Keyboard Yunzii Actto B303 Mini Bluetooth Review | Keyboard Best Untuk Ipad

Review Keyboard Actto Mini Bluetooth | Assalamualaikum and holla gais, sihat ke tu ? Hari ni nak review keyboard baru hahahaha beli lagi ye ~  Haippp biasa dia ni ! Sebenarnya lama dah beli, cuma baru ada kesempatan nak share, kali ni aku beli Keyboard B303 Actto Retro Mini Bluetooth. Apa yang best tentang keyboard kali ni  ? Haaa baca la lagi plishh ~

Apa yang best tentang Keyboard Actto Retro Mini Bluetooth ni, hurmm i think semua memang fungsi sama untuk memudahkan menaip kan tapi bezanya memudahkan atau tidak, sedap menaip atau tak ? Tapi disebabkan qaseh hanya membuat kerja menggunakan ipad, qaseh tertarik dengan keyboard ni sebab ia memang sangat sesuai untuk ipad sebab kelebihannya adalah ada ruang untuk letak ipad.

Biasanya kalau qaseh penat buat kerja di meja, qaseh akan angkut stand ipad dengan keyboard sekali, tapi macam aishhh banyak pulak benda nak kena angkut sana sini, bila dengan keyboard ni nah senang, letak je ipad kat situ, terus boleh angkut bawak ke depan tv, buat kerja di sofa, buat kerja atas katil, buat kerja dekat meja makan so dah tak payah nak angkat sekali stand ipad bagai. Nice kan ? 

Look at this, oh my new baby ~ 

Hari tu qaseh dah lama tengok keyboard ni, tapi qaseh tengok yang mahal so kuburkan lah niat tu sebab harga keyboard yang mahal tu dalam Rm300-Rm400 macam tu, phewww memang takla ku nak beli keyboard semahal itu, baik aku beli makanan hahahaha (saya cheapskate orangnya) 

Then qaseh tengok member blog unboxing keyboard Actto ni, perghh rupanya ada juga keyboard yang macam qaseh nak tu tapi versi murah sikit, haaaaa kenapa selama ni tak perasan ada ek haha, apo lagi bodek laki la hikhik, duit laki adalah duit isteri :p so qaseh terus beli di shopee lah, senang weh ~ for now shopee bagi qaseh tetap no 1 untuk ku shopping, semua benda ada. No 2 adalah tiktok hahah yang ni racun baju-baju woi, penat teracun !

Qaseh beli kat sini, antara yang termurah la, cuma dari oversea so kena tunggu lambat sikit lah, lambat tak lambat sangat dalam seminggu je,  takpe-takpe kita sabar menunggu. Semestinya qaseh pilih warna pink, unfortunately takde pulak jual keycap untuk keyboard Actto ni, baru berangan nak tukar-tukar keycap dia sebab warna putih aje, tapi takpelah janji ada warna pink 

Order : 19 disember 
Delivered : 25 disember 

Qaseh nak bandingkan dengan keyboard Ajazz yang qaseh pernah beli di sini , dua-dua bagi qaseh best dan smooth sangat untuk menaip, keycap smooth and soft je. Untuk bunyi keycap ni, keyboard Ajazz lagi soft dan tak kuat sangat bunyi (btw sangat slow je bunyinya bila tekan) so kalau korang tak suka bising atau ada anak kecik yang pantang dengar bunyi bising, qaseh sangat-sangat syorkan keyboard Ajazz lah (the winner) 



Bab bunyi, keyboard Ajazz menang, fungsi pulak, keyboard Ajazz ada beberapa fungsi yang okay dengan ipad, tapi keyboard Accto ada yang tak boleh guna, contohnya button untuk print screen tak boleh guna, sebab qaseh dah explore memang tak jumpa cara dia hihi but never mind lah, bukan masalah besar. 

Bab design pulak, both qaseh suka, Actto Keyboard design dia ala-ala mesin taip zaman dulu, retro gitu , cuma bab warna qaseh lebih suka Ajazz juga sebab ianya ada keycap yang colourfull, warna warni gitu so nampak sangat ceria, keyboard Accto pulak 2 warna sahaja, body warna pink dan keycap white tapi banyak pilihan warna yang korang boleh pilih, semuanya warna pastel, ada mint green, cream dan lain-lain. Boleh tengok di link


Oh ya satu lagi qaseh suka sebab ia laju je connect dengan ipad, takde masalah tersekat-sekat ke apa, so far okay sangat, just connect melalui bluetooth je, specification keyboard ni tak boleh nak share sebab buku manual dah hilang hahaha alah korang beli nanti pandai-pandai lah baca ye 

Bagaimana cara connect Actto Keyboard dengan Ipad 
On dulu bluetooth ipad korang then tekan keyboard ‘ESC’ dan ‘E’ di keyboard Actto, akan menyala lampu biru, then Ipad korang akan keluar notifikasi untuk pair, so just taip je nombor yang keluar, selesai ! Next time bila nak connect just on bluetooth je. 

Keyboard Actto guna bateri je gais, tak perlu susah-susah nak cas, lama juga tahan baterinya, sejak beli keyboard ni tak tukar lagi bateri baru, so jimat di situ

Bukan untuk ipada sahaja, sesuai untuk semua device termasuk smartfon ! 

Overall, qaseh suka je guna keyboard Yunzii Actt B303 ni, bunyi tak terlalu kuat, siapa yang suka bunyi keyboard pasti akan suka je, bagi semangat nak menulis hahaha semangat aku je hilang tah pergi healing ke mana ~ dan yang penting memudahkan untuk ku angkut ke mana-mana. Okie adios ! Tq kerana sudi membaca.

Macam biasa ~ ada pertanyaan lanjut, drop je komen ~ 



1 Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama