• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Ezbuy.My | Laman Shopping Online Murah dan Mudah | Hai korang semua , kali ni Qaseh nak share satu laman web shopping online yang memang mudah dan barang yang berkualiti dengan harga yang sangat murah ! mungkin dah ramai yang shopping kat sini dan juga ada yang masih tak tahu kan ,so aku nak kenalkan  ini lah dia web www.ezbuy.my .. bagi yang masih tak tahu , sekali korang klik memang payah nak keluar sebabnya haaa tengok sendiri ye , tekan je kat link Qaseh bagi tu.. bagi qaseh bila dah jadi mak2 ni leceh sikit kalau nak shopping kat luar kalau setakat dua tiga barang , nak bawak anak kecik lagi kan .. erghhhh mak2 paham la kan perasaannya .. 


Memang banyak barang kat ezbuy ni , dari women clothing hinggala office & stationery .. fuhh 

So shopping online memang qaseh punya pilihan yang utama la sekarang.. dengan harga berbaloi dan mudah why not haaa ~ dah jimat masa dan tenaga kat situ , just goyang kaki lepastu ting tonggg tingggg tunggu je barang sampai depan rumah .. dan cara-cara nak shopping kat sini mudah sangat ,semudah a b c je ,  rugi tak beli kat sini tau sebab diskaun punya lah meriah macam sambut hari raya ! bermula dari 5-70% diskaun ! Berita baik bagi yang pertama kali register pulak qaseh nak bagi korang  FREE VOUCHER RM15 , macamana nak dapat ? mudah je hanya tekan link ni  http://bit.ly/2bOn1Ua lepas tu akan keluar macam gambar kat bawah ni , boleh la reg sekarang ! Oh ye lagi satu qaseh nak bagi korang 15% off shipping fee dengan menggunakan kod ni ezfriend15


 http://invl.co/mxn
{klik banner atas ni}
Jangan lupa tau register ~ tak kena bayar pun malahan dapat free voucher dan shipping fee diskaun lagi ! 

Bagaimana nak shopping di EZBUY?

1. Buka laman web www.ezbuy.my , lepas dah daftar macam kat atas tadi , login balik ke account korang .. kalau daftar biasa korang takkan dapat free voucher tadi tau

acc qaseh bila dah login 

2. Pilih dan survey lah barangan yang korang nak , blink2 biji mata sebab semua barangan murah dan cantik sangat ! Lagi memudahkan bila korang klik dekat kategori2 yang di sediakan di label sebelah kiri.

banyak sangat baju cantik2 kat sini .. selamat mengempiskan dompet huhuhu ~ 

3. Lepas dah pilih semua , ADD TO CHART 


Qaseh dah pilih yang berkenan kat hati , murah je uols ~ lepastu add to chart dengan yakinnya ! 

4. Step 4 pulak korang dah masukkan semua dalam shopping cart korang , so masa untuk CHECKOUT ! tapi sebelum tu jangan lupa gunakan voucher free tadi dan masukkan kod untuk diskaun 15% fee shipping  ezfriend15

 
5. Dah setel checkout masukkan alamat rumah korang .. nak letak alamat qaseh pun boleh haha


6. Setel letak alamat korang , last step masa untuk bayar ! haaa dah oder2 jangan tak bayar pulak .. dalam masa 24 jam , andai korang terlupa bayar dalam masa 24 jam korang kena oder balik barang tadi hehehe , so cepat2 buat payment ..

yeahhh ! akhirnya setel shopping dengan mudah pantas semudah abc ! 

PRIME
 http://invl.co/nxn
{klik banner atas ni}


Last qaseh nak bagi detail sikit tentang Prime , btw kalau korang perasan korang akan nampak banner ni berlegar-legar di web EZBUY kan .. apakah prime ni ? Ezbuy Prime is a subscribed membership programme exclusive to ezbuy existing customers. The membership fee is RM 188 per year and this enables you to enjoy the Prime member only benefits for one whole year. ( so korang hanya bayar RM188 untuk jadi ahli Prime ) then ship everything @ at only RM8.80 Nett International Shipping Fee..  http://marketing.ezbuy.my/prime_land/


PRIME MEMBER BENEFIT 




1. Prime RM 188 unlimited shipping
Ezbuy Prime member enjoys RM 8.80 unlimited international shipping. Regardless of the items’ total quantity, weight or size, the total international shipping fee is RM 8.80 net per checkout for Prime eligible items. There’s no limit on how many items you can check out at one time.
2. Lowest agent fee rate
Agent fee is charged for order processing and inspection, parcel consolidation and packaging, exporting and importing document, etc. Prime member can enjoy the lowest 4% agent fee rate for Prime eligible items, regardless of the current member level (normal, VIP or SVIP).
3. Free insurance up to RM2000
Ezbuy Prime member enjoys free insurance up to per parcel to cover unfortunate incident like parcel loss, damage or product issues listed in the inspection coverage. The compensation follows the same policy as buy-for-me service.

So berbaloi sangat kalau korang memang pelaggan setia EZBUY dan selalu shopping kat sini , jangan lupa jadi member PRIME ok , kalau nak tahu lebih lanjut pasal PRIME ni korang boleh klik kat sini https://ezbuy.my/Prime_Introduction

Register For Prime Trial
Berita baik korang boleh register untuk Prime Trial ,
tapi limited to daily 1st 100 register user only, so korang boleh register kat sini 

https://goo.gl/7eXgQs

Lastly , korang jangan lupa gunakan voucher dan kod free tuh , free uols ! mudah kan dengan EZBUY WEB ni , tapi jangan la salahkan qaseh pulak andainya duit korang makin surut haha sebab memang rambang mata bila tengok barang2 di EZBUY web ni .. SELAMAT BERSHOPPING korang , hope dapat membantu korang shopping dengan mudah dan riang hati ! nak shopping ? ingat www.ezbuy.my




Assalamualaikum and hye :)
Lama rasanya tak bercerita tentang Rayyan , sebab baru-baru ni internet tersangat lah buat hal dan kedua charger laptop tertinggal di kampung , so now dah boleh berblog setiap hari , inshaaAllah semoga istiqamah , nak mulakan balik kerajinan berblog .. harapnya hehehe

Pejam celik pejam celik dah 7 bulan anak Umi , Rayyan .. fuh sekejap je masa berlalu , tak puas rasa perut kene tendang tiap-tiap malam , ops jangan suruh aku tambah .. biarlah dua tahun dulu yee .. kalau ada rezeki ameen kan aje .. sian Rayyan tak cukup kasih sayang lagi haha .. hari ni Rayyan dah masuk 7 bulan 16 hari dah haa , seronok tengok perkembangan dia depan mata .. amacam perasaan jaga anak ni ? ada rasa macam nak meletup tak ? haha so far setakat ni emosi aku masih stabil lagi , takde perangai Rayyan yang menguji tahap kesabaran tertinggi , so far dia takde banyak meragam , masih lagi behave tapi bila dah masuk 7 bulan ni ada la perubahan sikit.

Btw kalau nak cerita pasal perkembangan anak ni lain anak lain perkembangan nya , ada yang lambat ada yang cepat .. risau ? mak mana yang tak risau kan tapi kalau doctor cakap benda tu biasa tak payah la nak di jadikan satu beban untuk tekanan buat diri sendiri , benda gini normal la (cakap mcm dah ramai anak kan ) haha tapi benda betul .. yang penting anak kita sihat walafiat di jauhkan dari sebarang penyakit berbahaya .. kalau kita sakit pun susah hati apatah lagi anak kan .. so doa tiap hari agar anak kita sentiasa di lindungi , ujian setiap orang lain .. Allah tak uji di luar kemampuan hambanya ! ok ?

muka baru bangun tido , Rayyan ni kalau tido dia cukup , bangun je mesti ceria .. terus nak main benda2 merangkak sana sini .. 
maaf la sepah sikit haha , rambut Rayyan macam pelik sikit kan kat tepi tu sebab umi n dedi dia tersilap potong haha sebabnya tak reti duk diam , mmg tak dapat nak potong kat kedai la kalau pesen gaya gini 

Perkembangan Bayi Usia 7 Bulan

Belajar Duduk ,Merangkak & Memanjat

Rayyan memang baru boleh merangkak dan duduk masa umur 7  bulan .. tu pun banyak kali terlentang , banyak kali jatuh haha biasalah tu kan , usaha tu kan tangga kejayaan .. pertama kali dia pandai duduk memang bersorak la daku , ekpresi tu tak dapat di gambarkan kat sini , nanti pengsan yang menengok haha kegembiraan seorang ibu kan .. eceh .. tapi merangkak tu kadang2 bila dia rasa nak merangkak , biasa nya mengesot dada je .. tapi bila dedi dia balik kerja amboii laju kemain haaa ..bab memanjat ni risau jugak , suka panjat dekat2 dinding semua haishh lasak sungguh , takut dia jatuh je ..hurmm so target duduk dan merangkak berjaya ! Senang sikit kalau g shopping dan makan kat luar , boleh la Rayyan duduk dalam baby chair .

Tumbuh Gigi
Yeyyy nampak tak gigi dia cinocet je , hehe baru lagi tumbuh2 gigi ni haa .. tu pun nasib baik demam dia tak melarat , cuma dedar2 macam tu je la .. dalam dua hari , aku just lap-lap badan dia dengan tuala basah tak bagi badan dia makin panas .. alhamdulillah tak melarat dan ok dah .. sejak tumbuh gigi ni suka sangat buat2 bunyi dalam mulut haha mungkin rasa tak selesa lagi terima perubahan baru dalam mulut dia dan suka gigit dah !sakit kot kena gigit huwaaaaaa Umi redha nakkkkkk ~

Bermain /Mengenal / Memegang objek

Main dengan objek ni dah start umur 4 5 bulan macam tu , sekarang makin aktif la semua benda nak capai dan gigit .. asal nampak jauh ke dekat pasti dia nak g ambil , tambah2 suka sangat dengan lubang plug , haishh tu lah bila  anak makin membesar ni rumah mmg takpela kalau kosong pun sebab semua benda dia nak teroka , hari tu pasu bunga nasib baik tak pecah .. so dah simpan semua dalam bilik stor haha sebab bahaya jugak untuk dia .. bagus perkembangan yang positif dan aktif .. cuma kena pantau sebab suka makan .. pantang ada benda kat tangan semua nak di suap dalam mulut


Mengikut / Pantang Berpisah

Amende la mengikut pulok ni , bahasa pata timo aku bagi hukaloh .. haha ni perubahan baru la . sebelum ni ok je tengok umi buat keje , dia duk kat depan tv sorg2 .. tapi sekarang pantang nampak umi bergerak mula lah nak nangis , tu susah sikit nak buat keje .. buat keje pun masa dia tido je la .. tapi ya ampun tido pun sekejap je kalau siang hari .. peel terbaru Rayyan , kat rumah setakat ni macam tu .. kat luar hari tu ok lagi dia dengan orang lain .. sekarang tak tahu la sebab lama jugak tak keluar jumpa member2 umi kan .. hehe 
tapi bila dia macam tu rasa diri di perlukan sgt haha 


Mudah Tersenyum 

Rayyan memang mudah senyum , sejak dari kecik lagi kalau buat lawak-lawak hambar pun senyum je dia .. haha setakat ni memang murah dengan senyuman la .. kadang2 duk borak dengan suami pastu gelak2 tetiba dia pun ikut senyum sekali .. hihihi perangai comel sangat haaa , pastu tergelak je haaa layan dia .. ada satu peel dia nak gelak tapi sekali dengan air liur keluar , pesen senyum extra sembur air liur -_-


Pantang Tengok Orang Makan 

Yang ni kalau kat rumah , umi n dedi pulak suka makan .. Rayyan mmg pantang tengok , walaupun waktu tu dia tengah khusyuk main , tetiba laju je datang .. tapi time org suap makanan dia asyik nak lari je haaa .. nak jugak makan macam org dewasa .. mesti besar ni kuat makan macam dedi kan , haha lagi pun masa mengandungkan dia memang aku kuat makan .. sabar ye nanti Umi suap Rayyan byk2 bagi bam bam .. sekarang tak tahu la berat dia berapa ,masa 6 bulan hari tu 7.7 , bulan depan baru check up .Wktu ni pun du berebut laptop dengan dia , nak ggit laptop pulak -_-


Hati berbicara :
Haaa tu je la kot perkembangan dia setelah masuk umur 7 bulan ni , doakan Rayyan sihat sokmo ye.. sekarang ni macam2 virus ada .. risau jugak bila fikir pasal penyakit berbahaya ni tambah2 melalui nyamuk .. semoga kita semua di jauhi dari segala penyakit .. inshaaAllah ameen :) 
nanti Umi cerita lagi pasal Rayyan ye .. ni pun rasa berjam2 nak siapkan .. haha berebut menaip ! 

 hello girls ~ 
korang suka makeup tak ? btw makeup ni tak semestinya kena tebal-tebal macam opera cina or macam nak pergi kawen sekali lagi , dengan bulu mata palsu yang memberatkan mata .. haha bagi aku makeup ni sesuatu yang menceriakan sedikit wajah dari warna kusam walaupun secalit gincu dah di namakan sebagai makeup kan ? tu bagi aku la .. btw ramai cakap yaaaa i have natural beauty no need makeup bla bla bla tapi nampak jugak pakai bedak .. oh so dramatic girls ~ haha 

Bagi aku , memang aku agak cerewet bab mencari sesuatu untuk diri sendiri , of course la nak yang terbaik kan , lama jugak la aku survey foundation ni , dari bahan dia hingga la review dari orang lain , akhirnya tertarik jugak nak beli .. tadaaa akhirnya menjadi hak  milik .. benda pertama buat aku tertarik ialah foundation ni jenis stick , satu lagi siap ada brush kat situ , so senang sangat nak pakai tanpa kotorkan tangan gitu .. lagi pun foundation ni kecik je mudah bawak dan sangat jimat masa bila nak bermekap .. hihihi cian suami asyik menunggu berejam je tunggu wife dia bersiap.

Kelebihan COCOBLANC 


1) KKM , KFDA Approved and GMP cerified 

2) Made in korea
3) Suitable for all type of skin (even sensitive skin)
4) Price : RM132 exclude postage fee
5) provide with super silky brush made my horse fur ( halal to use for muslim)
6) All in one foundation stick : Cover + Protect (SPF 50++) + Prime + Whitening + Healing 

 abaikan kening comot tu , nampak tak beza ~ so putih la sikit daku haha , tapi takdela nampak over .. biasa aku pakai nipis2 je .. nak nampak ala-ala natural gitu tapi takde la nampak kulit muka kusam , then foundation ni memang lama tahan dan waktu muka tengah berpeluh ia buatkan wajah muka jadi beekilat dan glowing gitu !


nah amek gambar besar gedabak satu , belanja sikit ~ haha apapun memang favourite antara banyak2 favourite .. perempuan uols takde maknanya ada satu je brg mekap kan haha ok kalau nak review dari yang lain lain boleh tgk insta @cocoblancmalaysia .. banyak video2 tuto mekap menggunakan foundation ni , so boleh jadikan sebagai panduan, practice make perfect !!
Assalamualaikum ..


Delong Coffee & Such | Cafe Berkonsepkan Masakan Terengganu dan Western di Shah Alam | Hari ni qaseh berkesempatan memenuhkan perut yang selalu kelaparan ni di satu Cafe di Shah Alam iaitu Cafe Delong Coffee & Such , sebelum qaseh bagitahu apa yang menarik kat sini nak say tq so much kerna sudi menjemput .. by the way Cafe ni masih sangat-sangat baru , dan qaseh baru tahu sebenarnya owner ni asalnya dari Terengganu ~ haaa sama lah kita , tetiba rindu sangat masakan Terengganu oihh .. kira rezeki terpijak la ni kan dapat makan masakan orang kampung .. dan sememangnya Cafe ni memang berkonsepkan masakan Terengganu dan juga Western ~ 


 Dekorasi yang simple , yang bertemakan kaler putih .. tenang je kan , dan lagi menyerikan dengan hiasan belon hitam putih .. sebenarnya dekorasi cafe ni  masih dalam pembikinan , so far akan banyak berubah dan lagi cun nanti .. so stay tune nanti lagi menarik !!  oh ye kenapa Cafe ni bernama Delong , sebenarnya Delong adalah nama sebuah kampung di Dungun sempena owner nya yang tinggal di Dungun hehehe

Menu Utama di Delong Coffee & Such

Cerita pasal menu pulak , menu utama yang ada kat sini ialah Nasi Carrot dan juga Chalong , nak tahu tak , walaupun qaseh ni orang terengganu tapi qaseh tak pernah tahu kewujudan makanan yang bernama Chalong ni , haaa nampak sangat terengganu celup aku nih , sabar je lah ~ tadi teka-teka ingatkan mee celup ke mee rebus ke sebab seakan-akan sama la , rupanya nama sebenarnya adalah Chalong ~ kenapa Chalong tu lagi la qaseh tak tahu , tapi rasa dia bagi pertama kali cuba sedap jugak la , memang kena dengan tekak .. lagi menyedapkan adalah fishball homemade , fishball ni memang seratus peratus campuran ikan tanpa guna tepung sedikitpun .. orang kata memang asli lah ! tapi rasa Chalong ni memang lain dari mee rebus atau pun mee celup .. nak tahu kena datang rasa sendiri 



haaa ni la rupa makanan yang bernama Chalong ~ dan yang berdiet jangan risau ok , enjoy je makan Chalong hari-hari sebab Chalong adalah makanan sesuai bagi yang berdiet sakan tuh!

Menu utama kedua ialah Nasi Carrot & Ayam Masak Merah , masakan ni pun qaseh pertama kali juga cuba , Nasi Carrot ni ala-ala nasi minyak jugak tapi di tambah dengan lobak merah di dalam nasi .. jadi bila makan akan rasa la lobak merah dan aroma tuh , nasi pun kemain panjang , makan sikit pun dah rasa kenyang amat !! mungkin korang pernah makan nasi carrot di mana-mana tapi masakan dan rasa berlainan ok , so harus try jugak bila datang di sini ! dua ni adalah antara menu utama yang terdapat di Delong Coffee & Such .



Tu antara menu utama la kat sini , sebenarnya banyak lagi menu-menu lain contohnya macam nasi lemak tapi sambal nasi lemak memang sambal asli dari terengganu ~ selain tu ada chicken chop , stik , nasi goreng special , dan lain-lain lagi laaa .. selain tu coffee pun ada , macam nama cafe ni jugak , harus lah ada coffee latte , mocha dan lain-lain lagi ... nak tahu kena datang cuba cepat-cepat tau sebabnya owner nak bagi diskaun sempena pembukaan Delong Coffee & Such ni .. 

minuman pulak ialah Air Soda Bukit Besi ~ kalau korang order Nasi Carrot + Air Soda hanya RM9.90 je .. berbaloi kan  ! 

selain tu yang ni sangat maveles ! Lala Choco Drink ~peminat marshmallow mesti suka kan kan ~ rasa dia yummeh sangat .. tengok gambar pun dah terliur ..

 belon pun habis semua kena rembat dengan budak2 ahahaha ~ Rayyan pun nak main belon jugak .. 

last but not least ~ tq again Puan Ina haaa ni lah owner Delong Coffee & Such , cantik dan gebu sangat .. soft spoken gitu .. semoga Delong Cafe bertambah maju dan success ~ inshaaAllah tq menyediakan hidangan yang sedap dan asli dari Terengganu gituh ~ sekurangnya negeri luar dapat mengenali dan merasa makanan dari Terengganu ... 

INFO 

Address : No 8 Jalan Opera A U2/A Seksyen U2 TTDI Jaya Shah Alam Selangor 
(Landmark berdekatan Petron)

No Tel : 0139583797 / 0122808996 

Instagram : @delongcoffeeandsuch




Hello ~


Happy Birthday Althea ! saengil chucka hamnida ! haaa mesti ramai tertanya-tanya apakah itu Althea memandangkan ramai dah share dan wish happy birthday Althea ~ bukan artis mahupun awek ok tapi kegemaran semua wanita , tapi sebelum tu aku pun tak nak la ketinggalan untuk wish happy birthday Althea yang ke setahun ~ yeahh daebakkk !! dan sebenarnya Althea adalah website berhantu bagi aku , semuanya tentang produk kecantikan dari Korea ~ kenapa sangat berhantu bagi aku ? sebabnya barang-barang kat situ memang bagus dan murah weh , -_- tak percaya boleh masuk sendiri web tu kat sini haaa www.my.althea.kr .. dan tak lupa tq so much Althea utk gift pilihan sendiri dari Korea nun di sana .. dan sempena birthday Althea banyak promosi gila-gila untuk korang semua ! rugi tau kalau tak rembat peluang ni .. 


Pinky sangat box dari Althea , dah la aku ni memang minat sangat pink2 comel macam ni , tq althea ~ happy birthday from me ! So sempena birthday Althea korang kena baca sampai habis entry ni k.

Althea's Birthday Celebration 20th-31st July2016


  • Korang akan dapat Limited Birthday Box + Diy Party Kits macam dalam gambar ni , cantik kan ..boleh la simpan barang-barang makeup korang 

  • Free Goodies For First 1500 Shoppers  , cepat-cepat korang hanya untuk 1500 terawal dan jangan lupa masukkan kod #altheaturns1 , goodies bag with full size of beauty products 
  • Birthday Giveaway . Pick 3 Best Sellers To Get 100% Rebate.
  • #Altheaturns1 Instagram Contest . Got your Althea party kit? Wish us a happy birthday with #altheaturns1 and stand a chance to win amazing prizes such as Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers from Althea!Prizes total worth KRW10,000,000 to be won.Contest starts from 20th July - 15th August, 2016.


Amacam best kan ? yang pasti bila dah dapat party kit tu jangan lupa join contest kat instagram Althea sebab hadiah dia lumayan gila ! mana tahu luck korang dapat .. yang penting wajib mencuba .. sape nak bagi iphone free oiii hehe , jom tengok pulak apa yang aku shopping dari Korea ni ~ 

Black Sugar Mask 

Body Wash Peach 300 ml , yang ni suami aku yang nak .. haha nasib baik dia tak mintak gincu , pengsan makkk 

Green Tea Mint Shampoo 
Aloe Vera 92% Soothing Gel 
Seammul Real Tint , Drawing EyeBrow New Colour ,The Style 4d Mascara

Its My Perfume Hand Cream Option

Haaa ini je la yang aku shopping kat Althea .. first shopping k , semua ni RM150 , tq somuch Althea ! korang shopping apa pulak ? jangan lupa shopping cepat2 k , jadi 1500 pertama nanti dapat goodies bag yeyyyy di www.althea.kr


Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates