facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Qaseh Dalia's Blog

Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua yang beragama islam , alhamdulillah semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya .. bila tiba Ramadhan ni , rindu sangat kat kg , rindu suasana berbuka puasa di kampung , alahai sedihla pulak ..

Bila masuk bulan Ramadhan ni awal-awal mesti rasa lemah , dan malas nak buat segala kerja kan .. tapi nak tak nak kena jugak buat kerja , jadi apa tips korang untuk kekal bertenaga di bulan puasa ? share-share lah ye , mana tahu boleh praktikkan , dan cara aku adalah minum Air Nabeez sewaktu bersahur .

Air Nabeez ni juga adalah amalan Nabi Muhammad S.A.W ..

[sumber foto]
Cara-cara membuat Air Nabeez

Bahan-bahan

  1. Kurma
  2. Air Suam 

Cara-cara 

  1. Ambil kurma dengan bilangan nombor ganjil , biasanya 3 biji untuk sekali buat 
  2. Buang biji dan carik-carikkan isi kurma 
  3. Rendam isi kurma dalam air suam 500ml / 1 liter di waktu malam sebelum tidur 
  4. Jangan lupa tutup air dan biarkan di luar , tak perlu letak dalam peti sejuk
  5. Minum di waktu sahur ! Esoknya inshaaAllah kekal bertenaga 

Hati Berbicara  :


Haaa mudah je kan , kalau nak guna kismis pun boleh tapi jangan campur kismis dan kurma , buat asimg-asing ok .. dan jangan simpan air Nabeez ni sebab ia akan masam , sebolehnya buat tiap-tiap malam untuk sahur .. Banyak sebenarnya kelebihan kurma ni untuk tubuh badan kita .. buat jus pun sedap ! 

Pigeon Newborn Pure Review | Rayyan ! jom mandi ! begitulah rutin hari-hari bila ajak Rayyan mandi haha tapi alhamdulillah bab-bab mandi , main air ni sekarang laju je dia .. tak macam dulu , selalu nak mandi dengan air panas .. sekarang bila dah makin membesar ni makin bijak dan banyak akai .. 

Bila ada baby ni selain dari keperluan dia yang lain , tentu pening kan nak pilih losyen dan mandian yang tak membuatkan kulit bayi sensitif , nak kulit bayi kita lembut dan wangi je .. begitulah kalau dah ada anak kan semua benda kena ambil tahu .. so hari ni aku nak kongsi produk pilihan untuk penjagaan Rayyan . 

Walaupun Rayyan dah setahun lebih tapi masih dalam kategori bayi kan haha , because he always my baby ! so kalau korang pening nak pilih yang mana satu best , aku cadangkan guna lah Pigeon Newborn Pure ni , banyak kelebihan nya tau .. dah lah wangi , kadang-kadang aku pulak terguna .. hihi ampunkan Umi !  eh tapi tak salah sebab boleh di gunakan seisi keluarga 


Tq Motherhood , by the way first time guna barang penjagaan bayi dari product Pigeon ni , dan sememangnya produk yang di kenali ramai kerana di kaji dengan formula yang terbaik dan di buat di Jepun.

Hai , hari ni aku nak tanya dan survey sikit , bagi korang bra menyusu / nursing bra penting ke tidak buat ibu-ibu semua ? atau pun ''alaahhh pakai bra biasa pun dah memadai , nursing bra dah la mahal '' atau ''sangat penting , sebab ia memudahkan korang bila menyusukan baby'' .. 

Secara jujurnya bagi aku yang masih baru dalam dunia 'ibu' ni , awal-awal persiapan menyambut kelahiran baby lagi aku dah melakukan kesilapan .. yesss ! aku silap besar bila aku terlampau excited mencari kelengkapan baby , tapi aku lupa yang aku juga perlu pentingkan kelengkapan di waktu pantang dan selepas bersalin .. ini pentingnya ilmu dan jangan malu nak tanya orang-orang yang berpengalaman ! 


A lil throwback of my prince , Rayyan .. budak yang sangat kuat menyusu !

Bila Rayyan lahir dan bermula nya episod menyusu dalam kehidupan aku , baru lah aku tersedar yang nursing bra sangat-sangat penting , nasib baik jugak lah tersedar , kalau tak sedar2 guane gamok haha so bila nak menyusukan Rayyan pakai bra biasa sangat-sangat leceh dan merimaskan , lebih-lebih lagi pengalaman menyusu kan Rayyan sangat perit bila puting melecet ! lepas tu pakai pulak bra yang tak berkualiti lagi lah menyakitkan .. 
Buffet Ramadhan PICC 2017 | Assalamualaikum semua , jaga-jaga perut , haha kali ni nak cerita tentang buffet ramadhan di PICC , kalau nak di  ikutkan dah tak lama ye kita menghampiri bulan ramadhan bulan yang sangat mulia , 11 hari lagi .. semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya .. so sempena ramadhan ni nak share sikit tentang buffet ramadhan lah of course kan , kali ni qaseh di PICC Putrajaya.

Konsep International Iftar 

Apa yang best kali ni ? sama ke macam sebelum-sebelum ni yang qaseh share .. haa kalau sama tak best lah kan , so kali ni PICC membuat kelainan dengan konsep INTERNATIONAL IFTAR , haaa gituh , konsep pun dah menarik uols belum tengok makanan-makanan lagi 

Antara menu baru yang menarik minat qaseh adalah Nasi Briyani Buloh , sebelum ni pernah jugak try nasi buluh , tapi kali ni try Nasi Briyani buluh pulak .. bila masak dalam buluh ni , masakan ni lebih sedap dan beraroma .. selain tu menu baru di sini Kaki Lembu Panggang dan juga Ikan Bakar Istimewa.. pasai apa istimewa sangat ? ikan di dibakar dan di salut dengan garam bukit.


 Bila fikir-fikir balik , rasa macam dah lama aku tak shopping di mall sejak ada pelbagai kedai dalam talian ni , melainkan barang dapur , takkan sawi seringgit pun nak beli online , over naww hang haha .. tapi di ingatkan bila korang nak membeli sesuatu tu haruslah dari web yang boleh di percayai dan yang paling penting MURAHHHHH !! 

Terkejut jugak aku bila buka web ni , barangan yang ada memang murah gila (terus rasa wow murah giler , adakah aku bermimpi haha ) tapi seriously memang murah barang-barang kat Shopee ni , kalau korang jenis pandai survey ada yang shipping fee lagi haa .. tak percaya ? bukak web www.shopee.com.my sekarang .. haaa dah percaya sila berterima kasih pada iols k ..






Pengalaman Shopping di Shopee




Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates