DE’XANDRA LANCAR HARUMAN BARU KOLEKSI MK | KOLABORASI BERSAMA MK K-CLIQUE

De’Xandra Melancarkan Haruman Baru Kolaborasi Bersama MK K-Clique dengan slogan ARMY IN YOU  | Wow mesti korang tertunggu-tunggu siapa pilihan selebriti De’Xandra kali ini kan, akhirnya De’Xandra memilih MK K-Clique sebagai selebriti pilihan untuk mengeluarkan haruman terbaru dalam kempen selebriti pilihan kali ini.
 
Siapa je tak kenal dengan jenama De’Xandra kan, qaseh salah seorang pengguna wangian De’Xandra tau dan buat pertama kalinya De’Xandra membuat pelancaran NEW COLLECTION De’Xandra X Celebrity di luar semenanjung, iaitu di Suria Sabah Mall Kota Kinabalu dengan kolaborasi bersama MK K-Clique




Qaseh berpeluang menyaksikan kemeriahan event yang berlansung ni korang, macam-macam aktiviti dan ramai sangat pengunjung Sabahan yang hadir. Orang-orang Sabah wajib dapatkan koleksi MK ni tau. Banyak booth-booth dan aktiviti yang menarik telah berlangsung. Nanti qaseh kongsikan kemeriahannya, so eksited ! Ada kuiz dan lucky draw juga.
 

So aktiviti yang ada pada event launching ni dimulai dengan live show dari MK dan live performance dari kawan-kawan MK, ada sales booth, photo booth, giveaway, spins and wins di wheel of fourtune, lucky draw dan banyak lagi, fuh menarik kan !
 
Jadi tahun ni, De’Xandra memilih slogan ARMY IN YOU - perjuangan dan pengorbanan yang dipilih oleh founder De’Xandra sendiri iaitu Puan Ernayanee Nur Julaimi, kenapa memilih ARMY IN YOU ? Haa qaseh pun tertanya-tanya jugak, apa motif dan kaitan ARMY IN YOU dengan haruman baru De’Xandra dan juga MK K-Clique ni.
 
Simbolik slogan ARMY IN YOU - Perjuangan dan Pengorbanan
 

Haaa bila dengar founder Puan Ernayanee bercerita tiba-tiba rasa sebak, sebab ARMY IN YOU ni ibarat tentera yang selalu berjuang, dan bila melibatkan perjuangan tentulah ada pengorbanan, Puan Ernayanee melihat susuk tubuh MK yang berjuang dalam menaikkan karier MK sebagai penyanyi yang terpaksa meninggalkan kampung halaman, berhijrah dari Sabah ke semenanjung Malaysia.
 
Dalam perjuangan pasti ada pengorbanan, ada yang perlu dikorbankan, dalam hidup kita pun selalu ada perjuangan dan pengorbanan kan ? Macam MK sendiri, beliau berjuang meninggalkan keluarga dan orang tersayang lebih-lebih lagi semestinya ibu tercinta. So itulah simbolik dari slogan ARMY IN YOU, berjuang, berkorban, cinta, kasih sayang dan juga penghijrahan dalam diri MK K-Clique.

 
Perkongsian dari MK sendiri pula, katanya perjuangan itu bukanlah suatu benda yang mudah, dan beliau sendiri tidak menyangka yang beliau akan berada di tahap sekarang, alhamdulillah happy for him, sebab qaseh pernah baca yang MK dahulunya pernah bekerja sebagai penarik kereta untuk kelangsungan hidup
 
Bermula dari hobi, bermimpi dan beliau tidak tahu apa yang akan terjadi dan katanya berjuang itu mendisiplinkan diri, usaha dan terus berjuang, jangan pernah putus asa, jalani proses itu dengan usaha dan doa. Pengorbanan pula terlalu besar bagi MK untuk berhijrah dan pengorbanan dari keluarga sendiri lagi-lagi dari ibu yang tercinta yang memberi keredhaan kepada anaknya

 
Dan dari situ terciptalah 2 haruman koleksi MK yang dipilih sendiri oleh MK K-Clique untuk haruman lelaki ( for him yang berwarna hijau ) dan juga haruman untuk wanita (for her yang berwarna pink). Kenapa MK memilih 2 haruman ni dari haruman-haruman yang lain ?
 
MK Memilih Bauan Baru Kerana Ada ‘Bau’ Karakternya
 
Berkongsikan pandangan tentang haruman baru koleksi MK yang dilancarkan itu, MK menyatakan beliau memilih bukan semata-mata bau yang wangi sahaja, betul juga kan, wangi ni semua haruman tu wangi kan ~ tapi sebenarnya lebih kepada karakter yang ada dalam haruman tersebut
 

Bila MK bau je haruman for him ni ia melambangkan diri MK sendiri, bau diri dia yang sebenar, ada jiwa, ada karakter dirinya, so haruman for him itu membuatkan beliau lebih yakin dalam membawa dirinya sendiri 
 
Tentang haruman for her pula, MK memilih bau tersebut kerana ia merupakan satu simbolik  semangat dan dorongan, bila hadir haruman itu ibarat memberi satu semangat dan membuatkan beliau boleh ke hadapan dengan gagah aaa gitewww ~ eh eh mesti ramai pakai haruman for her bila jumpa dengan MK nanti kan ~ 


Begitulah sedikit sebanyak perkongsian dari founder De’Xandra Puan Ernayanee dan juga MK K-Clique, dan majlis diteruskan dengan gimik dan perasmian haruman baru kolaborasi MK K-Clique
 
Pelancaran Perfume Terbaru De’Xandra X MK K-Clique

Kemuncaknya pelancaran dan perasmian dilancarkan dengan penuh meriah, dilancarkan dengan semburan haruman baru koleksi MK oleh Puan Ernayanee dan MK K-Clique, fuhh wangi satu dewan dan  meriah sangat dengan belon jatuh berterbangan, dan disudahi dengan tandatangan ceremony oleh founder De’Xandra, CEO dan juga MK K-Clique. 
 


Alhamdulillah majlis memang berjalan lancar dan qaseh nak ucapkan tahniah buat De’Xandra dan juga MK K-Clique atas kolaborasi bersama ini, eee terasa juga nak haruman koleksi MK ni, teringin nak pakai for her tu so that siapa yang bau, jadi lebih bersemangat hihi
 
Majlis diteruskan dengan persembahan MK K-Clique yang penuh dengan happening, dan diteruskan dengan pengumuman lucky draw, seramai 30 orang pemenang bertuah mendapat pelbagai hadiah termasuk koleksi MK, cash, merchandise De’Xandra dan lain-lain.



Koleksi MK Limited Edition - https://dexandra.com/


Hanya RM150 sahaja !
Apa yang anda dapat dengan RM150?
❤️ Dua botol perfume bersaiz 35ml & 15ml
❤️ Kotak keras yang esklusif
❤️ Paperbag yang super cantik
❤️ Special kad MK

For Him


Ingredients : Citrus, Pink Pepper, Sandalwood
A Modern, charming aromatic-woody fragrance, infused with edgy green and spicy notes, while capturing the woods and amber in the base
For Her 

Ingredients : Pineapple, Floral Fusion, Musk
A bold and sophisticated blend ofjuicy citrus notes, aromatic lavender,sensual floral fusion, daring musk and amber accords

5 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Bestnya. Boleh dekati MK ya, kalau saya ada situ mesti dah rekod 1 video TikTok. Hahaha. Apa pun, kena cari semula lah De'Xandra. Mesti wangi sangat. Nak kena cari bauan lelaki lah kalau macam tu. Suka gunakan bahan lelaki dari wanita, sesuai untuk saya.

    BalasPadam
  2. Menarik perfume ni. Mesti beli

    BalasPadam
  3. Dah lama pakai De'Xandra. Packaging MK nampak smart. Nak try laaa

    BalasPadam
  4. Lama tak pakai dexandra perfume..Wah baru punya perfume, duta MK. Kenecari ni

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama