• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum .. holla guys !

First of all , tq Me'nate Steak Hub menjemput #kelabbloggerbenashaari dalam sidang sesi beramah mesra bersama media dalam  meraikan kejayaan pihak pengurusan Place Butcher Resource yang merangkul dua anugerah berprestij yang di terima baru-baru ini di Selangor dan Kuala Lumpur.


Memang patut lah Me'nate Steak Hub ni dapat anugerah sebab kualiti daging yang ada di sini memang berkualiti tinggi tau korang  dan di import dari Australia , New Zealand dan Amerika Syarikat .. Alhamdulillah dapat jugak merasa daging Me'nate ni hihi kenyang sampai ke malam , dan yang selalu menjadi rating tertinggi kat sini adalah daging Wagyu.. Kenapa ? haaa tu nanti uols  datang cuba sendiri k ..

Jadi tahniah kepada Me'nate Steak Hub untuk 2 anugerah berprestij iaitu
  • Malaysia International Business Awards 2017 - Excellence In Western Steak House - Anjuran Dewan Perniagaan Melayu Selangor pada Dis 2017
  • The Brandlaureate Best Brand in F&B - Steak House 2017-2018 - Anjuran Asia Pacific Brands Foundation (APBF) 

Sambil - sambil mendengar sesi Q&A , sambil-sambil mengunyah , kat sini menunya bukan hanya ada daging tau , ada menu-menu lain macam kat bawah ni haaaa , semua makanan sedap weh .. Dalam masa 3 tahun Palace Butcher Resource menambah lagi 3 cawangan dan semuanya terletak di sekitar kawasan Lembah Klang dan Selangor - Ampang Jaya , Setapak , Bandar Baru Bangi dan Shah Alam. 





Sempat lah sis tinjau-tinjau sikit apa yang ada dalam Me'nate Steak Hub ni , bagi korang yang tak pernah  datang dan nak merasa tapi tak tahu macamana nak order ke apa kan (macam aku ni jakun sikit ) 

Konsep sini unik dan berbeza  dari restoren stik yang lain , korang boleh pilih daging yang dah siap di potong ( harga semua dah ada , just pilih mengikut kemampuan ) , dan bila dah di masak tiada cas tambahan untuk itu.. Hanya bayar harga daging tu je lah , boleh di bawa pulang atau makan di restoran . Best kan ! 



Orang kata tak mampu nak makan kat sini sebab harga nya boleh cecah ribu-ribu , nampak tak tu harganya Rm56 je kan .. Tak semua daging kat sini mahal sebab ada harga serendah RM50 ++ sebab tu boleh pilih mengikut kemampuan .. okay ? harap boleh ubah dah pemikiran itu dan jangan lupa belanja aku :p


Syarikat Palace Butcher juga menubuhkan Central Butchery sendiri untuk memotong , mengedar dan membekalkan daging mentah ke cawangan Me'nate Steak Hub yang lain , sempat lah sis menyibuk kat sini hehe dan tengok sendiri cara pemotongan dan penyimpanan , memang terjaga dan thorbaikk !

Nah , jemput tengok lunch kami di Me'nate Steak Hub Setapak ni , korang kena cuba tau sekali sekala belanja orang-orang tersayang .. Yang tak minat daging tu pun boleh makan kat sini sebab ada ikan , ayam , udang kara , pasta dan banyak lagi lah haaa .. tq Me'nate ! Dah lama tak makan ramai-ramai dengan blogger kesayangan tuan hamba ni .. perut kenyang hati pun manyak gumbira .. 






Aku dulu selalu tertanya-tanya apa maksud Me'nate ni .. sebab aku orang pantai timur , negeri aku Menate maksudnya binatang , kalau brgaduh biasa orang akan sebut menate mu ! Haha bukan nak cakap kasar okay , cuba untuk terangkan je :p .. so Me'nate ni ni maksudnya Men Ate , orang yang suka makan daging , bila di ubah dan olah jadi lah Me'nate .. Unik kan ? Lastly , jangan lupa datang di sini dan rasai sendiri sekurangnya sekali seumur hidup ahaks .. okay tq for reading ! 

Semoga terus maju jaya Me'nate Steak Hub dan banyak lagi cawangan di negeri-negeri lain .. yeahhh!!
P/s : selain daging , aku suka pasta dan sup tu , yaAllah sedap gilos .. masih terasa kenikmatan itu .. ok bye ❤️
Assalamualaikum ~ 

Bare for Bare Body Care Set | Baru-baru ni aku telah mencuba dua produk dari jenama Bare for Bare dalam penjagaan diri iaitu Rosemary Body Wash dan Rosemary Lotion . First  mencuba body care set yang lain dari yang lain dari segi bau , feel , dan ketenangan yang di peroleh bila menggunanya , terasa diri berada dalam spa gitu .. Mungkin ada yang belum tahu tentang Bare for Bare produk ni kan , so jom kita rungkai haaa dah macam misteri nusantara heheh


Bare for Bare ni sebenarnya inspired & design in Singapore yang memanfaatkan kebaikan-kebaikan alam semulajadi tulen dan organik .. selama berabad-abad formula botani banyak menyembuhkan pelbagai penyakit dan juga meningkatkan mood , thats why Bare for Bare mengambil pendekatan alam semulajadi kerana percaya ia mampu memberi kekuatan penyembuhan , so it is a Botanical Home Spa !
Oh ye sekarang , Bare for Bare dah bertapak di Malaysia tau , last nanti aku share di mana korang boleh dapatkan produk ni , okay ? Sabar jap dan teruskan membaca hehe .. Bila bercerita tentang alam semulajadi ni , ia sememangnya organik dan bebas dari Paraben , aku percaya ia mampu memberi si pemakai berasa lebih tenang dan selamat di samping memberi kelebihan kepada kulit .. 

Hadir dalam 4 variasi :
💛 Rosemary
💛 Lemongrass & Ginger 
💛 Bergamot & Geranium 
💛 Green Tea

Bau lotion dan bodywash ni lain dari yang biasa aku pakai , dan tak pernah lagi cuba produk yang ada ektrak Rosemary dan juga tak tahu macamana bau dan rasa nya sebelum ni .. so bau nya lebih kurang macam minyak essential ,uols know kan  minyak ni bukanlah wangi sangat kan tapi ia mampu bagi kita rasa relax , tenang , cool gitu ..Bagus untuk aku yang cepat stress dan masuk umur 30 an ni kan ~

Rosemary Relaxing and Hydrating Body Wash 

Oh ye aku betul-betul suka dengan packaging produk ni sebab ia nampak classy dan eklusif juga di datangkan dengan 2 saiz iaitu 300 ml dan 500 ml , jadi aku punya ni adalah 300ml .. kecil , sederhana tak memberatkan beg untuk di bawa ke mana pun .. 

Apa sebenarnya kegunaan Rosemary ni ? Selain dari campuran 100 peratus ektraks botani , Rosemary dapat mencegah kerosakan kulit dan memberi penyembuhan dengan menghilang bakteria dan kulat , selain tu dapat mengunci kelembapan kulit selama 24 jam , melegakan ketegangan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran kolagen yang sihat . 


Bestnya walaupun beberapa jam selepas mandi , bauan yang menenangkan tu masih ada dan terasa sangat segar , ia memang tak memberi kesan berangin atau pun sejuk tapi bauan tu aku sangat impress lah , walaupun guna satu pam je dan yes kulit terasa lembab sepanjang hari .. Lagi best , lepas mandi apply pula lotion ~
 
Teksturnya sangat ok ,  guna sedikit / satu pam tu pun dah cukup memadai 

Rosemary Relaxing & Hydrating lotion 

Kelebihan lotion ni sama juga macam body wash tadi , dapat  mencegah kerosakan kulit dan memberi penyembuhan dengan menghilang bakteria dan kulat , selain tu dapat mengunci kelembapan kulit selama 24 jam , melegakan ketegangan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran kolagen yang sihat 


💜 100% botanical extract 
💜 Infused with pure essential oil 
💜 Paraben Free 
💜 24 hours moisture lock 
💜 Halal certified 
💜 Alcohol free
💜 SLES free
💜 Colourant free

 Tekstur losyen ni sangat lah tidak melekit dan sangat cepat meresap ke dalam kulit tapi ia tidak mengeringkan tau , bila aku sentuh pun terasa lembut dan lembab .. 

Selain dari body care set ni , Bare for Bare juga ada produk - produk lain yang sangat bagus yang korang boleh pilih seperti :

💚 Body Lotion Collection 
💚 Body Wash Collection
💚 Body Scrub 
💚 Body Care Set
💚 Hair Syampoo Collection
💚 Hair Conditioner Collection
💚 Hair Care Set
 

Mana Nak Dapat kan Bare for Bare Produk ni ?



Okay , korang tak perlu susah-susah nak beli dari Singapore .. Boleh dapatkan di :

Local ecommerce marketplaces
💚 LAZADA (http://www.lazada.com.my/shop/ecobliss) 
💚 SHOPEE (https://shopee.com.my/shop/15927978/)
💚 11 STREET (http://www.11street.my/store/bare)

Official Website

Worldwide delivery
www.bareforbare.com


Official Facebook Page (International)
https://www.facebook.com/bare4bare/


Official Facebook Page (Taiwan)
https://www.facebook.com/bare4bare/tw


Instagram
https://www.instagram.com/bareforbare/


Physical Outlets: 


Available in Parkson PLAY UP Advance Fahrenheit88
Available in SASA Outlet (Malaysia)
-Sasa outlets (26 outlets throughout Malaysia


Assalamualaikum .. 

Dah masuk Februari baru dapat mengupdate sambutan hari lahir untuk budak-budak Jan ni ha , untunglah ayah dan anak sama bulan , Umi kena cari gigirl lah ni untuk bulan Jun nanti haha . Alkisahnya sambut hari lahir husband , Rayyan dan www.yanty.my , alang-alang sama bulan sambil berjimba dengan diorang .. hurmm lama jugak la tak jumpa tu pun still tak cukup korum , kak Fiza sobsss nak jumpa Noah ! hehe 

Fikir punya fikir , mana nak sambut hari lahir depa ni , so terbayang-bayang Meatza dalam kepala hotak , akhirnya buat keputusan kita pegi Cheese Banjir meleleh-leleh gitu , geram je aku tengok makanan-makanan yang ada di Cheese Banjir ni hoi , cheese dia meleleh-leleh tu yang mengundang nafsu dan of course nak cuba Meatza ! Yeah tercapai tak makan meatza neh .. ?

Singgah Bakeri RAK di Bukit Beruntung sat untuk beli kek , eh sambut birthday memang kena ada kek ke ? haha sukahati :p
Gerak dari rumah lepas Zohor sebab paling jauh dari Cheese Banjir kena gerak awal haaa tapi orang jauh yang sampai dulu nih , eh nak kena babab nih :p.. Sambil-sambil tu tengok persekitaran kedai sangat santai dan relax , mula-mula masuk ada beberapa pelanggan tengah menjamu selera , tak lama tu eh makin ramai pulak yang datang , nasib baik dah reserve tempat awal-awal .. tq so much Abg Mamu tapi takde jodoh nak jumpa .. next time inshaaAllah :)




Kemudian sampai lah ahli-ahli mesyuarat tingkap haha , tq Kaksue , Abe Eddie , Ty , Fida , Abe Que dan Cikma sudi datang jugak walaupun sendiri bayar haha dapat banje kek je dan tq Kaksue sponsor Pavlova mix fruit dan Lemon , akhirnya yeahh menjadi jugak dan sedap sangat yang perisa Lemon sebab lain dari pavlova lain .. Sangat sesuai di gabungkan manis dan masam hohoho chaiyok2 kaksue  
Seriously sedap gila weh , kalau korang nak order boleh buat tempahan di whatsapp : 0179397536 , cod Putrajaya dan sekitar sahaja
Selamat hari lahir yang dah lepas buat husband , Rayyan dan Ty .. semoga kalian panjang umur , di perluaskan rezeki , di lindungi Allah selalu ... :) tq for everything selama kita bersama .. dah tua-tua ni jangan perasan muda lagi ahaks .. Rayyan takpe , dia je di benarkan muda :p


Lupa pulak minah ni tengah berdiet sakan dan join JK1M hahaha nasiblah sis kena bahan dengan kitorang , redha je lah yang pasti baguih dia ni tabahkan diri , jiwa kental menahan nafsu makan yang bergelora ahaks .. semoga cepat - cepat kurus lah ye , sebab saya nak tuntut janji kfry chicken nanti oikk

Acah-acah malu padahal bila nampak henfon lupa Umi terus , tq Rayyan kerana always behave .. good boy !



OMG tak dapat nak handel dua anak-anak ini kalian , macamana nak bagi adik kat Rayyan ni haha .. sian Humaira baru bagun tido so mood dia masih ke laut lagi
Haaa jeles letewww ~
Jadi anak yang berguna di dunia dan akhirat anakku , jangan lupakan pengorbanan orang tua Umi , ai is sebak sebab tak sangka akan melalui juga fasa keibu bapaan ni , yaAllah semoga kami dapat mendidik Rayyan dengan cara dan jalan yang betul , lindungilah Rayyan dari apapun musibah .. Umi dan Abah sayang Rayyan ketat-ketat tau !


Mana nak sambut birthday di area Cheras ? 

Korang kalau tak tahu mana nak sambut birthday , boleh je sambut di Restoran Cheese Banjir Desa Pandan Cheras ni , tempat pun relax dan santai .. makan pulak cheese tarik , meatza dan banyak lagi makanan best-best kat sini tau ~ yang pasti sangat sedap ! OH YE pada korang yang tak boleh lari dari nasi haha jangan risau ada asam pedas memang kaw betul wei , tapi kena tahan pedas lah kalau tak nangis huuuuu .. pedas yang sedap lah ~ tengoklah antara menu-menu yang kami makan , sowi aku dah lupa nama makanan-makanan ni semua ~

Sambil menunggu makanan tiba , korang di sediakan keropok moni.. sambil2 bermesyuarat tingkat tak sedor dah licin haaa






Asam pedas ni , satu mangkuk boleh kongsi dua orang sebenanrnya sebab portion dia besar dan banyak jugak weh , melainkan kau memang sejenis yang makan banyak hihi
 MEATZA di RESTORAN CHEESE BANJIR , SEDAP KE ???

Okay menu ni aku nak cuba sangat , nama pun agak unik dan menggiurkan .. aku order untuk personal (4slices) tapi boleh makan dalam 3 orang sebab Meatza ni tebal gila daging dia , memang mengenyangkan lah wei korang .. Sedap ke tak ? mestilah sedap sebab tu berbaloi datang sini .. Jangan lupa tau order dan cuba sendiri Meatza bila datang di Cheese Banjir Desa Pandan Cheras ni tau .. bawak family , anak bini semua pakat try rasa haa githewwww


Last but not least , marilah kita bergambar kenang-kenangan di sini sebagai satu memori agar nanti bila di hari tua kita dapat mengenang kembali waktu-waktu kita bersama .. tq korang :) just take care walau di mana pun korang berada .. love u guys , kak Fiza also , blogger friend yang dah lama bersemadi dalam hati ni .. kadang gaduh , kadang terasa hati , tapi tu biasa dalam persahabatan hope yang buruk-buruk kita lempar jauh .. sebab kenangan manis dah banyak kita ukir bersama .. :)
 


Kesian ~ terpinggir hahah


Paling lama tak jumpa Abe la kot .. nanti kitorang p sana , inshaaAllah kami melawat rumah baru abe haha jangan lupa air kosong je untuk Ty ok !



Alamat : Lot G10 , G ,Jalan 1/76 Desa Pandan , 55100 Kuala Lumpur 
Sebelah Shellout (waze je cheese banjir )
Waktu Perniagaan : 10.30 am - 10.30 pm setiap hari 

Parking : Boleh parking depan area kedai atau basement (sejam pertama percuma) kedua dan seterusnya RM1
Assalamualaikum .. 

Kenapa azam orang yang ingin kurus asyik gagal ? dari tahun ke tahun hingga lah tahun 2018 azam sama je kan .. haha macamana nak kurus asyik tak tahan lapar je , bersenam pun malas , pantang nampak makanan pulak tu, kan ? Bila nampak makanan sedap sikit terus cakap kat diri sendiri ''alaa cheat day lah hari ni'' padahal dalam seminggu 4 hari dah cheatday hihi jangan terasa sebab kebanyakan macam tu lah .. 

Kita manusia memang normal kan pantang nampak makanan , walaupun baru lepas bedal makanan, ya ampun macam bela saka gitu tapi bila nafsu makan korang di kawal , automatik korang tengok makanan pun dengan pandangan kosong je. Pandang pun sebelah mata je uols juai mahai tau ! Cuma jangan pulak tak makan langsung nanti tak pasal masuk hospital pulak .. 

Tips nya adalah dengan pengambilan C-Trimax , tak tahu lagi apa benda C-trimax ni ? Ramai dah bagi feedback positif dan memang repeat order je bila dah berkesan dengan mereka .. so hari ni korang dah tahu pasal ni jangan lupa cuba dan kongsikan pada kawan-kawan yang nak sangat kurus ni.


C-trimax adalah satu produk kurus tanpa rasa lapar , mungkin korang pernah cuba produk lain tapi still rasa lapar dan kecundang akhirnya kan , ianya boleh membuang segala toksin di dalam badan secara natural dan mencairkan lemak , korang akan nampak kesan yang lebih ketara bila di selang selikan juga dengan senaman .. Yang penting kena minum banyak air sebab C-Trimax ni akan membuatkan rasa haus .. jangan malas sangat nak minum air k :p 

Kelebihan C-Trimax

  • Menghalang pembentukan lemak 
  • Mengawal berat badan 
  • Mengurangkan dan mengawal selera makan 
  • Menambah tenaga 
  • Melancarkan dan membaikpulih peredaran darah 
  • Membuang toksin dalam badan 
  • Mengawal kolesterol


Yang paling best , C-trimax ni tak membuatkan aku cirit - birit , sebab sesetengah produk kurus memang toilet tempat pertama pergi selepas minum , nampak tak kelebihan C-trimax lain dari lain kan ? Aku dah memang kurus tapi bila aku baca ada part mampu membuang selulit dan cuci sisa lama dalam usus tu , terus rasa wow itu pun boleh so aiols cuba jugak sambil membuat misi untuk menguruskan suami juga .. !





Cara pengambilan C-trimax :

→ Sekotak ada 15 Sachet
→ Bancuhkan 1 Sachet bersama 150ml air biasa
→ 1 Sachet sehari, minum selepas sarapan 
→ Bagi berat 100kg = 3 sachet sehari pada waktu pagi , petang dan malam 
→ Bagi berat 70kg = 2 sachet sehari



Apa rasa C-trimax ni ?

Rasa nya sedap sangat , masam-masam manis buah tau sebab semua kandungan nya dari ektrak buah - passion fruit powder , mix fruits powder , Roselle powder , Guarana extract , Grape fruit exctract , Citric Asid dan Fructose .

Sebab tak lama lagi bulan puasa akan tiba , aku rasa memang wajib ada produk C-trimax ni untuk bulan puasa nanti , amalkan lepas makan di waktu sahur  dan minum air secukupnya sebab C-trimax ni memang kurangkan nafsu makan , lepas tu beri tenaga lebih-lebih lagi yang sibuk bekerja .. Jika sebelum ni kita makan nasi siap bertambah , tapi dengan pengambilan C-trimax ni jumlah makanan yang di suap akan berkurang jadi korang takkan terpedaya lagi dengan nafsu makan yang membuak-buak tu ..

Jadi korang yang mana sibuk bekerja , azam kurus belum lagi tercapai tu boleh cuba tau .. Nanti kena bawak ke tahun hadapan pulak azam tuh hihihi .. nakkan sesuatu tu kena la usaha ye dak , kalau duk goyang kaki tanpa buat apa - apa makin berlemak pulak hehehehe .. nak tahu lebih lanjut , follow facebook / instagram C-trimax di info bawah ni okay :)


More Info :
FB : www.facebook.com/ctrimaxmalaysia 
IG : www.instagram.com/ctrimaxhq
Contact No : 010-3300886

Take note : tidak sesuai untuk wanita mengandung  

Assalamualaikum 

Hakak nurse ni tak tahu ke yang sebenarnya aku trauma sangat nak pegang , haha pegang apakah ? Teeeettttt ! Hihi okayla aku cerita , pada suatu pagi yang hening dah lah lupa kunci jam , husband balik bebel nape tak kunci jam , nanti ramai orang .. dush ! rilek brother , brother rilek ~ dekat je pun kita nak pegi ni .. konon-konon lah nak pergi pukul 9 pagi kan , walhal bukaknya pukul 10 ! haa awal sangat kan haha terpaksa la lepak kedai makan jap makan roti canai , ada hikmah di situ . 

Checkup Rayyan untuk umur 2 tahun kiranya last vaksin dia la .. yeahhhh ingatkan dah takde dah checkup lepas ni rupanya ada lagi huwaaaa (sampai umur berapakah kena checkup ? ) Part paling malas sebenarnya adalah menunggu dan terus menunggu , sebab tu husband kalau boleh lepas subuh dia nak pergi klinik hahah si isteri pulak memang paling lemau lah bab-bab pergi klinik ni .

Mata ketumbit :p


Perkembangan Rayyan di Usia 2 Tahun 

24 Jan hari tu , genaplah umur dia 2 tahun .. so far takde benda sangat yang membimbangkan aku sebab tengok perkembangan dia pun semua okay cuma ada jugak lah part-part merisaukan bila percakapan dia masih lagi tak banyak , maknanya ada part tak boleh sebut dengan betul , gabung ayat yang masih lagi sedikit dan adakalanya keluar bahasa German itu .

Aku ada juga bagitahu nurse semua benda yang aku risaukan ni , tapi nurse kata itu normal sebab perkembangan dia yang lain sangat helok .. ada eye contact , terima arahan dengan jelas , dan semua lah , so yess lega di situ , aku pun masa kecik lambat jugak bercakap , mak aku cakap ingatkan bisu dah .. haha kejam naw bunyiknya .. aku selalu je bercakap dengan dia , dah macam iklan ''burung apa ? burung murai ! burung apa ? burung murai ! burung apa ? burung Rayyan haha bongeknya Umi mung ni kan ..


  • Berat : 12.5 kg
  • Tinggi : 90 cm (ayoyo nak masuk tambun dah kena bayar nak oiii , cepat naw tinggi hahah ikut bapak ! )
Jadi last vaksin dia semalam okay ke tak okay ? Nangis ke tidok anak teruna ni .. seingat aku sekali je dia tak menangis bila kena inject , masa umur 1 tahun kot .. haha dan semalam nangis lah uols tapi sekejap je lah , tu pun macam letusan gunung berapi .. 

Yang nurse tanya kenapa tak pegang tu ni lah dia , kenapa tak pegang Rayyan ? bapaknya yang pegang ~ bukan sebab aku takut atau pun ngeri cuma Rayyan ni kuat lah tak mampu Umi nak pegang bila dia meronta-ronta , sebab pernah sekali tu jarum terkeluar balik tak sempat nak inject , nasib baik tak patah wooo jadi bapak dia ada silalah memikul tanggungjawab itu haha .. 




Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates