• Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Advertorial
  • Food Review
  • Hotel
  • Travel
  • Beauty
  • Event
  • Kbba
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Personal

Qaseh Dalia's Blog

Assalamualaikum

Sudah daftar dan kemaskini borang permohonan anda ? Borang online bagi BR1M 3.0 telah di buka di
atau ingin mendownload borang permohonan secara manual 

•   Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
       (i)       Warganegara Malaysia
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
                  bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

  •   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
      
  •   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014
      
  **NOTA

  1. PERMOHONAN BARU - Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.

  2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 - Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.

  Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran. 
Assalamualaikum ....

''kenapa aku benci kau haaa ?''

pernah aku rasa, pernah kamu rasa bila mana hati mu sakit hati , bila hati kamu sangat membenci seseorang , dengan sebab mahupun tanpa sebab .. pernah aku rasa aku benci seseorang dengan dua situasi .. pertama kerana dia yang membuat aku benci dia , kedua tanpa sebab alasan munasabah aku benci dia , aku benci dia melintas di hadapan aku ..aku benci lihat muka dia..kesian , tanpa alasan kau di benci mungkin juga tanpa sedar dia juga membenci aku tanpa alasan ...

hati tidak dapat meneka kenapa tiba-tiba kebencian hadir ! sangat2 benci hinggakan aku lari di satu sudut berfikir kenapa benci dia , kenapa seseorang yang aku tidak pernah kenal , seseorang yang tak pernah aku sapa .. benci hadir ,sayang menjauh .. mungkin caranya , mungkin senyumannya ..mungkin kelakuannya .. tapi setiap apa yang dia lakukan pasti mengundang kebencian ..yaAllah tanpa sedar syaitan sedang peralatkan hati .. mencucuk2 jarum hingga benci itu bertukar jadi makian .. 

busuknya hati , gelapnya hati bila ia betul2 berlaku .. andainya dalam hati kamu terselit kebencian tanpa sedar tanpa alasan .. ia mungkin mainan perasaan .. jangan biar ia hidup , jangan biar ia berkembang kelak hati kamu yang rosak .. beristighfar itu lebih baik , berzikir lah agar ia hilang .... =) dan jika benci itu hadir kerna seseorang memaksa kamu untuk membenci .. jangan ...~ jangan pernah biar ia tertanam dalam hati ,lontarkan jauh-jauh .. ingat berjuta kebaikan di antara satu keburukan... maybe benci tanpa alasan itu sebenarnya akan cambahkan satu perasaan lain .. sayang mungkin ?

hati berbicara :
sekiranya kamu tidak sukakan seseorang , kamu jangan mudah membenci dia , walaupun teruk kelakuannya , walaupun teruk rupanya ..walaupun cara dia menjelikkan.. kamu perlu mengenalinya dengan lebih baik .. mana tahu di sebalik semua ada hikmah .. perancangan Allah dalam benci pun boleh jadi sayang , dalam menyampah pun boleh bertukar rasa cinta ..siapa tahu kan ? hikhikhik so hati-hati bila membenci takut pula jadi perasaan lain .. dan tak mustahil suatu hari nanti orang yang kamu benci tanpa alasan itulah jadi imam kamu , jadi ibu kepada anak2 kamu .... peeeweettt =) 
kadang-kadang dalam lurus bendul ada kebaikan dia .. dia akan melihat sesuatu perkara dengan penuh hikmah .. tapi jgn terlalu lurus takut di pijak2 pulak !




Assalamualaikum , pembuka bicara 

Sejak dua menjak ni aku rasa macam sedih je tengok blog sendiri , update tapi macam tak kena dengan diri sendiri , aku rasa bukan aku yang update kan , mungkin hantu yang aku bela tapi tak wujud , sejak dua menjak aku tengok ada jugak blogger yang dulu-dulu dok rindu dengan cerita lama , perghh tetiba macam terkesan pulak kat diri sendiri .. rindu sangat sampai rasa macam nak menangis pun ade ni .. 

kalau dulu memang 24 jam blogwalking , kenal blog-blog lain , blog-blog personal yang memang gila blog , cerita2 lucu berbalas komen , tapi sekarang aku blogwalking , mereka pun mcm seakan sunyi dah , dan blog-blog yang ada sekarang kebanyakan nya blog seo , apa aku nak komen pun aku tak tahu .. yee mereka hebat dalam trafic yang tinggi tapi aku rasa macam aku tak tahu nak komen apa , dan blog aku pun sunyi nak mampuih dah sekarang , kalau perasan lama dah aku tak buat entry-entry yang buat orang menangis , entry2 yang muhasabah , yang berbalas pendapat di komen .. tuan blog ni pun da mcm nak mampuih .. hoii blogger2 lama boleh dak kembali zaman-zaman dulu kala .. please la please please please !! 

teringat cerita lama bila baca entry ni , buat BEN ASHAARI boleh tak kembalikan segmen-segmen macam dulu .. sobss sobss sobssss ~~~

Persahabatan Blog Melalui Segmen [klik]

tapi aku sedar , hari tetap akan berlalu , jika suatu masa dulu mereka yang bujang kini sudah berkahwin , jika dahulu bergelar suami ataupun isteri , hari ni jadi bapa ataupun ibu , 
sobs sobs sobss .. tapi kenangan dulu tak kan dilupakan , susah dah nak merasa ..mungkin hanya mampu untuk di kenang .... 
peace in love .. just take care ~ 






Sedikit perkongsian..antara ciri2 peribadi yg ada pd diri Ammar menurut ayahanda dan bondanya :
1. Ikhlas-niat pergi blajar d turki sbb nak mndalami sejarah Turki Uthmaniyyah,mahu jdi sbhagian umat yg mmbgkitkan sjarah kgemilangan Islam Turki.


2. Bersungguh2-belajar 2 bidang ilmu penting secara serentak;sejarah Uthmaniyyah d Uni sambil blajar kitab Risalah An-Nur d Madrasah,khatam kitab Risalah An-Nur dlm 8 bln


3. Suka Menolong(Proaktif)-tau bila ayahnya lapar atau dahaga,Ammar pergi belikan air tanpa dsuruh


4. Cintakan Syahid-pgolakan dlm diri Ammar sama ad mati syahid d Syria atau meneruskan pencarian ilmu yg x selesai,semasa d Syria Ammar hampir mengangkat senjata ttapi syahidnya tertangguh


5. Tidak pandai bkata "tidak"-pd stiap arahan atau kata2 ibubapanya,walaupun adakalanya tidak bersetuju sbaliknya hanya diam dan tsenyum

6. Pendiam dan kurang ketawa-kalau Ammar ktawa,akan jdi bualan d skolah shingga cikgu menelefon ibunya bgtau 'Ammar ktawa hari ini'
7. Minat membaca-umur 8/9 thn dah mghabiskan set buku mgenai cendikiawan Islam,ad 33 siri semuanya
8. Rendah diri-Ammar bgtau bonda markahnya semasa d Uni hnya dpt 50/60 lebih,bonda dpt tau kmudian rupa2nya itulah markah ttinggi dlm kalangan pelajar d situ
9. Mhafaz ayat2 Al-Quran-semasa bcuti d kwasan bendang d Sik,Kedah tiap slepas Subuh akan mhafaz
10. Jujur, x bsungut, x bdendam, sanggup dsuruh(beri khidmat kpd org)
11. Menurut bondanya, senyuman Ammar sgt menawan:)
*bonda tanya ap cita2 Ammar-jawab Ammar ingin mjadi "Sejarawan Perantau"
*dlm personal note Ammar ttulis 2 bnda;
>Merantau sbyk mungkin dan mgkaji
>Merantau sambil myebarkan ajaran kitab Risalah An-Nur
~Al-Fatihah



Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

syarat-syarat 

Isi rumah (RM650)
1. Isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM3, 000
2. Warganegara Malaysia

Isi rumah (RM450)
1. Isi rumah yang mempunyai pendapatan di antara RM3, 000 hingga RM4, 000
2. Warganegara Malaysia


* Tambahan RM50 Kumpulan Takaful Rakyat 1 Malaysia Sumbangan (i-BR1M)

Individu (RM300)
1. Jumlah pendapatan kasar bulanan sebanyak RM2, 000 dan ke bawah
2. Warganegara Malaysia
3. Berumur 21 tahun ke atas (lahir 1993 atau lebih awal)
4. Tidak termasuk pelajar-pelajar yang menerima Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)

Borang permohonan boleh di dapati di 
  1. kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  2. pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
  4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
  5. Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
BORANG ONLINE MASIH BELUM DIBUKA .. HARAP MAKLUM 
Newer Posts
Older Posts

Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Tuan Tanah

Tuan Tanah
Contact me at dalia_adelia@yahoo.com

Catatan Popular

  • Awana SkyWay | Naik Cable Car ke Genting Highland
  • Bercuti di PENANG | Tempat Menarik di Pulau Pinang |Bukit Bendera
  • my First contest ~ 'edit foto contest'
  • Kelebihan Eucerin ProAcne A.I Clearing Treatment | Bebas Jerawat Dalam Masa 14 Hari
  • Percutian Bujet Cameron Highland part 1 | Tempat Menarik di Cameron Highland
  • 99 Wonderland Park Selayang | Pemandangan Cantik di Waktu Malam
  • Resepi Tortilla Wrap Daging Kisar Paling Mudah

Label

Luahan hati PRODUCT REVIEW advertorial beauty buffetramadhan contest n ga diari ummi diarimengandung event food review hotel kelab blogger ben ashaari parenting personal qasehmasak resepi skincare spa travel tutorial

Arkib Blog

Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates