• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum di tengah malam , sambil mendengar lagu ''wake me up when september ends'' , malam ni tetiba terasa sayu hati , terdengar berita sedih , walaupun tak pernah mengenali tetapi terasa sesuatu dalam hati , betapa berat ujian orang lain yang harus di pikul sedankan kita sering mengeluh dengan kesakitan yang sedikit cuma , bersyukur ? adakah lebih dari mengeluh ? atau mungkin mengeluh lebih besar  dari perkataan syukur ..

Bila terdengar sesuatu tentang kematian , tetiba rasa takut , takut sangat sehingga kadang menangis dengan harapan segala dosa-dosa terhapus mudah .. senang hidup kau dengan tangisan mampu menghapus segala dosa .. Allahu , semoga kematian kita dalam keadaan yang menggembirakan

Untuk setiap hati yang sedang menanggung beban yang tersangat pedih , semoga di permudahkan segala urusan .. untuk jiwa yang sedang bertarung dengan sesuatu yang sukar di nyatakan , semoga di lapangkan dada untuk mencari petunjuk dari terus di belenggu , untuk perasaan yang masih samar dengan pilihan di hadapan , Allah ada ~ mengadu lah pada DIA dengan sesungguh-sungguh doa .. Allah dengar


Ada ketika aku alpa dalam hidup dan kian hanyut , terkadang mengeluh bila di uji , terkadang lupa bersyukur dengan rezeki yang sedikit ,, betapa aku masih gagal dalam menjadi hambaMu , betapa aku masih seorang pendosa .. terima kasih atas nyawa yang masih di pinjamkan .. 
Althea's Raya Giveaway Festival | Haip-haip dah shopping raya ke uols , amboi laju ye bab shopping raya ni tapi jangan lupa shopping MAKEUP RAYA juga ! pakaian dah lawa dari kasut hingga ke tudung tapi tengok wajah kusam je , tak ngam lah dengan baju yang lawa-lawa  uols tu kan ..

Sejak nak masuk umur 30- an ni makin lama makin suka sangat tengok barang-barang mekap , dan kadang sejam duduk depan laptop semata -mata tengok tutorial mekap , tapi tak guna jugak kalau takde barang mekap kan haha.. macamana  nak praktis ? so bab-bab shopping mekap ni aku tak risau sebab tak perlu bersusah payah keluar pergi mall sebab ALTHEA kan ada .. aku memang suka shopping kat sini sebab banyak promosi dan of course la semua dari  Korea


Bersempena dengan Hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi , ALTHEA ada mengadakan satu giveaway yang best buat korang iaitu Althea Raya Giveaway Special , apa yang menariknya tentang giveaway ni ? setiap pembelian di Althea korang akan dapat hadiah percuma yang ada dalam gambar kat bawah ni or boleh klik http://my.althea.kr/raya-giveaway-festival tapi terhad 1 hadiah percuma sahaja bagi setiap customer

Yang pasti hadiah percuma ni bukan sample okay , semuanya full size .. memang best gila hadiah yang Althea nak bagi ni weh .. tak rasa rugi ke kalau tak beli ? haa 

The Limited Edition Box 

lagi satu sempena Ramadhan dan raya , bila korang shopping di ALTHEA , korang akan dapat LIMITED EDITION BOX , kali ni warna hijau ! yeahh sebelum-sebelum ni aku dah ada 3 box pink .. tak sabar nak dapat warna hijau pulak .. box ALTHEA memang cantik dan berkualiti .. 


Yeah tak sabar nak pelok ketat-ketat box hijau pulak ! nak tau apa aku shopping di ALTHEA kali ni haaa tunggu tau ! kita pun nak jugak hadiah percuma :p

Website : http://my.althea.kr/
lagi mudah kalau korang download je app ALTHEA di fon tu ha :) jom shopping !



Apa cerita kali ni ? ingatkan bertahan tak mau pergi bazaar Ramadhan puasa kali ni , tapi tak mampu uols , hari ke 9 tewas ! akhirnya jejak jugak kaki di bazaar Ramadhan ni haa , tapi takde la excited sangat sebab penat lah nak berjalan huhu , nasib baik Rayyan dah boleh berjalan kalau dukung dia memang surrender lah tapi yang dukung nya tetap hencik suami :p

selfie sikit , lama tak selfie bertiga .. Rayyan dan tak layan dah camera :p

So ! teka berapa aku menghabiskan wang ringgit di bazar ramadhan untuk hari pertama menjejakkan kaki ? haaa gituh .. tak nak lah main teka teki , korang bukannya nak teka pun kan kan kan , so aku bagitau je lah , semua yang kitorang beli habis lah dalam RM18.50 ,beli apa je ?

Assalamualaikum semua , dah masuk hari ke 7 dah kita berpuasa alhamdulillah makin hari makin bertenaga rasanya .. so amacam dengan puasa korang ? harap ok-ok je ye ! ke masih tak bertenaga korang ? ayoooyooo  mari lah menjadi kuat seperti saya hihi .. 

Sebab tu la sebelum datang bulan puasa korang kena prepare segalanya bukan dari segi mental dan fizikal je , tapi kena cari lah inisiatif ataupun cara untuk kekal bertenaga walaupun dalam bulan puasa dan yang paling penting kena bangun waktu sahur dan makan dan juga minum yang boleh cover tenaga korang untuk siang hari .. macamana nak bertenaga kalau makan pun benda-benda yang tak berkhasiat , sahur pun malas bangun ! ish ish ish ni nak bebel ni ! 

Tapi takpela , hari ni aku nak share tips untuk kekal bertenaga melalui apa yang aku minum di waktu sahur , rata-rata orang dah tahu betapa khasiat susu tu sangat bagus .. lagi-lagi di susuli dengan buah kurma , tapi kali ni aku pilih susu kambing untuk minuman waktu sahur , dan susu kambing bukan biasa-biasa tau , siap ada campuran OAT dan berperisa Chocolate lagi dan wajiblah  ada makanan sunnah .. dan susu kambing sememangnya susu ke dua terbaik selepas susu ibu !

 
tadaaa ni lah dia pilihan aku , susu kambing Etsumell Choco Oat (jangan tenung lama-lama batal poseee :p) 
Ramadhan 8 gantung kuali periuk segala , sebab dah booking tarikh untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort (BGR) tq kaksue tolong bookingkan .. sebab nak tebus voucher , tq BGR sebab bagi Voucher tempoh hari .. bertabah lah pergi di hari minggu , memang wajib lah ramai manusia kan .. 

"Weh jom nanti set buka puasa ramai ramai.Sebulan berlalu, puasa pun habis. Lagu raya berkumandang.''

Yang lawaknya kdang-kadang bila plan kemain lagi kan tup tup tu lah haa jadi macam ayat kat atas ni haha lawak je , selalu je jadi benda macam tu kan .. last-last krik-krik jugak , tapi alhamdulillah kali ni jadi berbuka posa sama-sama , walaupun meja lain-lain kakaka , sempat lah bertemu sua sebelum raya .. inshaaAllah ade jodoh jumpa lagi ye korang .. muahhciked ! ni kawan-kawan rapat kenal melalui blog je tau , jangan jeles 

Di sebabkan kaksue duk meja jauh , kami selfie bertiga je lah dulu ..

Best ke makan kat sini , dalam bulan puasa ni ada promosi , Rm58 je untuk seorang .. nak tau lebih lanjut korang boleh baca kat sini ye http://www.qasehdalia.com/2017/05/buffet-ramadhan-bangi-golf-resort-2017.html, segala mak nenek info ada kat situ , so baca kat situ ye hihi , di sebabkan lapar sangat terlupa nak ambil gambar makanan .. hihi

ramai jugak blogger yang datang tapi tak terserempak dek lautan manusia yang membanjiri , jeeb pulak hilang tah ke mana , so kami je la selfie dulu heh heh btw tq korang  :) Rayyan jaga dah so terpaksa stop menulis .. jumpa lagi korang semua .. 


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates