Best Giler Team Building di Cyberview Resort & Spa , Hilang Stress ! - Day 1

Assalamualaikum 

Program Team Building di Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya  | Dah lama rasanya tak join program macam ni , tapi bila dah join susah pulak nak move on hoi , ingatkan putus cinta je susah nak move on tapi serius program team building kali ni dapat banyak pengalaman dan ilmu yang best untuk di praktik dan di kenangkan. Tq so much buat sarjan Idris & team .


Jujur aku cakap , program team building kali ni sangat-sangat best dan berbeza dari sebelum-sebelum ni yang aku pernah join, so far setakat ni , ini program yang melekat di jiwa . Perasaan tu macam hilang segala stress dan penuh dengan gelak ketawa.Walaupun agak padat dengan aktiviti dan agak lasak tapi kitorang memang sangat-sangat enjoy dan release tension . Mungkin sebab aura Sarjan Idris dan kitorang yang dah lama kenal dan biol belaka haha tapi senang ke nak bekerjasama as a team ? Haaaa ni yang nak cerita ni.

Okay lets enjoy apa yang aku nak share ni , fokus ok ! Aku sampai di Cyberview Resort & Spa pukul 8.00 am dan sebenarnya ini kali pertama aku jejak kaki di sini. Tempat ni sebenarnya sangat luas tau , kalau tak , takdelah selalu sesat padahal nak pergi makan je pun haha , sejenis mudah hilang ingatan macam ni la . Jadi sesampainya di sini , terus ke Verandah untuk breakfast sebelum memulakan aktiviti pada pukul 9 pagi.


Start program pukul 9 , welcome note dari Pr , sesi perkenalan dari Sarjan idris & team yang akan menjaga kami selama 2 hari 1 malam . Satu lagi aku bangga gila sebab Sarjan Idris ni adalah bekas tentera yang berpengalaman luas (biarlah rahsia) dan juga bekas Team Special Force Malaysia , bila dengar cerita dia OMG bangga tiba-tiba tapi macam tak cukup hari nak dengar cerita-ceritanya , huh ! moga dapat jumpa lagi sebab best dengar pengalaman orang-orang hebat ni !

7 September - 9 Pagi 



Sesi pertama kami adalah Ice Breaking , mukadimmah pun dah cukup best bila Sarjan Idris menyampaikan satu lakonan tanpa suara dan arahkan beberapa orang untuk meniru lakonan beliau . Apa yang jadi ? Caca marba semuanya , kiranya lakonan pertama tu berbeza gila dari orang yang menyampaikan . Maksudnya macam tu lah jugak kita kadang-kadang maklumat yang di sampaikan terus berbeza dari yang pertama . Banyak naw nasi tambah . Ish ish tapi aku tergelak waktu ni sebab tak boleh tahan diri haha sory !

Bayangkan lah , lakonan pertama Sarjan Idris at first seperti bermain trompet tapi lakonan terakhir dari orang yang menyampaikan tetiba jadi burung . Can't brain ! hahaha.

Ice Breaking pulak di bahagi kepada dua kumpulan , team BUDDIESBLOGGER (aku , Abg Lan , Mimin , Abg Hoq dan Abg Fazrol) manakala team musuh X-TEAM (Ujang , Yanty, Emas Putih , Angah dan Abg Daus) . Sesi pertama kami kena buat logo , visi dan misi setiap team.


Waktu ice breaking ni mengajar kami , kerjasama dalam team. Walaupun dah kenal lama tapi boleh ke bekerjasama ? Haa of course lah boleh yang penting kena ssaling sepakat , leader kena juga dengar cakap anak buah , bukan nak suruh anak buah ikut kepala sendiri jewrrrr kihkih. Jadi Abg Lan & Abg Fazrol buat logo , aku dan Mimin buat misi dan visi , dan Abg Hoq buat warcry .

Kami dapat selesaikan dalam masa yang di beri dan selepas itu kena buat presentation , cerita apa maksud logo , visi dan misi . Yang paling best adalah warcry hahaha , warcry kami mengikut viral zaman kini , jeng je ke jeng jeng jeng !



Selain dari tu ada beberapa aktiviti lain yang kami main , seperti game susun paku di atas paku atas botol air. Aku takpernah buat benda ni sebelum ni so tak tahu hahaha , ngelat sikit bukak youtube dan tengok cara-cara ops ! Rupanya senang je nak buat hak elaahhh ! Aktiviti lain Sarjan Idris nak 5 orang untuk game passing bola dalam masa yang di tetapkan , dari perlahan hingga lah laju , fuhhh akhirnya kami selesai juga

Paling enjoy bila ada aktiviti Sarjan memberi arahan , duduk , lompat , joget , dan dalam keadaan terbalik . Weh korang faham tak ! Alahh contoh aku suruh korang bangun tapi korang kena duduk haaa cenggitulah , pening mula-mula tapi bila dah biasa yeahh kami hebat , wow hebat wow wow hebat haha yang tahu lagu ni je faham :p . Enjoy gila rasa .



Dalam aktiviti Ice Breaking kami mengenali di gadis berwarna MILA , cun gila weh , haha tapi siapa yang kalah yang wajib kena jaga MILA ni , di sebabkan X-Team asyik kalah padan muka mereka , jaga lah MILA baik-baik kahkahkah ! Jap lagi aku tunjuk muka MILA tu.

Selesai sudah untuk sesi waktu pagi kami , dan bersambung pada pukul 3 sebab beri laluan kaum adam pergi sembahyang jumaat , waktu ni kami pergi check in dan lunch ! Laparrrrrr ~ sushi kat sini sedap gila weh , aku asyik makan sushi je hurmm biasalah kacukan jepun uols :p

3.00 PM


Untuk sesi petang , kami berkumpul pada pukul 3 dan naik van ke swimming pool jauh sikit sebab tak nak bercampur dengan pengunjung lain , sumpahla weh kolam kat sini dalam gila tak cecah lantai , aku dah cuak sebab aku cepat panik dalam air , erghh stress ! Bestnya kalau pandai berenang , boleh tak Sarjan ajar tanpa pelampung pulak haha !

Ok , setibanya kat sini ada game lain yang kami buat sebelum aktiviti water confident. Game indoor dalam dewan , bila team hanya 10 orang ni best pulak sebab semua merasa buat aktiviti , masing-masing pun kena fikir cara untuk team masing-masing . Aku taknak jaga MILA ! Walaupun cun tapi berat nak mampuih kahkah ni terlebih makan sedap di Verandah lah ni .

Dadu Gergasi 
Game ni , kaki kami di ikat dengan tali , dan seorang ahli setiap team kena jadi tukang baling dadu , jika dadu tu dapat nombor genap kena gerak ke depan , tapi bila dapat nombor ganjil kena gerak ke belakang . Game ni team Buddies menang , yahooooo ! Nampak tak team humble ni always menang sebab sentiasa merendah diri kahkah !

p/s : Kalau korang perasan , korang akan nampak MILA di situ !
Monkey Walk
Game indoor ke dua adalah monkey walk , haaa dah macam gorilla dah haku ! Kena kepit dua bola bawah ketiak dan satu bola celah peha lepastu jalan keliling kerusi . Alamak ! Kali ni team Buddies kalah sebab bagi can kat x-team  pulak , kesian asyik kalah je kan ahahaha . Tak pasal-pasal kena jaga MILA :(  Tapi takpe , kami akan tebus balik kekalahan ini !



Imbangkan Bola Pingpong 
Antara banyak-banyak game , yang ni sebenarnya paling susah ! Sebab banyak kali gagal . Kena tegur dengan sarjan , dalam setiap team tak boleh ada ramai leader . Sebab tu kami hilang fokus , masing-masing nak jadi ketua dan arahkan , then kitorang tukar plan biar seorang je yang bagi arahan. Yaampun leader lupa nama anak buah ! Haha. Dan yang paling penting sebenarnya kena fokus pada bola , kalau mata lari je dari bola terus hilang fokus uwaa uwaaaa


Yang paling menyeramkan , kena keluar dari pintu kecik tanpa menjatuhkan bola tu . Fuhh merecik ! Tapi akhirnya kami berjaya jugak yeyyyyyy , wow hebat wow wow hebat ! Hahah lagu ni terngiang-ngiang pulak dalam kepala ku .. Alaaaa rindu :( 


Keluarkan bola pingpong 
Game last sebelum aktiviti water confident , kena keluarkan bola pingpong dari paip yang berlubang dengan menggunakan air , sebelum ni aku dah pernah main game ni haha seronok ! Dengak kaki-kaki sekali guna untuk tutup lubang , dan berjaya !

Water Confident
Buddies Blogger vs Xteam bergabung meletup ! 

Okay untuk aktiviti water confident , Sarjan ajar kami banyak benda baru iaitu macamana cara nak menyelamatkan diri bila jatuh dari bot dan tempat tinggi . Aku ni dahlah sejenis cepat panik dalam air , so agak slow jugak mula-mula haha dah la tertelan air ! Huwaaa sakit kot hidung ku ini , tapi tu semua proses pembelajaran , tq Niza yang banyak membantu kihkih . 


Sesi mendengar arahan sarjan dulu , dan sarjan tengah share tentang pelampung . Ada pelampung hanya boleh tahan selama 5 jam sahaja , dan yang kami pakai ni pelampung yang boleh tahan sehingga 24 jam. Aku baru tahu pelampung pun ada tempoh hayat dia jugak . 



Okay yang ni cara-cara menyelamatkan diri dari tempat rendah , kena belakangkan badan dan jatuhkan badan dalam air , sila tahan nafas ye . Aku tertelan air sebab tak tahan nafas panjang , sobssss . Kan dah kata masuk je dalam air terus panik haha tapi slowly boleh kawal keadaan walaupun ... huh panik lagi ! 


Yang ni pulak cara-cara selamatkan diri dari tempat tinggi , tak boleh belakangkan badan macam tadi , kena keluarkan kaki sebelah dulu then sebelah lagi sambil terjun. Kali ni dah tak tertelan air sebab tahan nafas panjang kikikiki


Bila dah berada dalam air , badan kena stay baring je ,  tak perlu angkat kepala. Legakan badan semua dan biar je macam tu haaa xpayah nak bergerak bagai .


Kemudian Sarjan ajar cara-cara ingin selamatkan diri bila berkumpulan dan untuk meminta pertolongan . Dalam keadaan bulatan , kena pegang tangan masing-masing dan kena buat ia menguncup dan mengembang
Yang ni pulak untuk menyelamatkan diri , sorang kena jadi leader dan say UP & DOWN , bila leader kata UP kena angkat tangan , DOWN pula untuk kayuh ,so sama-sama akan bergerak dengan laju .. haaa ilmu selebihnya korang kena la datang sendiri kat sini dan join program team building . Team building ni memang kemudahan yang ada di Cyberview Resort & Spa ni . Sumpah berbaloi gila !


Ini antara sedutan video sepanjang kami melakukan aktiviti water confident 


Fuh setel semua aktiviti untuk sesi petang , kami pulang ke bilik masing-masing , rehat sekejap dan dinner lepas tu bersedia untuk aktiviti night walk , sorry tilam yang empuk , dan bath tab yang luas itu , aku tidak sempat bermanja dengan kalian , oh ye jacuzzi juga ! haha 

Night Walk

Bila malam gelap sudah tiba kami di bawa ke hutan berdekatan resort , uuuuuuu seram , tapi kesian dengan Abg Fazrol kena bawak si MILA , eee sibuk je MILA ni tau. Korang jangan ingat kat sini takde hutan tau , sebab sebenarnya resort ni di kelilingi hutan walaupun nampak macam dalam bandar. LETS GO !



Bila dah masuk dalam hutan ni , ingatkan kena berjalan ramai-ramai macam jungle trecking biasa tapi rupanya ada kejutan yang tidak terduga , haaa drama sangat uols ! Haha , selain dari ada halangan yang perlu merangkak - rangkak dan tanpa di beri lampu suluh , kami kena berjalan seorang demi seorang di tengah hutan !

Tiada cahaya lampu , hanya samar-samar cahaya dari rembulan gituh , tq untuk bulan yang agak cerah di malam itu kihkihkih so hilang lah sikit cuak , tapi bila sejenis perempuan yang agak penakut ni fikir jugak bukan-bukan , kah ! Doa siap-siap dalam hati , tapi masa ni lah teringat cerita bunian haha siot je !




Dah takde lampu macamana nak jalan ? Haaa ada tali yang kitorang kena stay je pegang , sebab tu je lah jadi petunjuk cumanya tali tu kadang-kadang mengelirukan jugak sebab sana sini di ikat kan , agak keliru mana nak pergi , tapi ai kan team buddies yang hebat , so watlek watpis je haha , padahal dalam hati duk berzikir tak sudah.

 Perjalanan yang kitorang kena hadap dan berjalan seorang demi seorang ni sepanjang 140 meter ,  weii jauh jugak lagi pulak kena tunggu seorang-seorang tu sampai dengan selamat ke sana baru boleh jalan . Bahaya ? Haha korang jangan cuak sebab sebenarnya ada je pembantu duk menyorok celah pokok tapi kita tak nampak sebab pakai baju hitam :p

Cuak sikit arrrr , sikit jeeee :p Dan akhirnya semua berjaya keluar dengan selamat , cuma aku terkejut sikit bila tetiba ada yang suluh lampu di akhir garisan , sebab di akhir tu tetiba tali tu hilang punca , stop di tengah pokok . Dush ! Main-main sangat kan , haha then sambung hingga tamat . Yeah ! Wow hebat wow wow hebat !Tapi yang paling aku suka , hutan ni takde pacat ! Yeyyyy kalau tak kauorang dengar lah jeritan haku !


Fuhhh hari yang sangat menyeronokkan ! Bersambung di next entry untuk hari ke dua . Hari ke dua ni pun agak mencabar weh , nak tahu apa ? Haaa stay tune ...... Malam yang lucu jugak sebab lepas lepak , aku nak masuk bilik , sang suami tido mati haha terpaksa menyusahkan staff tapi akhirnya dia berjaya bangun sebab aku baling selipar , kah kah geram tau .. untungla boleh tido ! Haha bye .. tunggu next episod !

More Info :
Cyberview Resort & Spa
www.cyberviewresort.com
Tel: 03-8312 7000
Facebook : Cyberview Resort & Spa
Instagram : @Cyberviewresort
Twitter : @CyberviewResort


23 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Hahaha Kyle tido mati ke mlm tu.. Padan muke.. Hahaha... Nak repeat.. Sumpah rindu moment2 kat sana..

    BalasPadam
  2. Bestnyaaaa...
    Ada ;agi ajak laaa kita hehehe
    Kta nak jon sama heheheh

    BalasPadam
  3. Wow! Such a great team building.. time to refresh and more unity with coligs for ur company

    BalasPadam
  4. yeah team building is important. now in school too kids are learning about team building.

    BalasPadam
  5. Ibu tak minatlah nak masuk aktiviti team building macam ni. Not my taste. Kita kan di jadikan berbeza. Kalau jogging rasa seronok la pulak

    BalasPadam
  6. Setiap hari kami di rumah ni buat aktiviti bersama sama untuk kuatkan ikatan silaturahim dan kasih sayang bersama keluarga. Team building jugak kan. Hehe

    BalasPadam
  7. jom pergi lagi . macam kualiti masa sangat blogger kat sana

    BalasPadam
  8. weii best giler tengok..memng dah lama tak buat macam ni..dulu waktu study je kott..ya ampun..yang terjun air tu..hahaa..lawak je..yang masuk hutan mak aihh

    BalasPadam
  9. Program team building ya. saya memang tak suka nak masuk haha. Maklumlah, kalau dalam acara tu lelaki dan perempuan tak asing. Kalau bahagian tu di titik beratkan. Saya suka je

    BalasPadam
  10. Ooh Tak ramai rupanya.hahaa tapi lagi kecil akan lebih erat kan? Nampak seronok betul semua. Jarang hotel buat pakej camni.boleh recommend dekat ramai org nanti

    BalasPadam
  11. Bestnyaaaa!!
    Rindu pulak zaman belajar bila tgk aktiviti mcm ni haha.Suka semuabaktiviti tu kecuali yg jalan dlm hutan tu.Sbb iols sjenis penakut hahaha

    BalasPadam
  12. Bestnya. Dah lama tak join aktiviti macam ni lepas keluar universiti. Tapi kalau dapat join, night walk tu tak nak join kot. Hahahahha.

    BalasPadam
  13. Wah!! Aktiviti yg menarik.. bila bersatu semua benda jadi mudah.. AM suka aktiviti team building sbb ia merapatkan lg ukhwah sesama kita.. syabas korg berjaya laluan aktiviti dgn jayanya..

    BalasPadam
  14. Wah!! Aktiviti yg menarik.. bila bersatu semua benda jadi mudah.. AM suka aktiviti team building sbb ia merapatkan lg ukhwah sesama kita.. syabas korg berjaya laluan aktiviti dgn jayanya..

    BalasPadam
  15. Wah!! Aktiviti yg menarik.. bila bersatu semua benda jadi mudah.. AM suka aktiviti team building sbb ia merapatkan lg ukhwah sesama kita.. syabas korg berjaya laluan aktiviti dgn jayanya..

    BalasPadam
  16. Woww bestnya dapat join program team building ni. Sis tak pernah lagi join program macam ni..tapi tgok uoll buat rasa cam seronok pulak.

    BalasPadam
  17. Wah.. Nampak best la. Teringat pulak macam zaman sekolah dulu join join aktiviti macam ni. Boleh lupa sekejap masalah. Seronok sebab aktiviti yang padat. Pengalaman berharga.

    BalasPadam
  18. Liez tak pernah jojn activity mcm ni.. sbb mmg tak suka lebih selesa duduk dalam rumah.. tp seronoknya klau sesekali dpt menghilangkan stress, buat aktiviti yg lain dr kebiasaan kan

    BalasPadam
  19. Wahhh nampak menarik ! Selalu camp team building nie dekat hutan2 , dekat dorm, tp nie dibuat dekat resort. Fuhhh best gila. Baguslah resort nie ada tawarkn pakej utk team building mcm nie

    BalasPadam
  20. Lama juga tak join aktiviti macam ni. Patutlah xleh move on. lagi best kalau dapat join dengan kawan-kawan sekepala kan. Rindu plak nak team building ni.

    BalasPadam
  21. I pernah pergi Cyberview untuk team building beberapa tahun lepas. I suka sebab tempat ni damai sangat. Dia punya SPA serious is the best! First time i pegi spa sampai tido berdengkur. muahahaha

    BalasPadam
  22. Lama dah tak join aktiviti team building macam ni. Rindu pulak dengan aktiviti macam ni.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama