facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Qaseh Dalia's Blog

Mary Cohr Facial Treatment , Catio Vital Youth Lifting | Hai semua , agak lama sebenarnya qaseh  tidak memanjakan kulit , lebih-lebih lagi kulit muka yang selalu di salut dengan pelbagai barangan makeup , huh ! kalau lah kulit muka ni boleh bercakap , mungkin dah lama ia menangis tersedu sedan inginkan perhatian dan belaian yang bebas dari segala bendasing .. haaa gitu ! cuma kita je tak nampak sebab ia nya dari dalaman ..

Sekali sekala penting tau untuk buat facial treatment , bukan apa , umur muda belia remaja tapi tengok muka ~ alamak ! kenapa macam tua sangat huuuu sedey kan .. haha cakap kat diri sendiri okay .. by the way banyak je facial yang boleh repair kulit muka kita , atau pun anti aging , whitening dan banyak lagi lah , so baru-baru ni qaseh mencuba Mary Cohr Catio Vital Youth Lifting Treatment yang mana mampu meremajakan kulit based on beauty goal ..



Peranti ini direka semata-mata untuk digunakan pada kulit yang sihat tanpa luka

Rawatan ni sangat ekslusif , menggunakan mesin yang tak menyakitkan langsung .. dan mesin yang di gunakan selalu di upgrade tau jadi tak perlu risau dengan tahap keberkesanan mesin ni , zaman moden ni semua dah canggih  .. so rawatan yang qaseh cuba ni dapat meningkatkan dan meremajakan kulit dengan merangsang sel-sel kulit .. Cara rawatan ni adalah satu alternatif terbaik yang segera bertindak ke atas tanda-tanda penuaan yang berlaku pada kulit kitaa ... haaa ngerti tak .. meh tengok cara rawatan pulak

Coretan untuk Ramadhan 3 , makin lama makin takde idea pulak haha tapi teruskan dengan misi journal of my ramadhan , so setiap hari aku akan menulis tentang apa yang berlaku sewaktu bulan Ramadhan dalam kehidupan harian aku .. tak kisah lah ada orang nak baca ke tak haha ..  so tadi aku online je kat twitter lepas tu ternampak prank post yang mana dia suruh bagi mesej  / whatsapp dekat kawan - kawan dan meseg yang harus di sampaikan adalah :

''aku nak pinjam RM500 boleh tak''

So kena bagi mesej macam tu dan tunggu je apa respon dari kawan-kawan korang , haha by the way lama dah tak prank bff aku since 2001 , dah 17 tahun berkawan dengan depa ni , sampai dah beranak pinak ahaks .. last aku prank depa masa zaman muda dulu .. prank paling bodoh kot aku pernah buat .. yang melibatkan soal mati dan hidup .. jap lagi aku cerita , sambung cerita hat atas ni dulu .. 

Respon diorang ni memang mampu buat air mata mengalir , terharu sebab walaupun masing-masing takde duit tapi nak jugak tolong , dan dari dulu lagi sebenarnya depa ada je .. tq for everything sepanjang persahabatan kita wpun aku ni bukan lah kawan yang baik sangat , nakal tu ada la :p

Ramadhan ke dua ni tetiba aku rasa sedih , sebab rindu dengan suasana kg , rindu masakan mak .. rindu everything yang zaman-zaman pemalas , bila bulan puasa je kena bebel sebab malas nak masak .. ahaks konon letih sangat la tak mampu nak buat ape ! ceh dasar pemalas di waktu bujang kahkah tapi bila dah kahwin ni rajin la sikit uols ..

Bila dah kahwin dan dapat suami yang tak cerewet bab makanan ni , patut bersyukur sebab tak payah susah - susah masak masakan jawa , timur tengah mahupun western , tekak dia macam aku jugak boleh masuk semua tapi kadang-kadang aku yang cerewet sebenarnya .. so hari ni ingat nak masak kan tomyam tapi husband cakap nak simple-simple je dia pergi masak sup ayam .. ayoyoyo lagi pun cuti hari ni so terlampau rajin

Pembantu Umi dalam segala hal .. sekarang dia lah paling laju ke dapur lepas tu peluk kaki umi =_=

Bila dah masuk petang hari tadi , tetiba terfikir nak buat agar-agar sebab kitorang malas nak keluar pergi bazaar ramadhan .. nak rehat je kat rumah , so buat je lah benda paling simple untuk pemanis mulut .. bahan-bahan untuk buat kuih pun tak teringat nak beli .. so hari ni buat lah agar-agar sirap ros ! haha .. sedap jugak bila lapar oik

Agar-agar Sirap Ros

Bahan-bahan
  1. Agar-agar bertali
  2. Daun pandan
  3. Sirap
  4. Air 

Cara-cara 
  1. Masukkan agar-agar dalam periuk bersama air 
  2. Biarkan ia larut , kacau-kacau
  3. Masukkan gula dan juga sirap  dan daun pandan
  4. Bila agar-agar tu dah cair boleh lah tutup api dan biarkan ia sejuk seketika
  5. Masukkan dalam peti ais , tunggu keras dan siap ! 
Nak nampak comei-comei letak dalam bekas ais bentuk love2 .. semoga yang makan akan bertambah kasih sayang haha 

Dah siap sebegini la rupanya .. aummmm , ermm esok nak masak apa pulak ye ! oh menu hari ni tak amik gambar pun sebab malas.. :p alhamdulillah done untuk Ramadhan ke dua ..

Selamat tengah malam my readers , di sebab kan mata masih lagi cerah benderang , aku terus bukak laptop dan jari-jari mula menari di atas papan keyboard .. di temani dengan secangkir kopi bersama roti kosong.. semoga setiap malam ada masa untuk mencoretkan journal of Ramadhan sehingga penghujungnya  .. InshaaAllah .

Alhamdulillah Ramadhan pertama kian berlalu , tapi bagi setiap perempuan pasti ada suatu saat kegeraman tu datang tiba-tiba .. bila mana dia terlalu excited untuk meraikan bulan Ramadhan , tapi di hari pertama lagi dia tewas dengan sesuatu yang selalu datang dengan tiba-tiba .. yang akhirnya membuatkan dia menangis ..

Tapi itulah unik nya perempuan , Allah dah cipta sebaik-baik .. its ok girl ! ganti puasa macam selalu .ek eleh macam tak biasa .. cool down beb , ada lagi 23 hari jika di tolak 7 hari haha mereput lah diri sendiri ..


Sayang  , jangan pernah merasa sedih dengan apa yang di kurniakan kepada kita walaupun kadang-kadang kita tak ingin ia datang pada masa yang kita tidak inginkan .. jangan bersedih hingga kita terlupa siapa yang mengaturkan , hati-hati dengan percakapan kita sendiri sayang , kitaran haid itu adalah sebahagiaan dari ciptaan Allah , jangan bersedih dan menyatakan sesuatu yang melampau , sehingga mempertikaikan apa yang berlaku , cukup dengan redha dan menganggap ia dengan penuh hikmah :)

Amalan Wanita Haid / Nifas di bulan Ramadhan 

So berlalu sudah untuk hari pertama , hari ni aku melepek je sebenarnya dari pagi , sakit kepala teruk menyerang .. sebenarnya dari semalam lagi tapi tahan sebab ubat dah habis .. sorry my husband , terpaksa masak sendiri hari ni untuk berbuka .. inshaaAllah esok isteri mu akan memasak untuk diri mu ok .. now dah ok sikit dah kepala .. alhamdulillah .. ! so perempuan kat luar sana dont be so sad sangat lah ok .. i feel u but its ok .. chill hehehehe

Hati berbicara :
Apa akan ku coretkan pada Ramadhan ke dua agak2 .. hurmm see u tomorrow ! tq sudi membaca :p 
Jadual Berbuka Puasa dan Imsak 2017 | Alhamdulilah masih di panjangkan umur untuk merasai nikmat pahala di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan , qaseh nak ucapkan selamat berpuasa buat semua yang beragama islam , semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum-sebelum .. maafkan qaseh jika ada kesilapan secara sengaja atau pun tak .. 

So hari ni qaseh nak kongsikan jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh negeri ! Jangan makan banyak-banyak tau .. terawih jangan lupa ! 

Jadual Berbuka Puasa 2017 bagi negeri Johor 

Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates