• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum.

Ecolite Boostick Concentrated | Hai korang, pernah dengar tak tentang Ecolite ? Macam familiar je bunyinya kan ? Siapa yang suka minum sarang burung mesti tahu tentang jenama Ecolite heheh tapi hari ni qaseh tak nak share tentang kebaikan sarang burung tapi qaseh nak share produk baru dari Ecolite juga iaitu Ecolite Boostick Concentrated yang mana sangat bagus untuk kesihatan badan dan mata kita. 

Sekarang qaseh tengah mengandung tapi jangan risau ia boleh di amalkan waktu mengandung juga sebab bahan kandungan merupakan bahan semulajadi, ada khasiat yang sangat bagus juga di waktu hamil ni seperti kurma merah, kurma arab, sarang burung dan lain-lain bahan yang sesuai dan tidak memudaratkan. Bahan-bahan semulajadi ni memang banyak khasiat dan sesuai la untuk daku sekarang.


Orang mengandung je ke boleh consume? Oh tidak ye, semua generasi boleh amalkan lagi-lagi jika korang ada masalah yang berkaitan, lagi-lagi bila dah berumur nak masuk 30 an ni memang lagi kena jaga bab kesihatan, orang kata umur-umur macam ni, banyak la sakit-sakit datang menyinggah, ye dok? Thats why kena juga amalkan supplement untuk beri tenaga pada tubuh badan dan pancaindera kita

Tak dinafikan sebelum ambil supplement tambahan, takut jugak kan dengan pelbagai cerita yang memberi kesan negatif pada badan sebab tu lah sebelum nak proceed dengan mana-mana supplement pastikan kita tahu ia dari mana, apa bahan kandungan yang ada, korang sendiri ada alergik atau tidak dan paling penting pastikan dijual di farmasi, watson ataupun guardian sebab sah-sah la bila masuk farmasi, produk tu selamat untuk diamalkan, haaa nak jaga kesihatan pun kena bijak jugak tau. Dan semestinya Ecolite memang selamat untuk di consume.


Untuk Ecolite Boostick ni ada 3  perisa dengan 3 fungsi berbeza. 

  • Ecolite Boostick Concentrated Red Dates & Date Palm For Rosy Cheeks
  • Ecolite Boostick Concentrated Pear & Bird’s Nest For Good Complexion 
  • Ecolite Boostick Wolfberry & White Chrysanthemum 

Apa je khasiat yang ada dalam tiga-tiga Ecolite Boostick Concentrated ni ? Haaa banyak khasiat yang tersembunyi tau, tapi qaseh suka sangat dengan packagingnya sebab sangat mudah nak bawa ke mana-mana dan tak perlu bancuh pun ! Yang paling best sebab ianya sedap ! Hehehe, qaseh tahu kalau sesuatu tu tak sedap memang susah lah nak consume kan, last-last terbiar je. 

Ecolite Boostick Concentrated Red Dates & Date Palm For Rosy Cheeks - Kurma Merah dan Kurma Arab

Bila sebut tentang kurma ni, memang kita dah sedia maklum memang banyakkkkkkkkk sangat khasiat dari buah kurma, bulan puasa memang wajiblah amalkan kurma untuk elakkan rasa letih, lesu dan kurang tenaga kan. Dalam Ecolite Boostick For Rosy Cheeks ni ada campuran kurma merah dan kurma arab tau
Yang ni sangat bagus jika korang ada masalah lesu, muka selalu nampak pucat, kaki dan tangan selalu rasa sejuk, memang bagus untuk diamalkan, bahaya juga ye kalau korang selalu nampak pucat, banyak zat tak mencukupi tu, kurma merah dapat menolong mencegah anemia (kekurangan zat besi). Memang sesuai sangat untuk qaseh sekarang, bila mengandung memang kena tambah zat besi yang mencukupi sebab anemia ni sangat bahaya untuk ibu dan baby. Dan ia juga memberi kelembapan semulajadi pada pipi kerana kandungan zat besi

Kurma arab pula kaya dengan serat dan tinggi antioksidan yang bermanfaat untuk membantu proses pencernaan dan melindungi sel dari radikal bebas 

Nutrients:
Carotene, rich in vitamin A, C, iron, cellulose and riboflavin


Ingredients:
Red Date,  Date Palm, Brown Sugar, Linden Honey, Galacto-oligosaccharide Syrup (GOS)

Ecolite Boostick 
Concentrated Pear & Bird’s Nest For Good Complexion - Sarang Burung & Buah Pir 
Sedapnya sarang burung kan, bila cerita tentang sarang burung ni bukan sahaja berkait dengan kesihatan tapi kecantikan juga, nahh kalau korang nak kulit muka anjal try lah amalkan hehe, yang ni pulak sangat bagus diamalkan oleh korang yang selalu bekerja sehingga lewat malam, student pun bagus amalkan ni, yang bekerja shift malam pula memang penat kan, macam tak cukup untuk rehat, sangat berbeza bila kita kerja lewat malam, badan cepat penat.
Sebab ia mempunyai bahan kandungan campuran sarang burung dan buah pir, kalau korang nak tahu sarang burung ni dapat membantu meransang sel badan serta untuk penghasilan kulit lebih muda, lembut, licin dan halus, flawless gitu. Chinese suka amalkan sarang burung ni kan, patutlah kulit diorang putih gebu je. 

Dalam Ecolite ni menggunakan chinese pear, qaseh tak tahu la apa bezanya yang pasti kombinasi sarang burung dan buah pir banyak khasiatnya dalam memberi tenaga pada tubuh badan, mungkin tak ramai yang tahu, buah pir juga dalam kategori buah yang berserat so sangat membantu untuk pencernaan, elakkan sembelit sebab ia punya kalori rendah dan tinggi kandungan air 

Nutrients:
Epidermal growth factor (EGF) and bird's nest acid (sialic acid), cellulose, vitamins, prebiotics


Ingredients:
Chinese Pear, Bird’s Nest, Lily Bulb, Tuckahoe, Monk Fruit, Kudzu Root, Ophiopogon Tuber, Linden Honey,  Galacto-oligosaccharide Syrup (GOS)

Ecolite Boostick Concentrated Wolfberry & White Chrysanthemum For Good Eyesight - Biji Koji dan Kekwa

As a blogger memang nak kena hadap skrin tiap hari, kadang tak buka laptop pun still kena tengok smartfon setiap masa, tapi dalam masa yang sama sebenarnya beri kesan negatif pada mata kita, thats why qaseh bila nak menghadap skrin terlalu lama kena pakai spek tapi kadang-kadang rimas juga lah 
Untuk Ecolite campuran biji koji dan kekwa ni memang sangat sesuai untuk penjagaan mata kita, haaa bagus sangat untuk korang yang selalu menghadap skrin elektronik, pancaindera yang sangat-sangat penting untuk kita jaga tau
Mempunyai kandungan campuran Goji dan Kekwa yang mana buah Goji dapat membantu meningkatkan penglihatan dan menyuburkan darah manakala Kekwa pula memberi khasiat untuk penglihatan mata kita dan menurunkan suhu badan jika panas, lepas ni qaseh tak perlu la pakai spek lagi ye dak, sebab sebelum ni qaseh takde amalkan supplement untuk kesihatan mata. 

Nutrients:
Lutein, Anthocyanin, Vitamin A, B1, B2, C, Carotene, Calcium, Iron


Ingredients:
Wolfberry, White Chrysanthemum Flower, Prune, Pomegranate,Linden Honey, Galacto-oligosaccharide Syrup (GOS)

Cara Pengambilan Ecolite 

  • Boleh minum / makan secara terus, shake, koyak dan terus minum
  • Boleh campur dengan air suam 
  • Nak lagi sedap, boleh letak dalam peti ais 
  • Elakkan pengambilan bersama kafein
  • Minum air putih secukupnya 
Dalam 1 kotak ni ada 10 sachet x 12g. Korang boleh amalkan 1-3 stick sehari. So far semua sedap bagi qaseh, boleh diterima tekak, macam minum pati buah je gais, serious sedap dan berbaloi untuk diamalkan. Memang pati pekat dan tak cair.  

Mana Nak Dapatkan Ecolite Boostick ?

Jangan risau sangat mudah untuk dapatkan Ecolite Boostick ni, korang boleh beli di Big Pharmacy, Health Lane Family Pharmacy dan Guardian. Harga sekotak adalah RM38.80 sahaja, so apa tu ggu lagi, jangan lupa beli naaaa, boleh juga nak bagi hadiah untuk family dan orang tersayang. Marilah kita jaga kesihatan di zaman pandemik ni 

More Info 


Website : www.ecolite.com.my
Instagram : Ecolite
Facebook : Ecolite
Assalamualaikum

Selamat Hari Guru buat semua guru, marilah kita menghargai jasa dan pengorbanan mereka! Kali ini qaseh berpeluang menemuramah secara atas talian seorang insan luar biasa, dilahirkan di Kanowit Sarawak, berumur 60 tahun dan sudah berkhidmat selama 38 tahun 3 bulan 10 hari sebagai seorang guru iaitu cikgu Julia Binti Juis. Beliau merupakan salah seorang guru yang tercalon untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021.

Cikgu Julia telah mendapat pendidikan sekolah rendah di Tadika St. Francis Xavier, Kanowit (1967), SRK Abang Ali, Sibu (1968-1973), SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching (1957-1978) dan SMK Green Road, Kuching (1979-1980)

Di peringkat lebih tinggi, Cikgu Julia meneruskan pengajiannya di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching (1981-1982) dalam Diploma Perguruan, kemudian ke Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim Perak (1996) dalam Sijil Kaunseling, diteruskan pengajiannya di Universiti Malaya pada tahun 1995-1996 dalam Diploma Linguistik Terapan (cemerlang) dan seterusnya di Universiti Putra Malaysia (1997-2000) dalam Bachelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu (Kelas Pertama)


Cikgu Julia bermula kerjayanya sebagai seorang guru di SMB. St. Augustine, Betong Sarawak (1983-1989), kemudian beliau bertugas di SMB. St Teresa, Kuching (1990-2000), kemudian ditugaskan di SMK Siburan (2000-2001), SMK Seri Selayang Gombak (2001-2010), SRK Taman Seri Gombak 2 (2011-2014) dan akhir sekali bertugas di SMK Sungai Pusu, Gombak (2014-2021). Fuhh orang cakap jauh perjalanan luas pemandangan dan semestinya banyak pengalaman.

Cikgu Julia telah mendapat 6 anugerah iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2002, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014, Guru Cemerlang BM DG44 dan Guru Cemerlang BM DG48. Guru Cemerlang BM DG52 dan Guru Akademik DG54 Tahniah buat cikgu Julia atas anugerah yang diperolehi.



Antara Jawatan yang pernah disandang oleh Cikgu Julia.

- Ketua Panitia Bahasa Melayu
- Ketua Guru Pengawas
- Ketua Guru Majalah Sekolah
- Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa (2009-2010)
- Guru Cemerlang BM (2008-2018)
- AJK Guru Cemerlang Daerah Gombak
- Guru Sumber BM Sekolah Rendah Daerah Gombak
- Pentaksir Kawasan ULBS BM SPM Daerah Gombak(2005-2009)
- Ketua Pentaksir ULKCP BM SPM Daerah Gombak(2010-2011)
- Ketua Pentaksir Sekolah PT3 subjek BM(2015)
- Pentaksir Kawasan PT3 subjek BM Daerah Gombak(2016-2018)

 

Memori Indah Sepanjang Perkhidmatan - 3 Generasi Bertemu

Cikgu Julia bercerita pada satu pagi yang cukup menceriakan, tiba-tiba muncul seorang tetamu tampan di depan matanya di Kamar Guru, tanpa berkedip beliau tatapi wajah kacak itu kerana seakan tidak percaya, minda beliau berbicara ligat menjawab segala soalan yang silih berganti. Guru muda itu mula memperkenalkan diri sebagai Mohd. Musa yang mana merupakan anak murid beliau di SMB St. Augustine, Betong pada tahun 1985 semasa di Tingkatan 3A. Cikgu Julia lah guru BM anak muda itu yang walaupun berbadan kerdil tapi berjiwa raksasa. 11 tahun kemudian mereka dipertemukan kembali oleh Allah sebagai rakan sejawat.


Keindahan dalam kejutan, sewaktu Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SMB St. Teresa, Kuching. Pada suatu malam di sebuah hotel terkemuka, Pengetua Miss Anna telah mempersilakan beliau untuk menerima Hadiah Teristimewa daripada bekas anak murid merangkap rakan sejawatnya, jauh disudut hati, beliau berasa amat bangga sekali atas ingatan khusus bekas murid beliau untuk dirinya. Hadiahnya merupakan peti muzik yang sangat dihargai oleh cikgu Julia kerana nilai ingatannya kepada beliau masih elok dalam simpanan selama 27 tahun usianya. Ternyata sangat istimewa memori ini.

Yang menambah keindahan memori ini adalah di SMB. St. Teresa juga beliau telah menjadi rakan sejawat Puan Dora yang mana merupakan bekas guru ERT dan Guru Tingkatan 3C semasa beliau menuntut di SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching. Di sekolah itu juga, bekas murid beliau berasa begitu bangga kerana dia juga berjaya menjadi cikgu BM seperti beliau. Begitulah 3 generasi bertemu atas jawatan sebagai seorang GURU.

Hebatnya perancangan Allah, menghimpunkan mereka bertiga di sebuah sekolah yang sama. Cikgu Julia bersyukur atas anugerah yang cukup manis ini dan bersyukur kerana memulakan kerjaya sebagai seorang guru dan bersara pun masih seorang guru. Insan kerdil Berjiwa Raksasa

Diuji dengan Kanser Tidak Menghalang Tugas Cikgu Julia

Dicalonkan oleh anak murid beliau, Insan kerdil berjiwa raksasa. Itulah gambaran ringkas tentang diri dan peribadi Cikgu Julia yang dapat saya berikan walaupun telah 17 tahun saya melepasi zaman persekolahan dan mendapat didikan langsung daripada guru pakar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu ini. Meskipun masa terus berlalu, tidak sedikitpun memadamkan ingatan dan rasa syukur saya terhadap sentuhan "magis" Cikgu Julia.


Beliau menghulurkan tangan di saat saya hampir tewas dan lemas untuk berhadapan dengan peperiksaan SPM ketika itu (2004). Cikgu Julia menyakinkan saya betapa saya sebenarnya mampu melakukan persediaan dan menghadapi peperiksaan penting yang berbaki beberapa bulan sahaja ketika itu. Keyakinan beliau terhadap saya mengatasi keyakinan saya kepada diri sendiri. Cikgu Julia tidak bermain bahasa untuk membina keyakinan palsu dalam diri saya, ujarannya bukan sekadar retorik bahasa, namun diiringi dengan segala usaha, kegigihan serta doa yang masih jelas nyata dalam lipatan memori saya. Kesannya, saya kembali fokus, berani dan berjaya menempuhi peperiksaan itu sehingga tamat pada 4 Disember 2004.




Walaupun didiagnos dengan kanser pada tahun 2011, beliau tetap meneruskan kerjanya sebagai guru dengan sepenuh hati. Sungguh, saya menyaksikan segala itu dengan penuh keinsafan. Masa terus berlalu namun Cikgu tetap Cikgu yang dulu. Tahun ini turunlah tirai persaraan Cikgu Julia pada 21 April 2021, setelah hampir empat dekad menabur bakti, menyerahkan jiwa dan raganya untuk masa depan anak-anak murid termasuklah saya. Sungguh saya tidak mampu membalas budi dan jasa Cikgu terhadap saya, cuma harapan saya semoga segulung ijazah Ph.D yang bakal saya genggam pada tahun ini dapat memberikan kegembiraan dan kebahagiaan buat Cikgu Julia yang amat saya sayangi seikhlas hati.

Impian dan Harapan

Impian cikgu Julia sepanjang bergelar guru hanya satu untuk mencanai dan mengacuankan anak-anak didik beliau menjadi individu berjati diri dan kental, rajin berusaha, tidak kenal erti berputus asa dan sentiasa mahu menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik disamping memiliki akhlak yang terpuji dan bersahsiah mulia


Beliau sentiasa berdoa agar semua anak didiknya berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat PHD dan bekerjaya hebat. Beliau sangat bangga bertemu dengan bekas anak didiknya meskipun hanya bekerja sebagai jurujual dana pekerja di kedai dobi kerana mereka juga telah berjaya berdikari.

Beliau sering menerima perkhabaran daripada bekas muridnya seorang pilot AirAsia, peguam, doktor perubatan, jururawat, jurutera dan banyak lagi. Pada tahun persaraan cikgu Julia, beliau mendapat satu lagi kejutan manja apabila beliau telah dicalonkan oleh bekas murid beliau untuk Anugerah Guru Inspirasi Mdonald 2021.

Yang paling indah sekali, berita amat menggembirakan yang beliau terima apabila bekas anak muridnya Nur Fatiha Fadila Abu Bakar telah berjaya mendapat kelulusan Senat UPM untuk layak menerima ijazah PhD tahun ini. Seolah-olah kejayaannya merupakan impian terpendam beliau telah terlaksana kerana selama ini yang tak kesampaian.

Harapan beliau untuk melihat anak-anak didiknya berjaya lebih daripada dirinya telah tercapai. Alhamdulillah Ya Rabb. Akhir kata beliau berharap Generasi Baharu alaf ini menjadi generasi
yang mampu memacu negara menjadi salah sebuah negara maju yang rakyatnya berminda Kelas Pertama. Generasi Baharu yang sentiasa menggali ilmu daripada Guru.






Assalamualaikum

Seperti yang diduga raya 2021 memang tak boleh balik kampung juga, hurm ingatkan tahun 2020 dah sendu tapi rupanya raya 2021 lagi sendu sampaikan tak boleh ziarah langsung, ahaha sedih! Dah 2 tahun la tak dapat beraya dengan mak ayah, alhamdulillah lah adik beradik ada kat kampung dekat-dekat masih boleh jenguk

So apa je persiapan raya PKP kami ? Takde persiapan sangat pun cuma tetap meraikan dalam konsep yang    terlampau sederhana, alhamdulillah rezeki dapat la baju raya, tema ikut baju colour apa je yang ada size, yang penting untuk Rayyan, walaupun tak keluar rumah, tetap pakai baju raya, tetap juga buat kuih raya sedikit sebanyak dan masak juadah raya



Juadah raya kami, nasi minyak, ayam masak merah, acar timun mentah, rendang, ketupat palas (order je), lemang (order jugak), pulut kuning dan spaghetti, ni untuk raya pertama, ke dua dan ketiga. Kuih raya pulak ada buat kuih raya cornflakes madu, tart nanas dan tart cadburry. Dah janji dengan Rayyan nak buat kuih raya, so tunaikan janji itu hehe

Bila partner kita semangat so sebagai isteri pun turut la bersemangat, takdelah rasa mood down je, raya tetap raya, kena raikan juga. Malam raya bawak Rayyan turun bawah dekat padang main bunga api, budak kan always gembira dan eksited, yang penting dia enjoy. Sendu jugak la main bunga api bertiga je, suasana sunyi sangat, krik krik krik je haha adoii tak tahu nak happy ke nak sedih bila taip ni 


Pastu dah puas main, balik buat acar mentah siap-siap. Pagi-pagi raya laki dah kejut haaa malas betul nak bangun, memang suasana macam tak raya langsung, ada la dengar takbir raya dari surau, so laki masak ayam masak merah, aku pulak masak nasi minyak, kukus ketupat frozen makan, panaskan lemang dan rendang. Setel bab juadah, maaf ye memang tak banyak ambil gambar haha 




Dah setel semua apa yang patut, sesi bersalaman, ambil gambar dalam rumah sekadar untuk kenangan raya dalam PKP, nasib baik lah sebelum raya kami ada photoshoot raya di studio, so ada la gambar cantik untuk di post di social media betapa berayanya kami haha, boleh baca entry sebelum ni. 

Dah habis sesi bersalam-salaman, yeyyy dapat duit raya, pastu sambung makan, lepak tengok tv pastu aku tak berapa larat sangat, terus tertido balik ahahaha, bangun-bangun lapar pastu sambung makan, tengok tv, baring-baring, tidur lagi dan makan lagi hahaha begitulah raya kami ye. Memang tak keluar rumah langsung, suasana pun memang sunyi betul, tak dengar suara jiran-jiran pun huhuhu 

Dan akhirnya tamat lah raya kami, raya ke dua dan ketiga dah tak pakai baju raya dah, sambung makan juadah raya yang mana ada je haaa sambil meneruskan rutin seperti biasa, kesian Rayyan tak dapat  beraya macam umi abah waktu kecik dulu, tak dapat jumpa tokki dan nenek walaupun hari-hari dia cakap nak jumpa tokki nenek huhu bertabahlah sayang, Umi pun rindu jugak tapi nak buat macamana kan 


Bestnya keluarga yang dekat-dekat kan, sorok-sorok pun still boleh berjumpa, hurmmm ntahlah sampai bila, ni pun tak sure boleh ke tak daku nak bersalin kat kampung, emosi sangat tau cuma tak tunmuk. Redha jela , semoga Allah permudahkan urusan aku bersalin nanti, andai itu yang terbaik 


Hati Berbicara : 

Amacam raya korang ? Best ke hihihi tapi syukur ada jugak keluarga kecilku ini, kalau bujang lagi mau nangis kesenduan. Semoga baik-baik aje korang, stay safe, jaga diri, jaga S.O.P, tak payah la nak merayap lagi sebab kes makin tinggi. Okay apa-apapun selamat hari raya ,aaf zahir batin, maafkan qaseh andai ada salah dan silap. Salam raya PKP.

Assalamualaikum

Jika korang ingat balik waktu persekolahan dulu, apa yang paling korang rindukan? Qaseh banyak kenangan suka dan duka waktu sekolah dan semestinya kenakalan tu tak dapat nak di elakkan hihi  kadang-kadang pernah didenda tapi kesabaran cikgu tiada tolak bandingnya. 

 

Kali ini qaseh ingin kongsikan tentang seorang cikgu yang telah menganggap kesemua muridnya umpama anak sendiri, salah seorang cikgu yang tercalon dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021, terima kasih McDonald kerana membuat inisiatif sebegini, qaseh suka baca kisah-kisah cikgu yang sangat memberi inspirasi dan semestinya para pelajar sangat beruntung dan bertuah mendapat cikgu sebegini

Cikgu Che Zulaini Binti Ali yang kini merupakan Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling, bila cerita tentang kaunseling ni mesti cikgu ni sangat penyayang orangnya, jom qaseh share latar belakang cikgu Che Zulaini yang mana sekarang berumur 41 tahun, mendapat pendidikan sekolah rendah di SK Gong Tok Nasek (1986-1992) kemudian sekolah menengah di SMK Panji Alam ( 1993-1995) dan SMKA Sheikh Abdul Malek (1996-1997).

 

Di peringkat lebih tinggi, Cikgu Che Zulaini meneruskan pengajiannya di peringkat Diploma dalam jurusan Bahasa Arab dengan Pendidikan di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) pada tahun 1998-2001 dan mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2001 - 2005. 

 

Bila kita dengar je tentang perihal kaunseling ni mesti terlintas dalam fikiran dengan pelbagai luahan, masalah, dan perangai pelajar. Sebagai Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling, cikgu Che Zulaini sentiasa menitikberatkan pengurusan bimbingan, sokongan dan motivasi serta kebajikan dan mempunyai hubungan yang akrab dengan pelajar khususnya dalam menjaga kebajikan para pelajar 

 

Dan sememangnya tanggungjawab yang dipikul oleh cikgu Che Zulaini sangat besar, korang kalau nak tahu, cikgu kaunselor ni bukan sekadar dengar luahan hati pelajar je ye, antara tugas dan tanggungjawab seperti : 

  • Ketua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa @ Kaunselor Kanan
  • Ahli Pengurusan Sekolah (Tonggak Kepimpinan Sekolah)
  • Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa (PIBG)
  • Pen. SU Projek Kecemerlangan SPM (Bimbingan dan Kebajikan) 

Pengurusan Kebajikan Pelajar 

 

  • Penyelaras Bantuan & Kebajikan - Projek Khas SBP (Menguruskan kebajikan pelajar sepanjang masa terutama daripada keluarga B40 pelajar asnaf dan miskin yang meliputi aspek kewangan, pencapaian akademik dll).
  • Penyelaras Bantuan Awal Persekolahan (BAP) – peruntukan RM100 kepada pelajar yang datang daripada latarbelakang berpendapatan RM3000 ke bawah.
  • Penyelaras Bantuan dan Kebajikan Anak-Anak Yatim (meliputi semua kebajikan pelajar seperti kewangan dan semua aspek).
  • Penyelaras Bantuan Zakat untuk pelajar asnaf dan miskin (B40) khususnya daripada Alumni, NGO, MAIDAM, Masjid, Bank Rakyat dan juga zakat daripada bekas guru-guru.
  • Penyelaras Biasiswa Yayasan Peneraju Tunas Geliga dan sentiasa membimbing pemegang biasiswa untuk sentiasa memacu kecemerlangan akademik.
  • Penyelaras Biasiswa Yayasan Khazanah (Elaun Geran Bestari) kepada 2 orang pelajar ting.3 yang terpilih dan sentiasa memantau perkembangan pembelajaran khususnya pencapaian akademik pemegang biasiswa tersebut.
  • Penyelaras Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) pelajar-pelajar tingkatan 1 2021.
  • Penyelaras Tabung Kebajikan SESMA (tabung sumbangan kewangan guru-guru untuk membantu anak-anak syurga B40 SESMA yang memerlukan).
  • Penyelaras Program Cakna Prihatin untuk Anak-Anak Syurga B40 (membeli keperluan persekolahan pelajar seperti cermin mata, kasut, pakaian sekolah, kupon makan anak yatim dll).
  • Penyelaras Program Ziarah Cakna (PZC) dan sentiasa ‘turun padang’ bersama pihak pengurusan sekolah – melihat sendiri keadaan keluarga pelajar dengan kunjung cakna ke rumah pelajar yang mempunyai sebarang permasalahan khususnya anak-anak pelajar B40 dan seterusnya mengeratkan hubungan warga sekolah dengan keluarga pelajar.

Melibatkan Diri Dalam Program Kerjasama Alumni

Fuhh memang banyak tugas dan tanggungjawab cikgu Che Zulaini ni, selain itu juga beliau merupakan Penyelaras Program ‘SABEEL’ SESMA-ALUMNI, iaitu satu program di mana kerjasama Unit Bantuan dan Kebajikan sekolah yang diterajui oleh pegawai ini dengan kerjasama Persatuan Bekas pelajar SESMA. Matlamat program ini ialah untuk membantu pelajar B40 yang kurang berkemampuan dalam meneruskan sesi pembelajaran dengan lebih baik dan efektif tanpa memikirkan permasalahan yang dihadapi khususnya bantuan dari segi kewangan. Penyaluran bantuan kewangan secara tetap dan motivasi daripada alumni sekolah disalurkan kepada pelajar yang kurang berkemampuan dan terdiri daripada golongan berpendapatan B40.

 

Cikgu Che Zulaini juga menguruskan bantuan dan kebajikan secara bulanan kepada 77 orang pelajar B40 (kebanyakan terdiri daripada pelajar asnaf, anak yatim piatu dan yatim) yang terpilih menjadi anak angkat kepada ALUMNI yang berjaya mengharumkan nama sekolah dan menjadi kebanggaan negara.

 

Program SABEEL ini telah bermula sejak tahun 2014 hingga sekarang, yang mana ia telah memberi impak yang sangat tinggi kepada penerima bantuan tersebut iaitu sebahagian daripada mereka (penerima tajaan alumni ini) telah melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti Ireland, Kanada, US, UK, Jepun, Perancis dll serta universiti tempatan juga.


Cikgu Che Zulaini juga giat melaksanakan program dengan kerjasama Alumni dalam membantu menaikkan nama sekolah dan melestarikan kecemerlangan ilmu untuk adik-adik Junior seperti  program ‘Smart Sharing Session’ bersama Alumni yang berjaya dalam bidang kerjaya yang diceburi khususnya memberi titipan motivasi kepada pelajar  yang akan menduduki penting seperti peperiksaan SPM serta perancangan halatuju kerjaya dan masa depan adik-adik junior.

 

Jalinan Bersama Ibu-Bapa & PIBG 

 

Bukan hanya dengan pelajar sahaja, Cikgu Che Zulaini juga menjalin ukhwah yang erat dengan ibubapa dan membolehkan pelbagai program dijalankan dengan mudah, beliau juga memang cakna tentang pelajar dengan menyelesaikan masalah, bukan sahaja pada pelajar tersebut tapi juga kepada keluarga pelajar yang punya masalah emosi dan kewangan

Sebab tu lah, Cikgu Che Zulaini sememangnya disenangi dan pandangannya sangat dihormati bukan sahaja dari ibu-bapa yang terlibat, malah dari semua ibu-bapa pelajar SESMA. Beliau sanggup luangkan masa dan menyumbang tenaga melawat ibu-bapa/penjaga pelajar yang menghadapi masalah bagi memastikan pelajar-pelajarnya tidak runsing dengan keadaan keluarga mereka 

 

No wonder, keakraban cikgu Che Zulaini dengan ibu-bapa sangat utuh walaupun anak-anak mereka sudah habis belajar dan telah melanjutkan pelajaran ke universiti, beliau masih saling hubung-menghubungi. Selain itu, cikgu Che Zulaini yang juga merupakan AJK PIBG sentiasa membantu pihak PIBG dan pihak sekolah dalam memastikan aspek kemenjadian murid diutamakan khususnya dalam menjaga kebajikan para pelajar khususnya anak-anak syurga B40

 

Membimbing Pelajar Secara Menyeluruh dan Hubungan Erat Sesama Guru


Bila qaseh baca semua ni rasa macam fuhhh cukup ke masa cikgu Che Zulaini ni dalam memberi tugas dan tanggungjawab yang besar, tapi beliau sememangnya seorang cikgu yang sangat komited dan bertanggungjawab mana tak nya beliau memberi bimbingan menyeluruh kepada semua pelajar tak kira siang atau malam, di sekolah mahupun di asrama

Untuk pelajar bermasalah, cikgu Che Zulaini mengurus program motivasi kepada semua pelajar sepanjang tahun supaya masalah dapat diatasi dengan cemerlang, dan disebabkan itu beliau berjaya membawa banyak pencapaian murid dan sekolah diperingkat kebangsaan dan antarabangsa 

 

Cikgu Che Zulaini juga mengadakan PLC dan juga perkongsian pintar bersama rakan-rakan guru di sekolah dan sekolah lain dan beliau telah menjadi role model kepada rakan sekerja dalam kerja buat di sekolah termasuk menjadi rujukan kepada guru-guru SESMA dan SBP lain. 

 

Pengalaman Manis Sepanjang Menjadi Guru

 

Sebagai seorang guru dan kaunselor, cikgu Che Zulaini berkata hampir 12 jam beliau berada di sekolah sebagai seorang guru dan mendidik, bertugas di sekolah yang menjadi kebanggaan negara @ School Of Global Excellence yang memberikan fokus kepada kecemerlangan akademik dan kemenjadian murid menjadikan beliau sentiasa sibuk dengan urusan seharian, ini kerana pelajar berada sepenuh masa di asrama, siang dan malam guru disekolah. 

 

Cikgu Che Zulaini mendapat kepuasan kerana dapat berbakti kepada anak-anak syurga SESMA, khususnya B40 dalam menjaga kebajikan mereka. Walaupun kadang-kadang waktu hampir senja, tidak kira masa menyelesaikan masalah pelajar sehingga pernah sehingga jam 11.30 malam.

Dalam masa yang sama, beliau rasa seronok bila dapat membimbing pelajar ke arah perlakuan yang positif khususnya pelajar tingkatan 1 yang baru mendaftar ke sekolah asrama penuh. 

 

Pernah ditanya oleh ibu-bapa pelajar kerana anaknya ingin berpindah sekolah, “ apa yang telah cikgu Che Zulaini lakukan sehingga anaknya berubah fikiran dan tak ingin berpindah” , beliau hanya menjawab melalui bimbingan sahaja dan beliau bangga dapat membimbing ke arah yang lebih baik. Cikgu Che Zulaini memang sangat menjaga kebajikan pelajar dan selalu turun padang memberi bantuan kewangan dan menziarahi keluarga mereka 

 

Anak-anak Syurga SESMA Seperti Anak Sendiri

 


Mempunyai anak syurga seramai 579 di asrama sudah dianggap sebagai anak sendiri, jiwa beliau untuk mereka yang menerapkan konsep empati, beliau sayang anak-anak syurga SESMA dan terlalu dekat dihati, nampak begitu sayangnya cikgu Che Zulaini pada pelajar-pelajarnya dan sesuai dengan jiwa beliau sebagai seorang kaunselor dan beliau juga tidak pernah berkira dengan waktu demi menjadi guru terbaik supaya anak didik beliau sempurna didikannya.

 

Harapan Cikgu Che Zulaini 

 

Harapan beliau, walaupun tugas guru pada hari ini penuh cabaran dan memerlukan komitmen yang sangat tinggi dalam diri seorang guru, beliau berharap beliau akan terus membantu anak-anak syurga beliau dalam membentuk sahsiah, akhlak, peribadi dan semuanya yang baik-baik dalam diri mereka. 

 

Antara Pencapaian Cikgu Che Zulaini 

 


 


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates