Assalamualaikum
Sambungan dari part 1 , hari ke dua iaitu hari last di Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya , bila hari last ni tetiba rasa sedih sebab sebenarnya bukan senang nak gather ramai-ramai dengan kawan-kawan yang dah kenal lama ni , ni pun tak cukup korum tapi takpelah ada hikmah semuanya haaa tiber haha , so hari ke dua lagi banyak aktiviti-aktiviti mencabar iaitu meredah hutan yang kitorang pergi waktu night walk . Bila siang baru nampak keadaan sekeliling ~
Sarjan dah pesan awal-awal untuk berkumpul jam 7am,tapi pagi tu tetiba aku sakit perut haha so agak lambat dan semua kena denda weh , kena pumping lepastu lari seround dengan kiraan yang agak laju , tapi jadi dua round sebab tinggalkan behoq kat belakang haha ape ni ! Kelaut pulak team spirit . Then aktiviti di teruskan dengan senaman , beberapa aktiviti dan latihan memanaskan badan sebelum masuk ke dalam hutan
Eh korang dah kenal belum MILA ? Dah banyak bagi hint tau , so game pertama ni memang dapat tebus kesilapan lalu dengan memenangi game masukkan bola dalam baldi sambil tutup mata , yeahhh Buddies Team menang , tq Min kerana mengharumkan nama team kahkah drama sangat , so X-Team kena angkut MILA ke dalam hutan boooooo ~
Latihan Sebelum Jungle Trail
Next kami ada buat latihan-latihan yang perlu di harungi bila masuk hutan nanti , kena praktik dulu kot nanti tak tau cara yang betul pulak , silap langkah boleh cedera oik , so far aku tak lepas bila naik atas tali tu sebab salah step , apa lagi gedebuk jatuh hahaha . Kemudian Sarjan Idris ajar step yang sebetulnya , so jom tengok latihan-latihan yang kitorang buat
First latihan kena berjalan dari tayar ke tayar ni , aku tak tahu apa nama sebenarnya latihan ni heheh tapi kaedahnya macam tu lah , nampak senang tapi kalau tak boleh buat jangan paksa diri sebab ia boleh buat kan kita tersalah urat haaa habis la , percubaan demi percubaan aku berjaya jugak harungi nya acewah .
Yang buatkan ia agak susah sebab benda ni kan bergerak-gerak , then nak melangkah tu tayar dah jadi tak tentu arah , gelabah pasai apa tak tau haha , tapi kalau yang sejenis kaki panjang tu senang lah kot .
Yang ke dua , latihan berjalan atas tali . Latihan ni lah yang buat aku jatuh gedebuk wei ! Nasib baik lah tak sakit sangat , lebih kepada perasaan geram je hahah , kuang hajo tali ni kan taknak beri kerjasama , dush ! Rupanya aku yang salah step :p
Awal-awal pegang tali pun dah tak betul . Dah jatuh di timpat tangga , tapi seorang qaseh mana nak mengalah kita cuba lagi ! Dan akhirnya berjaya jugak .
Ini step yang sebetulnya ya anak-anak sekalian ~ Tali tu kena pegang biar ke arah depan , jika tarik tali tu ke belakang tak dapat lah nak berjalan dengan elok dan jadi lah seperti nangka busuk like me ! :(
Kemudian kitorang buat latihan as a team pulak , kena angkut si gemok ni melalui tayar . Berapa la berat Ujang ni , nasib tak terberak je angkat dia , banyak dosa ni hahahaha , tapi berjaya jugak sebab bekerjasama gituh .
tiber terlebih rajin hahah
Kemudian diteruskan dengan berjalan atas tali macam tadi tapi kali ni tali tu di pegang oleh diorang , dan aku kena meniti atas tali tu tanpa cecah rumput . Nasib baik daku ni kurus je so diorang boleh bertahan dengan powernye hihi best pulak jalan macam ni , macam princess gitu hahaha pun boleh.
Nampak muka-muka struggle di situ .
And the last one sebelum memulakan perjalanan panjang ke dalam hutan , semua kena panjat dinding ni ke sebelah sana. Masa ni MILA memainkan peranan penting , tq MILA , yang paling susah adalah orang terakhir lah sebab takde sokongan untuk naik , haa kena lompat dan strugle sikit untuk bertahan , dua orang plak memainkan peranan untuk angkat naik ke atas wehuuu ! DONE ! Akhirnya tiba untuk Jungle Trail.
Jungle Trail di Cyberview Resort & Spa
Rupanya luas jugak hutan yang ada di sekeliling resort ni , sebelum masuk hutan Sarjan ada bagi cream untuk mengelakkan di gigit nyamuk , sebab sumpah nyamuk banyak gila . Perjalanan tu memang di iringi oleh nyamuk lah tapi tak kena gigit pun sebab dah sapu cream awal-awal , dan setiap team di beri satu tali. Pentingnya tali ni korang kena baca sampai habis . X-Team jalan dulu baru kitorang geng Buddies gerak
Tali ni memang sangat penting sebab banyak laluan cerun dan tinggi , mengelakkan dari jatuh , tali ni lah penyelamatnya
Jungle trail di sini mengambil masa kira-kira dalam 1 jam 45 minit jugak lah , lebih kurang dalam 2.8km , jauh ke ? Dekat je kan ~ So meh la tengok liku-liku perjalanan kami , alhamdulillah dalam hutan ni memang takde pacat , yang banyak adalah ayam hutan . Patut lah kami kena buat latihan tadi sebab memang ada dalam perjalanan kitorang , kira dah power r so kacang gitu , acewah !
Biar gambar yang berbicara ... Ni semua antara halangan-halangan yang kami dapat tempuh dengan jayanya. Yeah we did it ! Enjoy sangat walaupun jauh dan penat tapi still okay lagi .
Baru nampak tali yang menjadi petunjuk untuk night walk , laluan yang sama pada awalnya dan lagi jauh , sebab night walk 140 meter je
Keadaan dalam hutan yang penuh liku , ada port-port licin dan curam , nampak senang tapi always kena waspada supaya tak tercedera
Halangan pertama , kena mengharungi jalan yang di block oleh tali-tali ni .
Selfie manjang ek , haha tapi dengan gambar lah kami menyimpa segala memori , kalau boleh setiap saat nak rakam tapi jalan kene guna dua tangan dan fokus.
Lepas tu jumpa halangan ni , kena merangkak bawah kawat . Kalau sayang bontot anda jangan angkat tinggi-tinggi :p
Halangan ni kena kepakkan tangan sikit dan lari dalam tayar ni , kalau berjalan lambat naw hehe tapi jangan over confident nanti gedebuk jatuh kikiki
Acah-acah sangat abg lan ni haha
Teringat balik latihan tadi , step dia tali kena ke hadapan . Taknak jatuh lagi ! Kalau jatuh dalam ni memang sakit ohhh longkang dan ada batu - batu semua . Semua team okay dan berjaya harungi dengan tenang
Selain dari jalan hutan , ada juga jalan cerun berbatu macam ni . Kena jaga kaki supaya tak tersalah langkah
Halangan ni ramai jugak tak lepas . Haha so masuklah korang ke dalam air ye , aku lepas jeee , eh eksen sikit :p
Di pertengahan jalan , berehat sebentar . Memang agak dahaga dan lupa nak bawak air , rupanya kat sini staff dah sediakan air mineral hehe apa lagi , moh la kita minum , lepak jap and sapkok luuuu haha dan perjalanan di teruskan .
Haha Abg Fazrol dah kepenatan ke tu .. Lekluu ~ Sian behoq sakit lutut tapi still Behoq semangat kuat untuk meneruskan ! Yeah team Buddies kan kuat semangat nya ahaks
Perjalanan masih di teruskan dengan baik dan selamat , dah nampak dah peluh merecik di muka setiap orang haha , tapi masih lagi enjoy .Kemudian kena masuk terowong kecik , pertengahan dalam terowong ni kena bongkokkan badan sebab ada kayu menghalang separa terowong , dan ada air berlumpur paras buku lali.
But first lemme take a selfie heheh tapi dalam perjalanan alamak ada lagi terowong yang kami kena harungi , kali ni air agak dalam . Nasib baik takde lintah ! Lintah lagi seram dari pacat oooooooo , aku benci spesies 2 ekor tu haha
Dalam hati terdetik , dalam hutan ni takde sungai ke , best jugak kan harungi sungai dan mandi manda gituh tapi hampa gak sebab sungai takde tapi ada terowong ni haaa , haha adoiyai kena masuk dalam ni lagi ke ? Wajib !!!!
Muka redha kena masuk dalam ni hihi air paras peha je , tapi agak berlumpur .. Wuuuuuu ~

Kat sini tiber rasa penat dah haha , rehat jap nikmati pemandangan then perjalanan di teruskan hingga ke akhir garisan , bila dah sampai tu kena patah balik tapi ambil laluan lain dan terus ke tempat permulaan , yahooo !
Ini lah MILA , ia pun selamat berjungle trail , berat oi MILA ni , bongkah kayu ke simen ntah , tapi memang berat lah haha ciannn Angah :p
Akhirnya kami sampai , haha muka masing-masing pun dah penat benaw tu fuhhh tapi kami semua dapat mengharungi semuanya dengan selamat , tiada insiden kecederaan berlaku , lepas tu buat senaman sikit untuk regangan badan . 2 3 hari lepas tu baru terasa sakit-sakit badan haha tu lah lama gila tak exercise tapi aku suka buat aktivit-aktiviti macam ni , maklumlah lepas bersalin hingga anak dah besar baru dapat buat aktiviti cenggini weh , urat yang putus harap bersambung kembali !
Tq sangat buat Sarjan Idris dan team , dan of course buat madam Sooky, Cyberview Resort & Spa sebab mengadakan program team building yang sumpah best dan melekat di jiwa ni , memang banyak ilmu , pengalaman , dan kenangan yang kitorang dapat , tak lupa buat kawan-kawan yang always gila-gila dan sporting namati . Tq gais beri peluang untuk kali ni , lebiyu ols :) Kami balik bilik , checkout dan ke sesi terakhir . Huwaaaaa im so sad !
Tq buat Awie , Yus & Chef yang gigih menjaga kami :)
Tq buat Madam Sooky & Sarjan Idris untuk program yang terbaik ni , tiada cacat cela semua nya terbaik . Siap dapat sijil lagi haaaaa , kenangan yang tak mungkin dapat di lupakan . Hope will meet again :) Tq so much all yang terlibat
The last one sesi photoghraphy beramai-ramai .
Antara aktiviti yang ada di Cyberview Resort & Spa
Telematch Games
Water Games
Team Building Games (kami cover)
Obstacle Course (10 Elements)
Water Confidence (kami cover)
Jungle Tracking / Jungle Trail (kami cover)
Night Tracking (kami cover)
Motivation Camp
If korang nak jumpa Sarjan Idris , Ex army n Ex Special Force ni korang datang sini dan sembang-sembang lah dengan dia , korang akan terpegun dengan pengalaman dan team building kat sini . Bilik kat sini walaupun yang paling murah pun sangat-sangat luas dan selesa gila , bath tub pun besar ! Konfirm anak-anak enjoy datang sini , kat sini jika korang nak masuk spa or jacuzzi free je .
For more info klik link kat bawah ni , if korang nak join team building tapi taknak stay pun boleh
Website : http://www.cyberviewresort.com/
Facebook : https://www.facebook.com/cyberviewresort/
Instagram : https://www.instagram.com/cyberviewresort/
Twitter : https://twitter.com/cyberviewresort
Tel: 03-8312 7000










































































