• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum

Rayyan dah masuk setahun 3 bulan dah dia , sekarang pun dah macam-macam perangai yang Umi tengok , yang paling latest cepat sungguh merajuk , bagi adik karang haaa ! haha tapi alhamdulillah perkembangan positif setakat ni seiring dengan usia .. cuma tu lah part merajuk tu kalau dia tak dapat apa yang dia nak , dia akan lari jauh dari Umi lepas tu hempaskan badan kat tilam , nangis .. kalau lantai ? memang bertelur la dahi tu ..

So far , yang nampak dalam diri Rayyan ni , haa gitu (mak-mak sangat) dia jenis suka berkawan , kalau baby dia tak layan sangat , tapi kalau ke arah budak-budak besar dan sebaya dengan dia , ya ampun suka sangat bila kena dengan mood dia lah .. cumanya cara dia berkawan tu masih boleh pandai nak kawal , sebab dia suka tolak orang .. nampak je kecik oikk tapi ngan Umi kalah dia punya kekuatan tu .. 

Dan kadang-kadang mmg tamo bawak dia turun event sebab dia sekarang tengah aktif , nak lari-lari explore sana sini , thats why lah sekarang jarang turun event , so kita buat job tanpa kene keluar la dulu yeee .. kalau suami ada takpe dia boleh jagakan ahaks .. so hari tu bawak Rayyan teman Umi food review kemain suka kawan dengan Fariza .. Umi pun tak dapat kawal dah .. nasiblah dedi :p






Haha sempat lagi bergosip .. gosip berita menggembirakan masa ni😍


Assalamualaikum 

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort 29 Mei-23 Jun 2017 | Bila ada jemputan buffet ramadhan maknanya Ramadhan bakal datang dan macam tahun sebelumnya aku tak pernah miss untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort sebab makanan kat sini tak pernah mengecewakan .. yang pasti tahun ni ada kelainan sikit berbanding tahun lepas bila mana kali ni ada pesta durian ! walaweh suka la tu peminat-peminat durian kan .. 

Apa yang bestnya kat sini , korang boleh menikmati juadah istimewa sehingga 200 jenis yang bercirikan makanan melayu , barat dan timur .. agak-agak berapa harga buffet ramadhan kat sini ? terkejut tengok harga sebab murah sangat .. nak tahu ? kena la baca sampai habis yeee .. lagi pun banyak makanan best yang aku nak kongsikan kat korang semua 

Tarikan Utama Nasi Lemak Istimewa 

Kali ni BGR menampilkan Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan utama di sini , apa yang istimewanya ? korang boleh makan bersama Rendang daging Taik Minyak , Sambal Sotong Kembang , Ayam Bercili Masak Ketumbar , Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato .. Fuhhh maveles  !
Assalamualaikum 

Jom Nikmati Keindahan Pulau Perhentian dengan Pakej Murah | Antara tempat impian aku adalah Pulau Perhentian , walaupun rumah dan jeti Kuala Besut tu dalam 15 minit je tapi belum berkesempatan lagi nak pergi .. ikutkan nak honeymoon kat sini selepas kawen tapi bila dah semua selesai , dan selalu tak sihat , mengandung pulak haha so terpaksa la tangguh dan tangguh , sekarang kena tunggu anak besar sikit baru syok selam dia dalam laut ..

Bagi korang yang mendambakan percutian yang tak kan di lupakan , Pulau Perhentian yang bertempat di Terengganu ni memang pilihan yang sangat tepat , aku tengok gambar pun wahhh rasa macam kat oversea gitu .. cantik gila ! Tak rugi kalau bercuti di Pulau Perhentian  


Assalamualaikum 

Ahoy Cafe Subang Jaya | Signature of the best dessert ..Ahoy korang ! Jom jalan-jalan cari makan bersama qasehdalia.com  acewah , kali ni aku nak bagitahu satu cafe yang bertempat di Subang , iaitu Ahoy Cafe dan kepada  peminat dessert / pencuci mulut wajib terjah kat sini ! nak tau kenapa korang kena datang di Ahoy Cafe ni ? sebab dessert kat sini superb best dan sedap sangat tau .. tak percaya ? kena percaya jugak ! sebab makanan kat sini langsung tak mengecewakan .. bila makan rasa macam nak je simpan dalam perut selamanya tau .. nampak tak betapa sedap nya makanan kat sini ..

Sebelum tu jom kita tengok dekorasi cafe ni , aku suka dekorasi Ahoy Cafe ni , berkonsepkan kapal .. tengok dari luar pun dah nampak konsepnya kat sini .. bila korang cari tempat makan mesti lah nak tempat yang menarik kan , sebab aku memang sukakan keadaaan yang tenang dan tidak serabut .. 

Assalamualaikum 

Alhamdulillah berpeluang lagi aku join Photoshoot Raya KelabBloggerBenAshaari , kali ni berbeza sikit dari sebelumnya sebab tak dapat nak fokus sangat bila dah ada anak ni haa , dulu ye lah gedik sana gedik sini sebab bawak diri je kan .. hehe abaikan yang tu .. tapi yang aku paling bangga bila Photoshoot Raya KBBA kali ni berkolaborasi dengan jurugambar profesional dan sangat lah sempoi orangnya iaitu Wan Izhar Abu Bakar.

Mana tak bangga oikkk bukan calang-calang orang Wan Izhar ni , berapa banyak artis/selebriti dan anugerah dah dia capai tau. Tak sabar nak tengok hasil nya nanti .. agak-agak macam Siti Nurhaliza tak gambar aku nanti ?  hihi sabar tau korang , sebab aku pun tak sabar !

Pemilik ODS Studio 


Assalamualaikum 

Sejak kawen dan terpisah agak jauh dari kawan-kawan rapat blogger memang susah sangat dah nak berjumpa , lebih-lebih lagi dah ada anak yang makin banyak perangai ni haaa .. tapi hari tu sempat jugak jumpa dengan semua , yeyyy ! tq sangat kat kaksue sebab sudi tumpangkan aku dan Rayyan tido kat rumah .. maaf bebanyak ya kaksue kalau menyusahkan hihi

Alkisahnya nak pergi mengurut sebab sakit nawww dah belakang ni , mungkin sebab selalu angkat Rayyan yang dah 10kg lebih , bayangkan lah lepas bersalin tak pergi mengurut langsung ! kat area rumah ni mana nak kenal sesape tukang urut hurmm so mengurut dengan mak saudara kaksue , fuh lega baq angg ! padahal banyak kali dah kot nak pergi mengurut tapi kena tunggu hencik suami free dululah .. akhirnyaa dapat jugak yeyyy inshaaAllah nanti repeat lagi .. nak mengurut jugak ? meh la area Banting je .. 

Dah alang-alang kat rumah kaksue , banyak naww plan dia .. belum sampai rumah pun dah siap ada plan ! ko rase ? haha kemain mak-mak kesunyian ni haha .. so plan-plan , eh kaksue je la plan , aku tukang mengikut je haa .. tapi kan memang dah lama dah tak ''girls day out'' dapat jugak keluar berlima .. alhamdulillah 

14 / 4 /2017 - Lunch di Aroi Thai (untuk kenangan di hari tua :p)

Memandangkan Kak Fiza dan Ty kerja , busy woman uols .. set date untuk lunch kat Aroi Thai , aku rasa dah berzaman kot nak lunch kat sini , haha akhirnya dapat juga , kalau Allah tak izin maka tak jadi , tapi bila tiba masanya Allah mudahkan la segala perancangan .. best ke makan kat sini ? sedap juga makanan kat sini , style macam boat noodle , tapi kat sini bukan mee je ada .. nasi , tomyam semua ada .. dan semuanya yang mangkuk-mangkuk kecik ni harga RM2.09 .. kakfiza cakap dah naik harga ! bebel macam mak jemah dia haaa 

 Aroi Thai Cyberjaya 

haaa setiap mangkuk ni harga dia Rm2.09 , nak makan apa dan berapa banyak haa sukahati korang , makanan dia sedap-sedap belaka.
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates