Staycation di Ames Hotel Melaka | Jenis Bilik Yang Ada di Ames Hotel

Pengalaman Menginap di Ames Hotel Melaka | Baru-baru ni qaseh ada share percutian qaseh di Melaka dan kongsikan hotel yang qaseh menginap di Ayer Keroh Melaka, hari ni qaseh nak buat sambungan sikit dan nak share kepada korang yang membaca ni, jenis-jenis bilik dan kemudahan yang ada disini

Hotel ni mempunyai 298 bilik tetamu dan juga Presidential Suite dengan tawaran Merchant Lounge yang memberi faedah ekslusif seperti sarapan percuma dan minuman sepanjang hari untuk guest suite, bila qaseh masuk bilik Merchant Lounge rasa macam wow sangat tapi bila masuk Presidential Suite lagi WOW 10 kali ganda, mana taknya memang luas gila dan ada macam-macam, dah macam ada hotel di dalam hotel gitu 

  • Deluxe King 
  • Deluxe Twin 
  • Deluxe Garden King
  • Deluxe Garden Twin 
  • Merchant Suit
  • Presidential Suit 
Hari tu qaseh dah kongsi bilik Deluxe King dan Deluxe Twin, so korang boleh baca di entry sebelum ni je lah 

Jangan lupa baca sini : Review Bilik Deluxe King & DeluxeTwin

Hari ni qaseh nak share antara bilik yang termahal di Ames Hotel Melaka, wow range harga dalam Rm8,000 - RM10,000 semalam, bila tengok bilik mahal ni memang berbaloi lah dengan harga, semua cukup lengkap dan selesa. 

Jom tengok ! 

Presidential Suit 

Bilik mewah yang paling mahal di Ames Hotel Melaka, bila masuk sini rasa macam wow, besar sangat dan dipenuhi dengan segala kemudahan, pendek kata semua cukup lengkap dan tak perlu dah nak keluar kemana-mana hehe 

Dalam suit ni ada kemudahan Gym, Spa, Jacuzzi, Sauna, Snooker, karaoke dan lain-lain kemudahan. Nampak tak, presidential suit ni ibarat hotel tersembunyi di dalam hotel hehe. Biar gambar berbicara ~

Bilik tidur yang sangat luas 

Jacuzzi in bathroom 


Sauna time ~

Bathroom pun cantik dan besar memuatkan jacuzzi dan sauna 

Bilik Pejabat , dah macam bilik menteri, eh macam tahu-tahu je bilik menteri tu macamana ye ~ tapi luas, selesa dan tenang nak buat kerja dalam bilik ni 

Bilik ofis 

Ruang tamu 

Ruang makan-makan 

Private spa dalam Predential Suite

Ruang santai-santai tengok tv


Bukan almari ye

Tempat buat tea and coffee, semua ada dalam tu

Bilik karaoke, if korang nak book untuk beberapa jam pun boleh if tak stay di suite, no problem 


Merchant Lounge 


Merchant Laounge khas untuk guest yang menginap di Presidential Suite & boleh akses dari Merchant Suite. Merchant Lounge menyediakan sarapan percuma dan minuman sepanjang hari untuk tetamu suite 


LSL Chamber


Merchant Suite 




Kemudahan Yang Ada 

Grand  Ball Room
Selain kemudahan gym, swimming pool, The Munch all dining, korang juga boleh buat majlis atau meeting di Ames Hotel Melaka, kerana mereka mempunyai Grand Ball Room tanpa tiang dengan kapasiti 600 orang, kemudahan skrin led bersaiz besar dan merupakan ballroom terbesar di Melaka 

Ada 4 bilik lain yang sesuai untuk meeting. Sesuai sangat untuk korang buat event, press conference, mesyuarat atau persidangan di sini. 




By the way, banyak sangat tempat untuk korang lepak santai dan ada beberapa tempat yang akan dibuka seperti SPA dan sebagainya, so worth to stay here ~



AMES Hotel
Jalan Pkak 2, Pusat Komersial Ayer Keroh, 75450 Malacca
sales@ames-hotel.com

Untuk maklumat lanjut mengenai Hotel Ames dan tempahan, sila hubungi 06-318 3999, atau layari  Website : https://www.ames-hotel.com





Catat Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama