Kempen Jom Taksir Zakat dari LZS | Cara Kira Zakat Dengan Mudah Dan Menang Hadiah

 
Assalamualaikum
 
Kempen Taksir Zakat dari Lembaga Zakat Selangor | Haaa dah bayar zakat ke belum tu ? Jika belum, segerakan ya, tapi jangan lupa taksir zakat dulu sebelum bayar. Kenapa kena taksir ? Haa bagi yang belum tahu, ada berita baik qaseh nak kongsikan pada semua, bukan berita baik dari qaseh tau, tapi dari Lembaga Zakat Selangor, wah wah apakah itu ? 
Bagi yang selalu mengikuti media social Lembaga Zakat Selangor, pasti sentiasa maklum, LZS selalu mengadakan kempen-kempen best buat pembayar zakat, dan semestinya ada hadiah-hadiah yang menarik, sambil-sambil korang bayar zakat tu boleh join kempen-kempen yang ada tau, mana lah tahu rezeki orang-orang yang baik dan bertangungjawab macam korang semua
 

Kali ni, LZS mengadakan Kempen Jom Taksir Zakat, wow korang boleh taksir zakat dan menang hadiah ! Ada yang kurang faham ? Takpe-takpe qaseh akan terangkan pada korang ye. Benda senang sahaja
 
Apakah itu Taksir Zakat ? 

Dalam bahasa mudahnya taksir zakat ni bermaksud mengira anggaran zakat yang perlu dibayar. Tak semua tahu nak kira zakat macamana kan? Zakat pula terbahagi kepada beberapa jenis, yang paling mudah nak kira adalah Zakat Fitrah, bila tiba Ramadhan je, semua berlumba-lumba untuk bayar zakat fitrah yang mana kiraannya mengikut harga beras yang dimakan. 
 
Kempen Jom Taksir Zakat ni bermula dari 15 Jun 2022 sehingga 31 Julai 2022, bagus ye kempen macam ni, sekurangnya kita boleh ambil tahu jumlah zakat sebenar yang perlu dibayar dengan mudah dan tepat, pada masa yang sama memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta.
 
Oh ye, selain hadiah lumayan, korang boleh tebus baucer KFC sebanyak RM5 selagi masih ada stok. Jom kita tengok hadiah-hadiah buat bakal pemenang. 

Korang berpeluang memenangi hadiah lumayan :

1. Hadiah utama : Yamaha Lagenda  115Z FI 
2. Hadiah kedua : Nintendo Switch OLED
3. Hadiah ketiga : Smartwatch Garmin
4. Hadiah saguhati : Galaxy Tab A8 
 
Cara-Cara Taksir Zakat 

Qaseh pun tak ingat sangat sebenarnya nak kira zakat ni secara manual,  tapi tak perlu risau, ia jadi sangat mudah dengan teknologi sekarang, tak perlu nak kira-kira di kertas, ada cara paling mudah dan cepat, 


Download Aplikasi Zakat Selangor 
 
Korang hanya perlu download applikasi Zakat Selangor di App Store atau Play Store. 

 
Bila dah download gunakan fungsi “Taksir” dalam aplikasi Zakat Selangor, pilih dan buat lah taksiran jenis-jenis zakat harta, kemudian “ Simpan Taksir Zakat
 
1. Tekan fungsi “taksir” dalam aplikasi

 

2. Pilih zakat harta yang korang ingin taksir , ada 6 zakat yang korang boleh taksir, zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat simpanan, zakat pelaburan, zakat emas dan zakat KWSP 

 

3. Sebagai contoh, qaseh pilih Zakat Emas, hanya masukkan nilai dan pilih “taksir zakat” , akan keluar nilai yang korang perlu bayar, haaa mudah kan ! 


Akhir sekali, jangan lupa tekan pada fungsi “Simpan Taksir Zakat” pastikan korang LOGIN dahulu barulah keluar fungsi tersebut. Okay !
 
Syarat kelayakan dan lain-lain lagi tentang peraduan ni, korang boleh baca di https://jom.zakatselangor.com.my
 
EZO | Elektronik Zakat Online 
 
Berapa ramai antara kalian yang masih membayar zakat secara offline ? Kenapa nak susahkan diri sedangkan ada cara yang lagi mudah. Dengan EZO ni, korang boleh bayar secara online sahaja, jadi tiada lagi alasan tiada masa untuk membayar zakat 


Selain itu juga, korang boleh semak rekod bayaran zakat sebelum-sebelum ni dan juga boleh semak status permohonan zakat, boleh daftar di https://ezo.zakatselangor.com.my, bila dah daftar, selepas ini hanya login sahaja dan segala data dan semakan korang boleh semak dengan mudah.
 
Kelebihan Akaun EZO

1. Memudahkan pengeluar mendapatkan resit Bayaran Zakat
2. Memudahkan pembayaran zakat
3. Info terkini mengenai kempen dan aktiviti LZS
4. Menyemak status permohonan bantuan agihan 
 
Pengagihan Zakat 
 
Bila dah buat pembayaran zakat, mesti lah kita nak juga tahu kemana wang zakat itu diagihkan, kepada siapa dan adakah ia diagihkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Siapa yang benar-benar layak menerima wang zakat ni ? Mereka yang layak adalah terdiri dari : 
 
  1. Asnaf Fakir
  2. Asnaf Miskin
  3. Asnaf Amil
  4. Asnaf Muallaf
  5. Asnaf Riqab
  6. Asnaf Gharimin 
  7. Asnaf Fisabilillah
  8. Asnaf Ibnu Sabil
 
Kalau korang nak tengok aktiviti-aktiviti agihan zakat, jangan lupa follow facebook page LZS, sebelum nak kata bukan-bukan atau menilai yang tidak baik, tengok lah aktiviti-aktiviti agihan yang LZS lakukan, semuanya diupdate dalam media social atau korang boleh tengok di https://www.zakatselangor.com.my/informasi/laporan-aktiviti-zakat/




 
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
 
  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  
More Info :
 
Website : https://www.zakatselangor.com.my
 
TALIAN ZAKAT SELANGOR
Isnin – Jumaat : 8:30 pagi hingga 5:30 petang
Rehat Jumaat : 12:15 petang – 2:45 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : TUTUP
 
 

Catat Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama