• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum , hari ni aku nak cerita tentang keperluan anak , sebelum ni aku ada post tentang perlu ke stroller baby ? dan ramai yang kata perlu dan juga sesetengah kata lebih baik carrier dari stroller .. bagi aku? dua-dua ada kepentingan masing-masing ~ tengok keadaan la , ada tempat stroller tak sesuai untuk di bawa , dan ada tempat carrier lebih menyenangkan anak dan juga parents .. 

Cerita pasal carrier ni dulu aku anti dengan parents yang bawak anak guna carrier , tapi ni dulu la sebelum ada anak sebabnya aku rasa macam eh , ''tak sakit ke baby bila di gendong dengan carrier'' ? ''macam siksa kan baby je'' dan banyak lagi la aku fikir , haha tapi bila dah ada anak ni haaa kalau nak dukung berejam lamanya dengan perangai tak reti duduk diam memang patah pinggang aku dahla Rayyan dah 7kg lebih dah fuhhh kuss semangat , dan bila sendiri gendong , sendiri letak Rayyan dalam carrier baru tahu sebenarnya baby selamat je dalam tu , selesa dan tak menyiksakan pun .. tapi harusla pilih carrier yang betul2 bagi keselesaan pada baby ..

Jadi apa pilihan carrier aku untuk Rayyan ? Jeng jeng jeng ,aku memilih JOSH Four Season Hipseat Carrier by I-Angel , kenapa aku memilih Hipseat Carrier ?sebabnya banyak kelebihan yang buat aku tertarik dengan carrier dari I-angel ni ..orang kata hipseat tak elok untuk baby , walhal sesuatu produk tu dah di kaji sebelum di perkenalkan , so pilihan masing-masing kan ?aku rasa dengan hipseat baby lebih selesa dari di gendong mcm2 cara hehe  apa yang buat aku tertarik dengan hipseat carrier dari I-Angel ni bukan hanya boleh di gendong dengan pelbagai posisi tapi juga di buat dalam bentuk ERGONOMIK ,

HIPSEAT DESIGN


 Benda pertama yang aku suka dengan i-angel Hipseat Carrier ni , aku boleh guna dua pilihan iaitu boleh guna hipseat sahaja ataupun  hipseat carrier [full wearing] , kalau baby korang jenis nak berdukung je memanjang ,jenuh jugak kan , lebih-lebih lagi kat rumah , takkan dalam rumah pun nak pakai carrier 24 jam , baby pun rimas jugak jadi dengan Hipseat ni lagi mudah dan tak lenguh pinggang bila dukung anak .. hipseat ni boleh ubah nak letak kiri ke kanan ke , haaa tu suka hati korang la .. lagi mudah nak buat keje , dan jugak menyusu.. memang tak lenguh pinggang aku lepas ni ..hehe kalau tengok dalam gambar atas tu , seat nya tak keras pun , jangan risau baby tak sakit bontot tapi lagi selesa amat , dan yang paling penting belakang korang tak rasa sakit dah ..

satu lagi korang tak perlu risau , hipseat ni memang kukuh amat , buckle pun besar gedabak kat belakang dan boleh di ketatkan seketat2 yang korang nak ..




Sesuatu produk bila di keluarkan haruslah di buat kajian dulu , haaa so dengan Hipseat ni boleh mengurangkan sakit belakang kepada mak pak sekalian .. nak buat kerja pun mudah kan , takdela anak asyik nak jatuh je .. gituuu


HIPSEAT CARRIER (Fully Wearing)
Untuk cantum hanya tampal dan zip di bahagian sini 


Ok tadi dah cerita guna hipseat sahaja , then pilihan ke dua mestilah full wearing , kalau pergi Shopping Mall or tempat-tempat yang crowded tak boleh la pakai hipset je kan , nanti jatuh plak anak korang haaa menangis tak berlagu .. nak pasang pun senang je , just zip kan mcm dalam gmbr atas tu haa .. nampak simple tapi sangat kukuh , dan carrier ni boleh menampung MIN 3.5 KG - MAX 20KG untuk baby 3-36 bulan, pertama kali guna , rasa ringan je  , berbeza la kalau dukung tanpa carrier sekejap je dah lenguh pinggang dan bahu . jadi carrier ni bagus untuk baby dan juga ibu bapa .. no pain anymore , yeah fall in love with this carrier !

pelbagai posisi la korang boleh guna , nak face in , face out ataupun belakang , tapi Rayyan tak suka sangat face in sebabnya dia jenis nak melihat semua benda dah sekarang , so posisi yang sesuai bagi dia face out la .. satu lagi Rayyan ni pantang sentuh benda atau pun mulut dia tersentuh apa-apa mesti dia nak gigit , tapi tak perlu risau sebab material di buat dari organik fabrik , takde bahan chemical yang buat kan anak kita terdedah pada bahaya lain .. amacam tak rugi punya pilih hipseat carrier untuk anak kita , yang penting selamat di gunakan dan memberi keselesaan pada dua pihak , ibu pun gembira , anak pun selesa .. lebih-lebih lagi kalau korang jenis kaki travel .. takde masalah dah punyalah !

Bergaya sangat anak Umi dengan I-Angel Hipseat Carrier ni ..

Pastikan anak selesa dan tulang dia dalam keadaan elok .. dua beza bila guna yang biasa dan juga Hipseat Ergonomik .. 

Antara posisi yang boleh di guna pakai bila guna Hipseat dan juga Full Wearing .. teruja tak , haaa haruslah teruja , baby pun suka punyalah !
Info Tentang  I-Angel HipSeat Carrier 
  • Has been approved as a safe product by the Korean Accreditation System 
  • I-Angel selects the highest quality materials and employs strict quality control easures that exceed global safety standards in the manufacturig of products to ensure a baby's safety and to fit mother's comfortably
  • Reasonable price and best quality !
Untuk Info Lanjut  boleh follow Facebook Page dan Instagram I-Angel di link bawah ye :
I-ANGEL MALAYSIA  
@iangelmalaysia

Assalamualaikum ~ 

Alhamdulillah , hari ni genaplah aku berumur 28 tahun , ya ampun lagi dua tahun dah masuk 3 seriesss , arghhhhh taknak haha , 19 Jun 1988 hari aku di lahirkan oleh seorang ibu yang sangat kuat menjaga 6 orang anaknya yang degil-degil banget ! bukan waktu kecik je degil , dah besar panjang pun degil jugak ishhh bila nak berubah ni sufura .. dan hari ni 19 Jun 2016 aku pun dah bergelar ibu jugak dan sekarang aku paham perasaan seorang ibu , pengorbanan dan penat lelah .. kuatkah aku seperti mana ibu aku sendiri , inshaaAllah boleh ! Sufura boleh chaiyokk2 Sufura boleh chaiyok2 ! haa korang pun tumpang bersorak haha tq ! 

Bila dah 28 tahun ni banyak la beza nya sambut hari jadi , kalau dulu dengan Hencik K tuu tiap tahun je celebrate beli kek Secret Resipi sedabak besar , makan dua orang je .. lepas tu tak habis ! haaa banyak membazir je .. mengade sangat kan , perlu ke celebrate2 bagai ni ? btw atas individu sendiri lah , seronok tak kalau ada orang appreciate kita bila tiba nya hari lahir yang setahun sekali tiba , mestilah seronok kan.

Tapi dulu aku tak pernah pun sambut2 besday ni , dulu kan lone ranger , lonelyy im mrs lonelyyyyy ~ wuuuu tapi tetiba lapar kek , aiyoo puasa sufura ~ tapi yang aku ingat lagi la time besday dulu hadiah cincin belah rotan dari hencik K masa tengah asikkkkk banget bercinta sekarang nak jugak cincin ! haha kena mintak ni hurmm hurmmm smbil buat muka nakal .. tapi apa-apapun tq always ada walaupun aku pernah buat hal , opssss kenangan lalu biar lah tinggal kenangan .. sometimes hanya untuk di kenang :) tq atas doa , dan selamat hari bapa Hencik K yang mana dah jadi laki aku pun untuk Wan Muhammad Rayyan , anak kita yeyyyy , semoga kita berdua mampu buat sebaik mungkin untuk Ayyan as a mother and father !  


Dan thanx a lot buat semua yang wish sama ada dalam diam mahu pun dalam terang , tq atas doa-doa semua , maaf tutup wall fb awal-awal haha .. bagi aku dah cukup korang doakan sunguh-sungguh dalam hati even korang tak wish secara terang , kerana doa dari kalian tu cukup untuk aku di sana kelak .. doakan aku nanti bila dah tiada terus masuk ke syurga , alangkah indahnya impian ke syurga ni , dan untuk kalian semua jugak .. doakan k ! doakan sungguh2 ! doakan kita semua bersama di syurga nanti .. walaupun kadang rasa tak layak tapi kita kena mintak jugak kita dapat masuk syurga kelak ! ameen :)

Btw banyak sebenarnya nak di coretkan di hari lahir ni , tapi aku dapat hadiah indah dari Allah , Alhamdulillah aku demam dan bermakna Allah nak cuci dosa-dosa aku hari ni .. Terima Kasih wahai pencipta kami .. terima kasih Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang ~ semoga diriku sentiasa di lindungi oleh Allah , dipanjangkan usia dan di rahmati hingga ke syurga .. 

hati berbicara :
kehidupan ini terlalu sementara untuk di genggam , andainya terlalu obses maka hancurlah apa yang sebenarnya harus di genggam .. terlalu banyak kisah antara suka dan duka , ada yang membuatkan kita tersenyum sendiri , dan pasti ada yang membuatkan kita menangis hiba ~ dan tak lupa ada juga satu kisah yang membuatkan kita terasa sangat bodoh dan terlalu ingin ke masa lampau untuk memperbaiki segala keadaan tapi kita lupa aturan Allah itu terlalu nikmat untuk di kecap , tapi kita kadang2 tanpa sedar tidak nampak nikmat aturan Allah yang telah di aturkan .. bersedihlah sementara tapi kemudian bangkit , inshaaAllah segala yang pahit itu tidak semestinya racun ~ dan kita tidak akan mampu meneka masa deoan kita ,, lihatlah dengan penuh hikmah ... semoga kita semua kuat dan bersabar , jangan biar emosi mengatasi akal 

-gadis jun 
Assalamualaikum ~

Fuhh dah 13 Ramadhan dah , lagi 17 hari lagi tibanya Syawal .. macam sekejap je kan .. hurmmm tahun ni tak dapat berpuasa dengan suami sebab aku masih berada di kampung , biasanya orang berpantang sekejap je kat kg kan , haha tapi aku dah hampir 5 bulan dah kat kampung ni haa , jadi kali ni memang tak merasa la buffet ramadhan , iftar bersama2 dengan kawan-kawan blog yang lain , takpela nikmat juga buka puasa dengan Ayyan , tengok tokki ngan nenek makan pun tersengih-sengih kat meja makan .. macam la orang tengah buat lawak .. haha mudah terhibur barangkali 


Oh yeeee , persoalan tu biasalah kenapa lama sangat kat kg , eh suami kita tak kisah pun , kenapa nak kisah .. ayoooo gurau je hurmm btw , macamana ek nak cerita .. ok la sebab lama berpantang kat kg saje je lagipun dah masuk bulan ramadhan ni , dan pengalaman pertama sebagai ibu , rasa macam tak tahu mampu ke tak mampu lagi nak jaga Ayyan bulan puasa sengsorang , lagipun kat rumah ni , mak ngan ayah je ada .. kadang-kadang adik keje jauh tak balik , so apa salahnya ye dak .. takdela orang tua kita rasa sunyi .. memang tak sunyi la dengan keletah Ayyan ni haaa .. lagi pulak tahun ni beraya kat Pahang belah suami pulak .. lepas tu terus balik KL nanti bagi tokki ngan nenek Ayyan rindu lebih 

Gitulah alkisahnya , so bukan jadi satu masalah pun kan kalau berpantang lama-lama kat kampung pun , lagi pula suami ok , dan dia yang cadangkan .. tapi takdela dia keseorangan kat sana , duduk dengan abang buat sementara waktu tak dela rasa sunyi ye dak ~ dah kenapa aku perlu cerita dengan panjang lebar kat engkorang haaaaahahaaa sukahati aku la kan tapi tu laaa retis harus lah bagi penjelasan .. haha okbye ! 

hati berbicara :
Ayyan tak sabar nak beraya .. Umi pun tak sabar jugak ! alhamdulillah lengkap sudah satu keluarga 
Assalamualaikum .. hai korang , Alhamdulillah dah masuk 5 Ramadhan , semalam dalam banyak-banyak hari aku sangat lembik , melepek je baring dengan Ayyan hingga ke petang , nasib baik Ayyan memahami keletihan uminya..

Berbalik pada tajuk entry , agak-agak aku marah siapalah kan ? Muka nampak lembut tapi garang macam kucing je , hihi takdela sebenarnya sesaje je , haritu ada la jugak aku buat survey kepada ibu bapak di facebook tentang '' Kalau korang ada anak kecil  / baby , korang bagi tak orang luar yang korang langsung tak kenal nak dukung-dukung anak korang? '' Haaa korang bagi tak ? Sebabnya alkisah cerita aku pulak hari tu aku lepak pantai dengan Ayyan dan suami ,

Tengah syok lepak sambil menikmati green tea yaAllah nikmatnya air tu sejuk-sejuk dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa (jangan terliur) , kat meja sebelah aku ada sekumpulan anak muda , semua gadis-gadis pakaian pun bersih elok , muslimah sejati kiranya semua menutup aurat la ,tetiba salah seorang datang sambil berkata '' akak ! (eh bila pulak adik aku datang , teringat balik aku takde adik perempuan ) haa sambung balik , boleh tak saya nak dukung anak akak jap , eee comeinyaa ... aku bagi ke tak ? sebelum aku jawab aku nak share komen member-member tentang persoalan ini ..



Haaa banyak lagi komen-komen dari member yang dah banyak pengalaman ni , dan jawapan aku ialah tengok orang tu dulu macamana , fizikal dia , pakaian dia , cara dia haaa sempat pulak aku tilik kan , dan aku perati dari dekat tapi sekejap je la aku bagi ahaks tu pun sebab aku rasa macam serba salah haritu dan naluri aku cakap takpe untuk sekali ini sahaja muehehe , bukan la kita ni kedekut tapi zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi , bersalin tu bukan mudah .. nak dapat rezeki anak pun bukan mudah , jadi lepas ni kalau boleh dalih , insyaAllah akan terus berdalih haha orang kata baik mencegah dari merawat kan ...

Hati berbicara :

Sekarang macam-macam jenayah ada , hurmmm isu phedophile pun makin menjadi-jadi , yaAllah semoga semuanya di jauhi dari anak-anak kita .. Ameen 








Assalamualaikum , alhamdulillah dah masuk bulan ramadhan dah kita , yeahhh dah lepas hari pertama ! eh macam budak-budak pulak kan .. tapi kali ni memang letih amat kalah budak - budak , sebab apa ? huh ! 

Kali ni , ramadhan pertama aku sebagai ibu .. eh ada beza ke status ibu dan status bujang bila berpuasa ? haaaa tidokla ada beza banyak sangat tapi selama pengalaman aku bila berpuasa masa bujang dan ibu ni , kepenatan kali ni berbeza sikit tambah-tambah breastfeed .. tapi semalam alhamdulillah aku masih boleh bertahan cuma agak lembik sikit la , kalau tahun lepas banyak jugak tinggal puasa sebab tengah pregnant , huhu tahun lepas lagi lembik .. risau baby Ayyan dalam perut waktu tu .. hehe nak buat macamana kan terpaksa la jugak berbuka tapi tahun ni inshaaAllah akan puasa penuh , selagi boleh tahan ! yeyyy umi kuat !

Bagi aku , puasa kali ni takdela rasa lapar sangat cuma part dahaga tu je , fuhhh kus semangat .. dahaga amat memang kering sekeringnya tekak , mungkin sebab menyusu jadi nya air dalam badan banyak keluar , tapi tidak la aku merungut ke apa cuma nak share pengalaman je hehe inshaAllah boleh jadi pengorbanan ibu buat anak .. semalam pun buka puasa terus terkam air bergelas-gelas fuhhhh nikmat sangat ! nasi makan ciput je ... haha nampak tak dah makin tua , nafsu makan tak sama dah macam dulu .. kalau dulu sebelum buka puasa nak beli itu nak beli ini , alhamdulillah kali ni sederhana je .. semalam pun makan dengan ikan masak kicap , tu pun kenyang yaRabbi .. 

Haaa puasa korang macamana pulak ? harap ok ok je semua , oh ye aku nak ucapkan selamat berpuasa la kat korang semua , kawal-kawal sikit nafsu makan tu ye .. nafsu tak makan pun semua kawal dan moga berpanjangan hingga lepas bulan Ramadhan .. kali ni rasa ceria Ramadhan walaupun berjauhan dengan suami tapi Ayyan ni buat aku mudah terhibur , nak jugak dia bangun bersahur dan bukak puasa sesama lepastu duk sengih-sengih kat meja makan tengok tokki dia makan , haha first sahur Ayyan bangun join tapi semalam tak join pulak .. ngantok sangat la tu .. 

hati berbicara :

selain menyusu yang buat kan aku lembik , dukung budak sado ni pun satu ujian haha
Semoga hari ni lebih kuat walaupun pagi tadi lepas sahur aku cirit birit erghhh tetiba sakit perut , mungkin perut baru nak sesuaikan diri makanan masuk pagi-pagi kan ... k lahhh daaaa~ Ayyan jeles umi dia bagi perhatian lebih kat laptop haha camne nak adik ni eh !!!
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates