Nasi Air Sedap di Pantai Air Tawar Besut

1 ulasan:
Assalamualaikum ! 

Alhamdulillah dapat jugak balik kampung masa Hari Raya Aidiladha , nikmatnya tidak terkata walaupun cuaca panas membahang , selalu promot tempat makan best di tempat orang kan , kali ni aku nak kongsi tempat makan best bila berada di Besut iaitu di Pantai Air Tawar . Bila aku balik kampung je wajib datang sini , sebelum datang siap doa lagi mintak-mintak kedai ni bukak sebab ni memang tempat favourite aku datang lepak makan nasi air 


Jadi kalau korang datang di Besut dan teringin nak makan nasi air , boleh lah datang ke Pantai Air Tawar dan makan nasi air di kedai Pak Awie ni . Kalau korang tercari-cari kedai nasi air memang banyak je sebenarnya tapi bagi aku ntahla aku memang suka datang makan kat sini , pernah pergi di kedai lain tapi tak kena dengan selera , huwaaaa alih-alih kedai ni jugak menjadi pilihan . 


Lokasi kedai ni pun dekat je dengan pantai , so lepas makan mesti aku tuju ke pantai , cumanya bila aku balik tempoh hari pantai agak tak cantik , banyak pulak sampah kat tepian tapi takdelah nampak ketara cuma lain la sikit dari sebelumnya . 

Nak mandi ? Aku cadangkan korang mandi di Pantai Bukit Kluang sebab kat sana lagi meriah (padahal dekat je pun dengan Pantai Air Tawar ni , cuma kat sana kawasan redup dan banyak kedai-kedai menjual keropok dan sewaktu dengannya . Aktiviti pun lebih banyak di situ , boleh baca di entry ni →→→https://www.qasehdalia.com/2017/03/mandi-manda-di-pantai-bukit-keluang-besut.html


Lama gila tak guna cawan besi ni , bila minum ais kosong lagi lah bertambah sojukkkknyaaaa so kat sini air sejuk dan air suam di sediakan , free sahajo . Kalau kat bandar dah kena cas 20 sen ye dok haha eh sekarang dah cas RM1 gamaknya .. Haishhh nasib kat kampung masih lagi free kalau tak bawak air mineral dari rumah (apak kedekut ! ) haha



Kedai ni agak besar jugak , boleh makan bawah pokok dan pondok buluh jugak . Kat sini bukan nasi air je ada tau , ada air kelapa fresh , keropok lekor goreng , sosej , makanan panas dan banyak lagi . Aku tak tahu menu lain sebab selalunya aku datang sini untuk makan nasi air je weh , dan setiap kali aku datang tak pernah tak ramai orang , selalu je ada .. Haaa nampak , laku keras ! 

Sambil-sambil menunggu sempat lagi dia ni , Rayyan pun suka nasi air kat sini 


One more thing , setiap meja ada penambah rasa ni , jenis aku memang tak boleh kalau tak makan nasi air dengan air cili , lada jeruk dan sos ikan ke sos sotong mende tah , sebab tekak aku ni pemasin sikit jadi kena tambah bagi masin haaaa , sedap oikkk ! Tetiba lapar .. Suami aku pulak jenis tak suka tambah apa-apa dalam nasi air dia , dia kata pelik ! Aiyooo nampak tak perbezaan orang Ganu dengan orang Pahang haha apoooo laaa , padahal takut pedas :p . So Rayyan kongsi dengan abah , Umi nak makan yang pedas je werkkk 


Jeng-jeng-jeng , ni lah rupa nasi air nya , dalam ni ada daging , ada 'lampong' kot , aku tak tahu apa nama dia haha main hentam je , ada ikan bilis , dan selebihnya tak tahu nama . Portion dia sangat mengenyangkan oik , tapi kalau tahap kebulur satu pun tak cukup opss ! Jangan terlalu banyak minum air nanti nak bangun pun tak larat haha .. So jangan lupa cuba bila korang datang Besut yawwww ! 


Rayyan sekarang pantang nampak air , sebab duk kampung asyik datang pantai je dia pun macam ''jom main air'' , amboiiii ~ bila nampak ombak datang laju je meluru nak masuk dalam air tu haaaa , ikutkan plan nak pergi mandi lagi di Keluang tapi mak aku bebel , risau lemas , pastu tetiba jadi cuak nak mandi , baiklah kita mengikut cakap emak ye anak-anak . Next time lah kita mandi .. sobsss kita main pasir dan bergambar je la 

Sebab plan nak mandi manda tak jadi kan :p 

 Umi borek anak rintik ni haha 

Hati Berbicara :

Tq Husband melayani kehendak isterimu , kalau boleh tiap hari nak lepak pantai , ntahlah aku memang suka duduk tepi pantai ni , tenang je rasa . Sebab kat bandor memang takdok lerrr nak jumpa pantai sobssss , papepun nanti kita balik lagi .. So korang jangan lupa datang makan di sini tau ! 
WAZE je kedai PAK AWIE NASI AIR 


1 ulasan:

Lynda Che Lah berkata...

Tempat feveret kalau balik kampung juga. Mesti makan nasi air Pokwi dgn ABJ (ais batu jagung) tapi ABJ sejak 2 menjak ni dah tak sedap. Tp nasi air tetap pilihan kalau makan sini. Lepas tu kopok leko

Catatan Popular

No reproduction of the materials from this website and its accompanying associative social media channels are to be used in other third party sites without written a consent by Qaseh Dalia

All images, text and video content used must first be given permission by author.

For further inquiries, shoot an email at:
dalia_adelia@yahoo.com
@2010 | www.qasehdalia.com