• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum ~ korang pernah pergi Cameron Highland tak ? Best tak bagi korang , tapi kalau pergi tempat mana-mana yang tak best pun jika pergi dengan orang yang tersayang tetiba jadi best , haha .. kali pertama aku datang ke Cameron waktu kecik-kecik dulu tu pun lawatan sekolah , dan kali ni kali ke dua aku datang ke sini , banyak betul perubahan cameron highland sekarang , suhu pun macam dah tak berapa sejuk ataupun badan aku yang panas sebab masa pergi ni tengah preggy 34 weeks~ sempat la pergi beberapa tempat kat sini .. jom ikuti kisah aku di tempat-tempat menarik di Cameron Highland.


Kitorang gerak awal pagi , lepas subuh dah bersiap .. oh ye kitorang tu aku dengan suami la hehe , awal gilaa kan lepas subuh , sebab suami tahu sangat isteri dia bersiap memang makan masa berjam-jam tambah2 tengah memboyot haha sabar je la .. so amek laluan jauh sikit Simpang Pulai sebab jalan satu lagi laluan Tapah orang kata jalan tak berapa elok..risau baby dalam perut takpelah jauh sikit kan ..

hari tu memang kitorang pergi gamble je , main terjah gitu , tak book hotel apa pun lagi ~ sebenarnya tak tahu nak pergi cameron ke melaka , so bincang punya bincang akhirnya pilih cameron highland jugak , btw pergi pun 2 hari satu malam je , haha tu pun tak larat bawak perut ...

Disebabkan kitorang tak plan apa-apa , main terjah jugak la cari hotel bajet , google punya google , kami pilih Hotel Jasmine untuk tido semalaman , nak tido hotel mahal rasanya tak berbaloi setakat sehari hehe nama pun percutian bujet kan , so far Hotel Jasmine ni murah la dalam Rm97 semalaman , dan kami pergi weekdays bukan wekend .. Hotel Jasmine ni terletak di Brinchang , dekat sangat dengan pasar malam Brinchang tapi di sebabkan kami pergi weekdays tak dapat la berjalan-jalan di pasar malam , sebab nya pasar malam tu bukak hari weekend je .. orang kata Pasar Malam Brinchang memang popular kat sini , takde rezeki, inshaaAllah next time ~ 


So far Hotel Jasmine ni sangat ok dah bagi kami , kami pilih bilik standard deluxe , kemudahan yang ada , televisyen siap ada astro , air panas , bilik air yang besar gedabak ehem , dan jugak ada free wifi ~ bab makan jangan risau , hotel ni di kelilingi oleh restaurant2 , kalau lapar keluar je cari makan kat bawah hotel ni , kedai-kedai runcit n cenderahati pun banyak kat kawasan hotel ni .. 

  • CACTUS VALLEY - 8am - 6pm

Lepas check in semua kami pun pergi la melawat tempat menarik di Cameron Highland ni , tak boleh buang masa sebab suntuk sangat masa yang ada , adohaaa oh yee kami sampai lebih kurang dalam pukul 11 , makan pulak area-area hotel je dekat foodcourt .. tempat pertama kami pergi Cactus Valley , apa yang ada kat sini ? mesti lah banyak pokok-pokok cactus , di sebabkan kami parking depan Cactus Valley ni nak masuk dalam kena bayar Rm5 .. selain dari cactus , banyak pokok2 bunga yang cantik di tanam kat sini , kalau nak beli pokok2 cactus yang cute-cute pun boleh di beli di sini ~ btw Cactus Valley ni bersebelahan dengan Big Red Strawberry Farm , jalan kaki je .. so dapat la jalan2 di dua tempat pada masa yang sama ~

 Cuteness overload la cactus-cactus kat sini  ~ tapi aku tak beli pun sebab jenis tangan panas nanti kang mampus kejung je pokok cactus kalau aku jaga haha 


memang macam-macam jenis pokok cactus yang ada kat sini , dan ada yang dah berusia bertahun-tahun lamanya ~ haaa banyak lagi yang unik-unik , kalau nak tengok datang la sendiri kikiki

 kat sini pun banyak pokok-pokok bunga ~ so boleh la jadi mek bunga , suami daku pun kena paksa bergambar dengan pokok-pokok bunga haha jambu sangat , aku ni memang sukakan bunga tapi aku jenis tak tak suka jaga , so tak payahla nak bagi bunga ke apa , macam sia-sia je bagi , last2 kejung gitu je , so baik bagi aku makanan ~ hehe dah kepenatan lepak kat Cactus Valley , kam terjah pulak Big Red Strawberry Farm

  • BIG RED STRAWBERRY FARM- 8.30 am -4.30 pm setiap hari
Dari Cactus Valley kami jalan je untuk pergi ke Big Red Strawberry Farm ni , tapi kena naik bukit la sebab ke atas sikit , sebenarnya boleh je naik dengan kereta tapi kami tak tahu so jalan kaki je la alang-alang dah dekat , masa ni kan tgh memboyot .. orang kata nak mudah bersalin kena banyak berjalan .. tapi nya tak mudah sangat pun bersalin hari tu haha , ok ok apa yang ada kat sini ?

Kat sini korang boleh petik sendiri strawberry tapi better beli yang dah pack sebab lagi murah , haha tapi kalau nak rasa pengalaman petik buah sendiri ok je , lebih-lebih lagi bawak anak-anak , mungkin diorang teruja nak petik sendiri kan .. 500gram untuk Rm25 hinggit , terlebih gram bayar pun kene lebih la .. then kat sini pun ada pokok-pokok sayur lain spt salad , memang gebus gebas la salad kat sini .. segar bugar gitu , tak banyak ambil gambar kat sini sebab rasa dah penat huhuhu 



 masa kami pergi haritu , buah strawberry tak berapa banyak sangat yang dah masak , mungkin time tak kena , dan kecik-kecik je buahnya .. 


 begini rupanya pokok strawberry , selama ni tak pernah tahu pun pokok strawberry ni macamana .. 
tengok salad-salad yang di tanam kat sini rasa macam nak makan terus je , yaAllah segarnya .. dahla gue peminat salad .. geram je nengok haaa

Dah penat berjalan kami lepak makan dan minum kat cafe-cafe yang ada kat sini , bagusla ada cafe-cafe macamni , sangat dahaga dan lapar .. kalau penat boleh lah lepak lama sikit kat sini .. makanan pun sedap-sedap dan memang berasaskan strawberry la .. dan banyak jugak kedai-kedai cenderahati macam keychain , baju dll lagi ~ 

aku makan ni je , hehe sedap sangat ! banyak makanan best-best kat sini , terliur rasa macam nak makan smeua je , deco pun cantik haha meleleh ~ 



 Dah puas melepak kat dua tempat ni kami balik ke Hotel jap untuk rehat dan mandi-mandi .. memang masa kat hotel tu takde sangat pun , berjalan sepuas-puasnya .. tapi time nak balik dari Big Red Farm Strawberry ni , jalan agak berliku jugak .. tak tahu la kalau ada jalan lain kan , tapi agak mencabar la laluan balik hehe so kami balik mandi-mandi rehat semua , kami decide pergi ke Muzium Time Tunnel.


  • MUZIUM TIME TUNNEL - 9am-6pm

Aku suka lepak dalam muzium ni sebab banyak sangat barangan antik yang sangat-sangat mengimbau kenangan masa zaman kecik , kalau korang lahir dalam 70-90 an mesti korang akan jumpa barang-barang yang suatu waktu dahulu peranh glemer , lama jugak kitorang lepak di sini , sambil-sambil tengok barang antik sambil dok imbau kenangan masa kecik-kecik haha tapi ada jugak barangan antik yang tak sempat aku lalui , suami pernah la sebab dia lagi tua dari aku .. kuwang2~ kalau minat barang2 antik boleh la datang ke sini .. 
btw muzium ni milik seorang penduduk di Cameron dan dia suka mengumpul koleksi lama2 , thats why dia bina satu muzium ni haa ~ dan muzium ni terletak di Brinchang area tepi-tepi jalan je .

 tempat ni memang kecik dan suram tapi padat dengan segala barangan tok nenek kita dulu 


 teringat kalendar yang nombor tu , dulu selalu lupa koyak last2 tak tahu tarikh apa dah haha .. 

segala jenis tin--tin milo yang lama pun ada .. terbaik la muzium ni .. oh ye tiket masuk hanya Rm5 sahaja .. boleh lepak lama2 dalam tu dan takde orang yang mengawasi pun , so takdelah ras agerak geri kita di perhati kan .. rimas okey , dah puas melepak kat sini , kami terus shoot ke KEA'S FARM

  • KEA FARM BRINCHANG / ROSE CENTER
Sebenarnya lupa nak amek gambar kat sini , kea farm ni korang boleh beli macam-macam cenderahati , buah mahupun sayur-sayuran .. kami beli strawberry je kat sini dengan buah limau , manis gila limau tu tak rugi beli .. dan di hujung Kea Farm ni terdapat Rose Center , cantik jugak kat sini , dan banyak kedai-kedai yang menarik perhatian ..





maaf la kalau gambar besar gedabak , template ni memang buatkan gambar jadi besar hahadoi , papepun tunggu part 2 plak ,panjang2 diri sendiri pun mnyampah tengok haha ..

PART 2


Assalamualaikum , 

Yeyyy alhamdulillah baby ayyan dah dua bulan lebih dah ~ yahooooo yabeedaa beduu anak umi dah dewasa , eh belum lagi umi tak puas lagi nak tengok kecomelan ayyan zaman kecik-kecik ni haaa , alkisah hari tu pergi klinik untuk checkup 2 bulan , so far baby ayyan ni sado orangnya hingga tangisan dia tu boleh dengar satu dunia bila kena inject , haaa memang nampak sado kat situ haha , graf berat badan dia pun makin naik bulan makin naik , setakat 2 bulan ni berat ayyan dah 5.3 kg , 19 april nanti checkup untuk 3 bulan plak .. agak-agak naik tak berat anak umi ni , sebab kadang-kadang angkat dia macam berat , tapi kadang-kadang macam ringan plak , adakah ini di namakan sindrom mak-mak ? haha pape je lah cuma harap sihat-sihat je sokmo

Baby ayyan ni umi tengok pagi-pagi bangun tido je mesti mood dia sangat lah hepy sampaikan menghappykan umi sekali , haha then sekarang ni memang suka la duk membebel sorang-sorang , bebel tu takpela lagi kan , ada satu jenis pulak suka berdiri n melangkah , adohaaaaa awak ingat awak dah kukuh sangat ke nak berjalan tu , kang umi lepas ada yang tertonggeng haha ..setakat dua bulan ni so far takde la perangai ayyan yang mencabar kesabaran umi , bangun tido pun mood hepy macam dapa kawen dengan nealofa gitu ,  dan pagi-pagi mesti ajak umi bersenam , tengokla gambar kat bawah ni haaa macam-macam aksi ade .. hehehe tapi suka je umi tengok , layan je laa haa sambil snap-snap-snap penuh memory ifon 5s umi , perlu ke nak mention iphone 5s tuh , sukahati haku  ~ 


aksi-aksi baby ayyan pagi tadi ~ kemain ,dah la warna baju sama ngan cadar pinky2 ~ macam buat baju dengan kain lebih cadar pulak haha sedey ~ 


pagi-pagi lepas bangun tido je , bagi umi senyuman .. tq syg ~ love u so much , umi pun bagi senyuman jugak tadi tapi tak tahu la ayyan suka tak sebab macam takde respon je haha .. sabo je la kan ~ 

hati berbicara :


betullah kan orang kata , bila ada masalah , bila rasa stress atau penat pandang je muka anak kita , pandang waktu dia tido , pandang waktu dia senyuma , pandang se pandang pandangnya lah haa automatik rasa sejuk hati , senyum sendiri .. sebab anak syurga ni takde masalahlagi dalam hidup dia , so bila kita pandang kita pun rasa sejuk dengan keletah dia .. hehe btw umi rindu dedi , eh baby ayyan rindu sangat kat dedi ni haa ~ lagi dua hari ye nanti kite jalan-jalan sampai lebam , seperti sebuah keluarga yang sempurna :)





Assalamualaikum ..

Entry personal sikit malam ni , lama tak bermain dengan kata-kata di blog , hehe siapa kenal qaseh dari awal dulu mesti tahu entry-entry jiwang masa zaman muda haha , rindu nya rasa .. perasaan rindu ni kadang tak perlu pun di undang , kadang-kadang ia datang sendiri , tapi bila rindu tu datang ia terbawak sekali dengan emosi , sama ada emosi sedih , gembira , lucu .. dan kadang-kadang semua rasa bercampur .. dan malam ni aku merindui sesuatu yang yang telah lama pergi dan makin menghilang .. tapi entahla apa yang di rindui pun tak pasti .. pelik bukan ? mungkin korang pernah merasainya .. dan juga terpendam jauh di hati ..

Kadang bila kita makin dewasa , makin berubah persekitaran dan keadaan dan di saat itu kita sedang rasa terluka atau sedih , teringat kawan-kawan yang selalu ada di suatu ketika dahulu , kawan yang gila-gila hingga di suatu waktu kita tengah bersedih , terluah pada kawan tapi kawan - kawan yang penuh kegilaan ini terus menghilangkan perasaan sedih , yang tengah menangis mungkin terus ketawa dengan kegilaan yang di reka sekadar untuk menghapuskan kesedihan di hati kawan .. rindunya saat itu ..

Tapi sekarang bila dah makin dewasa dan membesar dengan keadaan yang berubah 100 persen , ada benda tak mampu untuk meluahkan , mungkin juga takut untuk meluahkan segala kesedihan mahupun kelukaan yang sedang merasuk hati , mungkin juga tak reti untuk meluahkan atau takut mengganggu kehidupan orang dengan mendengar cerita yang entah apa-apa haha .. dan akhirnya kedukaan mahupun luahan itu terus terperosok dalam hati yang paling dalam .. manusia berubah begitu juga keadaan ,, tapi mungkin juga di sebabkan jarak yang makin menjauh .. mungkin bila duduk bersama erat yang dulu ada akan bercantum kembali .. ntahla ..

Hurmm ada benda kita tak boleh nak jangka kan , kadang-kadang kita rasa orang tu gembira dengan kita tapi sebenarnya hanya untuk menjaga hati , lebih sedih sebenarnya dia lebih gembira dengan orang lain .. di sebaliknya kita rasa orang tu tak sukakan kita tapi di setiap doa - doa dia selalu tertitip nama kita .. hati manusia siapa je dapat meneka ? hati sendiri pun kadang tewas dengan ilusi sendiri , hilang lalu mati .. hehehe , ntah apa aku merepek .. cuma satu , aku  tengah merasa rindu , rindu dengan segala2nya .. berapa banyak ceritera dalam hidup aku yang dah aku lalui .. yang aku dah mengenali .. semua nya aku rindu walaupun terpalit dengan kesedihan kerana semua itu mengajar aku dan memberi banyak pengajaran dalam hidup :)

hati berbicara :
harap di saat aku pergi jauh dan tetiba mensepikan diri , masih ada yang merindui bersama titipan doa yang baik2 .. ~ baby ayyan sedar pulak , umi baru nak acah2 rindu haha ..





Assalamualaikum , hai korang buat apa tu , entry kali ni qaseh tuju khas buat ibu-ibu yang ada masalah macam qaseh ni haa , memang masalah ni sangat la penting demi hidup dan mati , amboii gitu over sangat kan haha tapi alhamdulillah masalah dah setel sekarang dan qaseh happy sangat.

Sebenarnya masalah menyusu je , tapi "JE'' tu sangat la merunsingkan bagi seorang qaseh yang baru 2 bulan menjadi ibu ni , lepas bersalin hari tu memang qaseh takde susu ibu , tapi ramai kawan-kawan cakap takpe nanti akan ada .. so far alhamdulillah lepas tu memang ada tapi sejak akhir-akhir ni tambah-tambah baby ayyan kuat menyusu , dan makin membesar .. baby boy orang kata memang kuat menyusu kan , haaa sebab kuat menyusu la tetiba susu dah makin kurang , bagi je nangis sebab dah memang cepat kering , memang menangis la budak comel tu , so terpaksa la bagi susu tepung .. tapi agak sedih la kan kalau boleh nak sangat menyusukan baby Ayyan sampai umur 2 tahun .. dah macam2 jugak la try , dan selalu je cakap kat suami , stress dan rasa down giler hurmm.



Tapi satu hari tu qaseh ada tengok iklan Mamom Milkbooster Herbaworks , macam kena je dengan masalah yg tgh di hadapi ni haaa , sebab tak prnah lagi try mana2 produk milkbooster , harga pun takdela mahal sangat , kalau kira keluar bajet dalam RM2.60 je sehari , 1 botol hanya Rm80 , kira ok la kalau susu tepung tak smpai sebulan dah habis satu tin , bankrup jugak rasanya huhu , lepas tu tengok testimoni-testimoni orang lain memang semua nya feedback positif , apa salah kan kalau qaseh cuba demi baby ayyan .. sampai kan ada seorang ibu ni kena beli peti ais baru ok sebab nak simpan stok susu yang makin banyak .. terbaik la ~ 


  

 


Satu benda yang memang qaseh tertarik dengan produk Mamom Milkbooster Herbaworks ni sebab produk ni bukan jenis bancuh , ianya ialah chewable tablet jadi qaseh tak perlu lah susah payah nk bancuh bagai , nak bancuh susu formula pun malas ini kan pulak bancuh susu untuk diri sendiri haha , so kunyah je 2 biji sekali , dan rasanya memang sedap perisa vanilla gitu , macam addicted pulak .. tapi tahan je la karang tak smpai sebulan habis sebotol haha .. 



Isi kandungan pun tak meragukan , mungkin ada yang was-was kan tentang bahan kandungan sesuatu produk  tapi jangan risau ia di buat dari ekstrak herba seperti alfafa , habbatussauda , kurma , madu , spirulina , kacang soya dan susu kambing , dan yang paling meyakinkan blogger irene nadia pun dah cuba produk Mamom Milkbooster ni dan feedback pun memang memberansangkan ..



Feedback Qaseh 


Alhamdulillah qaseh pun dah cuba sendiri selepas seminggu , memang berkesan .. biasa dalam sehari mesti qaseh topup dengan susu tepung sebotol sebab baby ayyan menangis , lepas seminggu consume Mamom Milkbooster ni dengan konsisten alhamdulillah seriously qaseh dah tak bagi baby ayyan susu tepung , terus meseg suami bagitau dia ada perubahan positif , alhamdulillah gembira sangat , memang dapat teruskan misi menyusu baby ayyan hingga 2 tahun la gini .. baby ayyan pun tido lena je setiap malam , takdela merengek-rengek lapar dan so far nampak la susu lebih pekat , kalau sebelum ni macam cair je .. hehe tq Mamom Milkbooster sebab dapat menyelesaikan masalah qaseh yang baru menjadi ibu ni haaa .. sangat recommended la kat ibu2 yang ada masalah sama macam qaseh .. tak rugi cuba bukan untuk orang lain jugak tapi untuk anak sendiri kan ~ lagi pun senang sangat nak consume hanya kunyah-kunyah dan telan .. ramai yang dah consume dan repeat order , inshaaAllah takde masalah kurang susu lagi k ..

Oh ye , Mamom Milkbooster ada sijil pengesahan halal dari Jakim , so ibu-ibu di luar sana tak perlu risau .. halal seratus peratus dan telah di eksport ke luar negara .






INFO :
kalau ibu-ibu di luar sana yang nak tengok sendiri testimoni-testimoni positif , boleh follow instagram 

@mamom_tambahsusuibu
@mamom_tambahsusuibu
@mamom_tambahsusuibu 

atau boleh LIKE fanpage Mamom Milkbooster di 

Fb : Mamom Milkbooster Herbaworks 

ataupun boleh je order direct terus  
Whatsapp 019 372 1966 / 019 371 6993


#mamom #mamommilkbooster #milkbooster 


Qaseh dah cuba , dah setel pun masalah .. ibu2 di luar sana yang ada masalah sama boleh la cuba k , tak cuba tak tahu ~ 
Assalamualaikum ~ 


Hai semua , cuba tengok gambar kat atas tu , bukan qaseh tau haaa ini lah pengasas produk best ni Puan Ella Danial .. Cantik sgt ! so qaseh nak memperkenalkan kepada korang satu produk skincare dari IBEAUTY iaitu ISKIN SKINCARE , penah dengar tak ? kalau tak pernah dengar tentang produk ni meh baca sampai habis apa yang bestnya tentang produk ISKIN SKINCARE ni .. jom baca !


Untuk korang-korang yang nak kan kulit yang cantik tu, tapi sebenarnya bukan korang je nak kulit cantik , qaseh pun nak ok , lebih-lebih lagi baru lepas pantang ni memang kusam sangat muka dah macam mak lampir , nasib baik PJJ lagi dengan suami kalau tak hari2 ngadap muka mak lampir , dan memang tercari-cari produk beauty ni , btw set ISKIN SKINCARE ni di formulasikan dari gabungan bahan-bahan semulajadi dari gabungan formulasi bersama minyak zaitun , minyak argan , ekstrak betik dan di perkaya dengan Vitamin B% , C dan E utk melembutkan , menghaluskan kulit supaya lebih nampak muda , cerah cantik dan sihat..

Dalam set ISKIN SKINCARE ni terdapat pencuci muka , krim siang dan juga krim malam , dan apa kelebihan semua ni ? banyak sangat kelebihan ISKIN ni dan mungkin masalah2 semua ni memang kena dengan korang tapi dapat di atasi dengan ISKIN ..

ISKIN PENCUCI MUKA (Ekstrak Betik) - selalu je kalau pencuci muka memang utk mencuci dari sgala kotoran dan juga kosmetik kan , tapi ISKIN pencuci muka ni juga membersihkan sel-sel kulit mati utk menangani kedutan , jerawat dan jugak jeragat haa selain itu untuk melembabkan kulit tanpa menutup liang pori , korang boleh guna setiap pagi dan juga malam 

• mengandungi vitamin C yg membantu merwat kulitbermadalah sprt jerawat & masalah kedutan
• memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah
• menegang serta melembapkan kulit
• melicinkan kulit wajah
• mengurangkan pengeluaran minyak atau sebum dalam kulit
• membantu membersih dan memutihkan kulit
ISKIN KRIM SIANG SPF 50 - 4 dalam 1 , krim siang ni mampu melembab , meremaja , menghalus dan melindungi kulit dari sinaran UV untuk lebih sihat dan berseri .. gunakan krim siang ni selepas ISKIN pencuci muka dan sebelum mengenakan sebarang mekap 

• menganjalkan kulit, memgurangkan kedutan & garis halus
• membantu mengurangkan keradangan & inflamasi kulit
• memperbaiki sel yang rosak akibat sinaran UV matahari
• membekalkan nutrien lengkap untuk kulit
• menjaga kelembapan kulit dan tampak sekata dengan tonakulit semulajadi anda
• membantu menyaman dan menenangkan kulit wajah yang sensitif
• memberi kelembapan kulit agar kelihatan segar dan halus
• bertindak triple action whitening
• mengurangkan penampakan garis halus atau pori-pori padawajah.

ISKIN KRIM MALAM (Ekstrak Mutiara) - membantu mencerahkan kulit kusam dan tona kulit yang tidak sekata , gunakan setiap malam selepas membersihkan wajah 

• membantu memudarkan parut dan jeragat pada kulit yang bertindak pada waktu malam
• melembapkan eajah serta membekalkan nutrien yang diperlukan oleh wajah ketika tidur
• mengurangkan garis halus pada wajah
• menjadikan kulit wajah awet muda tanpa cela
• memati dan mengecutkan jerawat
• mengawal penghasilan melamin agar kulit sentiasa cerahdan sihat
• elemen mikro dalam mutiara serat dengan asid amino dankalcium mampu merawat dan mencegah kulit daripada penuaan

antara testimoni pengguna ISKIN SKINCARE ni haaa , teruja tak .. untuk info yang lebih lanjut 

INFO
website : www.ibeauty4u.com.my
instagram : hqibeautymalaysia
facebook : Ibeauty Malaysia
Hotline : 016-4120900 / 03-55243100

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates