RMHC Malaysia Meriahkan Ramadan Bersama Anak-Anak Yatim serta Sumbangan Raya

Assalamualaikum, 
 
Bila Ramadan tiba jangan di lupa pada mereka yang tidak berkemampuan, bulan mulia inilah bulan untuk mencari pahala berpanjangan, betul tak ? Hai korang, baru-baru ni qaseh berkesempatan menghadirkan diri dalam majlis iftar bersama anak-anak yatim di Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut, Kuala Lumpur yang di anjurkan oleh Ronald McDonald (RMHC) Malaysia. 


Kalau korang nak tahu, RMHC selalu membantu dan menganjurkan majlis untuk meraikan mereka-mereka yang tidak berkemampuan. Kali ni, majlis iftar yang diadakan adalah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).



Alhamdulillah, seramai 120 orang anak yatim sekitar Lembah Klang diraikan dalam majlis iftar yang berjalan lancar, makanan pun sangat sedap. Terpancar kegembiraan di wajah mereka, sebak bila tengok anak-anak kecil macam ni, so bersyukur lah jika korang masih punya mak ayah, hargai mereka sebaiknya dan kalau ada rezeki lebih boleh membantu anak-anak ini sekikhlas mungkin


Selain itu, majlis diberkati dengan kehadiran Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Sains Islam Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri untuk menyampaikan tazkirah. 


RMHC Malaysia sentiasa komited menjalankan dan menyokong pelbagai inisiatif demi kesejahteraan kanak-kanak yang memerlukan di negara ini. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, memang tradisi setiap tahun, RMHC akan meraikan anak yatim dengan majlis berbuka puasa dan sumbangan untuk persiapan Aidilfitri.

“Itulah cara kami meluaskan capaian kami dalam mendekati lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan dan pihak yang turut mempunyai komitmen yang serupa dengan kami melibatkan kesejahteraan kanak-kanak”, kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia, merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.
 
Sumbangan Duit Raya dari Dana Wakalah MAIWP
 
Alhamdulillah, dalam majlis yang sama, McDonald’s Malaysia turut memberikan duit raya kepada anak-anak yatim berjumlah RM100 setiap seorang dari dana wakalah zakat MAIWP. 

Sumbangan Wang Tunai kepada Rumah Kebajikan
 
Qaseh juga turut menyaksikan penyampaian sumbangan wang tunai kepada tiga buah rumah kebajikan anak yatim terpilih di Lembah Klang iaitu Pertubuhan Nur Kasih Bestari, Rumah Permata Hatiku, dan Rumah Anak Yatim Al-Sagoff.
 



Setiap rumah kebajikan anak yatim menerima sumbangan wang tunai bernilai RM5000 bagi meringankan beban pengurusan terutamanya untuk tujuan persiapan menjelang Aidilfitri nanti. 


Tambah dato’ Azmir lagi, “Kedatangan Ramadan amat ditunggu-tunggu untuk kita semua memperbanyakkan amal jariah dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Besar harapan kami agar majlis berbuka puasa hari ini dan sumbangan yang disampaikan kepada anak-anak yatim yang hadir memberi keceriaan kepada mereka.”
 
Bab bersedekah ni, kita pun boleh buat juga, tak perlu punya nilai yang banyak, walaupun sedikit dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain. Haa kalau korang suka makan di McD, pasti korang biasa nampak ada tabung sumbangan di kaunter cashier kan, dari sumbangan itu juga lah mengalir pada mereka-mereka yang memerlukan.
 
Untuk pengetahuan korang yang masih belum tahu, RMHC Malaysia merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menumpukan segenap usahanya kearah kesejahteraan  kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Sebagai badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia, sejumlah besar dana RMHC Malaysia datang dari McDonald’s Malaysia.


RMHC turut menerima dana daripada syarikat-syarikat korporat dan individu-individu prihatin bagi pelaksanaan program-program utamanya yang berteraskan Kebajikan, Kesihatan dan Pendidikan. Memang banyak tau korang, sumbangan dan majlis yang di lakukan oleh RMHC, kalau korang nak tahu boleh goole tentang RMHC ni okay. 
 
Qaseh bersyukur dapat sama-sama meraikan anak yatim di majlis iftar yang diadakan. Syabas dan tahniah buat RMHC dan semua yang terlibat dalam memastikan majlis ini berjalan lancar. Semoga anak-anak yang mulia ini sentiasa berjaya di dunia dan akhirat dan sentiasa dilindungi Allah. 



 

Catat Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama