• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog


Holla semua ! Yeah kali ni memang berita gembira buat semua dan of course lah untuk aku juga , siapa je tak teruja dengan #MYCYBERSALE , kalau tahun lepas memang rambang biji mata lebih-lebih lagi buat kaki shopping secara online !dan  kali ni nak bagitahu kat semua yang #MYCYBERSALE kembali lagi , yahoooo !!  

Bilakah #MYCYBERSALE2017 ?


Untuk tahun 2017 , #MYCYBERSALE akan berlansung pada 9 Oktober - 13 Oktober 2017 , kenapa ramai yang teruja bila berlangsungnya #MYCYBERSALE ni ? sebab utama banyak syarikat  yang terlibat dan yang paling syok memang diskaun dan clearance habis-habisan buat kaki shopping .. weh ! bukan selalu tau .. nak tunggu tahun depan pulak lama lagi so jangan lepas kan peluang ni ~ 

Apa itu #MYCYBERSALE ?


Bagi yang tak tahu lagi , #MYCYBERSALE ni adalah jualan besar-besaran atas talian yang menawarkan banyak diskaun , jadi tahun ni adalah tahun ke empat yang bertujuan untuk meningkatkan industri e-commerce di Malaysia . Tahun ni MDEC berkolaborasi dengan Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) untuk menganjurkan #MYCYBERSALE2017 yang bertujuan untuk mencapai jualan RM300 Juta dengan kempen pemasaran berat untuk meningkatkan pendapapatan para usahawan.


Best kan ? lagi pun sekarang rata-rata lebih selesa dalam membeli secara talian dan makin di terima semua , sambil goyang kaki pun boleh shopping uols  , kalau korang nak tahu apa yang menarik #MYCYBERSALE untuk tahun 2017 , sila masuk website #MYCYBERSALE sekarang , kalau tak mau ketinggalan apa yang best dan juga  lucky draw pun ada tau ~ so nah klik KAT SINI now !



#MYCYBERSALE VS CHEEKAABOO  

Sememangnya banyak jenama-jenama best yang terlibat pada tahun ni , salah satu nya adalah Cheekaaboo , kalau korang nak tahu Cheekaboo adalah satu jenama pakaian mandi untuk anak-anak dari umur 6 bulan .. haaa bagi korang yang tercari-cari pakaian mandi , kat sini banyak pilihan dan sangat berkualiti untuk anak-anak kita .. 

Cheekaaboo innovate a range specially designed protective swimsuits and accesories , made from 2mm quality neoprene , the material installs excellent insulating properties , which helps to trap water between the suits and the skin to create a layer of insulation from cold , it is also chlorine resistant and offers 100% UV protection on covered areas while giving added buoyancy.
 Bila baca secara detail inovasi pembuatan dan kualiti pakaian mandi brand Cheekaboo ni memang pilihan yang tepat untuk anak-anak , sebab aku pun dah dapatkan untuk Rayyan .. memang bagus kualiti dia dan Rayyan pun nampak selesa je bila pakai , nanti boleh lah berenang dan mandi kat kolam nanti dengan lebih gembiraaa

TAWARAN HEBAT DARI CHEEKABOO (https://www.sushivd.com/cheekaa)


Sempena #MYCYBERSALE , Cheekaboo akan menawarkan tawaran hebat yang mana tiada cas penghantaran / free shipping , diskaun sehingga 80%  dan clearance sales .. haaa so jangan lupa mark kalendar korang dan shopping untuk anak-anak di https://www.sushivd.com/cheekaa 

Woobies Suit 

Yeah Rayyan dapat Woobies Suit , cantik nya swimsuit ni , Woobies suit sesuai untuk anak-anak berumur 2 tahun-8 tahun sebab ia stretchable sleeves with YKK front zipper easy , so senang Rayyan nak bergerak .. first time sentuh material swimsuit ni dah fall in love sebab neoprene ni 2 times thicker than normal Spendex swimwear tau ..





Bila Rayyan tengok je swimsuit ni terus nak try , amboiii amacam hensem tak Rayyan ?  bila dah pakai tak nak tanggalkan pulak adohaaa ... tq Cheekaboo untur swimsuit yang super comfy untuk Rayyan .. 


More Info :
https://www.mycybersale.my/
https://www.sushivd.com/cheekaa






Siapa pernah makan lempeng macam ni angkat ketiak ! hehe ok aku sebenarnya tak pernah makan lempeng macam ni , biasanya lempeng yang letak gula je (sebab tu je pandai hahampeh !) , hari tu kan balik kampung suami so breakfast abang ipar ada buat lempeng kelapa muda ni .. kat Terengganu macam tak pernah makan dan jumpa je kat kedai-kedai .. so agak jakun di situ

Kalau korang sama macam aku tak pernah makan , nah resepi untuk korang mana lah tahu nak try buat kan , seriously sedap , mengenyangkan dan sangat sesuai untuk sarapan pagi , tapi kalau nak makan bila-bila masa pun boleh ~ makan petang ke kan ?

Resepi Lempeng Kelapa Muda

Bahan-Bahan

  • Tepung gandum 1 cawan (kalau lembik boleh tambah)
  • Pisang sesikat 
  • Gula
  • Garam
  • 1/2 sudu teh double action baking powder
  • 2 sudu besar susu pekat 
  • Kelapa Muda 

Cara-cara 

Gaul je semua bahan , kalau nak mudah korang just blend je semua bahan kat atas ni haa lagi mudah dah sebati .. lepas tu goreng dengan alaskan daun pisang (kalau tak alas daun pisang pun boleh)

Bila dah blend semua bahan akan jadi macam tu , haaa lepas tu apa lagi goreng je lahhhh 

Bila dah siap goreng jadi lah lempeng cenggini , walaupun rupa tak berapa cun tapi sedappp woooo , rasa pisang rasa kelapa semua berlemak .. 

Hati Berbicara :
Kredit to Kak Zie n Abg Mat heheh
Saje save kat blog nanti nak try buat sendiri pulak , nampak macam ada pokok pisang kat belakang blok haha sape punya tak tau .. :p okay selamat mencuba tau uolsss



Assalamualaikum 

Setiap yang hidup pasti akan kembali , begitu jua aku , begitu jua kamu .. tapi pengakhiran kita , kita takkan pernah tahu bila kah masa tersebut .. hanya Allah yang maha mengetahui .. kalau yang ''friend'' di facebook Qaseh , baru-baru ni mak mentua qaseh telah pergi buat selamanya ..tq atas doa-doa dari kalian .. Al-Fatihah buat Mak , inshaaAllah Mak berada di kalangan orang-orang yang beriman dan lebih tenang di Sana .. 

Qaseh minta kalian yang membaca entry kali ni sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Mak , semoga segala yang pahit di dunia ini terbalas dengan yang indah-indah sahaja di Sana .. segala kesakitan Mak di dunia Allah berikan yang indah di Sana .. setiap kehidupan pasti akan ada pahit manis , apapun jua kita kena redha dengan apa pun ujian kerana kita semua adalah pinjaman yang sementara di dunia ni .. dan yang pasti kucupan terakhir untuk mak , Sue akan abadikan sebagai kenangan terindah .. Al-Fatihah 

Hai cantik-cantik semua ~ pernah tak korang berangan nak cucuk Vitamin C bila tengok artis-artis semua cantik gila lepas cucuk tapi korang sebenarnya takut dengan jarum dan tak mampu haha eh terasa pulak diri sendiri  memang tak mampu lah dan memang penakut gila dengan jarum .. Tapi nak jugak cantik ! Nak punya perasaan bila orang pandang muka kita  tak jemu tak berkelip sampai blushing gitu .. 

Lupakan lah angan-angan nak cucuk-cucuk ni wahai qaseh ! Kenapa nak kena cucuk sedangkan dah terjumpa satu skincare yang ada killer ingredient untuk cantik haa , tak perlu cucuk-cucuk dah dengan Ami Vitamin Skincare hanya sapu-sapu je tapi tu lah perempuan ni kadang pemalas kan , nak cantik tapi tak pernah konsisten  , so kalau korang konsisten dan tak pernah tinggal setiap hari InshaaAllah dalam jangka masa pendek dah boleh nampak kesan nya , lagi-lagi kulit yang bermasalah tu..


Nak tahu tak apa yang KILLER sangat dalam Ami Skincare ni ? tapi sebelum tu qaseh nak bagitahu lah apa yang ada dalam set Ami Skincare ni , satu set ni Qaseh dapat satu Cleanser , satu Serum dan satu Night Sticky Serum .. nice packaging dan cute senang di bawa ke mana-mana .

  • CLEANSER 

Qaseh jarang pakai pencuci muka sebenarnya , sebab sesetengah tu akan membuatkan kulit wajah qaseh lagi kering , so kadang-kadang terpaksa skip , qaseh risau juga kot-kot cleanser Ami Skincare ni akan buat wajah qaseh jadi macam tu jugak , tapi bila guna so far tak buat kulit qaseh kering dan kesat , yeahh ! lepas bilas kulit muka rasa lebih lembut je di samping mencuci segala kotoran yang ada di muka 

  • SERUM
Lepas guna pencuci , qaseh biasanya guna pelembab dulu lepas tu baru guna serum , by the way serum ni sangat penting tau tak sebab serum sebenarnya lebih menyerap dan yang paling best kegunaan serum ni adalah akan menghasilkan mekap yang kita pakai lebih tahan lama dan berseri .. serum Ami Skincare ni pun best bila apply di muka , tak melekit dan cepat meresap ..

  • STICKY SERUM NIGHT 
Last step , sebelum qaseh tido qaseh apply serum sticky ni pulak , apply nipis-nipis pun dah cukup , sangat best dan tak rasa kita pakai something di muka .. lepas tu kroh-kroh tengok hasil lepas bangun tidur kulit lebih segar dan glowing gituuu


VITAMIN UTAMA AMI SKINCARE (3 + 1 KILLER VITAMIN )

Haa itu lah 3 produk yang korag akan dapat bila beli set skincare Ami ni , sekarang kan banyak kes-kes muka jadi breakout lepas guna produk-produk yang tak sesuai dengan muka , tambah lagi bila tak selidik dahulu produk sebelum menggunakan , lepas dah muka breakout baru dapat tahu produk-produk tu sebenarnya dari produk timbang kilo ! kesian kan .. tapi jangan trauma sebab setiap masalah pasti dapat di atasi

Ami Skincare ni korang tak perlu nak rasa trauma sebab ia nya lulus KKM dan bahan yang terkandung adalah memang vitamin-vitamin yang di perlukan oleh kulit muka kita , so Vitamin Utama yang ada dalam set skincare ni adalah
  • Vitamin E 
- Membantu merawat kulit
- Menghilangkan parut di wajah
- Sebagai pelembab wajah
- Menyembuhkan jerawat
  • Glutathione
 - Memutihkan kulit muka
- Anti penuaan
- Membuat kulit muka lebih glowing dan berseri
  • Astaxanthin
- Sebagai anti oksida
- Melindungkan wajah dari sinaran uv secara semulajadi
- Membuang pigmentasi
- 6000 kali lebih baik dari Vit C
  • Plus + Extra Vitamin C 
- Menegangkan kulit wajah
- Mengurangkan kedutan kulit wajah
- Meningkatkan kolagen


CARA PENGGUNAAN AMI SKINCARE 

Cara penggunaan sama sahaja semua , apa yang penting harus cuci muka , lepas tu ikuti step-step yang ada dalam panduan 


TESTIMONI PENGGUNA AMI SKINCARE
After one week : Nurul Hidayu, tona kulit cerah + parut ternyata pudar + jerawat mengecut tanpa timbul lagi + kulit rasa fresh bermaya berbeza dari sebelumnya (after one week penggunaan , antara testimoni terawal )


Haaa so amacam korang , Vitamin C ni memang bagus tau untuk kulit wajah kita .. tak rugi rasanya melabur untuk dapatkan kulit wajah yang sihat , bebas dari jerawat , kusam , jeragat , bekas-bekas parut dan sebagainya .. kalau korang nak diskaun korang boleh guna nama Qaseh untuk dapat kan baucer RM40 , khas untuk 5 orang sahaja .. so jangan tunggu lama-lama ok ! kalau korang nak lagi info boleh layari di web , facebook dan instagram Ami Skincare okay !


Nak jugak calit vitamin? Khas utk 5orang readers bertuah sahaja layak utk redeem baucer RM40 seorang tau!



REDEEM VOUCHER = "QasehDalia"


Untuk maklumat lanjut, sila layari: 

FACEBOOK
https://www.facebook.com/amilegacy

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/amilegacy/
https://www.instagram.com/amivitamin/

WEBSITE

https://www.amilegacy.com/

Nak selamat ? Calit  Vitamin je dah CANTIK ! #vitaminmuka #3kalicalit #lulusKKM

Assalamualaikum semua , lama tak berfood review so lets start again ~ yeahh , heheh rindu ke ? hari tu kan aku ada Family Day Kbba di Cherating , selepas semua selesai kena pergi hospital melawat mak mentua sakit (mohon doakan untuk mak mertua aku ye , semoga di beri kesembuhan ) . Jadi , dah alang-alang di Kuantan teringat pulak Kula Cakes yang selalu di perkata orang ramai , katanya sedap gila namati wei kek kat situ .. ok kita tekak tak sama kan ? Jangan marah :p

Kula Cakes ni berdekatan je dengan HTAA , sempat lah singgah jap untuk merasai sendiri .. waze punya waze jumpa jugak kedai nya , hampir terlajak sebab kedai ni kecik  , dan sign boardnya  pun kecik tak berapa nak alert bila tercari-cari , dengan cari parking lagi kan .. but nevermind , iols nak pergi makan kek jewr ..


Masa datang tempoh hari fuh agak ramai jugak orang , di sebabkan kedai ni kecik so terpaksa beratur hingga ke luar pintu .. proses menunggu tu takdela makan masa yang lama sangat , sampai turn aku , staff tu tanya nak makan apa semua , yeahh staff semua peramah .. dan aku pun blur sangat that time , aku order pavlova dan air pandan cooler .. harga not bad , macam Secret Recipe je ..



Sedap ke kek di Kula Cakes ni ? di sebabkan aku order ni je , so aku review kek Pavlova ni je lah ye .. nak kata tak sedap tu tipulah , sedap je kek kat sini tapi takdela sangat-sangat sedap namati , bagi aku biasa je macam kek yang pernah aku makan sebelum ni .. cuma tekstur dan saiz dia besar sikit dan berbaloi lah dengan harga .. tapi aku suka dengan air pandan cooler kat sini , rasa sangat segar dan sedap.

Orang kata kat sini yang paling sedap adalah Mango Cheesecake , tapi that time tak silap aku dah habis , laku keras aih .. so tak sempat rasa ..


Yang menarik minat aku selain kek di sini adalah tempat makan / outdoor di sini , tadi kata kedai ni kecik kan so mana nak lepak makan ? haa sebelah kedai Kula Cakes ni kosong , so kat situ di jadikan tempat makan , kalau rasa nak makan kat dalam kedai pun boleh tapi agak terhad .. aku tak boleh makan dalam ruangan yang sesak ..  agak unik dengan hiasan mural di dinding dan ada arca basikal buruk di gantung .. menarik lah jugak untuk bergambar ..



Sempat lah sis mencipta kenangan kat sini , nak bergambar acah-acah hijabister malu lah pulak orang ramai , cenggini je la mampu .. kalau korang kebetulan datang lagi ke Kuantan dan terasa nak makan kek , datang lah ke Kula Cakes ni alright :) tapi kalau dari jauh semata datang nak makan kek kat sini , fikir panjang sis .. okbye .. macamana nak datang sini ? waze je Kula Cakes Kuantan,  nanti jumpa .. dunia dah canggih maaa .. Ok adios ! 
Holla ! Assalamualaikum uols ... hurm aku tengah dengar lagu korea apa benda ni , sejak bila playlist lagu aku penuh dengan lagu korea ni ~ duh ! semoga Rayyan membesar bukan dalam persekitaran yang KPOP . Ok back to topic please ~ bila aku terdampar di tempat yang penuh keuntungan ni (Bukit Beruntung) takde apa pun yang menarik kat sini (padahal tak habis explore pun lagi)

Petang-petang bila boring dan saka lapar datang , aku suka makan rojak kat sini . Eh sebenarnya suami aku suka makan rojak ni , dan aku pun terikut sama .. mula-mula rasa macam ermm biasa je sebab waktu tu dah kenyang sangat .. alkisahnya hari tu mencari rojak demi melunaskan rasa mengidam beliau .. bluwerk ! 

Tahukah anda makanan tepi-tepi jalan sebenarnya lagi sedap dari hotel tau ! so bila tercari-cari terjumpa la satu gerai , (bukan gerai alaa yang jual menggunakan van tu ) lebih kurang macam tu lah , pakcik ni nampak dari raut muka macam ala-ala mamak , biasa rojak mamak ni sedap oih .. so apa lagi , try satu kali ! 

Kat sini pun ada cendol , cendol kat sini sama je macam kedai lain tapi bila pekena lepas makan rojak tu , memang tak angkat kepala dah , memang masuk kat alam sendiri . kah ! yang pasti cendol tu habis daku hirup .. untuk pertama kali order , kami order dua pinggan rojak .. almaklumlah nafsu lapar , ingat kan sikit lah kan sepinggan tu tapi mak oih limpah ! kuah merembes-rembes dan harga dia (RM4.50) cendol plak (RM2.00)




Bila rojak depan mata , ayoyoyo siapa mahu habiskan ini dey , alamak haha tapi serius sedap lah rojak kat sini .. kira berbaloi lah dengan harga tu , mee banyak , kuah pun banyak .. Rayyan tolong habiskan k .. haa tapi ni kat area rumah je .. kalau rasa nak try mai lah haha semata nak makan rojak kan , boleh kita mencendol dan merojak sebarang dua .

Rojak sedap ni di tapak pasar malam Bukit Beruntung .. heheh ini lah tempat melepaskan saka lapar sang laki-laki dan bini beliau , lepas tu lepak taman main kejar-kejar dengan anak teruna .. phewww lapar balik ! Ok terima kasih kerana sudi menjamu mata anda .. sila kelik iklan sebarang dua untuk tabung masa depan .. haha 


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates