Percutian Jimat ke SEEngapore Dengan Traveloka Promo Code

21 ulasan:
Assalamualaikum 

Holla korang ! Bestnya kalau hari-hari dapat pergi bercuti kan , lagi best bercuti tanpa mengeluarkan duit yang banyak . Lagi lagi lagi best bila pergi bercuti tapi jimat banyak ! Eh ada ke percutian jimat ? Haaa kalau korang nak tips percutian jimat korang boleh dapat jika korang rajin godek-godek web / applikasi Traveloka , sebab Traveloka tak pernah mengecewakan , dan sekarang ada promosi Traveloka SEEngapore - For a roaring good time ! Wuhuuhuu



Siapa yang tak pernah pergi lagi ke Singapore , siapa yang nak pergi lagi ke Singapore? Ini memang masa yang sangat tepat buat korang sebab Singapore antara tempat yang menarik dan cantik untuk di kunjungi , lebih-lebih lagi dengan promo code dari Traveloka . Bila dengar kawan-kawan yang dah pernah pergi ke Singapore , memang banyak tempat menarik yang korang boleh enjoy dan have fun ! 

Traveloka - One Stop Travel App

Qaseh rasa dah ramai yang tahu tentang Traveloka ni tapi bagi yang masih lagi belum tahu , Traveloka adalah pakar untuk korang merancang setiap percutian yang korang ingin tuju, jadi jika korang hendak bercuti ke  Singapore ? Sila lah tempah di Traveloka kerana Traveloka adalah ''one-stop travel app'' yang menawarkan kemudahan untuk percutian kalian ke Singapore.

Selain tu banyak kelebihan yang korang akan dapat bila menggunakan Traveloka , yang paling utama dalam percutian jimat adalah diskaun ! Dengan menggunakan Traveloka , korang akan mendapat diskaun hebat dengan RM50 flat rate diskaun  untuk penerbangan pergi balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore dengan menggunakan Traveloka web ataupun applikasi dengan menggunkan kod / kupon GOSD 

Tentang hotel pula , Traveloka menawarkan potongan tempahan hotel sehingga 20% di Singapore yag mana tiada kupon/ kod yang di perlukan . Apa lagi jom kita ke SEEngapore dengan menggunakan Traveloka dengan menggunakan Traveloka Promo Code . 

Tempat Menarik di Singapore 
Banyak sebenarnya tempat menarik di Singapore ni , yang qaseh selalu dengan adalah Universal Studio , fuhhh kalau pergi ke Singapore tapi tak masuk Universal Studio ni memang tak sah tau korang ! Jom kita tengok sikit tempat-tempat menarik yang ada di Singapore ni , dah ada list senang sikit nak bercuti kan 


  • Sea Aquarium 

Bagi peminat haiwan , korang boleh melawat ke Sea Aquarium yang mana terdapat lebih 100000 haiwan yang bertempat di Sentosa Resorts World bukan sahaja akuarium terbesar di dunia tapi juga yang tercanggih pernah di bina . Wow menakjubkan ! 
  • Singapore Flyer

Roda pemerhati yang terbesar di dunia , cantiknya pemandangan ni kan fuh tapi yang gayat agak-agak berani tak hehe , korang akan naik sehingga 165 meter dari tanah dan akan menikmati pemandangan Helix Bridge , Marina Bay dan Kota Singapore selama 30 minit.
  • Universal Studio 

Tempat yang sangat famous di Singapore , bagi yang ada anak-anak memang wajib masuk ke sini , korang boleh berjalan di 7 kawasan bertemakan filem dan kota Amerika serta bergambar dengan watak kartun dan filem terbitan Universal Studios seperti Sesame Street, Transformers dan The Mummy.Untuk yang berani korang boleh naik pelbagai roller coaster dan mainan lain yang mendebarkan di taman tema ini
  • Kereta Kabel Singapore

Dengan kereta kabel berkapasiti 8 penumpang, anda akan dapat melihat suasana kota Singapura dan Pulau Sentosa ketika kereta kabel modern anda melintasi laut.Hampir 100 meter di atas udara, perjalanan selama 10 minit ini pasti mengujakan jika anda menaikinya pada waktu malam kerana anda dapat melihat panorama ke dua-dua kawasan yang dihiasi lampu warna-warni lampu
Dan banyak lagi tempat-tempat menarik yang korang boleh kunjungi , semuanya memang berbaloi-baloi dan jadikan satu pengalaman yang sangat menarik . Bila tengok semua tempat tu terasa jugak nak pergi dan memang salah satu wishlist tempat untuk bercuti jugak . Oh ye , untuk promo code SEEngapore tadi meh aku kongsi cara-cara dan syarat-syaratnya , sangat mudah ! 
Syarat-syarat dan cara membuat tempahan 
  • Promosi RM50 hanya sah untuk penerbangan pergi - balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID 
  • Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod GOSG sewaktu pembayaran  
  • Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat 
  • Tempoh tempahan : 1 September hingga 30 September  
  •  Tempoh perjalanan : Bila - bila masa sahaja 

Haaa amacam , harap semua dah faham dan jangan lupa tempah sekarang di Traveloka web ataupun applikasi , untuk memudahkan korang jangan lupa download terus applikasi di smartfon masing-masing tau ! Jom ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code . Untuk maklumat tambahan jangan lupa klik - klik link di bawah






21 ulasan:

Ben Ashaari berkata...

Nak g nanti, bgtau eh.. Nak itottt..

fizafantagirO berkata...

Nakk pegiiii singaporeeeeee

Lya Akif Imtiyaz berkata...

Yeayy nak g gak la jalan2 Singaporaaaaaa .. Mesti best dpt bawak anak2 jalan2 ..

YB Shehan berkata...

banyak rupanya tmpt menarik kt spore. tringin lak nk repeat pi situ.

dorsett pink berkata...

Dah ada macam2 excitement kat singapore sekarang.. Tak boleh lepaskan peluang keemasan ni.

Mohaz Sue berkata...

Jom Qaseh.. Kita wat rombongan cik kiah

Nina Mirza berkata...

Tiap² tahun pi Singapore tapi pi ziarah family jer... Nanti nak pi tuk holiday lak. Banyak tempat menarik tak sempat lagi jejak.

athirah hassin berkata...

Ok ada masa sebulan utk booking.. thanks sharing.. igt nak ajak hb pegi uss.. ajar baby biasakan naik flight (alasan) hahahah

mas saari berkata...

Menariklah promo Traveloka ni!

mOoN IzzaN berkata...

Dah masuk dlm list gak ni

Nadia Johari berkata...

murah sangat kalau rm50 pergi balik..huaaa..syoklaa

aboya berkata...

molek jugok ado offer... leh gi uss.. lamo doh mengidam

Lisa Nurulain berkata...

jom g singapore qasehhh

Azni berkata...

Kalau x kerana renovate lantai.. mau dah sampai seengapore

Firzz Radzi berkata...

Jom g ramai2... Mesti lagi best...tengah murah ni best beli tiket...

admin berkata...

Jangan lepaskan peluang ini kawan 2 promosi Traveloka sangat helokkk!! Grab your code now!!

ai berkata...

Last time pergi Singapore x dapat explore. Cuaca tak mengizinkan.

yanie yusuf berkata...

rindu travel huhu

Sue Izza berkata...

Jom gi singapore,balik hari bhahahhaha sembanggggg lebih heheheh tapi kalau ada rezki mmg nak gi....

noorhaidaz eyda berkata...

Teringin nak pergi USS

Mama Kembar 3 berkata...

Mmg teringin nak pi singapore, nak pi USS

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com