facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Qaseh Dalia's Blog

Harga Kambing di Mekah Lebih Murah ? | Assalamualaikum, hai korang. Alhamdulillah meriah ye tahun ni beraya haa tak lama lagi raya Aidiladha pula, bila sebut tentang raya Aidiladha ni, ramai yang ingin mengambil peluang untuk melakukan ibadah qurban dan juga akikah  


Tapi ramai lagi yang tertangguh sebab kekangan kewangan, ye lah mana nak cari tempat yang sesuai, tempat penyembelihan dan sebagainya, kos pulak makin lama makin mahal, tak semua orang mampu.

Qaseh faham sangat, sebab tahun sebelum qaseh nak buat akikah untuk anak, memang agak mahal harganya termasuk kos lain ~  nasib baik ayah qaseh ada pelihara lembu so boleh lah kawtim dengan ayah sendiri heheh, tapi korang jangan risau, sekarang ramai melakukan ibadah qurban secara online sahaja di Mekah kerana harga kambing di Mekah jauh lagi murah jika dibandingkan dengan harga kambing di Malaysia.

Kenapa harga kambing di Mekah lebih murah? 


Kalau korang nak tahu, kambing adalah makanan asasi di sana jadi harganya lebih murah jika dibandingkan di Malaysia,di Malaysia, kita tak selalu makan kambing kan, selalunya bila hari raya atau ada majlis tertentu sahaja. Jadi ini salah satu pilihan yang boleh membantu korang untuk melakukan ibadah qurban ataupun akikah tanpa perlu risau tentang kos yang banyak. 


Qurban di Mekah Boleh Dipercayai ? 

Betul ke ibadah qurban di Mekah boleh dipercayai ? Normal lah, perasaan risau bila tak nampak di depan mata kan, tapi Alhamdulillah dah ramai yang melakukan ibadah qurban secara online di Mekah, yang penting korang kena lah cari pihak yang menguruskan dengan betul dan dipercayai, Qaseh nak suggest pada korang, memang boleh dipercayai dan berpengalaman dalam mengendalikan ibadah qurban dan akikah di Mekah iaitu melalui UTS Trading Enterprise dan ramai dah melakukan ibadah qurban melalui pihak UTS Trading ni

Kenapa UTS Trading jadi pilihan untuk ibadah qurban di Mekah ? 


Untuk pengetahuan korang, UTS Trading sebuah perniagaan yang menguruskan ibadah qurban dan akikah di tanah suci Mekah, mempunyai kakitangan di Malaysia dan juga Arab Saudi yang berpengalaman lebih 6 tahun dalam menguruskan ibadah qurban di Mekah. Haaa dah 6 tahun tau korang so memang boleh dipercayai 

Yang bagusnya UTS Trading tiada orang tengah atau agen-agen yang di lantik tau (melainkan pendaftaran melalui laman web dan kakitangan syarikat yang sah sahaja) , untuk urusan,mereka berhubung secara terus dengan pembekal di Saudi dan menggunakan pusat sembelihan yang diiktiraf oleh kerajaan Saudi dan semua sembelihan adalah di jamin.

Baca juga : Nama Anak Lelaki {alertInfo}


Ibadah Korban dengan UTS Trading Jauh Lebih Murah dan Jimat !
  • Harga mampu milik dan berbaloi - qaseh dah tengok harga yang ditawarkan memang sangat murah dan berbaloi 
  • Diberikan sijil E-Digital - UTS Trading akan memberikan sijil e-digital buat pelanggan so mereka tidak mengenakan cas yang mahal hanya untul sijil fizikal dan cas pengeposan. Hanya e-digital sahaja.
  • Tiada ejen atau wakil syarikat - UTS tiada ejen tau, jadi tiada tersembunyi bagi bayaran komisyen ejen.
  • Tiada komitmen atau pejabat fizikal - UTS Trading hanya beroperasi 100% secara online, tiada kos tambahan yang akan dikenakan 
  • Tiada orang tengah - UTS beroperasi hampir 6 tahun dalam bidang umrah haji dan ibadah korban serta akikah, mereka berhubung secara terus di Saudi tanpa perlukan orang tengah 


Penerima Daging Qurban di Mekah 

Semestinya bila ibadah qurban dijalankan, daging mentah akan di beri pada mereka yang memerlukan, daging tersebut akan diedarkan dibeberapa negara Islam yang miskin. 

Antara negara yang menerima daging qurban adalah Azerbaijan Bangladesh, Burkina Faso, Chad, Comoros, Djibouti, Gambia, Ghana Guinea Bissau, Guinea Conakry, Iraq, Jordan, Lubnan Liberia, Mali, Mauritania, Mizambique Niger, Pakistan, Palestin, Senegal, Sierra Leone, Sudan, Syria dan Tanzania 
Pusat penyembelihan di Mekah pula sememangnya mempunyai lesen dan permit yang sah lagi-lagi di sana mempunyai peraturan yang ketat berkaitan dengan pemprosesan dan penyembelihan haiwan. Pusat penyembelihan di tanah haram yang ada adalah kurang dari 10. Pusat penyembelihan diadakan di Kilo Asyara Mekah

Bukti Pelaksanaan Ibadah Qurban - Gambar dan Video Diberikan secara Umum


Semestinya jika kita melakukan ibadah qurban, kita ingin melihat dengan mata kepala kita sendiri kan, tapi bagaimana jika melalui online ? Haaa jangan risau, ibadah qurban akan diberikan gambar dan juga video secara umum di whatsapp dan email 

‘’Kalau Aqiqah, korang akan diberikan bukti bergambar dan video secara personal, tapi kenapa ibadah Qurban di berikan secara umum?’’

Untuk pengetahuan korang jemaah Haji tahun 1444H adalah sebanyak 2 juta orang. Kalau dikira purata sembelihan setiap orang jemaah adalah 1 ekor kambing iaitu sembelihan dam dan qurban. Ditambah pula sembelihan qurban yang dibuat oleh penduduk setempat dan orang luar di tanah haram sekitar 1 juta ekor kambing. 

Kira-kira jumlah keseluruhan sembelihan dalam masa 4 hari iaitu 10,11,12 dan 13 Zulhijjah sebanyak 3 juta ekor kambing. Nah ! Mau bengkok jari nak hantar bukti sembelihan pada setiap orang, jadi bukti bergambar dan video akan diberikan secara umum. 






“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.”- (Riwayat al-Hakim).

Jangan lupa daftar segera di :
https://tanahsuci.onpay.my/order/form/q2blp

Jadi korang yang mana dah bertangguh lama, yang dah niat untuk lakukan ibadah qurban tahun ni, bolehla melakukan ibadah qurban ni dengan menggunakan khidmat UTS Trading, senang sahaja hanya daftar secara online DISINI , harga pakej qurban untuk seekor kambing hanya RM320 sahaja, untuk pakej aqiqah pula RM350 dan untuk Dam haji juga RM350, murah dan berbaloi sangat 


Kelebihan Melakukan Ibadah Qurban dan Akikah Bersama UTS Trading 

  • Harga yang lebih rendah dalam pasaran dan mampu milik untuk semua orang 
  • Berpengalaman hampir 6 tahun dan menguruskan ibadah Qurban dan Akikah di Tanah Suci Mekah
  • Servis yang pantas dan cekap. Hari ini korang bayar, UTS Trading akan uruskan dengan segera 
  • Mempunyai rangkaian dan pegawai bertugas di Saudi Arabia. Tiada orang tengah dan proses menjadi lebih cepat
  • Haiwan qurban dan akikah akan dipilih secara teliti dan disembelih mengikut hukum syarak
  • Mudah. Semua urusan hanya di hujung jari, dapat jimatkan tenaga, masa dan duit.
  • E-sijil, video dan gambar akan diberikan.

Banyak kelebihan yang korang boleh dapat, yang penting tak perlu nak rungsing, tak perlu nak mencari-cari kerana semua diuruskan dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Haaa tak perlu dah keluar rumah, semua di hujung jari. So, cepat-cepat daftar tau ! 

More Info : https://utskorban.com/
Facebook : https://www.facebook.com/umrahtanahsuci?mibextid=ZbWKwL



















 












Assalamualaikum, 
 
Bila Ramadan tiba jangan di lupa pada mereka yang tidak berkemampuan, bulan mulia inilah bulan untuk mencari pahala berpanjangan, betul tak ? Hai korang, baru-baru ni qaseh berkesempatan menghadirkan diri dalam majlis iftar bersama anak-anak yatim di Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut, Kuala Lumpur yang di anjurkan oleh Ronald McDonald (RMHC) Malaysia. 


Kalau korang nak tahu, RMHC selalu membantu dan menganjurkan majlis untuk meraikan mereka-mereka yang tidak berkemampuan. Kali ni, majlis iftar yang diadakan adalah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).



Alhamdulillah, seramai 120 orang anak yatim sekitar Lembah Klang diraikan dalam majlis iftar yang berjalan lancar, makanan pun sangat sedap. Terpancar kegembiraan di wajah mereka, sebak bila tengok anak-anak kecil macam ni, so bersyukur lah jika korang masih punya mak ayah, hargai mereka sebaiknya dan kalau ada rezeki lebih boleh membantu anak-anak ini sekikhlas mungkin


Selain itu, majlis diberkati dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Sains Islam Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri untuk menyampaikan tazkirah. 


RMHC Malaysia sentiasa komited menjalankan dan menyokong pelbagai inisiatif demi kesejahteraan kanak-kanak yang memerlukan di negara ini. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, memang tradisi setiap tahun, RMHC akan meraikan anak yatim dengan majlis berbuka puasa dan sumbangan untuk persiapan Aidilfitri.

“Itulah cara kami meluaskan capaian kami dalam mendekati lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan dan pihak yang turut mempunyai komitmen yang serupa dengan kami melibatkan kesejahteraan kanak-kanak”, kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia, merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.
 
Sumbangan Duit Raya dari Dana Wakalah MAIWP
 
Alhamdulillah, dalam majlis yang sama, McDonald’s Malaysia turut memberikan duit raya kepada anak-anak yatim berjumlah RM100 setiap seorang dari dana wakalah zakat MAIWP. 

Sumbangan Wang Tunai kepada Rumah Kebajikan
 
Qaseh juga turut menyaksikan penyampaian sumbangan wang tunai kepada tiga buah rumah kebajikan anak yatim terpilih di Lembah Klang iaitu Pertubuhan Nur Kasih Bestari, Rumah Permata Hatiku, dan Rumah Anak Yatim Al-Sagoff.
 



Setiap rumah kebajikan anak yatim menerima sumbangan wang tunai bernilai RM5000 bagi meringankan beban pengurusan terutamanya untuk tujuan persiapan menjelang Aidilfitri nanti. 


Tambah dato’ Azmir lagi, “Kedatangan Ramadan amat ditunggu-tunggu untuk kita semua memperbanyakkan amal jariah dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Besar harapan kami agar majlis berbuka puasa hari ini dan sumbangan yang disampaikan kepada anak-anak yatim yang hadir memberi keceriaan kepada mereka.”
 
Bab bersedekah ni, kita pun boleh buat juga, tak perlu punya nilai yang banyak, walaupun sedikit dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain. Haa kalau korang suka makan di McD, pasti korang biasa nampak ada tabung sumbangan di kaunter cashier kan, dari sumbangan itu juga lah mengalir pada mereka-mereka yang memerlukan.
 
Untuk pengetahuan korang yang masih belum tahu, RMHC Malaysia merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menumpukan segenap usahanya kearah kesejahteraan  kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Sebagai badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia, sejumlah besar dana RMHC Malaysia datang dari McDonald’s Malaysia.


RMHC turut menerima dana daripada syarikat-syarikat korporat dan individu-individu prihatin bagi pelaksanaan program-program utamanya yang berteraskan Kebajikan, Kesihatan dan Pendidikan. Memang banyak tau korang, sumbangan dan majlis yang di lakukan oleh RMHC, kalau korang nak tahu boleh goole tentang RMHC ni okay. 
 
Qaseh bersyukur dapat sama-sama meraikan anak yatim di majlis iftar yang diadakan. Syabas dan tahniah buat RMHC dan semua yang terlibat dalam memastikan majlis ini berjalan lancar. Semoga anak-anak yang mulia ini sentiasa berjaya di dunia dan akhirat dan sentiasa dilindungi Allah. 



 
Sabun Untuk Hilangkan Gatal-Gatal Muka dan Jerawat, Raudah Safa Soap | Assalamualaikum & holla gais, masalah gatal-gatal atau miang di muka ni memang merimaskan sangat kan, siapa yang selalu mengalaminya je yang tahu, ia boleh menganggu rutin kehidupan harian dan menyebabkan ketidakselesaan. Qaseh pun selalu ada masalah gatal-gatal muka ni, walaupun dah cuci muka dengan bersih kadang ia tak membantu juga.


Hurm mungkin pencuci muka sedia ada tiada bahan kandungan untuk merawat masalah gatal-gatal muka ni kan, jadi untuk selesaikan masalah gatal-gatal muka ni, korang kena cari sabun khas / pencuci muka yang mampu merawat masalah macam ni. Haa hari ni qaseh nak share sabun yang memang boleh mengurangkan masalah gatal-gatal di muka dan juga jerawat iaitu Raudah Safa Soap Deep Cleansing.

Kenapa masalah gatal muka ni selalu terjadi ? 

Sebelum tu, kita kena kenal pasti mengapa gatal-gatal di muka sentiasa terjadi. Punca biasa yang selalu terjadi adalah resdung, haih kalau ada resdung memang rasa nak tonyoh-tonyoh je bila gatal tu datang kan tapi bukan itu sahaja puncanya, banyak juga sebab terjadinya gatal-gatal di muka ni

  • Alergi - Reaksi alergi pada sesuatu memang akan menyebabkan kegatalan seperti alergi dengan kosmetik, skincare, habuk, debu, bulu kucing dan makanan. Haaa qaseh memang paling pantang dengan habuk, memang menyebabkan gatal-gatal muka dan seterusnya bersin tak berhenti.
  • Jerawat - ia juga boleh menyebabkan kegatalan kulit muka lebih-lebih lagi sewaktu jerawat meradang,
  • Pori-pori tersumbat - jika korang biarkan pori-pori tersumbat, ia akan membawa kepada jerawat tau, so jika dibiarkan jerawat itu akan meradang dan lebih beri kesan yang kuat pada kegatalan kulit muka

Raudah Safa Face Soap Deep Cleansing Bar 


Dalam rutin skincare memang bagus jika korang lakukan deep cleansing ni tau, muka akan jadi lebih bersih dan bebas dari segala kekotoran, tapi kena lah cari skincare yang sesuai. Haaa tak payah susah-susah cari yang lain, guna je Raudah Safa Soap Deep Cleansing ni dalam rutin penjagaan muka harian korang, apa yang bestnya tentang Raudah Safa Soap Deep Cleansing ni ?

SAFA SOAP merupakan deep cleansing bar khas untuk membantu mengecutkan jerawat dan mengurangkan kegatalan di muka terutamanya sebab persekitaran seperti debu, bulu kucing, lipas dan lain-lain.

Sabun ni memang diperbuat khas untuk mengurangkan rasa gatal-gatal muka dan jerawat disebabkan resdung dan lain-lain, Bolehla gantikan pencuci muka korang dengan Raudah Safa Soap ni jika masalah jerawat dan gatal-gatal masih berterusan, mungkin pencuci muka yang sedia ada tidak membantu. 

Baca juga : Bio Essence Rose Gold Water {alertInfo}

Siapakah Yang Sesuai Menggunakan Safa Soap ?


Jangan risau ya, ianya selamat digunakan dan tiada kesan sampingan. Sabun ni sesuai untuk lelaki dan perempuan dan untuk kulit muka yang berminyak. Kalau korang jenis kulit kering, boleh je gunakan tapi kena pakai pelembab, essence dan juga face oil. Ibu mengandung pun boleh guna safa soap ni. Jika korang ada masalah seperti di bawah, memang sangat sesuai untuk menggunakan Safa Soap ni

  • Kulit muka berjerawat dan kemerahan
  • Kulit muka berminyak dan kusam
  • Kulit muka kemerahan disebabkan gatal-gatal
  • Kerap bersin, hidung dan mata gatal-gatal disebabkan resdung

Kelebihan Raudah Safa Soap Deep Cleansing 

  1. Membantu mengurangkan kegatalan pada wajah akibat resdung, debu, dan alahan bulu kucing.
  2. Membantu menanggalkan set kulit mati yang boleh menyebabkan pori-pori tersumbat
  3. Memudarkan parut hitam akibat jerawat 
  4. Mengecutkan jerawat 
  5. Tidak mengakibatkan kulit menjadi tegang selepas menggunakannya 
  6. Mencerahkan dan menyegarkan kulit wajah
  7. Membersihkan hingga ke liang pori
  8. Mengawal minyak di muka 
Cara Menggunakan Raudah Safa Soap Deep Cleansing

Caranya mudah je sama macam korang cuci muka hari-hari tu ~ 
- Basuh muka dengan air suam atau air bersih
- Basahkan sabun dan gosok hingga keluar buih
- Sapu lembut pada wajah sambil urut 2-3 minit dan bilas seperti biasa

Bahan kandungan :  Aqua, Lauric Acid, Stearic Acid, Decyl Glucoside, Glycerin, Cocamidopropyl Betaine, Sucrose, Propylene Glycol, Sodium Hyaluronate, Panthenol, Propanediol, Sorbitol, Sodium Lactate, Hydroxyacetophenone, Caprylyl Glycol, Dipropylene Glycol, Dipotassium Glycyrrhizinate, D-panthenol, Sodium Citrate, Niacinamide, Pelargonium Graveolens (Geranium) Flower Oil, Lavandula Angustifolia (Lavender) Flower Oil, Bifida Ferment Lysate, Salicylic Acid, Sodium Chloride.

So korang kalau ada masalah macam yang qaseh share tu boleh lah cuba Safa Soap Deep Cleansing dari Raudah Beauty ni tau, harga pun tak mahal dan tahan lama. So far, best guna sabun ni sebab dia tak rasa merengsa di wajah, dan ramai dah cuba dan bagi testimoni yang positif lagi-lagi dalam merawat bekas parut jerawat di muka



More Info :


Website: https://www.raudahbeauty.com
Facebook: https://m.facebook.com/raudahbeautymy
Tiktok: Raudah Beauty
Instagram: raudahbeautyofficial




























Tisu Carina, Tisu Berkualiti Pilihan Keluarga | Assalamualaikum & holla gais, bila cerita tentang tisu ni, memang tisu dan perempuan berpisah tiada ~ ibarat isi dengan kuku. Qaseh macam tu la, pantang kalau tiada tisu dalam beg, memang benda yang sangat penting, lagi-lagi bila ada anak kecil ni. So, pilihan qaseh bila bab pemilihan tisu ni, qaseh suka tisu jenama Carina. 


Korang mesti tahu kan tisu Carina ni sebab memang dah berzaman dalam pasaran dan ia memang berkualiti dan menjadi pilihan ramai. Carina memang pengeluar tisu Malaysia yang terkenal tau kerana menghasilkan produk tisu yang berkualiti tinggi, tisu Carina ni lembut je, tahan lama dan kuat dan ianya sesuai untuk kegunaan harian kita. 

Yang bestnya Carina mengeluarkan pelbagai rangkaian dan jenis tisu yang berkualiti dan ianya diperbuat dari 100% Pulpa Dara dan 100% kapas tulen asli.Tisu ni bukan satu jenis je kita guna dalam kehidupan harian kan, untuk lap muka kena tisu yang lembut, untuk dapur, tisu yang menyerap kekotoran, tisu basah untuk anak-anak dan banyak lagi, jadi semua jenis tisu ni korang boleh dapatkan dalam jenama Carina ni haaa, senang kan ~ semua ada ! 

Carina Fast Selling : Lavender Series Carina Wallet Tissue dan Carina Soft Pack Facial Tissue

Hari ni, qaseh nak kongsi buat korang dalam pemilihan tisu yang tepat untuk kegunaan harian dan ini antara tisu Carina yang terlaris dan kesukaan ramai dalam Lavander Series iaitu Carina Wallet Tissue dan Carina Soft Pack Facial Tissue



Rangkaian Tisu Carina Dalam Kehidupan Harian 

Tisu Kering Mudah Dibawa kemana-mana : Carina Lavender Handkerchief & Carina Lavender Wallet 


Tisu kering untuk dibawa kemana sahaja, yang ni memang wajib ada dalam beg. Ia memang direka untuk kemudahan sewaktu keluar rumah, travel dan sebagainya. Cute je kan, bentuk macam wallet dan  leper so sangat senang nak simpan dalam beg. Sesuai untuk lap mulut, lap tangan dan lap peluh. Lagi-lagi dah nak masuk musim perayaan, haaa banyak nak pergi rumah terbuka so tisu ni sangat penting


Atau korang boleh juga bawa Carina Lavender Handkerchief, packaging sederhana kecil dan senang untuk di bawa ke mana-mana. Diperbuat dari 100% Virgin Purpa, sesuai untuk semua jenis kulit lagi-lagi kulit sensitif

Carina Soft Pack Facial Tissue 


Yang jenis ni qaseh selalunya akan letak dalam kereta dan memang akan pilih tisu lembut jenis facial macam ni, selalunya qaseh mudah selsema bila buka aircond dan muka kadang cepat berminyak, so bila guna tisu lembut jenis facial ni, tak menyebabkan sekitar hidung kemerah-merahan dan mudah menyerap minyak di wajah.

Ianya sangat lembut dan selesa di kulit, agak tebal so tak mudah terlerai sebab ia mempunyai 3 lapisan dan diperbuat dari 100% virgin pulp.

Tisu Basah Antibakteria : Carina Lavender Antibacteria  Wipes & Carina Wet Wipes 


Bila ada anak kecil, tisu basah memang keperluan sangat untuk qaseh, biasalah budak-budak suka explore sana sini, so qaseh pastikan tangan anak-anak sentiasa bersih walaupun ditempat yang tiada air. Qaseh suka sebab Carina Lavender Wipes ni antibakteria dan bebas pewangi. Ia mengandungi 99% air tulen, bebas paraben so boleh juga untuk kegunaan baby dan kulit sensitif. 


Selain tu, korang boleh guna Carina  Wipes ni untuk sapu permukaan, yelah kita tak nampak kuman-kuman atau kekotoran dari mata kasar so penting untuk dibawa bila keluar makan atau ke taman permainan. 

Pelancaran Baru Carina  : Carina Green Tea Scent Tissue 


Kalau sebelum ni ada Lavender Series, sekarang ada produk baru yang dilancarkan oleh Carina iaitu Carina Green Tea Scent Tissue. Qaseh memang suka dengan bauan green tea sebab ia bagi ketenangan dan  keselesaan. Bau green tea ni tak menusuk hidung tau korang

Green Tea series ni dirumus khas dengan menggunakan bau teh hijau yang menyegarkan, memberi sensai yang menenangkan tanpa menyebabkan sebarang kerengsaan pada kawasan kulit yang sensitif. Haaa siapa peminat teh hijau / green tea, korang jangan lupa dapatkan tau !


Carina Green Tea Wallet & Carina Green Tea handkerchief

Untuk Green Tea series korang boleh dapatkan 2 jenis ni tau, memang sesuai untuk dibawa kemana-mana, haaa dah nak masuk bulan Syawal ni, memang wajib ada rangkaian Carina Green Tea ni dalam beg korang. Yang pasti ianya sesuai untuk seisi keluarga. 


Tisu Untuk Kecantikan dan Perubatan :  Carina Cotton Series ( Facial Cotton & Cotton Bud)

Untuk penjagaan muka pula qaseh suka Carina Cotton Series ni sebab ianya sangat lembut untuk wajah, haaa tak boleh la guna tisu dapur untuk lap wajah korang hehe. Carina Cotton Series ni diperbuat dari 100% kapas asli dan bersifat hypoallergenic, so jangan risau tau, kulit korang takkan ada masalah iritasi kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi 

Carina Facial Cotton memang wajib ada sebab senang sangat untuk cuci mekap, just letak je makeup remover dan korang cuci je dengan facial cotton ni, memang sangat mudah untuk hilangkan kesan mekap tanpa menyebabkan kulit jadi kemerah-merahan. 


Carina Cotton Bud pula selain untuk cuci telinga, juga boleh digunakan untuk hilangkan mekap juga, seperti sisa-sisa mascara ataupun eyeliner, sesuai juga untuk seisi keluarga 



Special Raya Offer ! Mana Nak Dapatkan Rangkaian Tisu Carina ?


Korang boleh dapatkan rangkaian tisu Carina ni di AEON BIG dan AEON Wellness Outlet, memang masa yang tepat untuk dapatkan rangkaian tisu Carina ni sebab ada tawaran raya istimewa dari Carina, so cepat-cepat dapatkan dan beraya bersama Carina ! Pilihlah tisu Carina untuk kelembutan dan keselesaan dalam kehidupan harian okay ! 

View this post on Instagram

A post shared by Qaseh Dalia 🇲🇾 (@qasehdalia)



More Info : Tisu Carina Pilihan Ramai

INSTAGRAM
●    Aeon BiG Instagram: https://instagram.com/myaeonbig/
●    Aeon Wellness Instagram: https://instagram.com/aeonwellnessmy/
●    Carina MY Instagram: https://www.instagram.com/carina.malaysia/

FACEBOOK
●    Aeon BiG Facebook: https://www.facebook.com/MYAEONBiG/
●    Aeon Wellness Facebook: https://www.facebook.com/aeonwellnessmy/
●    Carina MY Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100086976432740

TIKTOK
●    Aeon BiG Tiktok: https://www.tiktok.com/@myaeonbigofficial
●    Carina MY Tiktok: https://www.tiktok.com/@carinamalaysia
 


#AeonBig #AeonWellness #CARINAMALAYSIA #MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #CarinaGreentea 


















Khasiat Oxymel Khal Sakan Jabin / Cuka Kurma untuk kesihatan | Assalamualaikum & holla korang, selamat menyambut bulan Ramadhan, puasa penuh tau ! Bila masuk bulan puasa , qaseh selalu baca update dari kawan-kawan yang ada masalah gastrik atau gerd. Kadang kesian sangat sebab kita yang tak merasa ni rasa ala gastrik je pun, tapi yang merasa sakitnya memang teruk hingga doktor tak sarankan untuk berpuasa. 


Bukan mereka minta untuk tak berpuasa tapi kesihatan yang memudaratkan. So, hari ni qaseh nak kongsi khasiat cuka kurma yang qaseh amalkan dan ramai yang ada masalah gastrik telah amalkan cuka kurma ni untuk membantu masalah mereka . 
 
Alhamdulillah, qaseh tiada masalah gastrik,gerd atau anxiety tapi kadang-kadang masalah kesihatan yang lain memang selalu ada, so qaseh ada amalkan minuman kesihatan (homemade) iaitu Oxymel Khal Sakan Jabin atau pun cuka kurma Ajwa untuk tingkatkan imuniti, susah tidur dan masalah penghadaman yang qaseh sendiri alami
 
Penat  juga la  selalu sembelit ! Bila baca tentang sembelit ni jika tak dirawat akan membawa kepada masalah lain pula. Takodd !
 
I think semua orang tahu khasiat cuka kurma pada kesihatan kan ? Kalau tak tahu, meh qaseh kongsi betapa bagusnya jika korang amalkan cuka kurma ni dalam kehidupan harian
 
Cuka Kurma  Membantu Masalah Gastrik, Gerd dan Anxiety 
 
Dan bila qaseh baca khasiat cuka kurma ni, salah satunya boleh membantu orang yang ada masalah gastrik, gerd dan anxiety. Gastrik ni dia menyerang organ perut so ia terjadi bila lapisan perlindungan perut terganggu. 
 
Eh ! Boleh ke orang yang ada gastrik amalkan cuka kurma ? Sebab ia kan ada asid ! Haaa cuka kurma ni memang berasid tapi tak tinggi dan ia akan menormalkan PH dalam perut dan semestinya korang tahu kurma salah satu makanan yang penting dalam meneutralkan asid berlebihan. Boleh la korang cuba ya, mana tahu tahun ni boleh berpuasa penuh. InshaAllah !
 
Jadi, qaseh nak berkonsgi sedikit sebanyak apa yang best tentang Oxymel Khal Sakan Jabin ni. Noh, panjang nama dia kan, untuk info korang maksud di sebalik nama ni : 
 
Maksud Oxymel Khal Sakan Jabin 


Oxymel merupakan sejenis ramuan herba turun temurun sejak zaman dulu. Khal pula adalah perahan buah-buahan terpilih yang akan diperap bagi menghasilkan cuka. Manakala sakan jabin adalah ramuan yang diajarkan oleh Ibnu Sina untuk kesihatan. Digabungkan ketiga-tiga ramuan ini yang bersumberkan kitab Tibb Ibnu Sina dan kitab Tibb Syeikh Wan Ahmad Al Fathoni lalu terhasil lah  “Oxymel Khal Sakan Jabin" 
 
Sebenarnya, ini pertama kali kali qaseh cuba cuka kurma, sebelum ni qaseh pernah cuba cuka epal je, lah rupanya cuka kurma lagi bagus dan kurang masam, rasa dia sedap tau korang (rasa masam manis) dan cuka kurma ni bagus sangat untuk ibu-ibu yang mengandung sebab ia tinggi dengan kandungan zat besi, so bolehla amalkan, takde lah nurse nak membebel asyik darah rendah je kan ~
 
Kesan Cuka Kurma Oxymel Khal Sakan Jabin Pada Badan
 

Bila dah amalkan sendiri, terasa ada kesan pada badan, badan rasa tak berat, tak lemau dan senang nak ‘membuang’, sememangnya sistem penghadaman qaseh tak berapa bagus, kadang 2 3 hari baru dapat ‘membuang’ huhuhu salah sendiri sebab makan pun tak jaga sangat, dah 30-an ni memang kena jaga pemakanan dengan betul
 
Bila konsisten amalkan cuka kurma ni, korang akan dapat rasa perbezaannya, bukan sekali minum terus berkesan oik, kena lah hari-hari amalkan, inshaAllah akan membantu. Badan yang berangin pun rasa lega je dan terus paksa juga suami amalkan cuka kurma ni sebab haih dia susah ye tinggalkan air manis ! Nah, cuka kurma ni boleh hilangkan ketagihan pada gula dan sesuai untuk korang yang ingin turunkan berat badan. 
 
Qaseh selalu minum cuka kurma ni sebelum sarapan pagi, bila dah masuk bulan puasa, bolehlah amalkan pada waktu sahur. Jangan risau tau, cuka kurma ni tiada bahan kimia, tanpa bahan pengawet, tanpa sebarang gula, tanpa sebarang perisa dan tanpa pewarna 


Bahan Kandungan OXYMEL Khal Sakan Jabin semuanya HALAL, buatan sendiri dan perapan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan : 

· Cuka kurma Ajwa
· Madu Hutan
· Perahan Bawang Putih
· Perahan Lemon
· Perahan Halia

Kebaikan dan Khasiat Cuka Kurma Oxymel Khal Sakan Jabin pada Kesihatan 
  • Sangat bagus untuk meningkatkan imuniti tubuh badan
  • Merawat masalah gastrik, gastritis dan gerd
  • Melancarkan penghadaman makanan
  • Melancarkan peredaran darah dalam tubuh
  • Menurunkan kadar kolestrol dalam tubuh
  • Menghilangkan ketagihan gula (potong gula)
  • Menurunkan berat badan
  • Memulihkan sakit ulu hati
  • Membuang angin dari badan
  • Menormalkan pH dalam perut anda
  • Menguatkan pH zat asam dalam perut anda
  • Menghilangkan muntah2, nausea and vomiting
  • Menghilangkan sakit dada, belakang dada dan sesak nafas akibat gerd
  • Memulihkan sakit saraf tengkuk akibat gerd
  • Meghilangkan rasa tidak selesa perut dan badan
  • Menghilangkan masalah insomnia susah tidur malam 

Cara Pengambilan Cuka Kurma Oxymel Khal Sakan Jabin
 

Bagi masalah gastrik / gerd.
 
5 sudu besar khal dan dicampurkan ke dalam segelas air suam
Tambahkan satu sudu madu asli. 
 
Minum 2x sehari, sekali sebelum sarapan pagi dan sekali sebelum makan malam. Amalkan setiap hari sehingga masalah gastrik sembuh, kemudian boleh kurangkan kepada 2 sudu besar sehari. Sila amalkan pantang, jangan makan gula, tepung dan susu tin / kotak / lembu. Susu kambing sahaja dibenarkan. Amalkan khal bersama pantang sehingga gastrik anda sembuh.
 
Untuk menurunkan kolestrol.
 
2 sudu besar khal tanpa dicampurkan air atau apa-apa campuran lain. 
Minum terus setiap kali selepas sarapan dan selepas makan malam.
 
Untuk penjagaan kesihatan.
 
2 sudu besar dicampurkan segelas air suam dan setengah sudu madu (apa-apa jenis dibolehkan). 
Minum 1x sehari sebelum sarapan pagi.
 
Untuk penjagaan kesihatan ibu mengandung. 
 
Ambil 1/2 sudu khal dicampur air suam dan madu, minum sebelum sarapan. 
1 kali sehari sahaja.
 
Untuk kanak-kanak.
 
Hanya usia 4 tahun ke atas sahaja. Ambil 1/2 sudu sahaja sehari mengikut kesesuaian kanak-kanak tersebut.
 
CARA PENYIMPANAN:
 
Simpan pada suhu bilik. Elakkan daripada haba panas dan cahaya matahari. Tidak perlu disimpan dalam peti ais.
 
*Sesuai untuk prepping. Tiada tempoh luput.
 

Banyak kan khasiat cuka kurma ni, korang kena cuba dulu baru boleh tahu keberkesanannya. Bagusnya boleh diamalkan seisi keluarga. 
 
Mana nak dapatkan cuka kurma Oxymel Khal Sakan Jabin

Korang bolehkan di shopee sahaja : —> Cuka Kurma Ajwa Oxymel Khal Sakan Jabin

 
 

 
 
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates