• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum uols ~ nak coretkan penyesalan serius kali ni , eh menyesal sungguh lah ! nyesal sambil hentak-hentak kaki (buruk naw perangai mokmung haha! ) hari tu kan suami ajak pergi Bukit Fraser jadi dalam perjalanan tu tersinggah lah Sungai Chilling di Kuala Kubu Baru Selangor ni haaa , sebenarnya banyak kali jugak dah lalu kat sini tapi tak terlintas pun nak singgah ~

Kali ni alang-alang hari untuk berjalan-jalan jadi singgah lah sekejap nak tengok jugak apa yang best di Santuari Sg Chilling ni ! pernah lah google nampak macam menarik , sambil mandi boleh bagi makan ikan kelah , banyak betul ikan kelah kat sini weh , tapi nasib baik tak boleh bawak balik kalau tak kenyang makan ikan kelah untuk setahun ..


Nak masuk sini kena parking kenderaan korang kat luar ye , dan kena berjalan kaki ke dalam sana , tapi takde lah jauh sangat .. ermm lebih kurang dalam 5-10 minit je dah sampai , dan kena daftar sebanyak RM1 sahaja .. tapi kalau korang nak pergi ke air terjun yang ni ambil masa lama sikit dalam 40 minit macam tu tapi best lah kat sana lagi banyak ikan kelah dan ikan tangas yang besar-besar gitu .. 

Memandangkan aku kebetulan je masuk sini dan bawak Rayyan , risau jugak nak masuk hutan ni .. so tak de lah pergi hingga ke air terjun just lepak di depan je , kalau kat depan ni takde lah hutan sangat dan air dia sejuk gila wei ~ nyesal sungguh tak bawak baju ! dan nyesal sungguh pergi Bukit Fraser yang ntah apa-apa haha boring nak mampuih ... serius boring gila Bukit Fraser , so baik tak payah pergi k , melainkan lepak hotel berhoneymoon atau membawa diri .. hahah


Macam best je berkelah kat sini , hari tu pun ramai gila berkelah , so kalau korang cari tempat mana nak berkelah yang best-best , aku suggest kat sini pun best ! boleh bbq dan suka hati korang lah .. ni bahagian depan , masuk je dalam kawasan ni terus jumpa sungai ni haaa .. so kalau rasa penat nak masuk sana di air terjun dan bawak anak-anak , kat sini dah cukup best untuk korang bermandi manda 



 Memandangkan tak bawak baju , kita main celup-celup kaki je la Rayyan ye .. nanti Umi bawak lagi kita mandi manda kat sini .. kebetulan sebelum masuk dalam ni , ada budak bagi baki makanan ikan , hihihi so bagi kat Rayyan je lempar-lempar bagi ikan makan .. berduyun-duyun ikan datang tau .. 



Sempat lagi ber OOTD atas jambatan ni , jambatan ni untuk pergi ke air terjun .. 



Ni air terjun yang kat dalam sana , kena jalan dalam 40 minit camtu sampai lah .. macam best je , teringin jugak nak pergi sana tapi fikir nak jalan dekat sejam gak dengan si Rayyan ni , takpelah haha


Banyak gila ikan kat sini , tapi WARNING ye tak boleh memancing mahu pun bawak balik ikan-ikan ni semua , nanti kena sumpah (gurau je ! haa takut la tu :p )
InshaaAllah akan datang lagi , nasib baik dekat je dengan rumah .. so kena bodek hencik suami lagi lah yeee kalau nak datag hikhik .. 

Waktu Operasi :
Hari : Jumaat , Sabtu dan Ahad sahaja 
Waktu : 8.00 pagi - 6.00 petang

Aktiviti Yang Dibenarkan 
Mandi Manda 
Merentasi sungai dan hutan ke air terjun utama 
Berkelah 
Perkhemahan Harian (Tidak Di benarkan Bermalam ) 


Hai uols , hari tu qaseh terbaca keluhan kawan-kawan bila mana ada segelintir mengeluh kenapa setiap kali timbang berat badan mereka selalu dapat hasil yang tidak sama , sekejap berat badan naik , sekejap pulak turun .. adakah salah penimbang berat badan itu ? ataupun kita yang salah panduan ? haaa so kali ni qaseh nak share tips dari Dr Khairul Hafidz bagaimana cara menimbang berat dengan betul ~ 



  • Beli penimbang yang baik.

Buatlah pelaburan yang lebih sikit nak beli penimbang tu, jangan lah beli yang terlalu murah, takut yang tak ada kualiti ni kiraannya tak tepat, kang mengamuk pulak bila badan sekeping penimbang tunjuk berat 70kg.


Beli penimbang digital dan yang ada satu atau dua tempat perpuluhan, itu yang terbaik , yang penting beli lah penimbang di tempat-tempat yang boleh dipercayai dan berkualiti.


  • Letak penimbang di tempat yang sama.

Sebenarnya, penimbang tu boleh berubah-ubah mengikut di mana kita letakkan penimbang tu. Ada beza letak penimbang letak di atas karpet lembut dengan atas lantai, kalau tak percaya cuba buat di rumah.


Jadi, untuk dapatkan kiraan yang konsisten, kena letak di satu tempat sahaja. Jangan ubah-ubah, nanti kita tak dapat betul-betul dapat kiraan yang konsisten.

  • Waktu untuk menimbang.

Pilih cuma satu waktu sahaja untuk menimbang. Kalau saya, saya akan timbang berat saya pada waktu pagi selepas bangun tidur. Waktu itu yang terbaik kerana paling mendekati "dry weight" kita, maknanya waktu itu kita baru bangun, masih belum makan minum, jadi itu lah waktu terbaik untuk kita tengok berat badan kita berapa.

  • Bila nak timbang?

Sebenarnya ini ikut masing-masing berapa hari sekali bak timbang, yang selalu diamalkan adalah timbang seminggu sekali.


Kalau saya dulu, saya timbang setiap hari, sebab dengan timbangan tu, saya boleh kaji balik pemakanan dan senaman saya, untuk badan saya, jika saya timbang hari ini, berat itu adalah apa yang saya makan dan senam untuk tiga hari sebelum. Setiap orang berbeza-beza mengikut metabolisme badan, boleh kaji sendiri badan kalian semua.



Dan setiap minggu hari jumaat, itu adalah waktu rasmi untuk saya catat berat badan saya. Hari lain cuma timbang, hari jumaat untuk dicatat.


  • Lebih minimal lebih baik.

Setiap kali timbang, saya cuma pakai seluar kecik sahaja, sebab nanti berat pakaian pun akan dikira sekali. Sebab tu lah timbang berat dalam rumah sendiri, janganlah pergi rumah member nak timbang bukak habis pakaian, memang kena hambat balik rumah.


Untuk wanita pula samalah, yang penting lebih minimal untuk dapatkan berat badan kita sendiri, bukan dicampur dengan berat pakaian.


  • Catat!

Ini bagi saya antara yang terpenting, dokumen kan berat badan kamu, biar naik atau turun. Ini penting untuk kita lihat perkembangan berat kita dan untuk jadikan sebagai semangat buat diri sendiri.


Tak apa lah kalau naik, kurang-kurang kita menerima berat badan tu naik dan tahu ada ruang untuk kita perbaiki lagi, jangan putus asa, terus usaha lebih kuat.



Jadikan catatan tu menarik dengan membuat carta contohnya untuk melihat perkembangan berat badan kamu, baru lah rasa seronok nak turunkan berat!



Hati Berbicara :

Sharing is caring ~ so harap lepas ni korang boleh jadikan ini satu panduan untuk menimbag berat badan dengan betul ! kepada yang tengah struggle turunkan berat badan tu , selamat berjaya ! yakin boleh ~ yihaaaa ! 

 ''Say No To Hacker''



1. Password kena kuat
  • Letak password yang betul2 susah orang nak tahu tapi yang penting korang kenalah ingat hehe.
  • Letak huruf and nombor
Contoh salah : abc123
Contoh betul : Along349

2. Make sure no. hp aktif
Ok masa korang daftar ig, ig akan suruh korang letak no. hp korang untuk security andai korang lupa password or nak reset password. Cuba bayangkan kalau no.hp kita tu dah mati or tak aktif, mak aii mmg tak dapatlah balik akaun tu sbb ig akan hantar code security kt korang and kalau hp tk aktif macam mana ig nk hantar.
.
3. Link email kat setting
Ok kalau benda no.2 tu terjadi or korang tak dapat code security kt no.hp korang atleast korang boleh dapat balik akaun korang kalau korang linkan email korang dekat ig. Lepas dah link tu korang kena verify balik dari email korang.
.
4. Jangan daftar pakai Facebook
Ia memang instagram bagi kemudahan kat kita untuk terus dafar akaun ig dekat fb. Tapi cara tu tak selamat. Sebagai contoh kita lupa password kita and kita nak reset balik password agak susahlah nak dapat lagi2 kalau kita link kan 2-5 akaun ig dalam satu akaun FB memang parah lah.
.
5. Active kan Two-factor Authentication
Cara ni sangat2 bagus tuk elakkan korang punya ig kena hack sebab bila nak log in kita kena hantar code yang diberi oleh ig tuk kita log in. So kalau orang lain nak log in kita punya memang tak bolehlah sbb dia takde code tu
.
6. Jangan buat benda negative
Ha kepada korang yang suka post or comment benda negatif, hati2lah sebelum korang punya ig tu kena report huhu
.
7. Jangan Follow / Unfollow laju sangat
Teknik ni selalu digunakan untuk orang yang batak followers huhu. Boleh buat mcm ni tapi janganlah laju sangat takut akaun kita kena blok.

Hai uols , nak cerita perangai Rayyan sikit hari ni , perangai yang memang nak kena gomol bagi nangis je , dah sihat demam ni ada je  perangai nak buli Umi kan ~ nasib baik sayang tau ..

  
Sape tak sayang mekap oii tapi of course lah Umi sayang Rayyan lebih cuma kadang-kadang Umi geram je dengan Rayyan ni , kadang pernah dia kena gigit haha tapi takde la kuat sangat , menyeringai je :p kali ni banyak kali dah jugak dia ambil mekap lebih-lebih lagi lipstick ! tau lah benda tu comel tapi jangan lah korek hingga menghilangkan kecomelan lipstick Umi .. dah rompong haaa ! nasib baik yang dapat free 

Sekarang memang fasa dia meniru habis-habisan apa yang Umi dia buat weh ~ korek hidung pun dia tiru ! tapi lagi geram style tak nak kalah , maknanya bila dia korek hidung tapi Umi marah , lepas tu dia buat lagi dan gelak ~ lepastu dia buat lagi dan larikan diri .. erghh comel-comel pun geram jugak haha , asyik kena ''game'' je
kali ni mangsa terbaru Rayyan 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
kesayangan Umi !

sebelum macam ni tau , cantik na mati , sayang sangat sebab ada bunga dan bau wangi , pulak tu best pakai .. pernah review kat sini klik 
   
 Selepas ? Innalillah .. sabo je la .. adohaaaa ~ 

Abah dia punya kerja , haaa memang bukan nak tolong Umi grrrr 

 bagus anak abah kan ! -_- masa ni tengah duk deko Althea so mengambil kesempatan sungguh budak berdua ni , kecik besau kecik besau je nengok .. sebab memang kecik dan besau pun ahaks ! Tapi yang paling penting Umi sayang dedua ..

Hati Berbicara :
Yelah padan muka Umi sebab letak merata ... Huh k bye ~ 


Assalamualaikum semua , harap belum terlambat lagi nak ucapkan selamat hari raya buat semua , sudah-sudah lah beraya tu (jeles hokay ! ) Nah baru dapat mood nak update blog sebab jari - jari tersumbat lemak rendang hahah .. raya tahun ni #teamrayaterengganu tapi ada kisah tragis berlaku tahun ni .. nak tau ? baca di perenggan berikut dengan nada yang suspen , dup dup ~

Baca tajuk pun dah tahu kan apa yang kisah tragis , qaseh balik kampung 21 hb lagi sebenarnyajadi sempat lah sambut bulan Ramadhan dengan mak ayah .. syok wehhh ! aura dia lain macem .. ok masa dalam perjalanan pulang tu , akak call bagitau ayah kemalangan ~ lepas tu baca group whatsapp family nak dapat kan info semua , semua pun tak tahu apa yang jadi .. huh ! nasib baik dah dalam perjalanan tapi masa tu hujan lebat tak boleh nak drive laju-laju .. hanya doa supaya kemalangan tu tak teruk and nothing serious !

Then , baru dapat tahu ayah kena langgar dari belakang tapi yang langgar tu tak tolong pun .. sebelum ni pun pernah jadi kes yang sama , so qaseh sampai tu tau lah kisahnya jiran dekat yang langgar dan tak berhenti tolong sebab gemuruh , tapi lepas tu dia cari di balai polis dan hospital so agak terkejut jugak lah hurmm .. agak teruk jugaklah keadaan ayah sebab tulang gagah patah , luka-luka belakang , kepala kena jahit (terkoyak dan lebam teruk) , kaki keras kejung nasib baik tak patah 

Hari raya pertama be like ~ kenapa orang sebelah sana nun macam nak bernasyid gayanya ~ goshhh ! laki siapakah itu hahah 

Setel semua doktor cakap boleh balik rumah , kalau kena masuk wad memang beraya kat hospital lah kita ~ huhuhu now dah makin sihat dan okay , alhamdulillah tapi tu lah tak dapat beraya ke mana .. biasa naik motor prung preng .. ujian :')

Raya Pertama 

Raya aku pun tak pergi ke mana jugak lah , jadi tukang buat air kat dapur dengan baju cantik persis cindrella ! yelah orang tak putus datang sebab datang melawat ayah .. sempat lah pergi rumah tok , satu2nya nenek yang masih ada , mak sedara belah mak dan petang tu beraya di Kg Atas Tol (rumah kakak ipar) balik pun dah sampai lewat malam .. 

Dengan Wafa , lama jugak tak jumpa anak buah sorang ni , kakaknya si Dalia susah nak bergambar macam Rayyan , tapi Wafa ni suka betul bermekap haha sabo je la nak , nanti selalu2 lah bukak youtube tengok tutorial mekap :p
Rayyan dengan awek kemahen suka naww , dengan Umi keras kejongg masam mencuka ... ngada sangat !



Raya Ke Dua
Seriously tahun ni memang tak banyak gambar raya , panas gila cuaca nak ber ootd pun takde mood , mekap pun cair lebur gitu je .. adohaaa , Umi pun lupa nak snap gambar Rayyan bebanyak so takde sangat gambar tapi takpe lah first raya dah bergambar jadi lah .. raya ke dua pergi kenduri kahwin sepupu jap then terserempat pulak dengan blogger Shalimar , kecik doniaaaaaa ~ 


Raya ke Tiga 
Langsung tak snap gambar hahah , beraya rumah mak sedara , kak ipar lepas tu boleh plak pergi lepak pantai kejap sebab tak tahan panas upsss , tetiba hilang dari radar .. 

Raya Ke Empat 
Hurmm back to normal ~ balik ke Rawang dah .. tapi pakai baju raya semulaaa ~ sebab nak ber ootd kat pantai hahah , kesian hencik suami kena layan isteri mung ini .. oh kesian Rayyan jugak sebab kena paksa bergambar , tapi haku je lah yang banyak gambarnya , dua orang ni bukannya suka brgambar sangat .. erghhh !



Sebelum balik ke ganggang sempat lagi makan ikang celup tepung , sata semua .. lepas tu masa dalam perjalanan tayar pulak pecah , tq kat sorang brader yang berhenti tanya dan tolong apa yang patut .. tak ramai orang akan bantu kita dalam kesusahan .. semoga di lindungi Allah selalu .. 


Hati Berbicara :
Tq Allah beri lagi peluang merasai nikmat berpuasa dan berhari raya .. inshaAllah jumpa raya tahun depan , raya rumah mertua pulak ... hihi eh raya haji kan hado :) lastly qaseh minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai banyak salah dan silap even dalam penulisan di blog ni , kosong-kosong k .. qaseh pun maafkan semua ~
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates