• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum

Semalam , 1 Mac 2014 , 
Aku balik dari alamanda , dalam pukul 10 lebih tunggu bas nadi putra , dalam 11,40 pm baru dapat bas , bas N08 ,  mungkin pihak bas tahu la siapa yang bertugas semalam , ni memang pengalaman aku yang pertama , bagi aku seorang perempuan dan bersendirian dan penakut , tambah-tambah aku tak berapa ingat lagi jalan putrajaya ni , amat membuat kan aku takut la 

Macam biasa aku naik bas , aku akan cakap , p9c1 ?? driver bas tak bagi reaksi , anggap je dia masuk jalan ke rumah aku , sebab selama ni kalau aku balik dengan bas N08 , memang driber bas akan masuk jalan p9c1 , even aku silap naik bas , ada driber bas yang sangat baik hati hantar jugak aku balik ke rumah , siap bagi nasihat , hati-hati balik rumah .. sampai macam tu sekali , dan aku sangat kagum 

Tapi semalam memang agak mencabar bila semua penumpang turun tinggal aku sorang-sorang , lepas tu aku tanya p9c tak pergi ke , lepas tu dia jawab , ''awak tengok saya pergi ke'' ok aku diam , sebab dia masuk jalan ke alamanda balik , lepas tu driver bas berhenti di tepi jalan sebelum trafic light ke alamanda , lepas tu dia tido ,yaAllah aku memang cuak gila , pastu aku tanya kenapa berhenti kat sini , bukak pintu la saya nak turun , kenapa brhenti kat sini , then dia jawab ''kenapa ? sebab saya gerak pukul 12, nak turun ni ada orang nak datang ambil ke?'' aku cakap takde ! then duk situ , dia tido dan aku tunggu smpai kul 12 ,even aku sebenarnya cuak gila , takut dan tak berhenti berdoa ,bayangkan lah kau sorang perempuan ! dan ok mungkin dia akan masuk p9c1 sebab pusing alamanda sekali lagi 

Bila dah gerak balik , so amik penumpang-penumpang kat alamanda , pastu hantar lah semua , kat flat hijau dan p9G , lepas tu dia tetap tak masuk p9C1 !!! gila babeng betul , sampai kat depoh p9 , eh ada orang lagi , what the &^*^(& la men !! aku cakap nape tak masuk p9c1 , dia cakap ''saya memang tak pegi '' aku tanya balik nape tak cakap awal-awal . ''dia cakap saya dah cakap kan , awak turun kat sini la , (depoh p9) AKU CAKAP , SELAMA NI AKU NAIK BAS N08 , SEMUA MASUK RUMAH SAYA JALAN P9C1 , NAPE TAK MASUK MALAM NI !! dia jawab TU ATAS DRIVER2 BAS JUGAK , SAYA MEMANG TAK PEGI 

Teruk gila driver bas sorang ni , dan kenapa pulak kena tengok driber bas , sedangkan tu bas N08 yang semua masuk ke jalan p9c1 , mana doh kemanusiaan kau , sedangkan masa tu dah pukul 12 lebih hampir pukul 1 pagi ! aku terus call akak datang ambil , nasib baik ada , kalau tak ! kau takleh bayangkan ke tak boleh fikir bila sorang pompuan sorang-sorang kat tepi jalan , dengan kawasan tu sunyi dan ramai bangla !

Kiranya ni pertama kali aku jumpa driver bas teruk macam ni , sebelum ni pun even salah aku , diorang tetap hantar aku , sebab apa ? sebab dia ada sifat perikemanusiaan , sifat belas dan akal yang boleh berfikir , tapi kau memang sangat teruk ! kalau aku ni lelaki aku tak kisah , tapi aku ni perempuan kot , yaAllah , sangat mencabar !!! Aku tak salahkan semua , tapi aku jadi agak bengang jugak dgn peristiwa semalam 

Pihak nadi putra , aku bukan nak memburukan servis nadi putra sebab ada yang bagus tu sangat bagus , tabik ! tapi yang teruk cenggini mohon la perbaiki , bas L02 pulak kenapa asyik nak pergi PRESINT 14 , sedangkan tu je satu-satu bas yang lalu jalan p9c1, rasanya servis nadi putra yang dulu lagi bagus dari sekarang , banyak bas dan cepat . sekarang memang lambat gila kot , tq atas kerjasama anda 



Assalamualaikum , oh ye sebelum tu qaseh nak bagitahu qaseh belum berkahwin , motif nya ada blogger hebat menyatakan saya menyembunyikan identiti haha :p


Bismillahirahmanirahim , nak masuk ke fasa perkahwinan ni memang sangat menguji kesabaran , tapi alahmdulillah step by step brjalan lancar , aku , 26 tahun  tapi aku rasa macam langsung tak bersedia untuk menjejakkan kaki ke alam perkahwinan , no no no ! not like that , cuma tak tahu mana nak mula , fikir-fikir yaAllah memang banyak nak kena fikir , patutla ramai yang tensen-tensen fikirkan bab-bab kahwin ni , lagi tensen kalau dapat pasangan yang seratus peratus letak atas bahu perempuan , hey kau nak kahwin ke tak nak ! oh demmm . tu yang kena banyak sabar 

Aku pulak jenis cepat serabut kalau orang push-push aku , last-last aku angkat kaki blah , dah tak payah kahwin senang cerita , tapi tu bila pemikiran serabut so jadi dah agak mental , pergh payah gak r nak kahwin ni sampai tahap mental , iskkk nak rasa nak nangis , sebab tak tahu macamana , aku perlukan pertolongan ,huwaaaaaa tolong ! aku memang perlukan prtolongan kawan-kawan , memang aku tak mampu nak buat sorang , perghh memang nangis !

Ooo Allah help me .. 


Assalamualaikum ... pagi bloggers ~
''berkali aku jatuh ..aku tetap mahu terbang kembali .. walau parah menanti aku tak takut kerna aku tak mahu jadi pengecut ''

seringkali mendengar pepatah .. jangan terbang terlalu tinggi kerna takut jatuh nanti akan parah ataupun mati .. maybe meaning of that words is jangan terlalu mencuba atau letakkan harapan terlalu tinggi kelak nanti tak berjaya pasti akan melukakan hati ataupun tidak mampu untuk bangun lagi .. tapi sampai bila harus takut ~ atau kita seorang yang pengecut ! contoh ~ bila putus cinta kadang2 takut untuk terus mencuba lagi mencari cinta yg baru ,, kerna takut terluka lagi tapi sampai bila ~ sampai bila ! hingga kita keseorangan di hari tua kah ? heh ~ kesian .. 

semua benda dalam dunia ni pasti ada risiko ..jika kita tak mencuba bagaimana nak merasai nikmat berusaha ~ bukankah hidup kita ni ibarat roda .. sekejap kita di atas sekejap kita di bawah ~ dan bukan kah bumi ini bulat .. sentiasa berputar pada paksinya .. mengapa terus dibuai oleh emosi yang sedih mendudu kerna pernah terluka atau pun jatuh .. kalau kita ikhlas memimpin pasti kita sampai ke pulau bhgia .. adakah orang tak pernah mengalami kekcewaan di dunia ini ? tidak ada satu pun .. maybe sedikit atau teruk ! jangan fikir bila kita jatuh kita tak mampu bangun cuma kita yang tak mahu !so terbang lah setinggi mana yang kamu inginkan jangan pernah takut akan jatuh .. kerna itu lumrah .. dan kamu akan tahu betapa pentingnya orang2 sekeliling yg sentiasa menemani disaat kita mula ingin terbang tapi jatuh .. dan kita cuba lagi terbang ~ akhirnya berjaya .. tapi orang tu sentiasa adaa ..wpun kita dah terbang setinggi2nya ... siapakah ? .. setiap kehidupan pasti ada satu cahaya !

hati berbicara :
''aku tetap akan membawa cahaya walaupun kemana aku pergi ..kerna setiap org ada cahaya ..cuma orang yg hidup dalam kegelapan  dia tak pandai menyalakannya ..''
bila saya terduduk saya memerlukan seseorang untuk membantu saya supaya terus berdiri ..jika saya rebah tersungkur kekadang saya memerlukan teman membantu saya bangun .. bila saya jatuh dari terbangan saya .. saya amat memerlukan sayap utk kembali terbang di awangan ~
Bismillahhirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

KELAS RAKYAT AT-TAQWA PUTRAPERDANA PUCHONG | PROJEK IQRA'
Kali ni qaseh nak kongsikan sedikit sebanyak tentang projek iqra , sebelum ni qaseh ada tulis dah mengenai projek iqra ni kan , apa dia projek iqra ni haaaa , kalau nak tahu boleh lah tonton video yang qaseh share kat bawah ni , video animasi yang sangat cute , tak lama pun jap je untuk menonton hehe ,


Berbalik pada tajuk kat atas , haaaa pertama kali qaseh menjoinkan diri dalam KELAS RAKYAT kali ni oleh semestinya PROJEK IQRA' alhamdulillah , termabul jugak doa qaseh untuk menghadiri program kali ni , buat pengetahuan semua , qaseh ni tiada bakat pun nak mengajar anak-anak yang sangat istimewa ni , apatah lagi untuk menjadi seorang cikgu , mungkin ada yang nak join kan ? tapi tak pandai pulak nak mengajar anak-anak yang soleh dan solehah ni , jangan risau heheh sebab tak susah pun , hanya bantu anak-anak ni buat homework , ajar membaca dan mengikut pengetahuan korang je ,best sangat dapat bantu diorang semua , 

bila berada dalam lingkungan diorang , yaAllah betapa bersyukur nya qaseh sebab masih ada mak ayah yang sentiasa ada untuk membimbing , so anak-anak ni kita datang ikhlaskan diri ajar dorang untuk berjaya dunia dan akhirat , walaupun tiada ayah mahupun mak , anak-anak ni perlu kan sokongan , biar mereka tak terasa kosong , biar mereka rasa sentiasa bersemangat , biar mereka rasa lebih bahagia dan beruntung .. anggaplah mereka ni seperti adik-adik kita , anak-anak kita , darah daging kita sendiri ..

Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa meletakkan tangannya di atas kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang, maka untuk setiap helai rambut yang disentuhnya akan memperoleh satu pahala, dan barangsiapa berbuat baik terhadap anak yatim, dia akan bersamaku di Jannah seperti dua jari ini.” 



 kalau rasa nak join , jom lah sesama ! in shaa Allah kita bantu anak-anak yatim , kita buat mereka gembira , hati pun rasa senang dan tenang je , tengok mereka gembira pun dah rasa bahagia .. 


untuk apa-apa pertanyaan atau berminat dengan semua aktiviti dari projek iqra' ni boleh lah follow page facebook projek iqra kat sini PROJEK IQRA' [klik]

alhamdulillah ..

Assalamualaikum

penantian itu satu penyiksaan 
hai im mrs poyo !

orang kata penantian tu satu penyiksaan , betul ke ? haii aku rasa aku rasa betullah tu , tapi xde lah tersiksa sangat , adakala buat2 tersiksa je .. lebih-lebih lagi menanti toilet bila rasa ... err2 tu yang paling siksa kot , mesti korang pernah rasa kan siksa yang cenggitu , aihhh rasa nak tendang je pintu toilet tu laju-laju haha tapi bila buat cenggitu apa pulak akan jadi , so biar kan la tersiksa , yang pasti sementara cuma

tapi tu dari segi fizikal , bila menanti yang melibatkan perasaan dan mental ni , hurmm agak tekanan jugak , menanti sebuah jawaban , eh mcm lagu PADI pulak .. haaaaaa penat la weh , siksa dah menanti dan terus menanti ni dan menanti , menanti terus menanti sampai pengsan , ada orang tu menanti hingga hujung nyawa , isy isy kenapa la manusia ni suka membunuh diri dia sendiri melalui harapan yang sememangnya tak pasti dan xde gunanya langsung , ni lah org kata ikut hati mati ! betullah tu hati tu dah mati .. hurmm berapa banyak 'ti' pun aku tak pasti 

sejujurnya kdg-kdg betul penantian tu satu penyiksaan , tapi andainya tiada penantian tidaklah rasa 'rare' hidup ni , tak salah pun nak menanti apa pun jua , tapi jangan sampai membunuh diri sendiri , dan juga jangan terlalu kecewa dengan apa yang kita tunggu tu tak berakhir dengan apa yang kita sangkakan .. bak kata seseorang , hidup kat dunia ni kena berpaksikan pada yang satu , yang pasti setiap sesuatu tu pasti berakhir dengan kebaikan , walaupun jalan tu penuh duri dan taik , andai kita berprasangka baik dengan Tuhan kita yang satu iaitu ALLAH , pasti akan berakhir dengan kebaikan , 

cuma masalah nya kita yang tak pernah sabar dalam menunggu .. kembali pada DIA , DIA akan berikan lebih dari apa yang kita inginkan ,,

adios ~ pergi kerja dulu bye bye 



Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates