• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Jom Shopping Kelengkapan Sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari | Bila akhir tahun ni mesti semua ibu-bapa akan sibuk kan, kadang-kadang sibuk bercuti, kejar deadline kerja dan bermacam hal. Disebabkan kami dah bercuti awal, so qaseh ambil peluang cuti siapkan awal-awal segala kelengkapan sekolah untuk tahun 2026, tak suka buat kerja last minute gitu

Semestinya store favourite qaseh adalah Pusat Pakaian Hari-Hari, yang bestnya dekat kawasan rumah qaseh ni baru je buka cawangan baru, Pusat Pakaian Hari-Hari Bukit Sentosa, selalunya kami akan pergi di Rawang, agak jauh la sikit. So happy bila makin dekat! 

Shopping Kelengkapan Sekolah Tanpa Rasa Penat 

Sebab utama qaseh suka shopping kat sini adalah qaseh PENAT nak masuk banyak kedai, ni tahun ke-4 qaseh shopping kelengkapan sekolah untuk Rayyan seorang sebab Rania tadika so tak perlu beli uniform sekolah lagi. Tahun ni, qaseh kena tukar semua baru sebab Rayyan cepat betul meninggi so baju seluar semua lama dah tak muat ye walaupun elok lagi tapi tak risau dengan adanya Pusat Pakaian Hari-Hari banyak boleh jimat 

Kenapa Perlu Shopping di Pusat Pakaian Hari-Hari

Bagi yang selalu shopping di sini mesti dah tahu dan seronok kan sebab boleh jimat banyak masa juga, so bagi korang yang tak pernah beli kat sini, jom qaseh  kongsikan


1. One Stop Centre | Semua di Bawah Satu Bumbung

Yes, semuanya ada di sini, dari alat tulis, uniform sekolah, seluar sukan, beg sekolah, kasut, stoking, botol air dan bekal, anak tudung, inner dan banyak lagi.Bagi yang pengawas pun tak perlu risau, ada juga uniform sekolah pelbagai warna, cukup lengkap.

Apa yang korang perlu risau adalah jangan shopping last minute risau saiz habis dan bersesak dengan ramai orang. Walaupun stok di Pusat Pakaian Hari-Hari banyak tapi haaaa jangan menyesal tau.


2. Jimat Duit, Jimat Masa dan Jimat Tenaga 

Jimat duit sebab harga barangan di Pusat Pakaian Hari-Hari sangat berpatutan lagi-lagi jika korang ramai anak so semestinya banyak yang perlu di beli, betul tak? Kalau seorang dua uniform banyak jugak kos yang perlu di keluarkan tapi kat sini boleh jimat

Jimat masa bila staff di Pusat Pakaian Hari-Hari sangat membantu, belum sempat masuk lagi staff dah sedia assist kita dari A-Z, siap boleh tahu saiz anak kita,haa sangat berpengalaman dan membantu. So, kalau pergi shopping di sini, jangan sepahkan pakaian tau, staff sedia membantu korang, bagitau je nak apa, okie!

Jimat tenaga bila semua di bawah satu bumbung, tak perlu nak berlari ke sana-sini untuk beli kelengkapan sekolah. Dah siap shopping uniform, boleh sambung shopping alat tulis, botol air, dan macam-macam lagi






3. Barangan yang berkualiti

Lately ni qaseh ada tengok viral, ramai dah mula suka dengan uniform sekolah di sini, lagi-lagi brand Jony & Jeny. Qaseh pun suka sebab kualiti dia bagus, cantik terletak, kemas dan warna biru so tak perlu susah-susah untuk beli nila. 

Untuk seluar sekolah, qaseh selalu beli brand No Problem, tahan lasak, tak berbulu dan luntur warnanya. So far, Rayyan memang dah selesa dengan pakaian yang ada di sini termasuk sekolah sukan dia, banyak pilihan dan design.






4.Pusat Pakaian Hari-Hari dah 35 Tahun dalam dunia fashion

Dalam tak sedar, Pusat Pakaian Hari-Hari dah 35 tahun dalam pasaran, dari tahun ke tahun banyak improvement, kualiti dan pelbagai pilihan yang sangat berbaloi untuk di beli dan lebih 120 outlet di seluruh Malaysia

FREE GIFT


Alhamdulillah lega dah selesai semua kelengkapan sekolah untuk tahun 2026, untuk pembelian Rm30 ke-atas dapat free gift kalendar dan juga towel, di sebabkan ramai dah memborong, free gift towel pun dah sold out gais! Sebab tu, korang kena shopping awal tau, silap-silap saiz pun habis nanti hehe. 












Belanjawan 2026 Malaysia telah dibentangkan, menandakan langkah strategik kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara berterusan. Bagi yang terlepas,ini ringkasan lengkap peruntukan, fokus rakyat, pembangunan pendidikan, kesihatan, transformasi teknologi, dan peluang ekonomi yang ditawarkan oleh Belanjawan 2026.

Belanjawan 2026 Malaysia ringkasan peruntukan dan impak rakyat

Jumlah Perbelanjaan dan Defisit

Belanjawan 2026 mencatat jumlah perbelanjaan sebanyak RM470 bilion, menjadikannya belanjawan terbesar dalam sejarah Malaysia.

  • Perbelanjaan Mengurus: RM338.2 bilion
  • Perbelanjaan Pembangunan: RM81 bilion
  • Sumber tambahan: RM30 bilion daripada GLICs, RM10 bilion pelaburan awam-swasta, dan RM10.8 bilion daripada badan berkanun persekutuan

Defisit fiskal dijangka menurun kepada 3.5%, berbanding 3.8% pada tahun sebelumnya, menunjukkan langkah kerajaan yang lebih berhemah dalam pengurusan kewangan negara.

Peruntukan ini merangkumi pembayaran gaji, projek pembangunan, bantuan rakyat, dan inisiatif transformasi ekonomi.

 
Infografik Belanjawan 2026 bantuan rakyat, pendidikan, kesihatan

 Fokus Utama Kepada Rakyat

Belanjawan ini menekankan kesejahteraan rakyat, terutamanya golongan B40 dan M40:

  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA): RM100 untuk 22 juta rakyat Malaysia
  • Bantuan Sosial: RM15 bilion untuk STR dan bantuan JKM
  • Program Jualan Payung RAHMAH: RM600 juta untuk mengurangkan kos sara hidup

Langkah ini diharapkan dapat meringankan beban harian rakyat dan meningkatkan kualiti kehidupan.

 

Pendidikan dan Latihan

Kerajaan menekankan pembangunan modal insan melalui pendidikan dan latihan:

  • Peruntukan Pendidikan: RM66.2 bilion
  • TVET: RM7.9 bilion untuk memperkasakan kemahiran teknikal
  • Latihan Belia: RM200 juta untuk belia tanpa ijazah
  • Pembiayaan Usahawan Belia: RM150 juta melalui BSN

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan peluang belia untuk memperoleh kemahiran relevan dan pekerjaan yang stabil.

 

 Kesihatan dan Infrastruktur

  • Peruntukan Kesihatan: RM46.5 bilion
  • Pelantikan Tetap: 4,500 doktor kontrak dan 935 jururawat
  • Sabah & Sarawak: Peruntukan pembangunan tertinggi – RM6.9 bilion & RM6 bilion

Langkah ini memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan pembangunan infrastruktur yang seimbang di seluruh negara.

 

 Transformasi Ekonomi dan Teknologi

  • Sektor Utama Pertumbuhan: Perkhidmatan 5.2%, Pembinaan 6.1%, Pembuatan 3%, Pertanian 2.2%
  • Inovasi & AI: RM5.9 bilion untuk penyelidikan, pembangunan, dan inovasi
  • Pelepasan Cukai: Sehingga RM1,000 untuk melancong dalam negara

Inisiatif ini menyokong pertumbuhan ekonomi digital dan memberi peluang kepada rakyat untuk memanfaatkan teknologi dan peluang perniagaan baru.

 

 Alam Sekitar dan Cukai

  • Cukai Karbon: Diperkenalkan untuk industri beremisi tinggi seperti besi, keluli, dan tenaga
  • Cukai Eksais: Dinaikkan 10% untuk minuman beralkohol dan 2 sen sebatang untuk rokok

Langkah ini bertujuan menggalakkan pembangunan lestari dan meningkatkan kesedaran alam sekitar.

 

Reformasi dan Tadbir Urus

  • Gaji Hakim: Kenaikan 30% berkuat kuasa 2026
  • Potongan Gaji Menteri: 20% diteruskan
  • LPPSA: Had pembiayaan dinaikkan kepada RM1 juta

Ini meningkatkan akauntabiliti kerajaan dan menyediakan peluang lebih baik untuk rakyat memiliki rumah.

 Fokus utama rakyat Belanjawan 2026 Malaysia

Kesimpulan

Belanjawan 2026 menunjukkan usaha kerajaan dalam mengimbangi kesejahteraan rakyat, pembangunan ekonomi, dan transformasi teknologi. Dari bantuan harian, peluang pendidikan, kesihatan yang lebih baik, hingga peluang ekonomi baru, belanjawan ini memberi impak kepada semua peringkat umur rakyat Malaysia.









 

Resepi Lala Buttermilk, senang dooh nak buat. Lately ni aku cuba buat content masak-masak pulak di instagram, lols padahal kadang takde mood pun nak masak, tapi lately ni terfikir why not buat je, just for fun, for memories, walaupun content masak ni sangat la penat. Btw, ia takdela penat sangat jika content tu tak perlu ikut skrip, tak perlu ikut guideline yang ergggghh serabutnyaa haaa faham

Tapi bila buat suka-suka ni ia jadi enjoy, record, edit, no hard sell dan post! Lagi pun macam rugi pulak selama ni masak tak pernah record, cuma tu lah content masak ni kena tunggu mood okay dan rajin! Selalunya masak-masak di rumah gilir-gilir dengan suami hihihi kadang dia yang banyak masak opsss

So, ni first time aku cuba Lala Buttermilk, sebelum ni aku pernah buat clam buttermilk so kali ni kita tukar dengan lala pulak, ayam buttermilk pun boleh dan macam-macam lagi kan. Tapi ni bukan resepi aku tau, aku just remake je, tunggu aku jadi chef baru aku buat resepi sendiri :p

Bahan-bahan untuk Lala Buttermilk

  • Lala
  • Butter 
  • Whipping cream 
  • Chili oil / chili flakes
  • Paprika (optional)
  • Cheese (optional tapi letak lagi sedap)
  • Bawang holland 
  • Bawang putih
  • Daun kari 

Cara Masak Lala Buttermilk yang Sedap

  • Pertama sekali panaskan butter. Butter ni bahan penting,kalau tak, idokla jadi nama buttermilk
  • Tumis bawang holland, bawang putih dan daun kari. Bagi layu dan kekuningan 
  • Lepas tu masukkan chili oil atau chili flakes dan paprika. Tumis sekejap bagi serasi
  • Masukkan whipping cream (aku guna dua sebab guna banyak lala)
  • Bagi mereneh jap kemudian masukkan cheese
  • Lepastu masukkan lala
  • Perasakan dengan garam
  • Siap!


Nikmati bersama Mantou Panas


Lala buttermilk ni memang sedap makan bersama mantou, aku beli mantou yang frozen brand Figo —> Mantou Figo, sedap jugak sebab ia crunchy dekat luar tapi lembut je. Anak-anak approve dan suka! Kalau korang takde idea dah nak masak apa, haaaa boleh la cuba! 

Untuk video boleh tengok di video instagram aku okie! 

View this post on Instagram

A post shared by Qaseh Dalia 🇲🇾 (@qasehdalia)

Perjalanan Global Flotilla dari 2008 hingga 2025: misi kapal bantuan ke Gaza, tragedi Mavi Marmara, hingga gelombang terbaru yang libatkan aktivis Malaysia. Assalamualaikum and hi everyone, hari ni rasa terpanggil untuk kongsikan juga di platform blog walaupun sekarang memang aku cuba untuk kongsikan di semua social media, it’s okay jika perkongsian korang dianggap beria, dianggap fomo but at least kita masih ada kesedaran untuk kita kongsikan tentang perjuangan misi Flotilla

Nama Global Sumud Flotilla (GSF) mungkin kedengaran baru untuk sesetengah orang termasuk aku sendiri, tapi disebabkan perkongsian demi perkongsian, alhamdulillah makin ramai yang sedar dan ambil tahu, sebab itu suara-suara artis dan influencer sangat lah penting dalam misi ini yang mana walaupun kita tak mampu berjuang sama tapi kita masih mampu gerakkan jari dan kongsikan tentang misi ini supaya satu dunia tahu

Apa itu Flotilla

Flotilla bermaksud sekumpulan kapal yang bergerak bersama dalam satu misi

Apa itu Sumud Flotilla

Misi ini adalah konvoi kapal antarabangsa yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dikepung dengan simbol solidaritu dan keberanian dunia 

 Mengapa di namakan Sumud

Sumud bermaksud keteguhan atau ketabahan. Ia melambangkan kekuatan rakyat Palestin untuk terus bertahan walaupun berdepan dengan sekatan dan serangan

Sebenarnya Flotilla dah bermula sejak tahun 2008 lagi sehingga lah perkembangan terkini Global Sumud Flotilla 2025. Jom kita tengok sejarah Flotilla. Perkumpulan flotilla kebanyakannya adalah inisiatif sivik dan solidariti antarabangsa,gabungan aktivis, NGO, pasukan perubatan, pendakwah dan sukarelawan yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan ke Jalur Gaza serta memprotes sekatan laut yang dikenakan oleh Israel. Misi-misi berulang ini bermula sejak 2008 dan berterusan dalam beberapa gelombang dengan pelbagai nama, organisasi dan


Sejarah Flotilla ke Gaza

  • Tahun 2008 : Permulaan

Segalanya bermula pada tahun 2008, tak lama selepas Israhell mengenakan sekatan penuh ke atas Gaza pada 2007. Ketika itu, kehidupan lebih 2 juta penduduk Gaza lumpuh, tiada makanan, ubat-ubatan, elektri dan bahan binaan.

Sebagai tindak balas, aktivis antarabangsa menubuhkan kumpulan Free Gaza Movement dan melancarkan misi kapal pertama untuk menghantar bantuan melalui laut

Dua kapal kecil bernama SS Free Gaza dan SS Liberty berjaya menembusi sekatan dan tiba di pelabuhan Gaza. Ini kali pertama dalam lebih 40 tahun kapal awam berjaya sampai ke Gaza tanpa kebenaran Israhell (LOLS macam lah negara kau nak kena mintak izin kau ek!). So, kejayaan ini jadi titik tolak pada misi Flotilla seterusnya

  • Tahun 2010 : Tragedi Mavi Marmara 

Sedihnya tahun 20l0 ni berlaku tragedi berdarah dan detik bersejarah dalam sejarah Flotilla. Sebuah konvoi besar bernama Freedom Flotilla dilancarkan oleh gabungan aktivis dari seluruh dunia dengan tujuan menghantar bantuan berskala besar ke Gaza namun pada 31 Mei 2010, kapal utama konvoi, Mavi Marmara di serang oleh tentera laut israhell di perairan antarabangsa

Serangan itu menyebabkan 10 aktivis terbunuh dan ramai lagi cedera serta ditahan. Tragedi ini mencetuskan kemarahan global dan membuka mata dunia terhadap kekejaman sekatan ke atas Gaza, walaupun tragis ! Ia menyemarakkan lagi semangat aktivis untuk terus berjuang

  • Tahun 2011 - Freedom Flotilla II 

Selepas tragedi berdarah 2010, Freedom Flotilla ii dilancarkan tapi kebanyakan kapal ditahan di pelabuhan Greece

  • Tahun 2012 - Estelle 

Kapal Sweden dipintas 30 batu nautika dari Gaza.Semua penumpang ditahan dan kapal dirampas, walaupun gagal masuk Gaza, misi Estelle berjaya menarik perhatian dunia kepada isu sekatan dan hak asasi rakyat Palestin

  • Tahun 2013-2014 - Tempoh Senyap dan Perancangan

Tahun-tahun ini menyaksikan kurang misi Flotilla besar-besaran kerana aktivis mula menilai strategi dan keselamatan selepas beberapa kapal diserang. NGO dan aktivis lebih banyak menumpukan kepada kempen politik, advokasi undang-undang dan usaha diplomatik untuk menekan israhell namun rangkaian Freedom Flotilla Coalitiaon (FFC) aktif di belakang tabir untuk misi seterusnya

  • Tahun 2015 dan 2016 - Women’s Boat to Gaza 

Kapal bernama Zaytouna-Oliva belayar dari Barcelona membawa wanita aktivis dari pelbagai negara termasuk doktor, wartawan dan ahli politik. Tujuan mereka untuk menunjukkan solidariti wanita global terhadapa penderitaan Gaza. Namun misi wanita antarabangsa di tahan oleh tentera israhell dan turut gagal ke Gaza 

  • Tahun 2018 - Al-Awda dan Freedom

Flotilla kembali dengan dua kapal utama Al-Awda dan Freedom yang membawa peralatan perubatan, bantuan kemanusiaan serta puluhan aktivis dari lebih 15 negara. Mereka belayar dari Scandivinia melalui pelabuhan Eropah dan Mediterranean menuju ke Gaza 

Al-Awda dipintas dan dirampas oleh tentera israhell pada 29 julai 2018 kira-kira 49 batu nautika dari Gaza, aktivis dipukul dan ditahan. Freedom pula dipintas pada 3 ogos 2018. Semua bantuan dirampas 

Sedih kan, betapa kejam dan jahatnya israhell ni sedangkan misi ini hanya untuk memberi bantuan kepada Gaza tanpa senjata! Walaupun hampir semua misi dipintas sebelum sampai ke Gaza, tempoh ini menunjukkan bahawa perjuangan Flotilla tidak pernah berhenti termasuk yang kita lihat hari ini di bawah nama Global Sumud Flotilla 



  • Tahun 2025 - Global Sumud Flotilla

Tahun 2025 menandakan kebangkitan semula terbesar dalam sejarah misi flotilla selepas sedekad aktivis seluruh dunia mencabar sekatan laut israhell. Pada 2025, Flotilla bergerak dalam 3 gelombang besar 

Gelombang pertama (Mei - Jun 2025) - Freedom Flotilla dan Greta Thunberg

Gelombang pertama dilancarkan oleh Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang kembali dengan semangat baru. Apa yang menjadikan ianya luar biasa ialah penyertaan Greta Thunberg yang turut serta naik kapal dan mengetuai misi pertama 


Fakta :
  • Kapal utama :Kapal Conscience, Handala dan Madleen, bermula sekitar Mei 2025 dari pelabuhan Eropah termasuk Sepanyol dan Sicily
  • Misi menghantar bantuan kemanusiaan dan mencabar sekatan laut israhell yang menjerut Gaza sejak 2007 
  • 2 mei 2025 kapal Conscience diserang dron berhampiran Malta ketika dalam perjalanan ke Gaza yang menyebabkan kebakaran dan kerosakan teruk
  • 1 jun 2025, kapal Madleen belayar dari Catania membawa sukarelawan, doktor dan barang bantuan  
  • 9 Jun 2025 Madleen dipintas olwh tentera di perairan antarabangsa, semau aktivis termasuk Greta ditahan 

Walaupun tidak berjaya sampai ke Gaza, gelombang pertama berjaya mencetuskan gelombang solidariti global kerana kehadiran Greta menarik perhatian media antarabangsa dan meningkatkan tekanan diplomatik ke atas israhell

Gelombang ke-dua (Ogos-September) - Global Sumud Flotilla 

Selepas gelombang pertama di halang, misi flotilla tidak terhenti. Ia kembali dalam bentuk lebih besar dengan nama baru iaitu Global Sumud Flotilla (GSF) Inilah misi paling besar sejak tragedi Mavi Marmara 

Fakta :
  • Tarikh pelayaran bermula 31 Ogos 2025 dari Barcelona, Sepanyol disusuli kapal tambahan Genoa (Itali), Tunis(Tunisia) dan Catania (Sicily)
  • Kapal terlibat lebih 40 kapal dari pelbagai negara termasuk Malaysia membawa bantuan kemanusiaa, ubat-ubatan, doktor, wartawan, pendakwah dan aktivis. 
  • Tujuan untuk menghantar bantuan terus ke Gaza melalui laut dan menyeru dunia agar menamatkan sekatan israhell yang melanggar undang-undang antarabangsa 
Bagi aku misi kali ni betul-betul membuka mata termasuk diri aku sendiri. Global Sumud Flotilla ini bukan sekadar pelayaran bantuan tapi ia menjadi gelombang kesedaran global. Influencer, wartawan dan aktivis yang menyertainya sedikit sebanyak menyedarkan orang ramai tentang misi Flotilla melalui perkongsian di social media.

Ia menunjukkan bahawa perjuangan membela kemanusiaan bukan hanya tugas kerajaan atau NGO besar tapi boleh di gerakkan oleh gabungan rakyat biasa yang bersatu hati. Walaupun kita tak mampu turun pandang tapi kita mampu berkongsi hingga satu dunia tahu. Melihat bagaimana aktivis dari pelbagai latar belakang bersatu di atas satu kapal demi menembusi sekatan yang zalim adalah satu momen yang menyentuh jiwa 

Seperti misi-misi terdahulu, kapal dalam Global Sumud Flotilla juga berdepan ancaman dipintas oleh tentera laut israhell di perairan antarabangsa. Semua aktivis ditahan! Namun semangat mereka kuat dan tidak pernah luntur, mereka lah hero dan heroin dalam misi ini

Gelombang kedua Global Sumud Flotilla 2025 membuktikan bahawa solidariti tidak pernah padam. Penyertaan aktivis Malaysia menunjukkan dunia Islam tetap bersama saudara kita di Gaza, dan kehadiran influencer serta personaliti media menjadikan perjuangan ini lebih dekat dengan masyarakat umum. Ia bukan sekadar pelayaran, ia simbol harapan, keberanian, dan keteguhan menentang kezaliman.

Gelombang ketiga Flotilla 2025 - Perjuangan Yang Belum Terhenti 

Selepas kejayaan dan kesedaran besar tercetus dari Global Sumud Flotilla, perjuangan solidariti untuk Gaza diteruskan dengan lebih besar dan berani melalui gelombang ketiga 


  • Jumlah kapal terbesar, melibatkan kira-kira 9 kapal bantuan kemanusiaan termasuk kapal utama Conscience yang menjadi simbol kepada semangat kemanusiaan global. Ini merupakan jumlah kapal paling banyak yang pernah berlayar dalam satu misi sejak 2010
  • Lebih daripada 500 aktivis antarabangsa dari lebih 45 negara terlibat kali ini termasuk sukarelawan, doktor, wartawan, personaliti media social dengan satu misi jelas, memecah kepungan laut yang menjerut Gaza 

Peranan Malaysia Terus Kukuh

Aktivis dan wakil kemanusiaan dari Malaysia sekali lagi turut serta meneruskan semangat gelombang kedua. Gelombang ketiga masih berjalan dan berlayar ketika keadaan Gaza semakin genting. YaAllah semoga kali ini misi dapat diteruskan dan sampai ke bumi Gaza. 

Dari dua kapal kecil pada tahun 2008 hingga sembilan kapal besar dalam gelombang ketiga 2025, flotilla telah berkembang menjadi simbol keberanian dan solidariti antarabangsa.
Ia bukan hanya tentang menghantar bantuan – ia tentang menyampaikan mesej bahawa dunia tidak akan berdiam diri terhadap kezaliman.

Perjuangan flotilla belum berakhir, dan selagi sekatan Gaza terus menjerut kehidupan rakyat Palestin, kapal-kapal ini akan terus berlayar. Bukan dengan senjata, tetapi dengan harapan, kemanusiaan dan keberanian.



Hati Berbicara :

Gambar ini di buat oleh Gemini Ai

Percaya lah walaupun kita tak mampu turun berlayar bersama-sama, kuasa juga ada ditangan kita, jangan tuli kan telinga, jangan buta kan mata atas sebab perkongsian kita tidak bermakna! Salah! Setiap. Perkongsian kita adalah bermakna, sebab tu artis dan influencer kena semangat untuk tidak berhenti berkongsi tentang misi ini sebab kamu semua ada ramai follower yang akan bersemangat sama. So, please jangan hanya berdoa tapi turut sama berkongsi hingga bantuan sampai ke bumi Gaza, inshaAllah !



Mesti ramai gila tengok kdrama Bon Appetit Your Majesty ni kan, sampaikan anak ku pun turut join sekali sebab cerita ni memang best dan kelakar sebenarnya lagi-lagi waktu raja tu makan(tapi scene di bawah umur tu tak tengok sebab anak aku tengok 2 episod je :p) Kemain ek dia punya effect lepas makan tu, sampai terbahak-bahak anak aku tengok part tu 


Overall aku memang suka cerita jenis macam ni, kdrama genre sejarah, romance, time travel dan kelakar.  Mula-mula aku taknak tengok tapi betul-betul hype, so aku layan je la episod 1 dulu, know-know bestla pulak sebab dia tiba-tiba berada di zaman Joseon, then kena sabar banyak sebab masa aku tengok tu masih on going.  


Sinopsis Bon Appetit Your Majesty :

Bon Appétit, Your Majesty mengisahkan tentang Yeon Ji-young, seorang chef muda berbakat dalam masakan Perancis, yang secara misteri terperangkap dalam dunia dinasti Joseon selepas satu insiden aneh. Tanpa sebarang jalan pulang, Ji-young terpaksa menyesuaikan diri dalam dunia istana yang penuh politik, tradisi, dan bahaya hanya berbekalkan satu senjata: kemahiran memasaknya.


Di istana, dia bertemu dengan Raja Yi Heon, seorang raja muda yang terkenal dengan sifat kejam dan dingin, tetapi sebenarnya menyembunyikan trauma serta obsesi rahsia terhadap makanan. Ji-young mula menawan hati raja bukan dengan kata-kata manis, tetapi melalui rasa dalam setiap hidangan yang dimasaknya.Semakin hubungan mereka berkembang, Ji-young mendapati dirinya bukan sekadar tukang masak tapi kunci kepada perubahan besar dalam sejarah... dan mungkin, masa depan mereka berdua.

Lepastu aku baca ramai jugak tak suka heroin (Yoona) ni berlakon katanya macam kayu, tapi aku suka je tengok dia berlakon sebab dia macam cute, blur-blur ayam dan watak yang dia pegang tu menjadi je, takde la kayu sangat dan tak nampak berusia pun, kena la dengan watak yang dia pegang dan ada chemistry lah dengan hero (Lee Cha Min)

My dearly beloved, if you were to read this someday, may you come back to my side.”

So kisahnya sebab dia ada baca buku bernama Mangunrok, Yoona baca ayat ni : My dearly beloved, if you were to read this someday, may you come back to my side… lepas dia baca ayat ni terus dia ke zaman Joseon dan ada plot twist, buku ni sebenarnya haa tengokla sendiri, kang spoiler pulak ek bagi yang tak tengok lagi hihihi


Tapi kan aku paling menyampah dengan gundik raja ni, yihhhh aku tak boleh tengok muka dia, rasa nak cabut je rambut yang besauuuu gedabak itu hahah, tak berat ke ek kepala dia, haha tapi memang menyirap la ek, sesuai dengan muka, nampak jahat betul. So part ni memang puas hati, akhirnya pompuan ni gone~ dapat jugak si badut tu balas dendam, walaupun dia cuba bunuh diri dulu 

Ending Bon Appetit Your Majesty Tergesa-gesa?



Aku saje je nak membebel dalam blog sebab aku macam rasa ending ni pengarah buat tergesa-gesa, rasa macam ending memang best happy tapi tergantung bab raja boleh muncul tu hahah.Boleh pulak ek pengarah nak rahsia-rahsia macamana raja boleh muncul pada masa depan, at least bagitahu la woi macamana raja boleh cari kekasih hatinya tu, geram pulak nak kena fikir hahaha

Part masak-masak tu memang best, terasa pulak nak masak apa yang chef tu masak haha tapi makanan Korea pulek, mana nak cari bahan. Mampu terliur je la. 

Overall, ending dia happy cuma tu lah macam tak memuaskan sangat, kita nak detail lah sikit ek baru syok haha, tapi aku rasa sebab sehelai kertas yang terkoyak tu dia boleh pergi ke masa depan. Bukan aku je tau rasa ending dia tergesa-gesa haha ramai geram sebab satu hal pulak nak kena fikir, tapi tq la pengarah sebab cerita ni memang best, cerita santai-santai tapi buat orang tertunggu-tunggu 

Hati Berbicara : saya bagi 9 bintang ~



Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates