orang punya laa haha .. *garukepala*









Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates