HUAWEI MatePad SE 10.4’’ Review | Tablet Harga Berpatutan Dan Mesra Keluarga

HUAWEI MatePad SE 10.4-inchReview | Assalamualaikum and holla ~so today qaseh nak review  tentang tablet baru yang qaseh tengah guna iaitu HUAWEI Matepad SE 10.4- inci , special edition untuk tahun 2022. Untuk info korang, Huawei telah melancarkan dan merasmikan Huawei MatePad SE 10.4’’ ni tau di Malaysia pada 5 November, yang bestnya harga yang ditawarkan oleh Huawei sangat berpatutan. 

Sempena perasmian, HUAWEI menawarkan promosi jualan ekslusif dengan pemberian hadiah percuma bernilai RM200 untuk setiap pembelian, nah korang sehingga 30 November sahaja promosi ni. Baik korang grab awal-awal, lagi best bila dapat free gift 

Bagi korang yang tengah tercari-cari tablet yang ringan, kecil, mesra keluarga dan mesra untuk anak i think HUAWEI MatePad SE 10.4 inci ni memang sangat sesuai. Apa yang best yang korang perlu tahu tentang tablet ni ?

Jom qaseh nak kongsikan beberapa kelebihan / features yang ada, yang qaseh rasa sangat memudahkan kerja qaseh dan boleh kawal dan pantau penggunaan gajet pada anak dengan mudah.

Tablet serba boleh yang direka khas untuk kegunaan pelbagai jenis isi rumah ini mampu memberikan kenikmatan hiburan yang mengagumkan.


Sebelum tu jom kita tengok spesifikasi yang ada di HUAWEI MatePad SE 10.4-inci ni. HUAWEI MatePad SE 10.4 menggunakan sistem operasi HarmonyOS 3, yang mana sistem kendiri HUAWEI yang mempunyai ciri-ciri yang dipertingkatkan seperti penyusunan Service Widgets yang sama, kombo Service Widgets dan pintasan saiz berbeza untuk akses yang lebih mudah. Oh ya tablet ni menggunakan processor Qualcomm® Snapdragon™ 680

OS : HarmonyOS 3
Processor : Snapdragon 680, 6nm Octa Core
Battery : 5100 mAh

Paparan Luas yang Menenangkan Mata

Size paparan skrin adalah 10.4 inci yang dilengkapi 2K Eye Comfort HUAWEI Fullview Display dan telah memperoleh pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light dan Flicker-free yang memberi keselesaan kepada mata dan terbukti melegakan keletihan mata. Sesuai sangatla bagi daku yang suka hadap gajet ni

Brightness tablet ini akan auto berubah mengikut keadaan sekeliling tau so tak perlu nak adjust secara manual, ia memang memberi keselesaan pada mata.

Design Simple dan Minimalist 

Seriously tablet ni memang ringan je, macam pegang smartfon sebab berat 440g sahaja dan memang selesa sangat untuk digenggam dan bawa ke mana-mana, design tablet ni tak nampak besar kerana design penjuru yang berbentuk bulat

Ianya mesra keluarga so everyone boleh genggam dengan selesa terutamanya anak kecil,  ia diperbuat daripada aloi aluminium dan punyai kemasan metalik berkilat, design yangsimple dan minimalist.

P/s : HUAWEI MatePad SE 10.4 ni agak kuat ye ketahanannya, in case korang terduduk or terjatuh, sebab ia memang dah berkali-kali diuji, mempunyai bingkai tengah yang teguh untuk penggunaan yang lama. 


Untuk kamera pula qaseh memang jarang la guna kamera tablet hihi lebih fokus pada hal-hal lain.Kamera hadapan 2MP manakala kamera belakang 5MP up to 2592 × 1944 pixels dan boleh record video sehingga FHD 1080P.

Untuk spesifikasi penuh korang boleh tengok disini secara details  okay !
Tiada Google Store No Problem ~

Bila cerita tentang peranti HUAWEI, ada kawan-kawan tanya Huawei ada google dah ke? Dan boleh ke nak download aplikasi yang berkaitan google semua tu ~ google store pulak dah takde ~ haa so soalan macam ni memang benda biasa yang akan di tanya hihi 

Sebenarnya qaseh pun pernah juga tanya member yang menggunakan smartfon HUAWEI soalan yang sama hihi,  bila dah di terangkan oooo tiada masalah lah untuk menggunakan aplikasi atau apa-apa yang berkaitan dengan google.

AppGallery HUAWEI 


Contohnya macam HUAWEI MatePad SE 10.4 inci ni, qaseh tiada masalah langsung untuk download dan guna aplikasi berkaitan google seperti google drive, google photo dan aplikasi yang lain, dengan adanya sistem HUAWEI sendiri iaitu AppGallery HUAWEI , so qaseh boleh download semua aplikasi yang qaseh guna di smartfon macam biasa dan semua aplikasi tu tersedia  dalam AppGallery ni. No worries okie ! 

Nak buat carian google pun tiada masalah, boleh guna HUAWEI Browse, boleh dowload Google Chrome, Opera dan sebagainya 


HUAWEI mestilah cipta sesuatu yang memberi kemudahan pada penggunanya yang tersayang ~betul dak?

Multi Window Untuk Multi Tasking 


Features ni memang qaseh suka dan sangat-sangat memudahkan kerja, bila qaseh blogging atau menulis menggunakan microsoft word, qaseh tetap kena layari internet, pada masa yang sama kena buka google drive atau pun email untuk copy some info, sometimes send whatsapp sambil layan movie

I dont know lah about other tablet sebab qaseh just nak share kelebihan yang ada di HUAWEI MatePad SE 10.4 ni sahaja, so jangan datang komen ‘lah tablet i pun boleh ~ aaa gitu ku hempok karang haha gurau je’ 

1.Multiwindow & Floating Window

Korang boleh bukak banyak tetingkap terapung / floating window, so senang nak track balik aplikasi yang qaseh guna tanpa cari satu-satu aplikasi tersebut, selagi tak close ia akan stay tersusun which is u can hide it too.


Paling maximum boleh buka floating window adalah 10 window, so senang sangat nak open window lain, just klik je bahagian kanan yang korang dah buka so tak perlu susah nak kena cari satu-satu ~


2. Tiga Window Dalam 1 Tugasan 

Biasanya bila buat kerja blogging ni, ada info yang kena cari di internet so kebiasaannya qaseh akan bukak dashboard blog, buka google dan kena buka email to copy some info, qaseh boleh buka 3 window ni dalam 1 masa 

So ia akan jadi macam gambar bawah ni, boleh buka 1 floating window dan multiwindow yang bersebelahan, senang kan !  


Customize Widget : Combo Widget + Aplikasi


Antara kelebihan HarmonyOS 3 ni juga membolehkan korang customize widget dan boleh combine widget bersama aplikasi juga, senang la korang nak track korang punya aktiviti. Buat je beberapa combo widget untuk senangkan kerja korang. Contoh combo widget yang qaseh dah buat



Satu lagi kelainan adalah, folder untuk aplikasi boleh dibesarkan dan juga dikecilkan. Qaseh sejenis yang memang suka customize tablet or smartfon, suka jadikan ia macam estetik gitu, sanggup beli theme janji sedap mata memandang, tablet ni pun tersedia dengan theme yang korang boleh download, ada yang free dan juga berbayar.
Service Widget pelbagai size ,Widget Stack & Combo Widget 
2 Pembesar Suara Yang Menggunakan Histen 8.0 

Bab bunyi pula korang akan puas hati sebab adanya dua pembesar suara / speaker yang mengeluarkan bunyi dari kiri dan kanan tablet. Apakah Histen 8.0 ni ? So Histen 8.0 ni beri kesan audio dan pelarasan halus yang berasaskan konteks yang disesuaikan secara automatik (frekuensi, tahap bunyi, dan meningkatkan kejelasan suara)

Selalu kan, kadang call kawan-kawan atau mak ayah, selalu tak dengar suara dioramg, kadang bunyi tenggelam timbul macam tu.

Dengan peningkatan kejelasan suara ni beri bunyi yang lagi baik, dengan algoritma pengekstrakan yang unik untuk suara manusia buatkan ia jadi jelas, HUAWEI MatePad SE 10.4 ni juga menggunakan algoritma lapisan bawah untuk mengenal pasti jenis aplikasi yang kita guna lalu melaraskan pembesar suara secara automatik. Haaa faham ke idok ? Canggih kan ~ 

Kids Corner - Limit Screen Time Untuk Anak-anak


Kegembiraan untuk anak-anak pulak, hurmm zaman sekarang memang zaman teknologi, didedahkan dengan smartfon, internet dan sebagainya, bagi qaseh takde masalah pun nak bagi gajet untuk anak-anak yang penting ada pantauan dan kawalan, limitkan screen time!

Cuma yelah kadang-kadang bila berjanji dengan anak ni selalu dicapatinya, dah pesan stop pukul sekian-sekian eh eh terlajak pulak ! Haih 

HUAWEI sediakan satu aplikasi khas untuk anak-anak, iaitu Kids Corner, sangat bagus sebab ibu bapa boleh setkan masa, set password, set aplikasi / game yang boleh download dan secara automatiknya ia akan auto off Kids Corner bila waktu dah tamat.

Mak-mak jangan lah lembut hati nak bagi lagi, kena tegas la yee ~ kalau tak erm tiada beza lah haha

Kelebihan Kids Corner 
  • Screen time management - set daily limit, lenght per session rest between session
  • App management - boleh set aplikasi mana yang anak boleh tengok
  • Eye protection - blue light filter, posture alert, brightness alert, bumpy road alert & ebook mode
  • Content management - boleh set gambar / video mana yang anak boleh tengok
  • Boleh set password, safe charging (tak boleh guna waktu charge tablet.
 

High- Performing Antenna


Last but not least, tablet ni menggunakan wifi, qaseh dah cuba tengok Netflix, layan Youtube dan sebagainya memandangkan qaseh hanya guna hotspot dari smartfon so far memang laju korang, qaseh ada buat perbandingan dengan ipad, memang agak berbeza ya kelajuan nya, HUAWEI MatePad SE 10.4 ni lagi laju walaupun wifi agak slow. Awesome ! 


Kualiti video cantik, bunyi padu ~ 
My Honest Review 

Setelah qaseh menggunakan HUAWEI MatePad SE 10.4 inci ni, overall tiada kesulitan yang qaseh alami, nak buat kerja blogging takde masalah, layari internet dan movie so far sangat smooth dan okay, setakat ni tiada masalah lagging, or stuck. Dengan harga RM999 ni memang tablet yang sangat berbaloi untuk korang miliki

Ringan, design simple, nak buat kerja sangat mudah, senang nak bawa ke mana-mana, i think untuk heavy user macam suka melukis atau buat kerja-kerja design, korang boleh cuba HUAWEI MatePad PRO. Macam qaseh selalu buat kerja melibatkan kerja-kerja menulis,layan netflix ~ cukup for me !

Qaseh suka dengan aplikasi Music HUAWEI ni, biasanya nak tengok lirik lagu mestilah masuk aplikasi kan, tapi music app Huawei kita boleh set lirik lagu tu muncul di home screen , so sambil buat kerja boleh karaoke! Haha best kan, terpegun seketika aaa gitu 

Kalau korang buka mana-mana website pun lirik ni stay muncul macm tu heheh ~ i loike !


Harga HUAWEI MatePad SE 10.4 inci

HUAWEI MatePad SE 10.4 inci 4 + 128GB versi WIFI : RM999 
Hadiah percuma : Sarung folio (bernilai RM129) dan ganjaran ekslusif HMS bernilai sehingga RM200 

HUAWEI MatePad SE 10.4 inci 4+ 64GB  versi LTE : RM999 (tersedia pada bulan Disember)
Hadiah percuma jika korang purchase dari 5 November hingga 30 November je tau, so cepat-cepat dapatkan segera di HUAWEI Experience Store, HUAWEI official website, HUAWEI Official Store on shopee atau HUAWEI Flagship Store on Lazada


More Info : 

FB Page : HUAWEI Fb Page


8 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. best yer baca review dari qaseh, terus teracun nak beli juga

    BalasPadam
  2. Bestnya. Screen dia besar size laptop juga ya?

    BalasPadam
  3. Bagus la Huawei Mate pad SE, memang sesuai belikan utk anak2.. Harga pun mampu milik

    BalasPadam
  4. Wawwa , mcm menarik. Nak kena masuk dalam wishlist ke ni 😂 leh tgk netflixxx

    BalasPadam
  5. wah bagus nya. kne grab gak ni untuk faiz nnti. tq sharing

    BalasPadam
  6. Dah sempat belek2 masa hari pelancaran tu, best juga featured dia...

    BalasPadam
  7. Wuuuu bestnyaa . Puas tgk screen besaq nak update blog pun senang heee

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama