• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog


Mana nak cari handbag yang berkualiti tapi harga murah dan sangat berbaloi ? Awak ingat saya ada masa untuk fikir sampai pening kepala ? Mizzue kan ada ~ kenapa nak fikir panjang lagi ? eh hye korang ! aku ni dalam kategori agak memilih jugak lah , mak oii pening kepala suami bila isteri dia shopping dan nak cari sesuatu benda .. pheww ~ tapi bila masuk web mizzue ni , rasa macam nak pilih semua sebab handbag-handbag yang ada kat sini cun melecun , gojes , design pun mantop ~

Bila masuk topik handbag ni , aku seorang yang tak sukakan beg yang terlalu besar , tak terlalu gemuk dan juga panjang .. sebab aku kurus jadi rasanya tak sesuai guna beg yang terlalu besar dari diri sendiri , nanti handbag tu overshadow paras rupa ku hahah 

Tapi tapi tapi ! haaa ada tapi nya tau , walaupun aku tak nak handbag yang besar tapi aku nak handbag yang boleh sumbat semua benda termasuk pampers dan botol susu anak haha sebab aku tak suka pakai beg galas usung ke sana ke sini melainkan travel jauh-jauh ~ ada ke ? weh mesti lah ada !

Masuk je web www.mizzue.com.my ni terus rambang mata tak tahu mana satu nak pilih , sebab semua cantik-cantik .. dan akhirnya jatuh cinta pandang pertama pada Rosaria Riggens colour Brandy Wine . Kenapa aku pilih beg ni ? sebanya beg ni simple je but nice dan tak terlalu sarat , warna pun cantik dan yang penting bila pakai nampak macam remaja gitu hahah ! 

Seriously Rosaria Riggens menepati citarasa aku , beg ni tak terlalu besar , tak terlalu panjang , tak terlalu gemok , perfect dengan apa yang aku inginkan .. walaupun Rosaria Riggens ni tiada zip kat atas sebab this one is bucket bag tapi grip yang ada tu sangat ok dah , tangan Rayyan je lah still boleh seluk cari gincu Umi ! ooo gosh budak kecik itu , ada je akalnya .. huh !

Reka Bentuk & Spesifikasi 
The 'Rosaria Riggens' bucket bag is cut from polished smooth PU leather with gold-tone metalwork. Embossed with a mizzue lettering logo at the front, while the external zip pocket offer a neat and easy-access storage for your small possessions. A handy zip-around coin case is attached to the bag for your coins and keys. Sizeable interior features a zip and slip pocket to boost organisation. An adjustable crossbody strap is given for comfortable wear 

Bila tengok dalam gambar hari tu Rosaria Riggens ni nampak lagi kecil sebenarnya tapi bila sampai wahhh saiz nya takde lah kecil sangat , just nice dan banyak barang boleh sumbat termasuk lah pampers dan botol susu anak , dua biji fon ,beg mekap dan kamera memang muat je lah duduk dalam beg ni dengan tenang .. so far memang tiada masalah .. awhhh happy sangat ! tq so much Mizzue .. 

Beg kecil yang di sertakan tu aku suka , boleh lah bawak pergi kedai bila malas nak bawak beg tangan kan , beg kecil tu boleh letak kad , sebab ada tempat untuk letak kad dan juga boleh letak duit , dan muat-muat je dengan iphone 5s daku ...


Pilihan Warna Rosaria Regens



Tentang pilihan warna , banyak je yang korang boleh pilih .. selain dari warna yang aku pilih ni terdapat warna Black , Blue , Meuve , Green , dan juga Brown ... lawa pulak warna hijau tuh .. aigoooo ! 



Oh ye lupa nak bagitahu , berbaloi sangat walaupun kena tunggu lama sikit hari tu sebab permintaan beg ni tinggi dan out of stock , tapi nah penantian tu dah berakhir dengan happy ending ! hoyeahhh tq again Mizzue Malaysia for the best quality :)

More Info :

Facebook: https://www.facebook.com/mizzuemy/
Instagram: https://www.instagram.com/mizzuemy/
Website: https://www.mizzue.com.my/

So amacam , cantik tak ? Sesuai tak dengan si kurus ni ! haha apa pun semua handbag yang ada di www.mizzue.com.my ni semua lawa-lawa weh , setiap orang punya citarasa tersendiri tapi setiap citarasa korang tu pasti akan korang jumpa di www.mizzue.com.my ! apa tunggu lagi ? Bukak lah web Mizzue Malaysia sekarang , pilih dan bila sampai OOTD sehabis mungkin :p 



Assalamualaikum ~ 

Hello.  annyoung hashimnikka .. Haa penangan makan Dubuyo terus berbahasa korea uols ~ haha okey meh nak cerita alkisah sang dubuyo dan sang qaseh .. btw hari tu adik ipar aku ada post dia tengah makan korean food which mean Dubuyo ni la kan .. so aku yang jenis mudah terpengaruh ni terus terliur ! pantang betul bab-bab korea ni tau tak , kalau tengok drama korea masa scene diorang makan tu memang terliur gila .. macam sedap je kan ..

Jadi tak boleh jadi ni ! kena jugak makan sebelum masuk tahun baru .. kiranya masuk lah dalam wish list 2016 , yeyyy tercapai haha .. semalam kebetulan husband pun cuti , ajak dia tengok baby Humaira jap lepas tu dapat lah singgah di IOI Mall Putrajaya .. nasib ada kat situ , terus terjah dan cari tempat duduk secepat mungkin sampai lupa nak ambil gambar kedai Dubuyo ni , blogger apa cenggini ni tak ambil gambar -_- eh kisah pulak , perut dah lapar gila :p

first time try , so aku pilih set je untuk dua orang . kalau nak tengok lain menu boleh la ke website dubuyo orait.. harga untuk set 2 hanya RM56++ something macam tu la .. 

tadaaa ini yang aku dan husband order ~ 

Dalam set ni ada 

•Soondubu Jigae (kitorang pilih beef)
•Korean Spicy Wings 
•2 DubuYo Rice
•2 Korean Green Tea 
•2 Desserts (small)
•Free Flow Banchan (side dishes) of the day -kimchi dan sayur jeruk
Dalam set ni yang paling sedap bagi aku , Korean Spicy Wings dan Sup (side dished) dia .. wahh sedap gila kot , rasa rangup-rangup ayam dia , perghh memang tak rugi dan berbaloi sangat makan ni haa .. Soondubu Jigae tu sedap jugak cuma takde rasa sangat , tawar sikit dan masakan ni ada telur , tauhu dan beef sebab kami pilih beef .. Nasi dia pulak walaupun nampak sikit tapi sangat mengenyangkan sebab bukan nasi biasa , biasalah korea kan nasi macam pulut-pulut gitu haaa 


So sape tak pernah try boleh lah cuba makan sini pulak , tekak melayu try korean food sekali sekala eh .. cum aku tak pandai pakai chopstik haha , terpaksa lah mintak garfu ~ yummi ! nanti nak try yang ala-carte pulak lah .. tengok orang makan sedap je .. tak pandang kiri kanan langsung ! 

Ok kamsa hamnida kerana sudi membaca ~ 
Assalamualaikum ..

Hohoho btw Rayyan tak pernah berenggang dengan Umi , almaklumlah 24 jam dengan Umi je kan .. so hari tu Umi terpaksa meninggalkan Rayyan buat seketika .. kebiasaannya mana-mana Umi pergi mesti bawak dia , pergi event pun bawak jugak dia tapi stay dengan dedi kejap la .. so dedi bawak jenjalan untuk menghilangkan boring .. takdela Rayyan menangis ke merengek ke kan ..

Di jadikan cerita , hari tu Rayyan stay dengan dedi kat rumah sebab Umi keluar pergi jumpa hadik kesayangan yang dah lama tak jumpa .. hukhuk rinduss katakan .. huh ! kenapa tak bawak Rayyan ? kebetulan dedi dia cuti so nak jugak tengok reaksi Rayyan tanpa Umi kejap .. dedi pun takmo ikut , Umi tak berani nak bawak dia tanpa pengawalan abe sado haha lagi pun biasanya dedi je dukung , Umi tak larat !  

Misi ''me time'' pertama dan terkahir kali

So Umi pun keluar lah dengan gembiranya .. dapat jugak ''me time'' sebab dah lama tak berjimba ibarat orang muda mudi remaja belia haha .. tapi kegembiraan yang Umi kecapi tidaklah seperti yang di rasakan sebabnya ~ haaa awal-awal Rayyan ok je dengan dedi lepas tu dia start meraung , pujuk tak jalan , cari Umi sampai ke toilet .. huh ! keluar pun memang tak senang duduk .. nak patah balik masa tu dah nak sampai 

Lepastu dedi dukungla bawak dia masuk kereta , ok senyap la sekejap boleh duduk dalam kereta kan tapi kegembiraan dedi juga tak lama sebab naik atas rumah Rayyan start meraung balik .. Umi dah tak ketahuan hala dah dalam shopping mall oikk .. dedi call hurmm memang kuat  gila la tangisan Rayyan tu , luluh hati seorang ibu .. strootsssss nak nangis jugak rasa ! haha adoha ..Rayyan oh rayyan .. so misi dedi lah pujuk anak kesayangan tu ..

Akhirnya dalam tangisan tu dia terlelap , dedi cakap dalam tidur pun tersedu sedan , saki baki tangisan tu ada .. alahai kesian anak Umi , so dedi pun tenang sekejap lah Rayyan dan tido kan .. Umi pun lega sikit , cepat-cepat setelkan apa yang patut di setelkan .. kemain sambung bergumbira haha kejam ohh ! tapi kegembiraan dedi hancur berkecai bila Rayyan terjaga dari tidur dan sambung meraung haha aduhh tak tahu nak nangis ke nak gelak .. 

Siap bervoice note lagi ha dengar Rayyan , bagi dia dengan suara Umi yang merdu ni .. bila Umi panggil nama dia ,senyap sekejap .. pastu sambung nangis plak .. hukhukhuk sabar je la , then misi dedi pujuk memujuk je la yang di harapkan waktu itu .. 

 adik-adik kesayangan ~ lepas ni nak pergi memana kena bawak Rayyan haha
Long time no see , sebelum kaksue kahwin lagi kan ..hinggalah kaksue bersalin , tadaaa akhirnya jumpa jugak .. ! inshaAllah lepas ni jumpa lagi .. sory sebab hati ku tak tenang kikiki

So pengajaran buat Umi , ini lah kali pertama dan terakhir tinggal Rayyan .. maafkan Umi ya lil prince .. lepas ni Umi tak tinggal dah .. kena tunggu dia besar sikit baru boleh ber ''me time'' gitu .. oh terasa diri begitu di hargai .. hikhikhik so dedi amacam jaga anak sehari ? alaa sikit je tu kan .. haha

sorry my lil prince buatkan Rayyan menangis , Umi balik pun dia still nangis lepas tu dia macam merajuk dengan UMI huwaaaa that time Umi terasa jauh hati sekejap dan nak nangis jugak tapi tahan , control cun depan anak haha .. apapun Umi takkan pernah tinggal Rayyan .. sebab Rayyan nyawa Umi selamanya .. love u so much ! 



Assalamualaikum ..

Walaupun hakikatnya mood kelaut untuk mengupdate blog tapi sekelumit jauh , rindu menggebu .. pernah rasa tiba-tiba rasa macam nak bersara dari menulis ? tapi mana mungkin jiwa itu hilang dengan mudahnya .. so nah ! terupdate sedikit coretan di awal pagi .. omong kosong je .. bila si suami dan si anak dah lena di alam mimpi ~ mimpikan umi ye kesayangan hati ..

Hujan , alhamdulillah dua tiga hari ni asyik hujan je , tapi beserta guruh dan kilat , and yess aku si penakut dengan guruh dan kilat , tapi aku sukakan hujan , oh tu pun bila berada di rumah ~ sambil melayani lagu - lagu jiwang .. tapi kadang-kadang aku bencikan hujan kerna ia mengingatkan sesuatu yang sedih .. memori-memori yang ingin aku padam .. 


Semakin lama kamu memerhatikan hujan , semakin banyak memori menjelma , bukan kita yang ingin mengingati tapi terkadang ia datang menjengah sendiri , ibarat ingin bertanya khabar ~ adakah kau baik-baik saja , dan aku baik-baik saja selepas hujan berhenti , setelah lagu terhenti sendiri .. bahawa hujan mampu menggamit kenangan lalu , kenangan ketika kita kecil , di sekolah , kawan-kawan yang makin menyepi , berita gembira mahupun duka .. semuanya terpahat tidak sedikit pun yang terus lupus..

ia ibarat datang bersama satu gerombolan awan , membawa seribu satu emosi lalu tertitis ke kepala lalu menghenyakkan dengan pelbagai ekspresi ~ adakala tersenyum sendiri , adakala air mata berlinangan tanpa di sedari .. hanyut nya jiwa dengan titisan.. dengan bunyian .. dengan angin sejuk yang datang bersama hujan .. dan tidolah mata dari terus meratapi aturan Allah yang penuh dengan hikmah .. 

Pelangi sesudah hujan ? orang sering berkata , sesudah hujan pasti ada pelangi , tapi adakala mata kasar tidak selalunya nampak keindahan pelangi itu kerana mereka inginkan bukti dengan mata kasar sedangkan di sebaliknya .. sesudah duka akan ada kegembiraan , setiap kesulitan pasti ada kemudahan , itu janji Allah .. cuma kita yang buta seolah-olah kebahagiaan dan kegembiraan itu sejenis objek untuk di lihat sedangkan cukup lah untuk di rasa .. dan iyaa pelangi telah muncul lalu menghilangkan segala resah yang terbuku lama..


Aku terlalu angkuh mengatakan bahwa badanku kuat terkena hujan sederas apapun itu, tapi buktinya aku sakit sepulangnya. Sama seperti aku yang terlalu angkuh mengatakan bahwa hatiku kuat mengenang semanis apapun kenangan itu, tapi nyatanya aku tetap sakit setelahnya. - hati sedalam samudera

Dan hujan telah pun berhenti kerna Goblin tidak lagi bersedih. 

Assalamualaikum , hai semua .. semoga sentiasa di rahmati Allah dan jaga diri selalu yaww ~ adoha menaip bila anak tak tido ni , seboleh2 dia nak tepuk-tepuk laptop , tak dapat dengan tangan , dengan kaki pun jadi -_-

By the way , agak lama jugak la tak godek-godek mencantikkan blog , kalau dulu zaman-zaman baru nak up orang kata , blog aku macam2 style dah buat , siap ada lagu kat blog , pastu ada kartun upin ipin bagi salam haha , header sebesar2 alam nak tunjuk muka .. kalau takde muka kat header rasa nak update blog pun down ! macam la CANTIK sangat daku ni haha .. biasala kita kena ikut peredaran zaman ye dak ..  ~

Tapi sekarang ni haaa just guna template simple je tu pun download dekat themeexpose lawa-lawa jugak template kat situ ~ kalau korang jenis minat simple dan minimalist cari je kat situ , dulu aku tak suka sangat template yang ada readmore tapi sekarang suka pulak , sebab tu ada pepatah kabo boleh jadi apa yang kita benci akan jadi benda yang kita suka haaa lebih kurang gitu la kekdahnya hi hi hi


Tadaa bagi aku yang newbies sangat bab2 mendesign ni , kira dah cukup ok la tu haaa , kalau korang nak buat sendiri pun boleh .. guna photoscape je kalau takde dan tak pandai guna photoshop .. 
download photoscape kat sini download photoscape

Dan aku suka sangat godek pinterest kalau nak cari font-font lawa dan cute cari je dekat situ , kemahen banyak sampai rambang mata , btw segala macam mak nenek ada kat situ , icon-icon social media aku cilok kat situ je ... hehehe banyak guna nye pinterest ni bagi aku yang malas nak menggugel sangat kan 

tapi kat sini ada yang korang kena beli dan jugak free , so kalau nak free taip je free , ramai manusia baik hati bagi freebies cun2 cuma kena rajin je la godek2 kan .. 

hati berbicara :
jangan kutuk header aku ! 
:p


Assalamualaikum , 

Colmar Tropicana Berjaya Hill Bukit Tinggi | Apa yang menarik ?Holla semua ! sebenarnya lama dah aku datang jalan-jalan di Colmar Tropicana , tq kat kak Sue Izza yang sudi bawak , kalau tak mungkin tak merasa lagi datang kat sini , btw Colmar ni salah satu tempat menarik di Pahang , bagi aku tempat ni memang cantik , bangunan-bangunan kat sini cantik macam berada kat oversea gitu ala-ala perkampungan Perancis .. banyak la tempat yang korang boleh lawat kat sini , cuma aku tak sempat pun nak tawaf semua sebab pergi pun ada urusan .. dan bagi yang suka berphotoshoot memang tempat terbaik untuk korang berposing bagai.. outdoor wedding pun awesome !

moh layan gambar dulu ~

terpegun bila pertama kali jejak kaki kat sini , memang seperti perkampungan Perancis (macam pernah pergi perancis kan ? haha google kan hadoo ) cantik kan , besar dan tinggi-tinggi bangunan kat sini 

Harus lah bergambar kenangan di pintu masuk , berlatarkan bangunan unik ni haaa

antara hiasan dan keunikan yang cuba di tonjolkan di sini 

time aku pergi ni weekdays dan bukannya hari cuti , jadi agak sunyi sikit .. tak berapa ramai orang so takdela serabut sangat nak berphotoshoot kan , cuaca kat sini sejuk je .. almaklumlah di kelilingi hutan-hutan .. 

bangunan kat sini di cat dengan warna-warna pastel .. cantik je , nampak kemas 

salah satu cafe/restaurant yang ada kat sini , tapi aku tak makan kat sini pun .. mesti agak mahal kan makanan kat sini hihihi so tumpang bergambar je la , ala-ala oversea sangat kaksue kite ! 

terjumpa permainan berwarna .. 

kat sini banyak la kedai-kedai cenderahati , bolehla beli souvenir untuk kenang-kenanga di hari tua 

kuda - kuda ku gagah berani ~



ni pun restoran jugak , tapi tutup so tumpang bergambar je lah 


telaga air yang terdapat di Colmar Tropicale

yang ni gambar dari sudut atas, lawa kan !

Yang paling cantik kat sini , aku suka tengok tasik ni .. ada swan lepastu aku teringat ada satu cerita kartun tu , haha fantasy sangat , yang dia fikir dia itik yang hodoh tapi tiba-tiba dia bertukar jadi swan yang sangat cantik ! pergh boleh tahan layan kartun hikhik

bidadari swan kat sini .. haha

memang cantik sangat shoot wedding kat sini , aku suka konsep-konsep garden .. so wajib ambil gambar kat sini haa













hati berbicara :
layan gambar je lah ye , sebab kat sini memang tempat bergambar , makan n shopping souvenir je ..btw sesuai untuk yang inginkan ketenangan dan berhoneymoon gitu ~ sebab kat sini sejukkk hihi .. 

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates