• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum dari aku yang bukan penggemar donut tapi ......


Hari ni nak cerita pasal donut , sejenis makhluk yang bulat tapi berlubang di tengah-tengah haha tapi kan seriously aku bukan suka sangat makan donut sebab tak suka gula yang ada tu  , kalau aku makan pun aku akan buang gula-gula yang tersalut tu , macam manis sangat laaa .. well laki aku pun tahu aku kurang suka benda-benda manis .. nampak tak gaya hidup aku yang sihat ! sila contohi aku k .. ish puji lah sikit :p

Tapi , haaa ada tapi weh ! hari tu aku nak pergi supermarket NSK kat Rawang .. dalam perjalanan yang santai sambil bergelak ketawa seperti sebuah keluarga yang bahagia , aku ternampak satu kedai ni ... kedai ni biasa-biasa je macam kedai orang jual nasi lemak pagi-pagi tu kan ~ tapi yang berbuat aku tertarik adalah ramai gila orang beratur ! mashaaAllah ada sale ke apa haha dan terpampang ''DONUT PANAS"

Lepastu laki aku macam tak percaya kenapa ramai sangat orang beratur , ''sedap sangat ke donut tu'' , ''ke ada jual benda lain jugak'' , ''ke ada sale clearance eh kau ingat shopping compex ke'' haha dan macam-macam berlegar-legar dalam kepala otak sang laki bini ni sambil bermonolog , tapi tak singgah lagi sebab ramai la pulak ! 


Seminggu kemudian ~ alang-alang selalu beli barang dapur di NSK , kali ni kami bernekad ! yeahh nekad nak meminang donut panas tu .. kali ni hampir ramai jugak , HAMPIR k !! kalau ramai macam malas nak beratur so laki aku pun beratur lah sambil jenguk-jenguk kuih apa lagi yang ada .. ternyata hanya DONUT semata-mata .. so dia pun beli lah 2 3 ketul .. 

Dengan muka bahagia datang ke arah kereta , sambil bercerita .. memang donut je ada , tapi memang fresh dari ladang lah sebab dia akan goreng atas permintaan , so boleh makan panas-panas gitu tapi nak kena tunggu sejuk jugak sebab sayang mulut takut melecur kahkah !!


Bapak besau Donut kat sini , ingatkan macam biasa kecik-kecil comel macam aku tu kan hikhik , tapi yang best nya ada 3 perisa .. coklat , gula dan caramel ~ kalau salut gula awal-awal aku tak mau sebab tak suka tapi caramel yang coklat yeahhh aku terjatuh cinta .. masuk mulut yaAllah lembut nya donut ni , ni donut ke marshmellow haha over pulak tapi serious ah sedap dengan salutan coklat tu phewww daebak ! 

Mana nak cari donut yang  sedap dan mengikut selera aku ni ? akhirnya aku terminat pulak dengan donut kat kedai ni .. yeyyyy besau pun besau tau , dan harga nya RM1.50 sebijik berbaloi lah dengan saiz dan rasa tu kehkehkeh pejam mata je beli .. 



Nampak tak ! terliur letewww haha sedap wehh fuhh masuk mulut dengan panas-panas cenggitu memang umphhhh .. hari baru aku google pasal donut panas ni , rupanya dah banyak cawangan depa .. yang kat Sg Choh Rawang ni baru je bukak .. patutlah sebelum ni aku tak pernah nampak pun kedai ni .. cawangan-cawangan lain ada di Ampang , Setapak .. haa tu korang cari sendiri kat FB DONUT PANAS

Hati Berbicara :

Psst ni bukan review berbayar k , ni review tulus ikhlas dari aku .. penggemar donut ? boleh cobaaaa sebab ini semua bukan cobaaan ! okbye ~

Donut Panas Sg Choh Rawang 
11 a.m - 6 p.m
Isnin - Sabtu 



Assalamualaikum 

Hai mommy and daddy semua , back to parenting topic lah hari ni ~ just nak cerita perkembangan Rayyan .. biasalah bila berada dalam lingkungan ibu bapa ni , ada yang cerita perkembangan anak depa , umur sekian sekian anak dah boleh jalan , umur sekian sekian anak depa dah boleh duduk , dan banyak lagi so aku pun seronok lah dan kutip ilmu-ilmu untuk di praktikkan sedikit sebanyak .. 

Bila cerita pasal anak ni , Rayyan dari zaman baby hingga ke sekarang 1 Tahun 9 bulan perkembangan dia always positif , dari meniarap , duduk , berdiri dan berjalan semua mengikut perkembangan yang orang kata normal .. cuma aku sebenarnya tak begitu pasti berapa umur anak yang normal bab percakapan ni ..ada terbaca walaupun anak lambat bercakap tapi perkembangan dia yang lain ok , sebenarnya normal ..

Wan Muhammad Rayyan , 1 Tahun 9 Bulan ~

So bila aku buat research perkembangan anak dalam percakapan normal adalah dalam umur 2-3 tahun .. sebab perkembangan anak kita ni lain-lain , kalau anak depa cepat dan anak kita sedikit lambat tak semestinya ia tidak normal ye ibu-ibu so dont worry melainkan sememangnya umur anak dah begitu matang tapi perkembangan dia macam baby lagi .. 

Bab percakapan Rayyan , alhamdulillah nak masuk umur dua tahun ni , perkataan yang dia sebut makin improve .. maksudnya sebelum-sebelum ni dia just tunjuk-tunjuk je tapi aku perasan banyak benda dah dia boleh sebut macam fish , crocodile , lizard , ball , kuku , pipi ,ubat , susu , baju , seluar , air , pampers , abah , umi , boboboi , aliff , baa , taa , car , banana , cat , bye2 , dan  xingat dah apa lagi agak banyak jugak sbnrnya dan siap nak nyanyi lagu'' baby shark doo doo'' , dan lagu'' i am me muah muah muah'' ! tapi harus lah ada pelatnya  haha cuma part nak gabung ayat tu belum lagi .. eh ada dia sebut ''susu nak susu '' dan ''nak air'' wow Umi kagum jap.

Cuma kalau aku suruh-suruh dia sebut or ajar dia cakap sekejap je dia akan ikut , sebab dia rasa macam rimas haha , kecik-kecik dah pandai stress yeee .. biasalah mak-mak pun kadang stress jugak bila orang tanya boleh bercakap ke belum , then mula lah fikir anak aku normal or tak ? haha padahal belum umur 2 tahun kot ! gelabah betol


Tak salah pun kita nak rasa adakah anak kita normal atau tak sebab mencegah itu lebih baik dari merawat . Jadi kalau rasa perkembangan anak tu dah tersasar jauh dari perkembangan yang normal boleh la terus kita refer pada doc , amik nasihat pakar .. kalau doc cakap okay pedulikan kata-kata orang :)

So patut kah aku risau lagi ? nope right sebab makin hari makin improve hehe walaupun Rayyan still tak boleh cakap properly , mulut dia kadang tak reti duk diam ada je bunyi cuma dalam bahasa German campur dengan bahasa Melayu .. then aku harap aku bersedia bila Rayyan banyak cakap nanti hahahaha :p gud boy anak Umi .. 

Cuma part paling best adalah dia faham apa yang kita cakap , bila ada baju kotor then aku suruh letak dalam bakul laju je dia pergi letak kat dapur , atau ada kertas / sampah , aku suruh buang dalam tong sampah cepat je dia g buang , suruh kejut abah paling comel ..tu pun mood rajin , mood malas datang suruh la apa pun buat derk je .. n then kenal anggota badan dia , contoh mata , hidung , kaki semua not bad .. 


Bila anak dah makin dewasa ni takutnya nak hadapi masa akan datang , masa dia masuk sekolah , berjauhan dari aku . yaAllah kuat ke tak .. mesti duk fikir ''camne lah Rayyan kat sekolah hari ni , ada tak orang buli di a, belajar tak dia '' haha yaAllah jauh nya aku fikir .. ! mak - mak kan ! hikhikhik ..

Tips Menggalakan Anak Kecil Bercakap 
  • Berbual sekerap mungkin dengan anak dalam melakukan aktiviti seharian , macam aku Rayyan selalu kacau kat dapur so apa benda kat tangan cakap je kat dia cth '' Umi nak masak , ni sawi , ni carrot , bla3x kadang dia akan ikut dgn betul , kadang pelat cuma dia dan Allah je paham haha
  • Permudahkan pertuturan ketika bercakap , means buat ayat-ayat pendek je sebab sel-sel otak dia tengah berhubung .. tekankan benda-benda asas yang utama 
  • Bercakap dengan anak dari masa ke semasa , dari ayat pendek ke ayat panjang .. cth : ini ikan , ini ikan besar .. 
  • Tanya soalan dan suruh anak membuat pilihan .. sambil kita bercakap dia akan proses perkataan dan jugak objek .. cth : Rayyan nak kereta merah atau kereta kuning 
  • Baca buku cerita , kadang-kadang aku suka baca buku .. then Rayyan nak jugak so aku bagi kat dia sambil aku baca even dia tak faham .. kadang dia acah-acah baca jugak tau haha so tergelak pulak tengok respon dia 
Mengenal pasti masalah anak dalam percakapan 
  • Cara nak kenal pasti tu agak susah sebab setiap anak lain perkembangannya , kadang fikir tsk normal tapi sebenarnya ia hanya sedikit lambat 
  • Julat normal 2-3 tahun , contohnya 4 tahun still xleh bercakap even perkataan mudah sewajibnya rujuk doc atau pun pakar ..
Hati Berbicara :
Umi always doakan Rayyan sihat sempurna dan jadi anak yang berguna dunia dan akhirat dan juga anak-anak mummy n daddy di luar sana juga , ameen :) berat tanggungjawab ,aku sebagai anak pun kadang  cuai , apatah lagi dah jadi Ibu kepada anak .. semoga ibu bapa di luar sana yang sedang di uji kuat dan tabah supaya aku boleh mengambil sedikit kekuatan untuk besarkan anak di zaman yang penuh pancaroba ni .. 


Joyah : Boleh tak kalau aku nak luruskan rambut tanpa rebonding ? Nak relaks-relaks je kat rumah sambil goyang kaki .
Qaseh  : Eh mestilah boleh sebab aku pun ada nak share produk berkesan gila untuk meluruskan rambut tanpa perlu pergi saloon !


Haaa  kalau korang ada kawan-kawan yang punya masalah macam Joyah wajib share produk ni kat diorang tau sebab produk ni memang akan membantu selesaikan masalah korang atau kawan-kawan yang nak luruskan rambut tapi tamo pergi saloon ! Cuma 3 step mudah untuk luruskan rambut lepas tu guna jari pun boleh ~ 

StraightPro | Apakah itu StraightPro ? bila bicara tentang ''rebonding'' mesti melibatkan rambut lurus kan , so produk ini adalah untuk meluruskan rambut tanpa perlu pergi ke saloon , sambil-sambil goyang kaki boleh je buat kat rumah sendiri dengan 3 step mudah je korang , so dalam set ni ada 3 bahan utama iaitu Straightening , Neutralizer dan Sleek & Shine Serum . 

Jaminan wang di kembalikan
14 HARI ❤

StraightPro di formulasikan di Jerman dan telah di luluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) , kesan yang tahan lama serta menggunakan bahan klinikal yang di luluskan dan di syorkan oleh pakar rambut , dan yang WAJIB ia adalah HALAL
[ Cara Penggunaan ]
STEP 1 - Straightening Cream 


Okay , cara-cara nak guna sangat mudah je tau , lagi pula di setiap produk ada dah step yang tertulis , jadi pertama sekali ambil Straightening Cream dan sapukan dengan rata di setiap inci rambut korang tu dan biarkan selama 30-45 minit .. haaa jangan pulak tak menyabor - nyabor belum sampai setengah jam dah nak basuh , lempang kang heheh

Sambil - sambil kita tunggu straightening cream menyerap kat rambut , aku nak share la apa yang boleh dan tips pasal produk ni , so penggunaan StraightPro ni guna seminggu sekali pun cukup jangan lebih-lebih , jika rambut korang tebal gila , still boleh guna produk ni dengan cara sapu dari bahagian belakang rambut  ke depan .. pastikan semua rata alright ! 


Macamana pulak kalau rambut kering ? sebenarnya Straightpro ni memang di rumuskan untuk rambut kering jugak sebab selain dari meluruskan rambut ia juga melembutkan rambut yang kering kontang bak gunung sahara tu .. One more mesti korang risau rambut akan rosak or jadi perang ke lepas guna produk ni ? no no no no ! semua tu takkan berlaku sebab ia tiada bahan pewarna dan tolong mengikut arahan supaya rambut tidak rosak .. cukup 1 kali seminggu (warning ni) 

Okay back to step , bila dah sampai masa yang di tetapkan ~ masa untuk mencuci ! yeahhhh boleh  basuh dan bilas rambut korang bersih-bersih bagi hilang sisa-sisa straigtening cream tadi , bila dah bersih-bersih dah puas hati cuci boleh lah ke step kedua iaitu Neutralizer ~ 


Tekstur straigtening cream macam ni tau , ia agak melekit sikit dan baunya lebih kuat dari yang lain .. tapi jangan risau masih boleh menusuk ke dalam lubang hidung ! nanti dah cuci dan ke step seterusnya bau dari cream ni akan hilang ~ 

Please take note : Elakkan sapu dengan tapak tangan , se eloknya alas / pakai sarung tangan  atau pun guna sikat untuk ratakan ke rambut , dan jangan kena kulit kepala , seeloknya 1cm dari kulit kepala .

STEP 2 - Neutralizer 


Step ke dua , lepas dah basuh rambut tadi , ambil Neutralizer cream pulak .. sama step pertama sapu rata ke seluruh rambut dan biarkan ia selama 30 minit .. selepas itu , basuh dan bilas hingga bersih dan keringkan rambut macam biasa , dan boleh ke step ke-3 iaitu Sleek & Shine Serum. ( yang ni korang boleh sapu dengan tapak tangan )

Berapa lama rambut akan lurus : Bila gunakan StraightPro ni mestilah nak tahu berapa lama rambut akan kekal lurus .. okay rambut korang akan stay lurus dalam jangka masa 3 - 6 bulan , kalau korang jenis jaga rambut tu elok-elok , tak ikat ketat , tak pakai topi  sangat lagi lama jangka masa kelurusan tu ha .. (jika nak iron , iron seminggu selepas penggunaan StraightPro) , Jika nak pakai pomade atau minyak rambut (selepas 3 hari penggunaan StraightPro) 


StraightPro ada kesan sampingan ke ? Takde jika korang mengikut arahan yang di beri , orang kata jangan derhaka .. haha kalau derhaka nanti jadi macam Tanggang :p , bahan asas yang ada pun tiada kesan sampingan sebab ia mengikut standard dan teknologi German. 

Satu set ni bertahan mengikut jenis atau pun panjang dan tebal rambut korang , kalau kerinting dan tebal sangat tu faham-faham lah mesti akan guna lebih dari rambut yang kerinting sikit kannn heheheh 

Tips Berkesan Dengan Cepat - Di galakkan untuk tidak membasahkan rambut selama 3 hari selepas penggunaan untuk rambut kekal lurus .. jangan risau dengan bau rambut sebab serum Sleek & Shine sangat wangi !  


Tekstur Neutralizer Cream ni tak melekit dan agak cair . Baunya sangat wangi berbeza dengan cream step 1 tadi .. jadi boleh cover balik lah bau tadi heheh .. 

STEP 3 - Sleek & Shine Serum 


Last step ! ya Allah bau serum ni wangi sangat tau korang , memang segar gila bila sapu kat kepala sebab bau tu pun macam satu terapi yang menenangkan bagi aku .. letak sikit di tapak tangan kemudian sapu ke serata rambut macam sapu minyak rambut jeee ..  serum ni korang boleh selalu sapu tau sebab ia akan membuatkan rambut berkilat , lembut dan lurus . 


Lurus Kekal Atau Tak ? Bila gunakan StraightPro ni korang jangan fikir ia akan kekal , sebab rambut kerinting tu adalah genetik yang tak boleh di ubah , lagi pun rambut baru akan tumbuh mengikut rambut asal tau .. so bila rambut baru makin panjang boleh apply StraightPro ni lagi ok .. 

StraightPro Sesuai Untuk : 
StraightPro ni adalah kegunaan untuk Unisex , rambut beruban pun boleh guna tiada masalah cuma untuk yang berumur 15 tahun dan wanita yang mengandung tidak di galakkan menggunakan StraighPro ..

TESTIMONI PENGGUNA STRAIGHTPRO 

Nak bagi testimoni aku sendiri tak dapat sebab aurat kan hihihi so boleh tengok testimoni pengguna yang berpuas hati dengan StraightPro ni .. banyak lagi testimoni lain korang boleh tengok di web okay 




More Info :
Web : http://www.straightpro.com.my/
Fb Page : https://www.facebook.com/straightproHQ/
IG : https://www.instagram.com/straightprohq/



Senarai 12 Lagu Yang Layak ke Final Anugerah Juara Lagu 2018 | AJL32 , tu diaaa aku jarang update pasal hiburan ni tapi di sebabkan malam ni terlayan separuh akhir muzik-muzik jadi terajin nak update dalam blog , memang semua lagu dan penyanyi power-power .. kalau aku jadi juri memang pening nak pilih yang mana , tapi aku memang aim Haqiem Rusli akan dapat .. yeahhh akhirnya dia dapat jugak ke final 


Keputusan Penuh Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu 2018 AJL 32 

1. Sejati - Azmi Qaliph Busker 
2. Tergantung Sepi - Haqiem Rusli 
3. Jampi - Hael Husaini 
4. Separuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah 
5. Amboi - Altimet 
6. Sempurna - Syamel 
7. Aku Yang Sebenar - Hazama dan Penglipurlara 
8. Akhirnya Cinta - Salma 
9. Menahan Rindu - Wany Hasrita
10. Aku Cinta - Syamel dan Erni Zakri
11. Bayang - Khai Bahar
12. Warkah Untukmu - Ara Johari 

Tahniah buat semua finalis , memang semua lagu ni power-power dan sememangnya layak ke Final AJL32 yang akan berlangsung pada Januari 2018 .. agak-agak siapalah JUARA Anugerah Lagu yang ke-32 pulak ye .. korang rasa ? haaa tunggu je lah :p 
Assalamualaikum ~ Holla guys ! 


Siapa kata orang kurus tak perlu bersenam ? itu kesalahan besar pada orang kurus yang merasakan dia tidak perlu bersenam sedangkan orang kuruslah berisiko besar untuk mendapat penyakit kolestrol yang tinggi , sebab apa ? sebab selalunya orang kurus macam aku ni pemakanan tak berapa nak jaga , mentang-mentang tak naik berat badan kan , dan paling utama malas bersenam ! 

Jadi untuk mengelakkan dari terkena kolestrol tinggi , selalunya memang aku akan ke padang sekali seminggu sebab selalunya teman anak main bola , berlari keliling padang bola dengan dia haha cumanya sebelum ni aku tak pernah menggunakan pakaian senam yang sesuai dan selesa , kebiasaannya aku hanya memakai track suit bersama T-shirt lengan panjang .. bila berpeluh of course baju lencun dan tak selesa ~ 

Ada ke Pakaian Bersukan Yang Selesa dan Bergaya ?

Korang yang aktif bersukan , jogging , gym , bersenam dan sebagainya mesti pening kan nak pilih pakaian sukan yang selesa tapi dalam masa yang sama nampak bergaya gitu haaa , eh mesti lah bergaya baru lah level confident tu lagi tinggi dan tambah semangat untuk mengurangkan berat badan .. tapi ada ke ? uols jangan risau sebab JONLIVIA ada semua yang korang tercari-cari selama ni .. 

Jadi hari ni aku nak kongsikan kepada korang pengalaman aku dengan Women Avtive Tee Plus dari Jonlivia ni .. ia bukan sekadar baju sukan / senam yang biasa tau .. ia sangat-sangat berkualiti dan seriously sangat selesa ! omaigad peluh hilang ke mana pun tak tau sebab dah di serap habis oleh baju ni haaa  tapi masih lagi tak rasa melekit ! 


NEOHEAT TECHNOLOGY  

Yeah yang aku pakai ni saiz S tau , kenapa aku kata ia sangat berkualiti dan berbaloi sangat bila bersenam dengan Jonlivia Active Tee Plus ni ? sebab utama ia di perbuat dari Teknologi NeoHeat yang mana mampu membakar kalori kita 3 kali ganda lebih cepat dari pakaian sukan yang lain , fuh first time pulak dengar teknologi NeoHeat ni , so korang yang nak membakar kalori dengan cepat tu memang sesuai sangat lah. Material pula dari Neoprene dan Nylon.

ARM POCKET 


Yang bestnya ada ruangan poket di bahagian lengan baju ni , walaupun tengah bersenam tetap nak bawak fon kan , nak letak dalam poket seluar nanti berlari risau jatuh dan tak selesa pulak .. haa letak je kat situ lagi mudah , lagi pun ia takkan jatuh punya .. lagi lah nampak bergaya gitu , if fon korang besar pun muat je sebab aku punya fon ni pun 5.5 inci helok je duduk dalam tu :p 


COOLVENTI TECHNOLOGY 


Bila kita bersukan / bersenam dan pakaian yang tak sesuai akan menyebabkan kita cepat merasa panas dan berpeluh walhal baru je warm up kan so rutin bersenam kita akan terganggu , dengan Coolventi Technology yang terdapat pada baju ni ia akan membuat kan kita cool dan fresh 

NEO ABS TECHNOLOGY 

Yang mana menginginkan 6 packs tu haaaa boleh lah bersenam dengan Active Tee Plus ni , dengan teknologi-teknologi yang terdapat pada baju ni , lagi cepat dapat merealisasikan impian korang , eh eh bukan lelaki je tau inginkan 6 packs haaa jangan memain .. so apa tunggu lagi ! cepat-cepat dapatkan pakaian sukan dari Jonlivia ! 


Jonlivia tercipta bila mana Jon dan Olivia dua individu yang berkongsi minat yang sama dalam menjalani gaya hidup aktif , keseluruhan konsep Jonlivia adalah mengenai ''Gaya , Prestasi & Anda'' Misi Jonlivia bukan sekadar untuk ke arah gaya hidup yang sihat tapi pada masa yang sama akan membuat kan terasa hebat dan bergaya!

Ikhlas dari aku bila memakai ActiveTee Plus ni memang sangat selesa and stay cool walaupun tengah panas , sebab ia meresap peluh dan haba dengan cepat , jadi aku tetap rasa kering walaupun badan tak berhenti keluarkan peluh .. cuma mungkin nanti Jonlivia boleh reka bentuk pakaian untuk muslimah sebab muslimah lebih suka baju yang boleh menutup punggung hehehe , but its okay still dapat cover dengan sweater or jacket .. oh ya baju ni sangat strechable .

Mana Nak Dapatkan Jonlivia ActivTee PLus - Pakaian Sukan Yang Selesa dan Bergaya Ni ?

Web : https://jonlivia.com/
Facebook : www.facebook.com/jonlivia
Instagram : www.instagram.com/jonlivia


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates