The Lemon Tree Cafe Tropicana Petaling Jaya | Feeling-feeling Dalam Kebun Lemon

The Lemon Tree Cafe, Nikmati Dessert & Pastries Dalam Kebun Lemon | Assalamualaikum & holla korang, nak citer la sikit walaupun lama tak lama jugak la berlalu, qaseh ada lepak di The Lemon Tree Cafe di Tropicana, Petaling Jaya. Suka sangat vibes dalam cafe ni, ala-ala dalam kdrama pulak, al-kisah tempoh hari lepas event, diorang (geng kbba) ajak lepak cafe ni, qaseh tak pernah tahu pun kewujudan cafe ni, so okay boleh la lagi pun lama tak lepak dengan kawan-kawan blog. Masuk-masuk je wah……


Lupa nak ambil banyak gambar sebab tak rasa nak dicoretkan dalam blog, tapi i have no idea right now so boleh la di jadikan satu cerita kenangan gitu, dari luar memang cafe ni vibes dia ala-ala dalam tempat tanaman pokok-pokok macam tu tau, tapi bila masuk je dalam cafe ni terus mata tertumpu pada sebuah pokok lemon yang besar di tengah-tengah cafe. 


Lighting dalam cafe ni memang padu, so gambar korang akan sentiasa cantik dan feloles sangat, dekorasi dalam cafe ni memang natural, tingkap kaca tinggi dan silih kubah so cahaya matahari memang direct terus, tapi jangan risau tak panas, ada aircond okay. 

Cafe ni tak besar sangat dan tak serabut, vibes tenang-tenang, staff bagus tak pandang jelik, peramah je so far, walaupun kami datang sibuk ambil gambar dan acah-acah buat video dulu, order pun belum haha biasalah chuols, gambar penting ! 

So biar gambar berbicara ~ 

Dekorasi 





Rupanya cafe ni baru lagi open dan viral di tiktok, balik tu baru qaseh search tentang cafe ni hehe, okaylah not bad, surrounding yang cantik dan tenang, yang penting bukan sekadar cantik je, dessert and pastries yang qaseh cuba memang semua sedap gila, no komplen ! 

Instagrammable Cafe !

Memang setiap pelusuk lah sis nak bergambar, haha siapa tak suka bergambar korang sebenarnya rugi :p takde kenangan tercipta untuk anak cucu cicit, bab bergambar ni tak perlu malu pun, sekarang zaman canggih, coretlah sedikit kenangan untuk di kenang. Kalau macam dulu lagi lah susah, semua pakai kodak, sekarang di hujung jari ~ 

Lah tiber bebel.. Layankan je la ~ gambar-gambar kepoyoan ini. Oh ye kalau korang ke Melaka boleh singgah di Cafe Markisa 





Menu : Delicious Dessert & Pastries 

Menu di The Lemon Cafe ni, kebanyakannya dessert & pastries, tak sure pulak makanan lain, rasanya konsep cafe ni macam tu lah, sorry tak tengok sangat menu lain hihi

Dan korang boleh menikmati pelbagai minuman disini, ada kopi, teh, dan lain-lain lagi ~ 


Zesty Lemon Mousse Ball







Hurmm nasib baik cafe ni jauh dari rumah qaseh, kalau tak boleh selalu ngedate kat sini, recommended cafe untuk korang, jujurnya qaseh suka lepak sini, ajak kawan-kawan, spend time dengan family, dating dengan husband, chill sorang-sorang pun okay, why not kan ? 

Thank you Kak Azni sebab dia yang cadangkan, so ni lah geng mak jemah haha tq Huda & Nad sebab tolong snap kan video dan gambar, see uols again :’) tq sudi luangkan masa yang berharga itu. 



Pantang jumpa cermin ek ~ 


More Info :


Boleh layan reels kami ~ 
Address: Ground floor, Menara Lien Hoe, 8, Persiaran Tropicana, Tropicana, Petaling Jaya.
Opening hours: Everyday, 8 am – 6 pm.





Catat Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama