• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum

Sekarang dah tak macam dulu kan, semuanya dalam norma baru, kena ikut S.O.P dan sebagainya, memang sangat perlu supaya kita dijauhkan dari Covid19 tapi dalam masa yang sama kegiatan harian jadi melecehkan lebih-lebih lagi bab kesihatan, susulan rawatan dan sebagainya sebab hospital kerajaan perlu mengurangkan pesakit yang hadir dalam satu-satu masa

Ramai yang mengalami kesukaran lebih-lebih lagi mereka yang selalu mendapat rawatan physiotherapy, occupational therapy dan speech theraphy, tapi ada ke tempat rawatan selain hospital ? Haa mestilah ada, bagi korang yang ada masalah kesukaran untuk mendapat rawatan sebegini, qaseh nak kongsikan tentang iREHAB.

iREHAB Stroke and Physiotherapy Center

Di iREHAB ni, korang boleh meneruskan rawatan susulan yang disyorkan. Rawatan susulan sangat-sangat penting lebih-lebih lagi yang berisiko, seperti pesakit selepas stroke perlu meneruskan rawatan susulan kerana rehabilitasi adalah satu keperluan.

Ada pelbagai rawatan seperti Lokomat Theraphy, Physiotheraphy, Occupational Theraphy, Speech Theraphy, 24 hour nursing care, transport service dan lain-lain.

Jadi, diatas kesukaran korang, iREHAB menawarkan pakej rawatan dengan harga terendah untuk korang yang memerlukan supaya korang masih boleh menghadiri sesi rawatan dengan kerap untuk membantu penyembuhan.

Qaseh setuju, rawatan susulan sangat-sangat penting, risau bila kita biarkan nanti akan timbul masalah kesihatan yang sama atau lebih memudaratkan, dan iREHAB memang tempat yang sangat profesional dan bagus untuk dapatkan rawatan.

Lagipun untuk berurusan dengan iREHAB ni sangat mudah, korang hanya perlu tunjukkan kad temujanji hospital korang dengan tarikh yang korang hadiri atau perlu hadiri untuk dapatkan diskaun di iREHAB

Boleh hubungi iREHAB sekarang di nombor 012-9061690 @ 017-9880324 untuk membuat temujanji

 

More info :

Web : https://www.irehab.com.my 

FB : https://www.facebook.com/irehab.neurocare/

IG : https://instagram.com/irehab.neurocare  

Bubble Tea memang sudah tidak asing lagi dikalangan pecinta minuman di Malaysia. Bahkan semakin hari semakin banyak minuman bubble tea ini yang muncul. Masing-masing dengan gaya penyediaan minuman yang berbeza dan sedikit sebanyak membuatkan kehadiran minuman jenis ini tampak semakin meriah.

Tak dinafikan, minuman jenis Bubble Tea atau teh buih ini merupakan salah satu menu minumana yang agak sedap untuk di minum. Sebab itu ia mudah mendapat perhatian ramai dan semua golongan boleh dikatakan amat suka dengan rasanya. Dahlah sedap, ada pula topping untuk dikunyah. Ini semua membuatkan minuman ini sukar untuk dilupakan. Mudah cakap, sekali rasa nak lagi dan lagi. 


Bubble Tea ini masuk ke Malaysia sudah lama. Nama bubble tea ini berasal dari rupa minuman itu sendiri di mana ianya akan berbuih seakan gelembung apabila digoncang. Yang lebih best, dekorasi premis dan rupa minuman itu sendiri memang agak ohsem. Boleh dijadikan tempat chill bersama teman-teman dan tempat untuk bergambar bersama yang tersayang juga. Duduk nikmati minuman dalam suasana santai dengan rasa minuman yang best, memang seronok. 

Sebut tentang bubble tea ataupun teh buih ini, pastinya KOI Thé akan menjadi salah satu perkara pertama yang muncul di fikiran. Manakan tidak, KOI Thé ini boleh dikatakan sangat terkenal dengan bobanya yang kenyal.

Koi The’ di Malaysia, diangkat sebagai salah satu kedai bubble tea yang bagus kerana kjedai ini telah berjaya mendapat feedback review yang baik baik dari para pelanggannya. 

Pasukan dari Koi The’ ini boleh dikatakan benar-benar serius dalam menyajikan teh susu berkrim terbaik. Di samping itu, ia turut dilengkapi dengan toppingnya yang sangat cantik dan sangat kenyal!

KOI Thé Dengan Minuman Baru - Biscuit Milk Teas


 

Berita baik untuk para peminat minuman bubble tea dari KOI Thé , kini mereka telah menambahkan satu lagi pilihan minuman baru ke dalam senarai menu mereka. Minuman yang dimaksudkan ini adalah Biskut Susu Teh yang agak rare dan menarik! 

 

Ia turut dikongsikan melalui laman Instagram rasmi milik KOI Thé  dan ramai dikalangan netizen meneka bahawa teh susu biskut baru ini diisi dengan serbuk Lotus Biscoff!

It comes with two beverages: Biscuit Milk Tea and Biscuit Ovaltine. Only available at selected outlets in Klang Valley, Penang and Malacca. “Our new launch drink - Biscuit Milk Tea Overwhelmingly delicious with lotus biscoff biscuit crunch from Belgium as topping and lotus biscoff” 

Pertama kali diperkenalkan pada bulan Julai di KOI Taiwan, minuman tersebut telah menjadi perhatian utama dalam kalangan dunia pecinta minuman Bubble Tea. Dan sekarang mereka membawa minuman ini dengan penuh kemeriahan ke Malaysia! 

Yup! Its true! Kini telah hadir satu lagi variasi rasa untuk minuman sebegini buat para peminatnya. Lepas ni, bolehlah cuba minum dan kalau sedap serta menepati citarasa, nanti boleh datang minum lagi dan lagi. 



Mujurlah juga KOI Thé ini buka banyak cawangan, kalau satu jer alamatnya terpaksa kena beratur panjang sampai berjam-jam. Alamak. Lagi-lagi kalau time KOI Thé tengah sibuk perkenalkan minuman baru begini, mesti ramai yang berpusu-pusu untuk beli dan cuba buat pertama kali.

Tapi buat apa nak susah payah. Tahu tak yang KOI Thé ini turut ada menawarkan pemesanan secara atas talian untuk dihantar secara terus oleh mereka kepada pelanggan yang memesannya. 

Now you can also order for KOI Thé in online by FoodPanda Malaysia as the delivery takes very less time and your Koi drinks remain unspilled. What you need to do is to choose your favourite bubble tea and then koi food delivery will save your day. 


Melompat suka nampaknya semua Bubble Tea lovers! Yang pasti walau ada banyak minuman yang hampir serupa but KOI Thé will always be the classic drinks in Malaysia


Dengan Foodpanda, untuk lokasi dalam area Kuala Lumpur ni memang sangat-sangat beruntung. Hanya dengan menggunakan hujung jari boleh terus buat pesanan dan tunggu saja minuman kegemaran tiba dengan sendirinya di depan pintu rumah masing-masing. Sangat senang dan sangat best! 

 

 

Korang tahu tak banyak sangat khasiat minyak kelapa dara kepada kita, boleh dijadikan sebagai supplement dan juga dalam kecantikan. Waktu mengandung dulu qaseh amalkan minyak kelapa dara sebagai supplement sebab orang kata ia bagus untuk ibu dan juga bayi,dan alhamdulillah takde kesan sampingan pun

Sebenarnya ramai dah mula sedar betapa pentingnya mengamalkan gaya hidup yang sihat kan, bukan hanya dalam pemakanan tapi dalam kecantikan juga. So far qaseh memang elakkan skincare yang ada bahan-bahan kimia yang boleh buatkan kulit qaseh breakout. Ngeri sebenarnya bila baca kesan buruk bahan kimia pada kulit ni.

Apa Itu AVCO dan kelebihan AVCO dalam kecantikan


So hari ni qaseh nak share tentang AVCO dari D’Aura iaitu Aromatic Virgin Coconut Oil. Qaseh suka sebab AVCO ni multi funtion tau. Avco ni khas untuk sapuan luaran sahaja ye, teksturnya adalah cecair. Macam yang qaseh bagitau ianya boleh digunakan dengan pelbagai cara untuk rambut boleh, untuk kulit lagi lah boleh.

Avco ni hanya di tambah aroma je, sebab tu namanya Aromatic Virgin Coconut Oil dan hanya ada dua aroma iaitu Floral Fresh dan Morning Dew. Qaseh cuba yang floral fresh.Bau dia tak kuat sangat tau ~ harum tapi still lagi bau minyak kelapa dara, sebab ia hanya menggunakan 1% natural plant extract fragrance dan 99% adalah minyak kelapa dara asli. Langsung tiada bahan kimia tau.

 Sebenarnya hari ni qaseh nak kongsi cara qaseh menggunakan AVCO dalam kehidupan harian qaseh.

1. Makeup Remover

Kebiasaannya memang qaseh lebih selesa menanggalkan mekap menggunakan oil cleanser sebab memang berbeza bila hanya mencuci dengan cleanser biasa yang mana ia tak sepenuhnya menanggalkan mekap. Bila menggunakan AVCO ni dia bukan hanya dapat mencuci mekap kita tapi memberi protein kepada kulit



2. Masalah Rambut

Okay, untuk rambut pulak qaseh apply juga untuk Rayyan, rambut kitorang ni jenis halus lurus so kadang-kadang rambut jadi mudah kering. Cara yang mudah hanya apply je AVCO ni so rambut jadi lebih lembut dan lembab. Selain tu, bagus untuk kulit kepala dan juga dapat menguatkan dan melebatkan rambut. Hope masalah rambut gugur qaseh makin berkurang !

3. Pelembab Muka


Serious jimat duit qaseh bila guna AVCO ni haha, semua boleh tau. Korang tahu kan pelembab muka dipasaran memang agak pricey lah harga dia, dengan AVCO ni korang ambil sikit je dah mampu memberi kelembapan pada kulit. Bagus tau sebab ia boleh kurangkan kedutan pada muka, memudarkan parut jerawat, anti - penuaan , menghalang pori-pori kulit tersumbat dan kulit qaseh rasa lebih lembab dan sihat.

Psst : Qaseh pun ada buat serum sendiri tau guna AVCO ni, just campur dengan essential oils fav qaseh. So qaseh dilute dengan AVCO, tak payah dah nak beli serum mahal-mahal.

4. Pelembab Bibir

Selain tu qaseh gunakan sebagai pelembab bibir. Sebelum tidur qaseh memang letak di meja sisi katil, haaa senang kot-kot terlupa sambil baring pun boleh apply. Kulit qaseh memang selalu kering (jenis tak suka minum air masak :p ) so cara paling mudah adalah sapu je AVCO ni, bibir lebih lembab dan masalah bibir kering selesai.

5. Body Oil / Losyen

Korang juga boleh apply AVCO ni di bahagian kulit yang selalu kering, biasanya di bahagian siku, tumit, lutut, kaki dan sebagainya. Boleh juga sapu di perut, sebab qaseh ada stretch mark :( so ia juga membantu mengurangkan stretch mark yang ada. 

Itu antara tips yang korang boleh cuba juga dirumah, sebenarnya banyak lagi manfaat AVCO ni kepada kita dan ianya boleh digunakan seisi keluarga. Kalau korang ada masalah kulit sensitif lagi lah sesuai sebab ia langsung tak menggunakan bahan kimia yang boleh buatkan kulit korang triggered.

Boleh tengok video tutorial bagaimana qaseh apply AVCO ni dalam kehidupan harian qaseh, happy watching !

 

https://youtu.be/TjZPB_KzYdQ 


AVCO ni bagus untuk kecantikan sebab ia kaya dengan Antioksidan yang menghindar atau melambatkan proses kerosakan sel dan mampu menjadikan kulit, kuku, rambut sihat. Kulit kering pun jadi lebih lembab dan memperbaiki kandungan lemak dalam kulit disamping menganjalkan kulit. Toink-toink kulit korang tau !

Tapi yang paling best bagi qaseh tentang AVCO D’Aura ni, ia cepat menyerap dalam kulit, hampa janganlah apply banyak sangat nohhh, sikit je dah memadai. So jangan lah risau, muka korang takkan berminyak punya lah!

Mana nak dapatkan AVCO D’Aura ni ?

Korang boleh dapatkan di www.daura.com.my . Oh ye harga AVCO sangat murah ye tapi boleh pelbagai guna, hanyan RM22.90 je - 50ml. Sumpah berbaloi-baloi !


Assalamualaikum

Bila cerita tentang susu ibu ni kadang-kadang boleh buat kan kita sebagai ibu-ibu rasa down kan, lebih-lebih lagi bila kita rasa susu badan merudum tapi tak ramai yang memahami, sehingga ada yang cakap ibu pemalas, tak jaga makan, tak minum banyak air dan sebagainya. Eyy geram je nak sumbat puting anak dalam mulut depa ni

Tapi seriously, breastfeeding journey ni memang sangat menguji, dengan puting melecet,bengkak susu dan sebagainya. Qaseh dulu perlukan milk booster tau untuk tambah susu badan, orang dulu-dulu pun ada milkbooster tapi melalui petua lama lah, haa ko rajin ke nak rebus-rebus segala akar kayu bagai heheh

Tapi sekarang mudah sangat, pelbagai milk booster yang ada, cuma malas dengan rajin je, ada yang jenis makan atau minum ni tapi selalunya lupa jugak nak makan, haih susah betul nak konsisten kan, dah ibu-ibu tak payah risau sekarang milk booster hanya sapu-sapu je ! Seriously hanya menggunakan teknik sapuan sahaja, sapu-sapu je dengan menggunakan Melkful Breast Oil by Pump It.


Apakah Melkful Breast Oil ?


Melkful Breast Oil ni adalah milk booster dengan teknik sapuan. Tekstur berasaskan minyak, dan bahan kandungan yang ada dalam Melkful Oil ni adalah 100% tumbuhan semulajadi, minyak yang berasaskan dari tumbuhan dan bunga untuk meransang dan meingkatkan pengeluaran susu ibu. Jadi memang tiada bahan kimia merbahaya,selamat digunakan.

Sebagai pengguna essential oil kan qaseh memang percaya minyak berasaskan tumbuhan dan bunga mampu meransang dan meningkatkan hormon, positive vibes , menenangkan dan sebagainya untuk badan kita tanpa kita sedar, bila kita cuba eh rasa macam lega sangat.

Macamana Melkfull Oil ni berfungsi, macam magic je sapu-sapu keluar susu kan ? Sebab gabungan sumber semulajadi yang ada dalam Melkful Breast Oil ni menyokong sistem hormon untuk menggalakkan Prolaktin, hormon pengeluaran susu, so ia akan tingkatkan lagi bekalan susu ibu secara sihat.

Seriously jadi ibu bukan mudah, cabaran mengandung, cabaran melahirkan anak dan ditambah pula cabaran menyusukan anak, cabaran ni memang sangat beri tekanan kalau kita tak mencari penyelesaian untuk diri kita sendiri.


Jadi, bahan semulajadi memang akan membantu ibu-ibu lebih relaks, santai dan sebagai sokongan emosi untuk lebih kuat dan dalam masa yang sama mendorong Oksitosin, hormon pengeluaran susu ibu yang mana akan melancarkan pengaliran susu ibu dengan cepat.

Tengok petua orang lama mereka pun guna alam semulajadi tapi sekarang nak mudah beli je haaa, buat apa susahkan diri heheh


Melkful Breast Oil ni hanya untuk luaran sahaja tau, guna bila perlu dan caranya sangat mudah,hanya sapu di kawasan payudara (elakkan nipple area).Korang boleh guna 2 kali sehari selepas menyusu atau pumping. Boleh tingkatkan penggunaan bila perlu dan berhenti jika pengeluaran susu makin okay, Melkful Breast Oil ni juga boleh digunakan untuk mengurut spine.

Macamana Melkful Oil ni berkesan? Bila korang apply di payudara (seeloknya di kawasan atas payudara, elakkan kawasan nipple) bahan kandungan herba dan tumbuhan tu akan diserap kedalam saluran darah melalui liang roma untuk meningkatkan pengeluaran susu, sebab tu ia berkesan lebih cepat

Qaseh suka lah milk booster jenis sapuan ni sebab kalau ikut pengalaman sendiri memang akan terlupa untuk makan atau minum milkbooster lebih-lebih lagi yang kena bancuh, haa tak semua juga ibu-ibu suka minum susu, so dengan teknik sapuan Melkful ni inshaAllah nursing mom akan konsisten dan pengeluaran susu ibu makin lancar, ibu happy anak lagi lah happy

Kalau korang nak tahu lebih banyak testimoni ibu-ibu yang dah cuba sendiri Melkful ni, boleh layari www.pumpit.com.my


More Info :

Website :  www.pumpit.com.my
Facebook : www.facebook.com/PUMP-IT-Malaysia
Whatsapp no : +601126028784


Hai korang semua, ingat tak tahun lepas McDonald’s Malaysia membuat kejutan yang wow dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari rakyat Malaysia dengan menukar papan tandanya kepada MEKDI di cawangan yang pertamanya di Bukit Bintang.


Kali ni sempena Hari Merdeka dan juga Hari Malaysia, McDonald’s Malaysia sekali lagi menzahirkan jiwa ‘Malaysianya’ yang membara dengan menukar papan tandanya kepada MEKDI di 16 cawangan yang terpilih. Haa kalau korang tengok tiba-tiba McDonald’s tempat korang dah berubah tu, jangan terkejut lah ye, jangan lupa selfie dan ootd sekali okay !

Dengan rasminya McDonald’s Malaysia telah mengumumkan berita ini pada satu majlis yang berlangsung baru-baru ini di restoran McDonald's Pandu-Lalu Putrajaya yang juga sebenarnya sempena dengan ulang tahun McDonald’s Malaysia yang ke-38 tahun.


Kenapa cawangan korang tak terpilih ? Haa tu la ~ siapa suruh tak undi. Sebenarnya penukaran papan tanda kepada MEKDI ni adalah berdasarkan undian rakyat Malaysia yang sememangnya berjiwa Malaysia, thats why 16 cawangan sahaja terpilih setakat ini, tapi jangan risau korang, McDonald’s  Malaysia kan selalu datang dengan kejutan ~

Antara Cawangan yang Terpilih :

1. McDonald’s Bukit Bintang
2. McDonald’s Titiwangsa
3. McDonald’s KLCC
4. McDonald’s Putrajaya, Presint 2
5. McDonald’s Kuala Selangor
6. McDonald’s Greenlane, Penang
7. McDonald’s Jln Gopeng, Ipoh, Perak
8. McDonald’s Stulang Laut, Johor
9. McDonald’s Kulai, Johor
10. McDonald’s Kuala Pilah, Negeri Sembilan
11. McDonald’s Taman Buaya, Malacca
12. McDonald’s Teluk Cempedak, Pahang
13. McDonald’s Kota Bahru, Kelantan
14. McDonald’s Kuala Terengganu, Terengganu
15. McDonald’s Kuching 1, Sarawak
16. McDonald’s Api-Api, Kota Kinabalu, Sabah


Teringat yang pertama kali dulu, memang sambutan dari rakyat Malaysia ni terbaiklah, qaseh pun suka papan tanda baru MEKDI ni, sangat sebati dengan jiwa Malaysia, kadang-kadang kena ada kelainan jugak kan, tapi yang penting kelainan yang positif. Nampak tak McDonald’s ni selain berjiwa Malaysia sebenarnya berjiwa muda jugak lah kan hehe

Menu Baru : Nasi Lemak McD Rendang Ayam dan McFlurry Cendol  


Sedapnya nasi lemak! Makanan yang memang kegemaran ramai rakyat Malaysia yang jarang lah kita nak tolak kan, kini sempena bulan kemerdekaan juga, McDonald’s Malaysia memberi sentuhan baru yang mana kita boleh pilih Rendang Ayam bersama Nasi Lemak! Fuyooo bukan biasa-biasa ni siap ada rendang lagi ha, macam biasalah tak lengkap Nasi Lemak kalau tiada ikan bilis rangup, timun segar dan telur goreng bersama sambal pedas.

Selain tu, kita boleh juga pilih Nasi Lemak McD bersama kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger.

McDonald’s Malaysia juga menambah menu baru tau korang, wah macam sedap je yang ni, qaseh kena cuba nanti ni. McFlurry Cendol baru, eeee dengar nama pun dah sedap, wei boleh lah habaq dekat kawan-kawan, kalau dulu selalu lepak cendol bawah pokok ceri, sekarang dah boleh tukar, jom makan cendol di McD haha hebat kan.


Keenakan McFlurry Cendol ni ada rasa gula melaka, cebisan kelapa, vanilla berkrim cair, dan jeli cendol. Lagi best, ada menu yang di bawa kembali iaitu Pai Jagung dan Aiskrim Cendol. Fuhhh nanti nak pergi serbu, kena beratur awal-awal, Mcd ni memang selalu penuh oii.



Jadi korang jangan lupa cuba menu-menu baru ni k, jom kita lepak makan cendol McD je lepas ni hehe. Set Nasi Lemak McD dengan seketul Rendang Ayam dan Teh Ais Limau berharga dari RM16.99, manakala set Nasi Lemak McD dengan kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB) berserta Teh Ais Limau berharga dari RM14.99.


#Mekdi #McDonaldsMalaysia #NasiLemakMcD

Konsep Kita Boleh



Konsep #KitaBoleh diterapkan oleh McDonald's Malaysia di seluruh negara – bermula pada bulan Mac tahun ini – sebagai penghargaan kepada keberanian petugas barisan hadapan yang menjalankan tanggungjawab mereka ketika rakyat Malaysia tinggal di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dengan lebih daripada 14,000 kakitangan di 300 restoran di seluruh negara, McDonald's Malaysia turut mengutamakan pengembangan bakat dan kemahiran tenaga kerjanya. Dengan perancangan untuk membuka 450 restoran menjelang tahun 2025, McDonald's Malaysia juga menetapkan sasaran untuk menambah seramai 10,000 tenaga kerja lagi.

Tq juga McDonals’s Malaysia sebab banyak juga sumbangan mereka kepada komuniti setempat dengan menganjurkan pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru dan juga bantuan kepada mangsa banjir. Melalui Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia menyokong program-program berkaitan pembangunan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Inisiatif lain yang didukung oleh McDonald’s termasuklah program ‘Kembali Ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 53,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.

More Info : www.mcdonalds.com.my 
















Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates