facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Qaseh Dalia's Blog

Mesti ramai gila tengok kdrama Bon Appetit Your Majesty ni kan, sampaikan anak ku pun turut join sekali sebab cerita ni memang best dan kelakar sebenarnya lagi-lagi waktu raja tu makan(tapi scene di bawah umur tu tak tengok sebab anak aku tengok 2 episod je :p) Kemain ek dia punya effect lepas makan tu, sampai terbahak-bahak anak aku tengok part tu 


Overall aku memang suka cerita jenis macam ni, kdrama genre sejarah, romance, time travel dan kelakar.  Mula-mula aku taknak tengok tapi betul-betul hype, so aku layan je la episod 1 dulu, know-know bestla pulak sebab dia tiba-tiba berada di zaman Joseon, then kena sabar banyak sebab masa aku tengok tu masih on going.  


Sinopsis Bon Appetit Your Majesty :

Bon Appétit, Your Majesty mengisahkan tentang Yeon Ji-young, seorang chef muda berbakat dalam masakan Perancis, yang secara misteri terperangkap dalam dunia dinasti Joseon selepas satu insiden aneh. Tanpa sebarang jalan pulang, Ji-young terpaksa menyesuaikan diri dalam dunia istana yang penuh politik, tradisi, dan bahaya hanya berbekalkan satu senjata: kemahiran memasaknya.


Di istana, dia bertemu dengan Raja Yi Heon, seorang raja muda yang terkenal dengan sifat kejam dan dingin, tetapi sebenarnya menyembunyikan trauma serta obsesi rahsia terhadap makanan. Ji-young mula menawan hati raja bukan dengan kata-kata manis, tetapi melalui rasa dalam setiap hidangan yang dimasaknya.Semakin hubungan mereka berkembang, Ji-young mendapati dirinya bukan sekadar tukang masak tapi kunci kepada perubahan besar dalam sejarah... dan mungkin, masa depan mereka berdua.

Lepastu aku baca ramai jugak tak suka heroin (Yoona) ni berlakon katanya macam kayu, tapi aku suka je tengok dia berlakon sebab dia macam cute, blur-blur ayam dan watak yang dia pegang tu menjadi je, takde la kayu sangat dan tak nampak berusia pun, kena la dengan watak yang dia pegang dan ada chemistry lah dengan hero (Lee Cha Min)

My dearly beloved, if you were to read this someday, may you come back to my side.”

So kisahnya sebab dia ada baca buku bernama Mangunrok, Yoona baca ayat ni : My dearly beloved, if you were to read this someday, may you come back to my side… lepas dia baca ayat ni terus dia ke zaman Joseon dan ada plot twist, buku ni sebenarnya haa tengokla sendiri, kang spoiler pulak ek bagi yang tak tengok lagi hihihi


Tapi kan aku paling menyampah dengan gundik raja ni, yihhhh aku tak boleh tengok muka dia, rasa nak cabut je rambut yang besauuuu gedabak itu hahah, tak berat ke ek kepala dia, haha tapi memang menyirap la ek, sesuai dengan muka, nampak jahat betul. So part ni memang puas hati, akhirnya pompuan ni gone~ dapat jugak si badut tu balas dendam, walaupun dia cuba bunuh diri dulu 

Ending Bon Appetit Your Majesty Tergesa-gesa?



Aku saje je nak membebel dalam blog sebab aku macam rasa ending ni pengarah buat tergesa-gesa, rasa macam ending memang best happy tapi tergantung bab raja boleh muncul tu hahah.Boleh pulak ek pengarah nak rahsia-rahsia macamana raja boleh muncul pada masa depan, at least bagitahu la woi macamana raja boleh cari kekasih hatinya tu, geram pulak nak kena fikir hahaha

Part masak-masak tu memang best, terasa pulak nak masak apa yang chef tu masak haha tapi makanan Korea pulek, mana nak cari bahan. Mampu terliur je la. 

Overall, ending dia happy cuma tu lah macam tak memuaskan sangat, kita nak detail lah sikit ek baru syok haha, tapi aku rasa sebab sehelai kertas yang terkoyak tu dia boleh pergi ke masa depan. Bukan aku je tau rasa ending dia tergesa-gesa haha ramai geram sebab satu hal pulak nak kena fikir, tapi tq la pengarah sebab cerita ni memang best, cerita santai-santai tapi buat orang tertunggu-tunggu 

Hati Berbicara : saya bagi 9 bintang ~



Luna Jewellery Ioi Mall Putrajaya, jom custom gelang sendiri | Hari tu aku pergi Ioi Mall Putrajaya sebab ada kerja, ambil baju LC Waikiki untuk review, lepas dah settle kerja apa semua takkan la nak balik terus, ye dok? Mestilah kita round satu mall,makan-makan,ootd pastu tunggu anak buat hal baru kita balik


Saje je ni, nak main air kan~

Lama tak makan kyochon, macam makin kecik je ayam dia. 

Lepas tu aku cari lah matcha strawberry dekat ZUS, OUT OF STOCKKKKKKKK LAGIIIIIIIII, sakit pulak hati aku! Buang je la dalam list, jadi satu matchalah buat aku. Marah ni!Aku dah give up nak beli dan merajuk,kalau ZUS baca mohon belanja aku heheh

Lepas tu sambung jalan, aku terjumpa la satu kedai ni, Luna Jewellery, aku macam pernah dengar nama kedai ni sebab masuk FYP tiktok aku, nama tiktok aku, qasehdalia so kalau belum follow boleh la follow segera okie! Haaa kedai dia comei sangat, aku rasa dia letak pelaris yang membuatkan orang-orang yang cute macam aku ni mudah tertarik ( gurau je wak, nanti kena saman pulak kiterr)

Bila masuk kedai dia yang warna pink tu wow, so cutesy! Masa tu ada la customer lain yang staff tengah layan. Aku macam heyyy aku pun nak dilayan.


Aku : Eh, boleh buat gelang sendiri eh, cutenya (dengan muka cute mintak penampo). Padahal kau dah tahu kan, saje jeeee buat-buat tanya. Aku kan peramah orangnya, sebenarnya itu lah cara untuk dilayan segera heh heh heh 

Staff : Aah, boleh buat gelang sendiri, kita ada beberapa jenis bracelet, ada yang tahan luntur, ada charms yang cute-cute dan banyak lagi, bla bla bla ~ 


Lepastu dengan sebegitu sahaja aku tertarik ya! Sebabnya aku selalu je tengok live dekat tiktok, ada la seller buat live diy bracelet kan, aku sebenarnya dah lama nak beli tapi tu lah sebab online kan, bila-bila masa boleh beli,tapi LUNA ni buat aku beli terus sebab comel gila charms dia, lately ni aku minat strawberry so aku pilih charms strawberry jugak.

Meh tengok gelang aku, cinggggg!! Ermmm harga dia macam lebih kurang je seller lain jual, sebab ada yang mahal dan yang murah charms nya tapi yang murah pun sangat la cute, sesuai nak buat untuk anak, boleh pilih yang colourful

First, kena lah pilih gelang dulu, oh ya baru perasan bila tengok gambar ni, rantai pun boleh custom jugak. 


Gelang pandora pun ada, ada beberapa jenis gelang yang korang boleh pilih kat sini, gelang aku pilih yang simple je, sebab aku kecik, taknak la nampak besau benooo, tak berapa minat dan rimas bila besar sangat ek.


Tengah ukur-ukur dulu ikut keselesaa, saiz tangan aku dalam 15.5 cm je tak silap. 





Antara charms and beads dia,  cute kan. Banyak lagi sebenarnya tapi tak kuasa ku nak snap semua hihihi. Done pilih-pilih semua, siap lah bracelet diy kita. Hihihi aku ni memang pantang tengok benda-benda cute ni haaa~ 



Yeyyy ada strawberry!



Tadaaa siap! Very demure, very cutesy <3

Sebelum balik menyempat pergi cari matcha and roti. Sebab merajuk dengan Zus, kita pergi beli di Kenangan Coffee :p Itu je lah cerita untuk post kali ni, kalau korang suka DIY bracelet boleh leh pergi Luna Jewelerry,nak jadikan gift pun okay sangat! Okay gais, 





Hati Berbicara :
Bila makin berumur ni sebenarnya makin malas nak keluar rumah, tapi sesekali kena la jugak keluar ekk, nanti duit tak habis pulak :p 










Hahah kemain panjang tajuk blog aku kali ni, SEO? Lantak kau disitu. Lamanya tak menulis kat sini eh, aku macam tak tahu dah nak taip apa, tekan keyboard pun dah makin slow haha satu-satu cari huruf keyboard weh, mungkin kena cari keyboard baru?oh aku nak cerita la ni, azam baru hari tu kemain berkobar-kobar semangat nak teruskan blogging walaupun sekadar diari, ceh! Mungkin azam tahun baru 2026 pulak lah kan 


Cantik tak? Tengah gila main Gemini Ai haha


So gais,apa khabar korang sekarang? Ada lagi ke blogger lama-lama dulu masih berblog, aku rasa makin ramai dah tinggalkan blog ni kan? Yelah, sekarang masing-masing mesti fokus untuk cari rezeki, blog makin lama makin di lupakan, client ramai dah beralih untuk review di social media. Betul tak? Biasalah kan, zaman makin berubah seiring teknologi sebab tu blog dah tak rancak macam dulu

Sebenarnya aku pun berfikir-fikir juga untuk tutup blog ni, sebab aku masih bayar domain walaupun job dah kurang di blog haha, tapi tu lah kan, sayang sebenarnya nak delete sebab banyak juga kenangan dekat sini, sejak dari 2009 lagi. So, thats why aku masih lagi biarkan walaupun duit aku mengalir macam tu je ek, menulis pun idokkkk

So, macamana hidup sekarang, alhamdulillah aman-aman je, hidup tenang je lagi-lagi bila kita fokus diri sendiri, fokus pada orang yang bagi vibes sama pada kita. Saling bertegur pada yang bertegur, saling bertanya khabar, whatsapp pada yang masih stay. Hidup as a wife and mom pulak macam biasa lah gais, ada hari tenang ada hari memang jadi naga, tapi selalunya hari-hari jadi naga, sabo jelah!

Tak, sebenarnya sekarang aku fokus pada family kecil ku je, aku sekarang ni pun di fasa malas nak berjumpa orang, malas nak bergaul, malas semualah, terleboh selesa dah aku ni melepek je dekat rumah, tapi kalau kawan-kawan aku ada plan, aku onz je! Cuma tu lah wei, plan selalu tak jadi sebab cuti lain-lain ni payah haha

Rayyan dah 9 tahun, Rania pulak dah 4 tahun. Dulu selalu jugak tulis pasal depa ni ek, Rayyan lah kot banyak aku share kat sini, Rania pulak, jarang aku cerita~ sebabnya mood dah kelaut dalam untuk blogging haha but nvm qaseh dah 9 tahun jadi ibu, fasa demi fasa dapat di tempuhi sebaik mungkin walaupun ada hari sangat lah stress. 

Hurmm, suami ? Cenggitu lah dia ek, setiap hari nak diet, tapi selalu gagal tengah jalan, muahaha mungkin aku tak perlu masak dah kot eh, baru lah diet dia berjalan dengan lancar, atau tu dah jadi kes penderaan rumah tangga, erk! Harap tercapai lah nak pakai size L balik. 

Tentang rezeki pulak, aku ni sebenarnya dah tahap malas dah nak jadi content creator atau review tapi tu lah aku kena gak cari duit wei, sebab kehendak aku kadang-kadang melampau jugak. Ni, aku baru je beli ipad baru hahah, sebab  tu aku berblog hari ni, sebab akhirnya aku dah boleh berblog dengan screen full guna monitor aku ni.Nah, takde dah mirroring ipad,suka!!!! Nantila aku cerita pasal ipad baru aku. Heheheh gelak gatal.

Hurmm bab rezeki ni, alhamdulillah masih ada, kadang dapat payment tinggi, kadang dapat ciput, kadang dapat makan hahaha tak kisah la, kita kena bersyukur je la kan, lagi pun bila dapat job,kita masih lagi relevan walaupun umur baya-baya aku ni sebenarnya client dah tak minat, so aku akan pura-pura muda buat selamanya. :p tapi sekarang aku tengah bercuti dari review, mood aku takde weh sumpah

Cuma aku tak boleh terima sangat bila event, bila dapat offer ditawarkan goodies, ko ghaseeeee? Tahun bila ni, nak bayar segala kerja, keluar pakai minyak kereta, tol bagai, masa, tenaga lepastu ko nak bayar guna goodies yang tak boleh jual pun. Cannot brain la aku, stop la buat macam tu ek! Kan aku dah membebel kat sini. Dah stop citer pasal ni~ 

Sebenarnya aku takut la, umur aku pun dah nak masuk 40,aku tak tahu sepanjang mana lagi usia ku ni, bila fikir-fikir ni memang takut sangat sebab tu buat masa sekarang aku stop fikir. Semoga panjang usia aku untuk beramal dan bertaubat :(. K lah sebab aku dah malas fikir, baik aku stop sampai sini dulu, inshaAllah lepas ni aku rajin lagi okie! Tq yang sudi membaca, aku tahu ada je yang baca senyap-senyap kan? Eleeee malu-malu kucing pulak, k lah hehe adios.


Lepas ni serious talk, aku guna gambar edit di gemini ai je, biar jin pun konfius








AEON MALL Malaysia bakal mencetuskan semangat para peminat bola sepak dan pengunjung setia dengan kemunculan acara ‘Active Beat 3.0’ yang dinanti-nantikan!Kalau korang peminat bola sepak mesti teruja bila dengar berita ni, sebab Edwin van der Sar sendiri akan datang jumpa


Event Active Beat 3.0 Yang Semua Kaki Bola Kena Join

Acara ‘Active Beat 3.0’ ni akan berlangsung dari 15 Julai sampai 31 Ogos 2025. AEON MALL memang selalu pandai buat aktiviti yang memeriahkan shopping mall, siapa sangka boleh jumpa penjaga gol legenda Manchester United depan mata!

Jadi ,jangan lupa grab peluang ni sebab bukan senang nak jumpa bintang bola sepak secara live / depan mata. Untuk melayak kan diri korang dengan sesi bertemu, korang cuma perlu berbelanja minimum RM200 (untuk penggunakad Maybank) atau RM280 kalau (bukan pengguna kad Maybank). Boleh je campur tiga resit pada hari yang sama,senang

Peringatan mesra: Slot terhad!Syarat dan terma dikenakan dan siapa cepat dia dapat tau! 

 

Jadual Sesi Bertemu bersama Edwin van der Sar

  • 1 Ogos 2025 (Jumaat)

2:00 PM – AEON MALL Bukit Mertajam

6:30 PM – AEON MALL Ipoh Station 18

  • 2 Ogos 2025 (Sabtu)

2:00 PM – AEON MALL Bukit Tinggi

5:30 PM – AEON Taman Maluri Shopping Centre

  • 3 Ogos 2025 (Ahad)

12:00 PM – AEON MALL Tebrau City

6:00 PM – AEON MALL Nilai

Rebut Peluang Menang Hadiah RM10,000!

Selain sesi ‘Meet & Greet’, pengunjung juga boleh menyertai peraduan ‘Spend & Win!’ yang dianjurkan dengan kerjasama Al-Ikhsan Sports. Hadiah bernilai RM10,000 menanti termasuk 41 barangan eksklusif Al-Ikhsan yang ditandatangani oleh Edwin van der Sar.

Best ni cuba nasib, mata tahu menang? Cara dia senang:

  1. Beli barang minimum RM100 di Al-Ikhsan Sports (satu resit pun cukup).
  2. Scan QR code, isi borang & upload resit.
  3. Doa & tunggu pengumuman pemenang! Mana tahu rezeki kan? 🥰

Rakan Penaja & Penaja Bersama

Event ni bukan biasa-biasa. Maybank, OPPO, Focus Point, Nando’s, Tim Hortons, Toy World, LokalTeez & Inner Casual (IC) semua turut serta memeriahkan ‘Active Beat 3.0’ ni.

Jangan Lepaskan Peluang bertemu Edwin van der Sar

Haaa memang dah tak sabar nak meriahkan AEON MALL nanti. Harap dapat juga ambil gambar dengan Edwin van der Sar untuk kenangan dan memenangi hadiah hebat!Kalau korang pun nak join, jangan lupa ajak kawan & family sekali. Lagi ramai, lagi happening! Jom sama-sama kita meriahkan event Active Beat 3.0 di AEON MALL


#AEONMALL #ActiveBeat3 #EdwinVanDerSar #KakiBolaMalaysia #MeetAndGreet #PeraduanMenang




Kalau orang cakap Superman hanya wujud kat filem,nah, 12 Julai lepas dah terbukti salah! Tahniah AEON Mall sebab berjaya catat rekod Malaysian Book Of Records (MBOR) sebagai Largest Gathering in Superman Attire , seramai 1,007 orang penuh mall dengan baju Superman, cape merah berkibar meriah di AEON Mall Bukit Indah, Johor. Memang rare,mall terus rasa macam Metropolis sehari! 

Paling syok, himpunan ni bukan setakat posing saja,siap ada group photo, costume showcase, mini catwalk dan semua Superman besar kecik tunjuk gaya hero masing-masing. 500 orang pertama yang datang pun bawa balik cape Superman PERCUMA. Power

SUPERMAN Pop-UP Store Roadshow

Lepas pecah rekod, vibe Superman belum habis lagi,AEON tengah all out dengan Superman Pop-Up Store Roadshow. Kalau rasa terlepas Bukit Indah,korang yang ada kuasa Superman ni jangan risau sebab roadshow ni tengah pusing Malaysia sampai 17 Ogos di lokasi berikut :

  • AEON Mall Bukit Indah (Johor) & Cheras Selatan(Selangor)  1-13 Julai
  • AEON Mall Nilai (N. Sembilan) & Kulaijaya (Johor) : 15-27 Julai
  • AEON Mall Bukit Mertajam (Penang) : 29 Julai – 10 Ogos
  • AEON Mall Taman Maluri (KL) & Tebrau City(Johor) : 29 Julai – 17 Julai


SUPERMAN PARADE - HEROES ON THE MOVE!

Kalau datang time weekend, jangan pelik nampak orang berarak dalam kostum itu lah Superman Parade Heroes On The Move! Ada flash mob, muzik live, vibe family-friendly. Tarikh parade pun berbeza ikut mall:

  • AEON MALL Bukit Indah: 12 Julai
  • AEON MALL Kulaijaya: 19 Julai
  • AEON MALL Cheras Selatan: 27 Julai
  • AEON MALL Tebrau City: 2 Ogos
  • AEON MALL Taman Maluri: 17

SHOP & REDEEM.Dapatkan Merchandise Ekslusif Superman dengan Pembelian di AEON Mall

Sambil layan event, boleh ushar merchandise Superman eksklusif. Kalau kaki shopping, confirm suka:

  • Superman Blind Box Flask*(kecuali AEON MALL Permas Jaya, Taman Universiti, Taman Equine, Bandar Dato Onn, Ipoh Klebang dan Melaka Shopping Center.)Belanja minimum RM800* (Bukan Ahli AEON) atau RM400* (Ahli AEON) dengan gabunganTIGA (3) resit pada hari yang sama daripadamana-mana penyewa di AEON MALL termasukpembelian dari AEON Retail.
  • Superman Pet Cape. Belanja minimum RM600* (Bukan Ahli AEON) atau RM400* (Ahli AEON) dengan gabungan TIGA (3) resit pada hari yang sama daripada mana-mana penyewa di AEON MALL termasuk pembelian dari AEON Retail.



KIRA dan MENANG - The Superman Challenge

Kalau suka game cabaran, try join KIRA & MENANG -The Superman Challenge. Sambil jalan kira logo Superman, kalau tepat boleh menang barangan Ekslusif Superman Edisi Terhad. Total hadiah cecah RM5,000 dan hanya 10 orang je pemenang , jangan lupa cuba!

Aktiviti Lain Yang Ada  

Nak OOTD cantik? Ada Superman Photo Zones. Kalau datang bawa budak, diorang pun tak boring sebab ada ruang aktiviti kanak-kanak khas. Nak tambah thrill, AEON siap kolaborasi dengan Samsung,beli mana-mana TV Samsung di AEON Mall, upload gaya Superman paling padu dan super power korang dengan hashtag #AEONMALLSupermanLookup, boleh menang Samsung Music Frames bernilai RM1,999 untuk 6 pemenang yang bertuah, haaa siapa tahu rezeki korang?

AEON Mall memang betul-betul unleash hero vibes tahun ni. Bukan setakat shopping, siap bawa pulang pengalaman rare, posing hero landing sambil pegang merch limited. Kalau nak join, cepat-cepat plan,tengok tarikh, ajak geng dan menang! Yang pasti sangat menyeronokkan, Superman sebenar pun shaking tengok semangat korang hehehe

Info lanjut :

🌐 www.aeonmallmy.com

📸 Instagram: @aeonmallmalaysia

Atau tanya Kaunter Khidmat Pelanggan kat mana-mana AEON Mall.


Jom beraya bersama Tom & Jerry di Aeon Mall | Tom & Jerry ni memang kartun kegemaran qaseh waktu kanak-kanak hingga lah sekarang, i think semua orang memang suka dan layan je Tom & Jerry ni, walaupun asyik bergaduh je tapi memang betul-betul menghiburkan dan kelakar.Kalau tengok tahun 2025 ni pun still syok layan. Betul tak ?

Raya Penuh Kemeriahan dengan Tom dan Jerry di AEON MALL!

Disebabkan itu qaseh nak ajak korang ramai-ramai ke Aeon Mall untuk merasai pengalaman raya yang penuh warna warni dan nostalgia. AEON MALL membawa kegembiraan Tom & Jerry secara ekslusif ke 28 lokasi AEON MALL di seluruh negara. Sambutan SELOKA RAYA kali ni menjanjikan pengalaman interaktif yang akan mengimbau zaman kanak-kanak dengan dekorasi khas bertemakan Tom & Jerry

Korang boleh lah datang ambil gambar dengan dekorasi yang cantik dan momen indah bersama Tom & Jerry, anak-anak pasti akan gembira! Semestinya ada aktiviti yang menarik dan hadiah best untuk korang tebus bila shopping di AEON MALL





Hadiah Menarik Menanti Anda!

Korang mesti la banyak shopping raya nanti kan tapi jangan terus balik tau sebab AEON MALL menawarkan penebusan edisi terhad yang eksklusif :

1. AEON MALL x TRACEY Micro Bag

  • Diperbuat dari bahan lestari,beg mikro ekslusif ini boleh ditebus dengan perbelanjaan minimum
  • RM1000 untuk bukan ahli AEON
  • RM800 untuk ahli AEON
  • Pembelian perlu dalam tiga resit pada hari sama 



2. Koleksi Edisi Khas – Mug & Sampul Duit Raya Tom dan Jerry

Mug Tom dan Jerry: Tebus dengan perbelanjaan:

  • RM680 untuk bukan ahli AEON
  • RM580 untuk ahli AEON
  • Dalam tiga resit pada hari yang sama 
Sampul Duit Raya: Tebus dengan perbelanjaan:
  • RM280 untuk bukan ahli AEON
  • RM180 untuk ahli AEON
  • Dalam dua resit pada hari yang sama.

Perarakan Seloka RAYA Pertama di Malaysia!


Buat julung kalinya, AEON MALL membawakan Perarakan Seloka RAYA, menampilkan maskot kesayangan ramai, Mochi & Orange dalam busana tradisional! Perarakan meriah ini akan diadakan di kesemua 28 lokasi AEON MALL, menceriakan suasana perayaan dengan keceriaan dan semangat Raya.

Bertemu & Bergambar Bersama Tom dan Jerry!


Peluang keemasan buat semua peminat Tom dan Jerry! Jangan lepaskan peluang bertemu secara langsung dan bergambar dengan duo kartun legenda ini di lokasi-lokasi AEON MALL terpilih.

Jangan Lepaskan Keseronokan Seloka RAYA!

Korang jangan lupa datang pada 8 Mac - 21 April dan shopping di AEON MALL dan tebus hadiah yang menarik. Jom merasai keajaiban Seloka Raya bersama Tom & Jerry. Boleh bawa anak-anak, keluarga dan jiran-jiran untuk memeriahkan lagi suasana di AEON MALL.








Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates