• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum 
sekejapnya masa berlalu dah penghujung tahun 2013 , tetiba rasa macam nak menangis , terlalu cepat hingga aku pun tak sedar putaran hidup aku sendiri 


selamat tidur sahabat , harap lena-lenamu indah terbuai dengan mimpi yang penuh membahagiakan , aku still tak dapat melelapkan mata, penat tapi entahlah kadang-kadang bila badan terlalu penat tapi jiwa dan perasaan sedang berkeladak .. mata pun masih menyala mendambakan cahaya ..harap sirna senja dapat memberi semangat untuk terus merangkak dan berlari mengejar apa yang ada di depan sana .. masih lagi penat hingga kadang tersungkur sebelum melangkah ..

kusut nya fikiran , tak tahu arah mana harus di tuju , ke kanan buntu , ke kiri juga buntu , ke belakang .. banyak duri yang telah ku pijak hingga rasa mahu memadam segala-galanya .. dan sekarang aku hanya mengikut arah yang aku sendiri tak pasti , apa ada bahagia yang bakal menjengah ataupun kesakitan yang berulang kali singgah .. sebaknya , terasa ingin ku luah segala tapi dunia , semua ceritera tak boleh di bentangkan ke seisi alam , kerna rahsia itu wujud , untuk di simpan dan hati jua tempat paling selamat untuk bersembunyi .. kuatlah =)

Allah kuatkanlah segenap ruang hati , jiwa , akalku agar berpaksikan padaMu yang Satu , hanyaMU penenang di kala kusut ku , hanyaMU tempat ku menyandar segala lelah dan gembira di sepanjang perjalanan yang Kau telah ciptakan , hingga ada yang tersasar dari jalan asal .. permudahkanlah segala urusan ku dunia mahupun akhirat , kuatkanlah hatiku .. disember please be nice =)


hati berbicara :
bila kita menjauhi tempat kita sendiri , ia bagi nafas baru , walaupun tak semua masalah kita selesai , sekurang-kurangnya terasa macam dilahirkan semula dan lihat indahnya dunia tanpa masalah , lebih-lebih lagi melihat indahnya ciptaan Tuhan , dalam diam kita memuji apa yg di ciptakan dan dalam diam kita memuji pencipta kita =) 
travel , holiday , joy , happiness 
goldcoastmorib , nanti qaseh update pasal ni .. 



Assalamualaikum 

entry ni khas untuk my idol bloggers,dulu-dulu abg ben pernah wish my besday dalam entry nya so now qaseh pun nak buat entry khas gitu buat abg beng ~ 

selamat hari lahir abg beng , semoga panjang umur , di perluaskan rezeki , di rahmati Allah , di jauhi dari anasir-anasir jahat , manusia2 yang penuh dengan hasad dengki , bahagia hingga ke akhir hayat bersama keluarga yang tercinta .. wish u all the best !!tq for everything ... !!sabar je la dalam menempuhi dunia yang penuh pancaroba ni , jangan pernah brhenti berblog .. abaikan makhluk-makhluk asing yang tak pernah senang dgn hidup orang lain tuh ye , abg beng kan kuat , ketak-ketak lagi haaa .. haaaa nak nangis tak .. kikiki papepun buat yang terbaik didunia juga akhirat , insyaAllah ameen =) 

interprem jap =p 

Assalamualaikum
SUNGAI MERBOK KEDAH dijadikan destinasi pelancongan eko kerana mempunyai unsur sejarah ,kaya khazanah alam semula jadi


Haaa entry lepas dah ke jeti semeling[klik] untuk menaiki bot ke tanjung dawai , pengalaman kali ni so adventure sikit lah kiranya sebab cuaca tak menentu , kami melayari SUNGAI MERBOK dengan hujan yang lebat , phewww aku duduk je ,kadang-kadang je bangun sebab takut , dah la tak pandai berenang dan tak kawen lagi oiiiii , haha apa yang menarik di sini ye ?


Merbok sebenarnya nama seekor burung, betapa kuat nya pengaruh nama burung merbok ni , maka ada beberapa tempat spt PEKAN MERBOK dan sebuah kilang yg brnama MERBOK ,SUNGAI MERBOK ini mengalir ke muara dan bertemu dengan TANJUNG DAWAI yg prnah trlakar sejarah, kalau rajin menyingkap sejarah di sepanjang tebing sungai itu adalah tempat bersemayam SULTAN KEDAH abad ke 19 , haaa byk btul sejarah nya ya, rajin2 membaca 

sepanjang SG MERBOK ni terdapat paya-paya bakau yang tertua , dan jika berpeluang korang boleh tengok udang-udang melompat dengan girangnya sepanjang menyelusuri sungai ini , then jika menyusuri di awal pagi , boleh lihat burung-burung bangau terbang scra brkumpulan dan juga burung helang meninjau mencari ikan utk di jadikan mangsa ..tidak jauh dari situ juga ada tempat ternakan ikan , kena datang dulu then dapat melihat semua keindahan alam =)dan lagi satu aktiviti kayak juga diadakan disini ..

paya bakau yg tertua , penerangan oleh encik goki 


kami diiringi dan segala penerangan ttg SG MERBOK oleh encik goki yang hensem ni haaa


 cantik kan , suasana kat sini .. 
 hujan yang lebat menyebabkan kitorang trpaksa brpatah balik dan tak sempat ke TANJUNG DAWAI , tp pengalaman tu sangat best !

kat sini juga pelbagai spesies ada , lebih drpd 60 spesies tumbuhan dan menjadi habitat haiwan reptilia ..trmasuk ketam , udang kara dan lain-lain lagi ~ 

fakta tentang SG MERBOK
  • akan dinaiktarafkan menjadikan SG MERBOK sebagai destinasi eko pelancongan
  • pernah di gunakan pedagang dr CHINA,INDIA dan ARAB berdagang ke KEDAH
  • antara pusat pemuliharaan terpenting yang dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan


yang pasti pengalaman menyusuri SUNGAI MERBOK memang pengalaman yang sangat menarik , disebabkan hujan qaseh tak dapat nak snap-snap banyak gambar .. hope banyak lagi aktiviti-aktiviti yang boleh diadakan disini .. apapun terbaik , 
next qaseh nak cerita tentang CHALET TERAPUNG , hingga terasa terapung-apung di awangan gituu .. bye =)


Assalamualaikum
bangun pagi-pagi bukak laptop tengok tarikh dah nak dekat 29 hb , aiyok so cepat-cepat buat entry dengan muka sememeh demi  3d Puzzle , ga ni datang khas dari mexico , Marqis Careno[klik2] mmg macam mexico dah tuannya bhahaha

marqiscareno.blogspot.com/2013/11/simple-ga-klcc-3d-puzzle.html 
klik gambar untuk ke blog beliau 


syarat2nya sonang je haaa
1. Follow blog aku ni...
2. Like page facebook aku... ade kat blah kanan atas blog aku ni...
3. Follow instagram aku.. cari lan_careno dalam instagram... yg ni tak wajib pun... nak follow ke tak sukehati...
4. Buat entry tajuk : Simple GA - 3D Puzzle
5. Dalam entry tu, letakkan gambar sample puzzle yg aku bagi kat atas tu dan backlinkkan ke sini... kiranya gambar tu mcm banner rasmi utk GA ni laa... kononnya... aku malas nak creat2 banner lain...
6. Tinggalkan link entry korang kat entry ni...
  • sebab-sebab saya nak hadiah ni , sebab saya tak mampu nak beli sobss sobss sedihkan saya , harap akiff dapat merasai lah ketidakmampuan aunty qaseh yg macam nak kena lempang je ni , hihihihi .. kena rasuah akiff ni .. lalalalala so korangs korangs ape lagi meh lah join sekaki , cantik wooo 3d puzzle ni , boleh di jadikan hiasan yang super power rangers ..
tarikh tutup 29 november !  

1. Kita hanya memohon doa kepada Allah agar dikurniakan kebaikan dan kesejahteraan terhadap diri kita sahaja, tetapi kita di dalam doa, kita tidak memohon agar Allah mengurniakan kebaikan dan kesejahteraan untuk ibu-bapa kita sendiri dan juga sekelian kaum Muslimin yang lain.

2. Kita mungkin kerapkali membaca Al Quran atau menghafal sebahagian dari ayat-ayat dan surah-surahnya, tetapi tidak membacanya secara tertib (menjadi amalan) sehingga seratus ayat setiap hari.

3. Kita pergi ke masjid untuk mengerjakan solat fardhu berjemaah tanpa mengerjakan solat sunat tahiyatul-masjid. Samalah juga sekiranya kita memasuki masjid untuk membuat sesuatu urusan seperti nikah kahwin atau membayar zakat tetapi solat sunat tahiyatul masjid tidak dilakukan.

4. Kita melewati sebuah tanah perkuburan Islam, tetapi kita tidak memberikan salam kepada para penghuni kubur tersebut dan tidak mendoakan untuk kesejahteraan mereka yang berada di alam kubur.

5. Kita (bagi kaum lelaki) pergi ke suatu kawasan atau tempat dan tiba pada awal pagi hari Jumaat, tetapi tidak bersembahyang Jumaat berjemaah di situ.

6. Kita mungkin tinggal di suatu kawasan yang ada berdekatan dengan kita seorang alim ulama, tetapi kita tidak mempergunakan kelebihan itu untuk menambah ilmu pengetahuan darinya.

7. Kita mungkin berjumpa kembali dengan seorang sahabat lama, tapi kita tidak bertanyakan khabar tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Kita mungkin juga pernah mengundang seseorang untuk menjadi tetamu kita, tetapi kita tidak melayani tetamu tersebut sebaik-baiknya.

9. Kita membiarkan zaman muda kita berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu muda itu dengan menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti kita.

10. Kita mungkin tidak menyedari adanya jiran kita yang merintih lantaran dek kelaparan atau kesusahan, seddangkan kita kekenyangan di rumah.
 

Semoga kita terhindar dari melakukan perkara -perkara yang lagha atau sia-sia ini dan amalan atau ibadah kita ini diterima oleh Allah Taala.Amin.
Assalamualaikum 
qaseh xde mud sangat nak update blog , sebab tengah di uji dengan ujian kesihatan , mungkin Allah ingin membasuh dosa-dosa , alhamdulillah cuma rasa tak tertahan .. diuji sedikit pun menangis , memang hati langsung tak kuat ..kau kena belajar jadi kuat qaseh ! huh hati sering bermonolog tapi air mata tidak berhenti menitis .. 

hari ni qaseh nak berkongsi tentang sebuah nasihat , kadang-kadang menasihati orang ni sangat-sangat senang , guna lidah , guna kata-kata yang indah , kata-kata yang tak habis di mamah dunia , tapi yakinkah kita apa yang kita nasihati itu meresap masuk ke dalam hati orang yang kita nasihat ? lebih-lebih lagi kita nasihat seseorang tu dengan perasaan marah , sinis , tajam mahupun perlian .. tak semua boleh menerima nasihat dengan cara sebegitu ..

 
[gambar] 
moga Allah redha dengan apa yang kita buat 



kadang-kadang kita rasa bila kita menasihati orang , kita rasa lebih baik daripada dia , yelah kan aku nasihat kau aku lebih baik dari kau , kalau tak ~ takde makna aku yang bagi nasihat kan ?? Allahurabbi jangan sayang ~ bila kita ingin menasihati orang sebolehnya janga ada rasa diri kita ni lebih baik dari dia , nasihat akan berkesan jika pemberi nasihat tidak merasakan dirinya lebih baik dari yang dinasihati ..

sebelum kita hendak menilai seseorang , kita kena nilai diri kita sendiri dulu , dan pandanglan semua orang dengan sisi yang baik , setiap manusia ada keburukan dan kebaikan , pandang pada kebaikan dan nasihatilah jika ada keburukan .. jangan pernah rasa kita ni sebaik-baik alam , kerana ia akan mendatangkan sifat ujub dan riak .. bukankah itu lagi menjauhkan kita dari syurga .. perbaiki niat ye sayang ... =)

hati berbicara :

maaf tulisan kali ni tak sepenuhnya dari jiwa , terasa ada kekurangan ..
mungkin keadaan diri yang tidak berapa sihat ,
sharing is loving =)





Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates