• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog


Half Moon Eyes Review | Holla guys , lama dah Half Moon Eyes ni terperap dalam laci , so hari ni terajin sikit nak bermasker muka , so dalam banyak-banyak mask aku nak try Half Moon Eyes ni , by the way sayang nak guna sebab packaging yang sangat cute haha , so cute right ? like me ~ eh !

 
Apa yang best tentang produk ni ? overall untuk aku yang sangat 'rajin' ni ia sangat mudah di cuci dan bau yang sangat wangi ! bau sangat penting bagi aku bila pakai masker sebab apa ? weh pakai mask ni nak tenang-tenang , nak bagi kesegaran untuk kulit muka , if bau tu menjengkelkan rasanya tak tenang kan .. so bauan sangat segar dan wangi juga mempengaruhi si pemakai yang cerewet like me :p

Packaging pulak dalam bentuk capsule , so nice dan mudah untuk di gunakan , bahan utama nya adalah ekstrak buah naga tau korang , selain tu ada ekstra buah-buahan dan tumbuhan botani yang natural , tekstur dia pun ada biji-biji buah naga lagi , boleh lah di jadikan as scrub gitu .. kan ~ 

Packaging yang sangat cute ! harganya only RM7.00 gais .. sangat murah !
Dan teksturnya macam tanah liat tapi tak melekit - lekit , see ! masih ada biji buah naga dalam tekstur mask ni , alahai tengok pun macam aiskrim buah naga je haha , kalau aku letak dalam peti ais ni mungkin ada orang akan makan , can i prank like that ? haha :p 

8 IN 1 MASK PACK 

Yang bestnya mask ni 8 dalam 1 untuk kulit muka uols .. apakah 8 kesan baik untuk kulit muka tu haa

  • Pore Tightening
  • Cooling Effect 
  • Hydration
  • Moisturization
  • Sebum Removal 
  • Exfoliation
  • Nourishment
  • Texture Care 


Rasa apa bila apply di muka ? sejuk ke panas ke berangin ? for the first time aku rasa muka aku agak panas , eh agak cuak jugak lah babe kang naik ruam or jerawat pulak kan .. tapi positif dulu sebab mungkin bahan kandungan tengah memberi reaksi yang positif untuk kulit muka aku .. so just enjoy it hingga ia kering .. bila mask ni dah kering macam pakai bedak sejuk yang berwarna pink ! hahah so comel perasaan ini .. lepas tu boleh cuci dengan air suam .. fuh segar ! 

Lepas dah cuci terasa la kulit lebih licin dan hilang segala whitehead , kesan lepas cuci pun takde apa-apa yang negatif berlaku .. kesan panas tadi pun dah hilang serta merta .. not bad ! Mask ni juga mampu mengecilkan liang-liang pori dengan segera tau sebab kesan dari penyerapan minyak yang kuat dari ekstrak buah naga , selain tu dapat menyubur dan menghidratkan kulit wajah aku kerana ada ekstrak madu Canola yang di tanam di Jeju. 


Yang bestnya mask ni bukan boleh apply di muka je tapi seluruh badan uols , berbaloi kan ..

Mana Nak Dapatkan Half Moon Eyes ni ? Klik Link kat bawah k ❤
http://my.althea.kr/

Assalamualaikum , holla sayang-sayang ~ i am me !


Jus Asam Kunyit Madu (JAKM) , pernah tak rasa air kunyit yang sedap ? nope right ! tapi kali ni aku cabar diri jugak minum minuman yang betul-betul asli cuma ada tambahan lain yang menyedapkan , betul ke sedap ? eh takkanlah tak rasa kunyit langsung kot ? eh takkan lah boleh telan walaupun ada campuran lain tetap akan rasa kunyit tu melebihi rasa manis madu .. 

Bila tengok kawan-kawan minum Jus Asam Kunyit ni , macam tu lah aku dok fikir , entah-entah propa je nak suruh aku minum jugak haha , tapi bila try sekali sedap weh! serius tak meloyakan apatah lagi muntah .. rasa kunyit tu ada tapi rasa manis-manis madu dan juga gula melaka buatkan rasa tu sangat sedap .. awal-awal lagi dah habis 2 botol , sebenarnya aku try 5 botol tapi 2 botol lagi tak dan nak amik gambar haha 

Ketagih ke ! mau tak ketagih kalau dah rasa sedap macam ni , lagi nikmat bila letak dalam peti ais dan minum sejuk-sejuk .. fuh ! cuaca panas gini memang syok wooo ..  ok dah terliur belum ? kalau dah , sabar sat aku nak kongsikan khasiat Jus Asam Kunyit Madu ni pulak dan bahan-bahan yang ada dalam ramuan tradisional ni ~


Jika korang yang tak pernah tahu pasal JAKM ni , sebenarnya ia adalah jus "homemade'' , yess ianya homemade tau yang di masak dari bahan-bahan dan persediaan secara tradisional dan of course lah tiada langsung bahan pengawet . Bahan-bahan yang ada dalam ramuan ni pulak memang kita sedia maklum banyak manfaat tersendiri yang sememangnya sangat bagus untuk tubuh badan kita ! 

Bahan Kandungan / Ramuan Jus Asam Kunyit

  • Ibu Kunyit - Bahan utama of course lah ibu kunyit yang mampu menyembuhkan luka dalaman , mengempiskan perut , mencantikkan kulit , dan juga bertindak sebagai anti bakteria 
  • Halia - Mengeluarkan angin di dalam badan 
  • Temukunci - Untuk memberi kesegaran badan dan menambahkan tenaga , menghilangkan kelesuan dan letih-letih badan .
  • Saffron - Bagus dalam mencantikkan kulit 
  • Habbatussauda - Mampu menstabilkan gula dalam darah dan  meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
  • Madu - Untuk meningkatkan daya ingatan , anti kanser , meningkatkan kesuburan suami isteri dan sebagai pegganti gula
  • Gula Melaka - Pemanis bersifat antioksidan juga mampu mencegah serangan asma.


Bila tahu ramuan Jus Asam Kunyit ni , wah memang ramuan semua yang betul-betul memberi manfaat kepada tubuh badan kita , helok sangat untuk perempuan yang lepas bersalin / dalam pantang atau yang tengah ikhtiar untuk hamil , kita merancang mana tahu di makbulkan Dia kan :) , jus ni boleh di minum oleh lelaki juga tau .. 

Apa Khasiat Jus Asam Kunyit Untuk Lelaki dan Perempuan ?


  1. Membantu menurunkan berat badan 
  2. Membantu merawat masalah kulit 
  3. Membantu proses pencerahan kulit secara alami 
  4. Membantu menaikkan aura seri wajah 
  5. Membantu merawat haid yang tidak teratur dan darah kotor
  6. Membantu menstabilkan kolesterol dalam darah
  7. Membantu membuang angin dalam badan 
  8. Membantu merawat ibu-ibu dalam pantang dan lepas bersalin 
  9. Membantu melambatkan proses penuaan  
  10. Membantu merawat luka jahitan selepas bersalin 
  11. Membantu merawat masalah rahim /peranakan 
  12. Membantu mengurangkan masalah gastrik
  13. Membantu atasi migrain dan kerap sakit kepala
  14. Menstabilkan gula dalam darah 
  15. Meningkatkan kesuburan suami isteri 
  16. Mencegah batuk/selsema/asma
  17. Melancarkan sistem pencernaan
  18. Menurunkan paras kolesterol

Banyak gila khasiat Jus Asam Kunyit Madu ni kan , kalau korang rasa banyak simptom-simptom yang ada pada diri korang dan masih lagi tak helok-helok , apa kata try ni pulak .. mana tahu kan kan kan segala masalah tu dapat di selesaikan .. 

Testimoni Aku Selepas Minum Jus Asam Kunyit Madu 

Rasa yang masam-masam manis dan segar ni sedap dan dalam masa yang sama sangat berkhasiat , reaksi positif pada diri aku lepas minum ni , angin dalam badan selalu keluar dan tak terkumpul dah , u know what bila angin tak dapat keluar dari badan , aku biasanya akan jadi sakit perut mencucuk-cucuk so minum je las jus ni bagi ok balik .. mula-mula memang akan rasa panas dalam perut sebab ada bahan halia sekali kan , but its okay tau itu reaksi positif .. 

Time period sangat best minum jus ni sebab selain hilangkan senggugut , dah tak keluar darah yang berketul-ketul tu , haa u know kan girls .. best ooo darah keluar lancar je , so time period korang boleh minum ni if selalu ada problem , kalau period korang lancar its okay xperlu minum pun takpe , anak dara pun boleh minum jus ni tau .. lagi bagus jaga dalaman korang masa muda-muda ni .. aummm 

Cara Penggunaan 
Minum setengah gelas (-/+ 60ml) sebelum sarapan / malam .. boleh di minum sejuk dan juga suam 

Mana Nak Dapatkan Jus Asam Kunyit Madu 

Fb : Puan Azrina
Fb Page : jusasamkunyitmadu
Ig : https://www.instagram.com/i.am.anirza/
Whatsapp : 010 818 1796

Bioxcellent W.Line Fiber | Minuman Kesihatan Untuk Detox & Pencerahan Kulit , holla uols ! zaman sekarang ramai dah timbul kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat contohnya macam buat air detox kan ? rata-rata tengok facebook or insta memang ramai yang kongsi cara-cara untuk buat detox dengan gunakan buah-buahan yang mudah nak cari  .. weh rajin gila korang kan ! 

Tapi dalam segelintir manusia yang nak amalkan detox tu ada lah terselit manusia-manusia malas macam aku ( haha contoh terdekat dan memang kena atas batang hidung sendiri !) yeah actually memang aku malas sangat nak buat benda-benda macam tu like potong buah , blend then simpan bagai huhu elakkan sifat macam ni tau !

Tapi aku tetap amalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan minuman kesihatan dari Bioxcellent W.line Fiber ni ,  sebab mudah gila hanya masukkan air dan shake-shake ( kocok-kocok ) pastu minum .. dan  aku akan buat research tentang produk ni sebab aku kena tahu apa fungsi utama nya ~ wajib research sebab nak share dekat korang semua , first of all aku kena try dulu then nanti korang try sendiri okay !


Kalau korang nak tahu fungsi UTAMA Bioxcellent W.Line Fiber ni adalah untuk melancarkan sistem pencernaan , badan akan jadi lebih ringan dan lebih bertenaga , dapat membuang lemak dan toksin yang dah lama ada dalam badan kita tu (toksin ni kan buat badan kita mcm rumah sendiri pulak kan ? haa so halau la apa lagi ! )

Selain tu bila amalkan Bioxcellent Waistline Fiber ni korang ia dapat meransang penyerapan nutrien yang baik di dalam tubuh , membuang bahan buangan yang terkumpul di dalam usus besar yang menyebabkan kenaikan berat badan , mengecilkan pinggang dan mengempiskan perut .. lagi best dapat mencerahkan kulit badan kita ..

Semua orang cakap aku dah kurus nak tinggal tulang rangka je ke amalkan detox bagai ni ? wei korang memang la luaran aku nampak kurus macam cicak kobeng tapi takkan nak selak baju tunjuk perut buncit hoi ! haaa tak payah nak temberang selepas bersalin dapat perut langsing macam asal , sebab makan masa lama gila nak langsing balik .. tu belum cerita lagi ramai mak-mak stress tengok perut menggelebeh lepas bersalin kan ? kan ? kan ? takpe sis faham sebab sis pun sama :p


Kesan Positif  Selepas Seminggu Amalkan

Serius aku bagitau ni dan langsung tak tipu , pertama kali aku dapat produk ni aku try amalkan sebelum tidur , esoknya memang perut aku memulas (nak melabur) haa terus cari toilet .. sedangkan aku susah nak membuang sebab selalu sembelit hingga kadang-kadang jadi buasir .. Jadi aku syorkan untuk korang yang ada masalah susah nak membuang , , nak kempiskan perut , nak kulit cerah try la produk ni

Alhamdulillah bila amalkan Bioxcellent W.Line Fiber ni memang dah tak sembelit , membuang macam manusia normal yang lain dah memang segala toksin toksid keluar .. fuhhh recommend sangat uols .. memang berbaloi aku dapat produk ni .. nanti habis will repeat again ! bab cerahkan kulit tu kena tunggu sebulan okay dan wajib konsisten. 

Kelebihan / Manfaat Bioxcellent Waist Line Fiber 
  • Mengurangkan berat badan dengan fungsi detox yang free radikal 
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan 
  • Mengawal tahap kolesterol
  • Mencegah berat badan berlebihan 
  • Memutihkan kulit 
  • Menghalang pembentukan melanin yang menjadi punca kulit gelap
  • Sesuai untuk lelaki dan perempuan




Ramuan / Bahan Kandungan Bioxcellent WaistLine Fiber 

Serbuk Jus Epal , Maltodextrin , Fructose , Acacia Gum , Serbuk Campuran Buah dan Sayuran , Serbuk Jus Nenas , Timun , Bayam , Jus Lemon , Jus Betik , Lobak Merah , Jus Mangga , Tricalcium Phospate , Citric Asid , Kiwi , Seleri ,Pear
Bioxcellent  Waistline Fiber Best Ke ?

Serius best produk ni , bab rasa pulak tekak aku boleh terima sebab campuran buah-buahan dan sayuran kan , rasa nya masam-masam buah kiwi dan campuran yang lain .. fuhhh rasa macam nak  minum banyak kali je , tapi tolong jangan buat begitu kalau taknak tidur dalam toilet haha .. cukup sekali sehari sebelum tidur malam tau ..
Cara Pengambilan Bioxcellent Waistline Fiber 


Cara pengambilannya mudah sahaja :

Campur 1 skop (20 grams) ke dalam 200ml/250ml air suam , kacau / goncang sehingga larut dan minum serta merta selepas penyediaan , jangan lupa minum air yang mencukupi sepanjang hari untuk kesan yang terbaik , sebaiknya amalkan selepas makan malam sebelum tidur .

*Boleh dapatkan produk Bioxcellent WaistLine Fiber  secara terus di Watsons dan juga Lazada*
*Lulus KKM , 100% botanical , Halal , Awarded Asia Pacific Super Health Brand 2016/2017*

More Info :
Web : www.bioxcellent.com
Fb Page : Bioxcellent Collagen
Whatsapp : 60163163069

 Weh kat mana nak makan sedap di Gambang ?
Kau cuba Nasi Kukus My Mama pulak , sedaq baq ang ! 


Macamana aku boleh terpengaruh nak makan nasi kukus My Mama ni ? of course lah laki haku yang mempengaruhi nya .. sebab balik kampung tenpoh hari dia kata ada cuba nasi kukus ni , sedap ! beria dia cerita  lepas tu aku yang dengar ni ? kau rasa ? haa terliur lah jugak .. dush !

Jadi bila balik kampung kat Pahang , onway balik ke KL wajib singgah sini dan 3 kali dah aku makan kat sini , asal balik je makan nasi kukus My Mama sebab sedap gila kuah dia .. aku ni jarang nak suka nasi kukus lagi-lagi yang banyak rempah .. kali ni aku tidak ego untuk mengatakan kuah nasi kukus My Mama ni memang dah jadi FAVOURITE aku .. cuma macam tak cukup je , boleh tak tambah banyak sikit kuah dia hukhuk


Style kedai dia pulak macam KFC , Mcd gitu .. ingatkan restoren biasa kan .. wow kalau lah ada cawangan kat Rawang memang tak pandang dan Kfc oik .. ! lagi kenyang makan nasi kukus , ayam dia besar-besar plak tu .. harga pulak murah je .. 

Ayam berempah dia besau , memang cukup dan mengenyangkan oik .. sambal dia pun aku suka jugak !
Aku suka makan nasi kukus kuah banyak , haaa tak cukup sbenarnya kuah ni kena tambah lagi ! kikikiki
cuma

Jadi sesiapa yang pergi ke Pahang tu lalu Gambang jangan lupa singgah sini tau , tekak aku memang aku suka sangat makan kat sini ... tapi bila teringin nak makan memang jauh gila lah nak cari .. rasanya ada di area pantai timur je .. harap nanti akan buka cawangan di KL pulak ! harga dia start RM9.50 sekali dengan air coke (boleh je tukar air) .. 

Banyak lagi menu yang ada kat sini , aku pernah try nasi kukus berempah yang biasa dan suka ayam masak merah .. dan dua-dua tu sedap ! cuma yang tak berapa best tak di sediakan tisu lah pulak huh , kena amik kat toilet .. aduh harap sediakan lah tisu sekali yawww ! makanan sedap , perkhidmatan ok , harap kemudahan pun boleh bagi tiptop .. 

Rayyan pun suka makan Nasi Kukus My Mama ni sebab tak berapa pedas pun .. yeyy Umi dan Rayyan bagi 5 bintang ! nanti balik kampung kita makan sini lagi orait :p 

Assalamualaikum , bila dah dewasa ni tetiba rindu dengan zaman kanak-kanak , zaman yang memang hampir pupus di telan zaman kemodenan .. dunia sekarang rata-rata dunia teknologi , budak-budak sekarang pun mana nak rasa mandi tali air , tangkap ikan , main lompat getah haha best woo , main sampai lewat petang tapi sebelum maghrib kena ada kat rumah dah kalau tak nak kena bebel dengan mak ayah :p

Kenapa tetiba cerita pasal zaman kanak-kanak ni oiii ! sebab aku ada ter 'masuk' satu kedai yang penuh dengan barangan di kala aku waktu kecik-kecik dulu .. terus menggamit memori haaa giteewwww

Tak ready lagi dah snap -_-
Restoren Zatulicious di My Town - Makanan Warisan Kelantan 

Hari tu aku jalan-jalan ke My Town , untuk pertama kali nya aku jejak My Town tu pun angin hencik K helok nak pergi kan , so iols ikut je kebetulan kerja blog aku di Mid Valley siap awal so lepak makan jap , alkisah nak try makan di kedai makan abang ipar di My Town , nanti kalau korang singgah lah Restoren Zatulicious ~ kat sini signature nya adalah makanan tradisional dari Kelantan .. sedap woooo

Try Nasi Kak Wok lu seround , not bad , sedap tau .. customer kat sini pun ramai juga

Haritu memang pergi tercari-cari jugak kat mana la kedai ni haaa , rupanya kedai ni kecik je macam kiosk di apit dengan kiosk makanan so tak berapa nak nampak hehe , abang ipar siap tunjukkan kedai ni haa , tu lah cari dengan hidung memang tak jumpa , aku lahir 1988 so kanak-kanak zaman 80 an gitu , masuk je kedai ni memang menggamit memori gila wei ! 

Kedai Childhood Memory Lane ni di My Town , berdepan dengan Restoren Pizza Hut , kecik je kedainya tapi macam-macam barang ada .. meh tengok apa yang sempat aku snap ! Yang tak sempat snap gambar tu sebab dah tenggelam dalam kenangan dulu kala.

Brick Game , salah satu mainan yang aku suka .. main ni macam tak pernah boring tau , padahal game sama je kan haha 

Dulu suka gila beli belon ni , haha sape suka jugak kita geng ! calit sikit kat stick tu lepas tu kulum-kulum then tiup haha , bila dah jadi belon suka pecah kan bagi bunyi dan bila pecah penyet sampai kecik siap hempuk-hempuk kat dahi bagi bunyi .. kakakaka

Yang ni rasanya zaman sekarang pun ada lagi , yang ni tak berapa rare sangat .. hihi


Mainan ni masa kecik dulu macam tak pernah jumpa je haha , bukan mainan zaman aku macam ni .. mungkin zaman 90 an kot :p

Haaaa ni salah satu favourite aku , aku suka beli ni pastu jadikan subang , weii lawa gila kot pakai subang ni , merelip uols ! haha aku tak pernah jadikan ia sticker, memang aku beli khas untuk jadi subang .. kah kah !

Snek-snek zaman dulu , biskut-biskut yang mungkin kegemaran korang kan ~ 

Bila tengok jajan ni kan yaAllah terliur gila , aku suka makan gula-gula ni masa kecik-kecik dulu , siapa tak pernah makan memang rugi weh ! sekali ngap je terus habis haha dulu murah-murah je fuhhh bila tengok harga kat kedai ni amboiii diaaa .. tapi yelah zaman dulu seposen pun dah boleh beli banyak benda kann 

/
Ni lah gam yang aku guna waktu sekolah dulu , yang dalam botol tu kalau biar lama memang busuk gila haha tapi rare kan siap ada sudu lagi , ko hadoo ? hehek

Biskut-biskut camni aku kurang makan sangat , sebab lebih suka kan jajan , ish dasar budak2 !

Yang candy ni tak pernah pulak aku makan , aku biasanya makan yang candy bentul packaging dia macam ni jugak tapi ada debu-debu dan colourful .. yang ni candy herba .. heheh

Hati Berbiacara :

Ada sesuatu yang kita hanya boleh kenang sampai bila-bila , tapi nak gapai balik memang tak dapat dah kan , setiap zaman makin banyak perubahan yang sekian lama makin pupus .. tapi bila kenangan itu hadir ia tetap ada di dalam jiwa dan ingatan yang sememangnya tak mungkin dapat aku lupakan ,  1988 .. zaman yang aku terlalu rindukan , kerana zaman itu banyak memberi kan aku kegembiraan .. :)


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates