Program Jualan Keluarga Malaysia di AEON Big Danau Kota | Anjuran KPDNHEP

 Program Jualan Keluarga Malaysia di Aeon Big Danau Kota | Assalamualaikum and holla gais, korang pernah tak dengar tentang Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) ni? Qaseh sebelum ni pernah dengar tapi tak pernah berkesempatan untuk pergi tapi hari ni qaseh sempat singgah program ni yang diadakan di Aeon Big Danau Kota pada 13 dan 14 Ogos 2022.


Meriah ! Qaseh sampai je di parking, terdengar paluan gendang dari kumpulan kantandrumcircle, nasib baik sis tak naik angin dengar paluan gondang tu hihihi. Bagi yang belum tahu, ini bukanlah kali pertama Aeon Big bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNHEP WPKL) 


Sekali lagi, pada13 Ogos 2022, Aeon Big bekerjasama dengan KPDNHEP untuk menjayakan Program Jualan Keluarga ini yang dirasmikan oleh Ybhg. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ybhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof bersama tetamu kehormat di Aeon Big cawangan Danau Kota

Bermulalaah Program Jualan Keluarga Malaysia selama dua hari yang bersempena dengan bulan kebangsaan. Bukan itu sahaja, pada hari yang sama juga melibatkan Program ConsumerFun Ride (PCFR) iaitu program yang  melibatkan pelepasan konvoi  300 buah motosikal ‘Kembara Fun Ride’  dari Stadium Cheras, Kuala Lumpur oleh YB Dato’ Haji Kamaruddin Bin Jaafar (ahli parlimen Bandar Tun Razak)

Selain itu, program ni memang meriah dengan aktiviti paluan gondang, aktiviti cabutan bertuah dan juga nyanyian dari artis jemputan.


Berbalik pada PJKM, dengan kerjasama dari empat belas pemain industri utama di WP Kuala Lumpur, PJKM kali ini akan menawarkan barangan seperti ayam dan sayur-sayuran, makanan laut dan barangan keperluan asas yang lain seperti gula, tepung, beras, minyak masak, barang makanan proses dan lain-lain dengan harga yang lebih rendah dari harga barangan setempat 

Pengalaman Join Program Jualan Keluarga Malaysia di Aeon Big Danau Kota 

Sebelum pergi tengok jualan apa yang ada, sempat qaseh singgah cuba Nescafe dan perisa baru Omega versi chocolate, sedap ! Maggie pun ada ~ 





Tadi qaseh melawat booth-booth yang ada, sememangnya harga murah dari pasaran biasa, jadi memang sangat berbaloi jika korang beli barangan di Program Jualan Keluarga Malaysia ni yang mana bermula sejak Disember 2021 lagi dan akan tetap terus berlangsung sehingga kini.







Program ini akan berlangsung selama 2 hari bagi setiap minggu yang terpilih dan bukan sahaja bekerjasama dengan Aeon Big tapi tempat lain juga, so pastikan korang dapat info tentang PJKM dari masa ke semasa okay ! 

PJKM di Aeon Big Danau Kota ni melibatkan sebanyak 16 pembekal dan agensi kerajaan yang akan membuat penjualan barangan keperluan pengguna pada harga yang lebih murah, jom qaseh tunjuk sedikit sebanyak suasana di sepanjang Program Jualan Keluarga Malaysia ni berlangsung ~ 




Bila dibuat perbandingan memang banyak juga perbezaan dari harga pasaran biasa dengan harga di PJKM ni, harga ayam hanya RM10 sahaja yang sudah siap dipotong, minyak paket hanya Rm2.50, buah-buahan dan sayur-sayuran yang murah dan segar dan banyak lagi, berbaloi ! 






KPDNHEP WPKL mengalu-alukan agar lebih banyak pasar raya menyahut dan menyokong usaha kerajaan dengan menyertai Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang akan datang yang akan diambil oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Inisiatif ini juga akan diperluaskan lagi secara berperingkat supaya manfaat dapat dinikmati oleh setiap peringkat keluarga Malaysia di bandar mahupun di luar bandar 

Kedua-dua program ini diharap dapat  meningkatkan kesedaran pengguna dan juga membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia, di samping menjadi pemangkin kepada masyarakat pengguna untuk merancang pembelian dan membuat pilihan yang bijak


KPDNHEP mengingatkan rakyat supaya sentiasa mengetahui tanggungjawab dan menggunakan hak mereka sebagai pengguna manakala peniaga pula haruslah mengamalkan sikap beretika dalam menjalankan perniagaan.

Terakhir sekali, terima kasih buat KPDNHEP dan AEON Big atas Program Jualan Keluarga Malaysia kali ini, tahniah kerana semuanya berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada pembeli seperti falsafah “Pelanggan Didahulukan”


2 Ulasan

TQ FOR COMMENT

  1. Alhamdulillah.. Program yang membantu me ringankan beban pengguna.. Boleh dapat murah dari pasaran

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah! Progra yang sangat bagus untuk Rakyat Malaysia. Harap dapat diteruskan ke seluruh Malaysia.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama