Superbytes Supercube Review | Milkbooster Untuk Ibu-Ibu

Assalamualaikum
 
Superbytes Snowy Dates & Raisin dari Supercube | Korang tahu tak apa itu Superbytes ? Ni Superbytes bukan sekadar Superbytes tau tapi ianya adalah SuperEnergy, by the way ia merupakan keluaran terbaru juga lah dari Supercube. Siapa je tak kenal produk-produk dari Supercube kan, semuanya penuh dengan khasiat. Siapa pernah try anda memang bijak 
 
Apa itu Supercube Superbytes ni ?

Biasa kalau perasan produk-produk Supercube lain, caranya kena letak dalam air kan, tapi berbeza dengan Superbytes, haaaa qaseh suka gila sebab pertama ianya adalah snek sihat, jadi bagi qaseh yang selalu ermmm bukan malas tau, cuma sibuk sikit, aaaa tak tau lah sibuk dengan apa hihi, so sebab ke duanya adalah dapat NGAP je terus, uols boleh bite-bite gitu je tapi bite into healthy life. 
 
Superbytes ni adalah snek sihat berupa kiub coklat campuran oat dan kurma dan sememangnya sesuai untuk seisi keluarga, yang mana untuk menambah tenaga. Ianya sangat sesuai jika korang selalu berpuasa, boleh dijadikan makanan menambah tenaga di waktu sahur, untuk anak-anak, dan paling wajib kena makan Superbytes ni adalah ibu-ibu lebih-lebih lagi ibu mengandung dan juga yang masih menyusukan anak. 
 
Superbytes Sebagai Mikbooster Ibu-Ibu
Yesss ! Superbytes adalah milkbooster yang super easy untuk mak-mak, qaseh faham sangat, menyusukan anak ni kena ada mental yang kuat, tak boleh stress dan semestinya sangat penat dan satu lagi selalu lapar ! 
 
Bila tengok bahan kandungan memang bahannya adalah terbaik untuk menambah susu badan, ada kurma, raisin dan banyak lagi, dah tak perlu nak rebus-rebus, waktu menyusu tu boleh je ngap-ngap Superbytes ni, sesungguhnya ia akan mengenyangkan dan tenaga yang hilang dapat kembali, susu badan pun makin meriah dan pekat.

Kenapa ye, waktu qaseh mengandung Superbytes ni takde lagi, ermm patutkah qaseh mengandung lagi hihi, sangat best ya ada snek sihat macam ni ketika mengandung dan menyusukan anak, korang pun tahu bila mengandung ni selera makan pun hilang tapi lapar kan, nak hadap alahan asyik muntah-muntah lagi, biasanya ibu-ibu akan ganti dengan jeruk atau benda-benda masam, tapi benda tu adakah bermanfaat untuk bayi dalam kandungan ? 
 
Haaa hati-hati tau, apa yang kita makan pun beri kesan pada bayi, jadi ibu-ibu boleh gantikan dengan Superbytes ni, asyik nak mengunyah ? Tak risau dah sebab snek sihat Superbytes ada disisi haaa gitu
 
Kelebihan Superbytes 

  •  Memberi tenaga kepada ibu mengandung dan menyusu
  •  Berfungsi sebagai milkbooster dan melancarkan pengaliran susu badan
  • Boleh diambil sebagai sarapan ringan dan sesuai untuk yang sibuk bekerja 
  • 100% natural, rendah kalori dan rendah Indeks Glisemik (GI)
  • Perut kenyang lebih lama
  • Sesuai diambil oleh anak-anak dan pelajar sekolah
  • Grab and go snack dan memudahkan rutin workout
  • Rasa yang sangat menarik dan lazat, makan seperti coklat
  •  Senang dibawa dan disimpan
 
Bahan Kandungan Superbytes.

Apa yang kita nak makan untuk tubuh badan kita, pastikan selidik dan belek-belek lah juga ye bahan kandungan dalam sesuatu produk tu, qaseh tengok bahan kandungan Superbytes ni semuanya bahan-bahan yang sememangnya penuh dengan khasiat dan juga terdapat makanan sunnah, yang mana bagus untuk ibu-ibu untuk perbanyakkan susu badan. 
 
Bahan kandungan 
  1. White Malt
  2. Oat Bran
  3. Dates 
  4. Golden Raisin
  5. Puree Dates 
  6. Golden Syrup
  7. White chocolate compaund  
Mula-mula bila qaseh baca tentang adanya campuran OAT, risau sikit nak makan sebab qaseh tak berapa minat sangat dengan Oat walaupun qaseh tahu oat sangat bagus. Bila qaseh cuba makan, wah memang tak rasa sangat oat tu sebab rasanya lebih kepada rasa manis kurma dan raisin, so memang idea yang sangat bernas bagi orang yang tidak sukakan oat pun akan suka Superbytes ni. 


Dalam 1 kotak ni ada 4 pek, dan dalam 1 pek ni ada 4 pek kecil yang mana ada 3 kiub dalam setiap satu pek, qaseh suka packaging dia, senang nak bawak ke mana-mana, senang nak simpan dan sangat sesuai untuk bagi hadiah untuk ibu-ibu, mesti yang dapat akan rasa happy ! 


Korang boleh je makan beberapa kiub dalam sehari hehe takde limit pun sebab ia tak memudaratkan kesihatan, qaseh makan 3 kiub pun rasa dah kenyang tau, selalu makan untuk sarapan pagi sebab qaseh selalu sarapan lambat, boleh ganti sarapan bila tak sempat heheh. 


Jadi untuk ibu-ibu memang wajib tau ada Superbytes ni, selain sedap, ia memang snek yang sihat dan milkbooster yang bagus yang menggunakan bahan-bahan natural, tiada kesan sampingan dan membantu mak-mak dan seisi keluarga menambah tenaga. 
 
More Info :

 
 
 
 
 

Comments

Ina said…
Nak order juga nanti. Ternyata produk daripada supercube memang berhasil. Sebab dah pernah cuba yang satu tu. Best pula nampak kiub macam ni, mudah nak bawa
Sue Izza said…
macam sedap je ada kurma ada bijirn gitu....nak try la nanti

Recent Post

Jangan Lupa Follow!