• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum , alhamdulillah 6 hb 7 , qaseh berkesempatan menjoinkan diri mengikuti program oleh Projek Iqra iaitu SHOPPINGRAYA , kiranya pengalaman qaseh yang pertama , serendah-rendah diri qaseh nak mintak maaf sebab dah lama tak join kelas rakyat ATTAQWA sebab hari minggu qaseh kerja , minggu ni je dapat free , so rebut peluang keemasan ni mengikuti #shoppingraya2014 oleh #projekiqra dan bertugas sebagai mediasosial  , time kaseh sgt dengan chekmie , oh ye kalau korang nak tahu apa itu Projek Iqra boleh baca kat sini TENTANG PROJEK IQRA dan juga KELAS RAKYAT ATTAQWA

#kelabbloggerbenashaari petugas mediasosial 

Program shopping raya team Projek Iqra dan Sukarelawan 2014 bermula pada 5 Julai , dan rumah anak yatim yang terlibat ialah rumah Khairiyah , Klang dan juga rumah Gemilang, Sik Kedah , dan hari kedua 6 Julai di rumah anak yatim Attaqwa , Puchong + asnaf dan keluarga miskin area puchong , alhamdulillah bersama sukarelawan2 yang lain , semoga usaha korang semua di berkati Allah , besar pengorbanan korang , qaseh tabik spring pada team Projek Iqra, ustazah dan ustaz , ummi dan semua yg trlibat yang sedaya upaya menggembirakan anak2 yatim yg sgt bertuah ni .. alhamdulillah 

 untuk para sukarelawan , mendengar taklimat dulu sebelum program shoppingraya bermula 

 ummi yang bertungkus lumus dalam menjaga hal ehwal anak2 di Attaqwa 
 sebelum program shoppingraya bermula ,setiap anak-anak akan di pakaikan tag ni , tag ni akan di tulis dengan nama sukarelawan dan nama anak2 comel trsebut 
anak comel ni nama nya Nur Habah , haha ada bibit2 kelakar tadi , bila dia tengok tag dia kat tangan , lepas tu dia ckp ''nama kita habah bukan ain , muka cuak je ,dah nak g tukar tag dah , then cakap kat dia , ain ni nama akak sukarelawan yg jaga habah nnt , nama habah ada kat belakang tag tu , pastu kemain senyummm comel balik .. hilang dah muka cuak td yee , hihihi 

anak2 ni memang mudah mesra dengan orang , kena pandai bercakap dengan diorang , pandai gaya ... lagi2 bila nampak henfon haa kemain semua duduk atas riba ye hihi 



try cari mana qaseh , haha dah bertukau dengan depa , di ribaan tu adik Nik Nur Alya , masa ni dia tengah amik video dia sendiri , ''hai nama saya alya , cita2 saya nak jadi pembuat kek '' nnt boleh lah kak qaseh rasa kek alya nnt , ameen semoga trcapai cita2mu dik alya .. asal dari kelantan :)

opss mawardi yunus dah ada anak gitu , adi dah ssuai sgt tu haha

bakal-bakal imam , bakal ketua keluarga dan pemimpin , semoga jadi anak2 yg soleh ..

mawardi yunus salah seorang abg mereka yang sgt rapat , ada sampai menangis2 , merajuk nak bermanja dengan abg adi ni , dia memang pandai layan karenah budak .. thumbs up adi ! 
anak2 kat sini teridiri dari golongan perempuan , linkungan 6 tahun - 17 tahun , seramai 45++ orang , lelaki pulak berumur dari 7 tahun- 16 tahun seramai 35++ ..

TEAM PROJEK IQRA 

mereka la orang2 kuat Projek Iqra , kagum sangat dengan mereka , yaAllah alhamdulillah masih ada lagi orang yg sanggup habiskan masa , tenaga dan duit untuk anak2 yatim yang sgt memerlukan bantuan , kak pah tak hadir tadi ada urusan di tempat lain 
Maman Solleh, Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad


 Ustazah Norhayati yang menjaga anak2 yatim di rumah Attaqwa 
 sukarelawan yang turun padang berkongsi tenaga untuk anak2 comel ini

 taklimat sebelum pembahagian anak2 bersama dengan kakak dan abg2 sukarelawan
''alamak nak shopping apa la ni '' hehe
Shopping raya 2014 untuk anak-anak di rumah Attaqwa bertempat di MYDIN USJ , terima kasih buat pihak mydin yg sudi beri kerjasama , setiap anak di beri rm150 , untuk mereka memilih apa yang mereka mahukan

Kempen TAJA SHOPPING RAYA 2014 Setakat 04/07/2014 :-

BERBAKI lagi 147 lagi anak anak yatim, miskin dan asnaf perlu DITAJA 

* 403 anak anak ini sudah ditaja, 

* jumlah keseluruhan yang mengikuti program ini adalah 550 orang 
Bantu kami untuk mengembirakan mereka  dgn melaksanakan program ini seawal Ramadhan.

Taja 1 pelajar : RM 195 sahaja 
Utk salurkan tajaan anda, sila lakukan transaksi di sini .

Akaun : Maybank 
No.akaun : 564810504003
Nama : Persatuan Kebajikan Projek IQRA' SeMalaysia
emailkan : info@projekiqra.com
Letakan nota : Shopping Raya 2014
Utk maklumat lanjut, 
Hubungi :-
1) solleh : 017 670 2033
2) sharifah : 017 274 8904
3) suhaimi : 019 217 5597

















adik shawn , dia taknak dengan orang lain , dia nak dengan abg dia ni sorg je , hihihi 











saya seorg pemalu >.<


''akak ni selalu amek gambar saya , malu la saya haha''




banyak lagi gambar dekat fb , alhamdulillah semua berakhir dengan lancar , sebenarnya sangat best bila turut serta dalam program sebegini , memang best . dan buatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang di beri , sedangkan di luar sana ramai sangat yang memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup masing-masing .. perasaan sebak tu xyah kata la , memang ada , sebab tu qaseh tak bertanya isu2 sensitif kat anak2 di sini , qaseh takut , qaseh yang tak tahan menahan kesdihan .. yaAllah berkati lah usaha team projek iqra , semoga anak2 di sini sentiasa hidup dalam kegembiraan , berjaya dunia dan juga akhirat .. take care adik2 :)

#teamiqra yg lain #sukarelawan #kelabbloggerbenashaari




dua orang ni pun shopping jugak , haha qaseh pun ada tershopping sikit :p


last but not least , comel !!!












Assalamualaikum , salam ramadhan buat semua . Sempena bulan mulia ni qaseh nak buat hebahan tentang Program Jalinan Ramadhan ,


Maklumat Program :

Program Jalinan Ramadhan ini di bawah Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor , di bawah pendaftaran yang brnombor  PPM-014-10-13012014

Tarikh dan Tempat :
20 Julai 2014 / 22 ramadhan 1435H 
Sekitar Kuala Langat Selangor 

Matlamat :
Mengedarkan pek barangan dapur kepada yang memerlukan di bulan mulia ini

Objektif :
Membantu meringankan beban keluarga serta mewujudkan masyarakat prihatin dan memperkukuhkan jalinan ikatan silaturrahim sesama kita.

Golongan sasaran :
300 keluarga Mualaf (orang asli),Asnaf , Fakir miskin dan ibu-ibu Tunggal yang mempunyai anak yatim.

Kos Program -
Sasaran untuk menyediakan 300 pek barangan dapur seperti beras,minyak masak,gula,tepung gandum,kurma dan lain-lain.
Nilai 1 pek RM200

Jumlah Dana yang diperlukan - 
Dana yang diperlukan adalah RM60,000 (300 X RM200)

Sasaran Sumbangan - 
RM200 seorang - terpulang pada keikhlasan anda.

Cara Sumbangan -
Boleh disalurkan melalui 

Cimb Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor
* 86 0193243 8

Maybank Saiful Anuar Amri (Akuan khas Admin Program JR)
* 1641 8240 4340

Penting - Apabila sumbangan telah di bank-in

Sila emailkan nama anda,nama bank,Tarikh dan masa bank-in,jumlah sumbangan ke kelabnurinsaniah@gmail.com
contoh : Ahmad,cimb,15/5/2014 11.00 am,RM200
Untuk sms/whatsapp sila hantar ke no ini 018-2711362

Info lanjut di 
FB - https://www.facebook.com/kelabnurinsaniah
blog - http://www.nurinsaniah.com

Pegawai Bertugas-

Mohd Hasrul 0111-6269252, Zamri 019-2745034, Jamian 012-2676091

Segala sumbangan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘Berkongsi Membawa Berkat’

Yang benar, 
Mohd Hasrul Bin Abdul Hamid
Pengarah Program Jalinan Ramadan
Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor(PPM-014-10-13012014)
Unit 3-4-2,Blok 3,Diamond Square Commercial Center,
Jalan 3/50,Tmn P Ramlee,
53000 Gombak Kuala Lumpur
Tel : 03-4023 3830 Fax : 03-4023 3841
Email :kelabnurinsaniah@gmail.com
Website: http://www.nurinsaniah.com/
Like Fan page : https://www.facebook.com/kelabnurinsaniah

mintak tolong war2kan di facebook , instagram dan juga twitter 

Assalamualaikum , ramadhan ke 4 plan punya plan , akhirnya tercipta la planning yang main hentam je , beriftar dengan geng KBBA , stand for Kelab Blogger Ben Ashaari , tapi tak semua yang datang , sebab masing-masing ada hal , so teruskan dengan yang mana ada je , tadi kitorang berlima sahaja , kak sue , najeeb , mawardiyunus , yanty , dan razi .. kami memilih THE MANHATTAN FISH untuk lokasi iftar kali ni , apa juadah kitorang ye .. meh tengok , kat sini makanan dia best2 dan sedap jugak .. ada ikan , semestinya , seafood - lobster , kupang , udang dll , ada ayam juga dan banyak lagi .. tq kaksue tolong book by call je .. senang dan pantas gitu ..

ajeeb pinjam gambar naaa .. 


kaksue , qaseh , ty kongsi platter FRIED GIANT PLATTER - RM55.90


adi punya  SCALLOP FISH CHICKEN - RM29.90


pilihan ajeeb pulak SPICY SEAFOOD OLIO - RM21.90

Razi punya , aku tak tahu nama apa huwahuwa ..slurpppp lapar lah pulak haha


salam ramadhan ke 5 korang semua , jangan terliur pulak ye , ni salah satu cara nak uji nafsu haha , papepun sekali sekala boleh lah makan kat sini , hari2 memang bankrup guwe , tapi kat sini memang best masakan dia , ala2 western la ... adios bye ~

untuk segala menu boleh layari web http://www.manhattanfishmarket.com/malaysia.html




Assalamualaikum, dah masuk hari ke 4 berpuasa , 3 ramadhan qaseh iftar di luar , dengan hencik kyleril ,kaksue dan abg eddy .. kemana kah iftar kami kali ni ? area Putrajaya je , kalau teringin nak makan masakan Arab , boleh try di MR. KABAB & BIRYANI kat presint 15 atau femes dengan nama Presint Diplomatik , tempat best untuk berbuka puasa .



juadah berbuka puasa kami 4 orang , ada nasi arab , nasi biryani , pizza lamb  , fries , kari daging , satu lagi lupa plak nama dia ..

juadah berbuka kaksue 

 
sambal tomato

qaseh punya pilihan , Tortilla Lamb Kabab , kat dalam ada lamb ! sedapppp, dah nama pun lamb mesti la ada lamb haha 

ini memang jadi kegilaan PIZZA LAMB , atau dlm bahasa melayu nya PIZZA KAMBING datang sini kena try pizza ni , tebal dan berbaloi 

  • haaaa tunggu apa lagi , boleh book table sekarang ,ni alamat untuk ke sana dan no fon untuk segala urusan , selamat beriftar ! 
  • alamat :
  • 44 jalan diplomatik 3/1 62050 presint 15
  • 62050 Kuala Lumpur, Malaysia

no fon :
019-290 1210






Assalamualaikum ,
alhamdulillah akhirnya kawan baik qaseh dah menjejakkan kaki ke alam rumahtangga , sejak 2001 kami kawan , macam2 kenangan bersama , tetiba rasa sedih pulak haha , lepas ni lagi jarang la kan kita jumpa ,tapi xpe , im happy for you ! tahniah midah , org syg midah smpai bila-bila , sayangg ty jugak.. semoga midah bahagia hingga ke syurga dengan amin , dapat anak comei2 . hehe , dah 13 tahun kan kita kawan , akhirnya antara kita 3 orang midah kawen dulu , dah kata kan mesti midah first haha , papepun tahniah sekali lagi yunk .. gembira sgt tengok saing2 bahagio .. love u ..

majlis bertempat di Felda Kerteh Terengganu , qaseh tido sana tolong2 buat persiapan , tq so much buat hencik kyleril yang sudi jd driver , sian dia penat .. alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar , Allah permudahkan segala urusan , comei sgt midah masa ni , macam wawa zainal gitu ..kembang lubang idung kekgi org puji dia ..

pelamin DIY oleh kakak dia , memang terbaik la dah save bujet kat situ hihi


buat amin , jaga my sayang ni elok2 tahuu haha , jadi suami yang penuh dengan rasa tanggungjawab dan kasih sayang , semoga di rahmati Allah dunia akhirat :) , bibit prcintaan depa ni masa form 6 tak silap haha kelakar , panjang citenye biar ia jd simpanan mereka .. suwit gitu 





muka mak ayah gembira tengok anak2 mereka bahagia .. 



hati berbicara :
akhir kata tahniah buat ke sejuta kali haha , jaga diri , jadi isteri yang baik , jangan degil2 tolol2 ngat dah la , awak tu dah jd bini org haha papepun harap dop lupe kawan dua orang ni , sobssss , will miss u midah , ase mcm dop caye pulok midah kawen doh , tapi kene caye gop .. muahhh lebiyuu !






Assalamualaikum ,

Tinggal beberapa hari je lagi nak masuk bulan ramadhan , bersempena dengan Ramadhan AlMubarak yg bakal menjelang  Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) memperkenalkan promosi berbuka puasa yang bertemakan 'Hidangan Tradisi Warisan Budaya' , qaseh sempat menjoinkan diri tadi , terima kasih atas jemputan .. kalau nak tahu buat julung kali nya PICC memperkenalkan pakej berbuka puasa dengan 200 hidangan juadah tradisi  dan warisan melayu sebagai tarikan .. meh tengok apa yang menariknya buffet ramadhan kali ni ..


Buffet Ramadhan PICC Putrajaya 
                               Tarikh       : 30 Jun - 25 Julai 2014
                         Harga  : Dewasa RM80
                                                                               : Kanak- kanak RM40 (5 tahun ke atas )

Minggu pengenalan 10% diskaun 
Tarikh        : 30 Jun - 6 Julai 2014
Harga : Dewasa RM72 
                                              :Kanak-kanak RM36 (5 tahun keatas)
(hidangan moreh dari jam 10 malam hingga 12.30 pagi pada harga RM15.00 seorang)

Bila bercakap tentang buffet mestilah nak tahu hidangan nya kan ?Hidangan utama di sini Gulai Tanjung , Briyani PICC , Kambing Panggang , Ayam Panggang Pedas Pucuk Paku , Rendang Paru , Sambal Goreng Jawa , dan banyak lagi , semestinya berkonsepkan warisan melayu , bulan puasa mesti rindu masakan-masakan tradisi kan , tambah-tambah bila berada di tengah bandar , qaseh memang suka konsep ala-ala tradisional ni , orang kata boleh melepas rindu masakan mak .. haaaa gitu .. kat sini hidangan juga mengikut tema spt 'pembuka selera', 'sup masyuk berangkat', 'gerai utama PICC' , 'mangkuk panas', 'kawah berapi' ,'sejuk badan', 'kebun buah pak rosmie' dan 'Dahaga'

moh tengok antara hidangan yang sempat qaseh tangkap , selebihnya masuk terus dalam perut , suka ratah kerabu-kerabu yang ada kat sini , memang sumpah sedap sgt ! 





kalau pergi mana-mana qaseh paling suka tengok dessert , dekorasi dan kesedapan tu takyah cakap la,mmg sedap dan menarik





kalau masuk bulan ramadhan tak sah la kalau xde bubur lambuk kan ? feveret qaseh tu .. bubur-bubur lain pun ada ,antaranya bubur lambuk PICC , bubur pulut hitam ,bubur kacang hijau durian , pengat labu , pengat pisang , bubur cha cha , dan bubur gandum .







selain itu juga ,hidangan pasta pun ada di Buffet Ramdhan PICC , spt spaghetti , Fettucine , Penne , Linguine ,Aglio Olio beserta sos bolognese dan carbonara , selain tu aneka sup pun ada terutama sup ekor tongkat ali haaa gitu ..
 sepanjang promosi ini , Rosma AF juga ada untukmenghiburkan para pengunjung dengan alunan muzik yg sesuai dengan bulan ramadhan 
barisan chef yang bertungkus lumus dalam penyediaan hidangan yang memang superb , chef - chef semua pun peramah lagi .. 

@kelabbloggerbenashaari bersama chef profesional 

Kelainan lain yang terdapat di Buffet Ramadhan PICC , untung-untung korang akan bawak balik hadiah lumayan , kerana di adakan 'Cabutan Bertuah' dengan hadiah utama RM3000 , di samping hadiah sampingan lain bernilai lebih RM10000 , antaranya TV LED 40 inci , Samsung Note 3 dan banyak lagi , penyertaan terbuka kepada semua dan keputusan akan di umumkan pada minggu pertama bulan syawal . Juga ada pakej brbuka puasa korporat bg syarikat2 yg berminat .

Selain dari itu , korang jangan risau , bila dah kenyang mungkin jarak antara rumah tu jauh dan terkejar2 masa untuk ke terawih , pihak pengurusan PICC menyediakan solat terawih berjemaah bermula dari hari pertama lagi ..

UNTUK TEMPAHAN 

Talian : 03-88876162
Laman web : www.picc.com.my
Facebook page : www.facebook.com/piccmalaysia
Maklumat utk pakej korporat PICC : 
hubungi Cik Kumari Nahu di talian 0388876000 @ email kumari.nahu@picc.com.my

Putrajaya International Convention Centre Sdn . Bhd 
Dataran Gemilang , Presint 5 
62000 Putrajaya 
tel : 03 8887 6000
Faks : 03 8887 6499


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates