NUTRIbrown Rice Beverage Review | Minuman Bagus Untuk Kesihatan

NutriBrownRice®️ Instant Beverage Review | Sekarang ramai yang sedar betapa nikmat kesihatan itu sangat penting, makin ramai yang berlumba-lumba mengamalkan gaya hidup sihat kan, alhamdulillah.

Harini qaseh nak review tentang NutriBrownRice®️ Instant Beverage yang mana sangat sesuai buat orang yang mengamalkan pemakanan sihat 
 

Bagi yang selalu mengamalkan pemakanan sihat, lebih-lebih lagi yang sedang ber diet, mesti dah biasa dengan beras perang kan, sebab banyak khasiat beras perang ni berbanding beras putih yang biasa, cara masaknya sama sahaja dengan beras biasa tu, bagusnya beras perang ni ia adalah bijirin penuh yang banyak khasiat pada tubuh
       
Kelebihan beras perang
  • Makanan rendah “indeks glisemik” (merujuk kepada seberapa cepat dan seberapa banyak makanan menaikkan gula darah seseorang selepas makan
  • Serat beras perang membantu merendahkan paras kolesterol
  • Menggerakkan sisa melalui sistem penghadaman
  • Menggalakkan kekenyangan
  • Membantu mengelakkan pembentukan gumpalan darah 
 
Beras Perang Boleh Diminum ? 
 

Biasa bila qaseh dengar tentang beras perang, selalunya ia akan dimasak seperti biasa kan, tapi korang tahu tak beras perang pun ada dalam bentuk minuman segera. Yes tak perlu dah nak masak-masak dan menunggu lama, ni memang pilihan yang terbaik buat mak-mak yang sibuk dan selalu tak sempat sarapan. 

Hanya bancuh dan minum NutriBrownRice®️ dari keluaran Abrand Food Manufacturing ni je, sangat mudah ! 
 
Yang bagusnya NutriBrown Rice mengandungi Prebiotik tau korang. Apa itu Prebiotik ni? Korang tahu kan betapa pentingnya bakteria baik untuk penghadaman (probiotik), jadi Prebiotik ni adalah makanan untuk pertumbuhan bakteria baik (probiotik) tu
 

Bila qaseh minum NutriBrownRice®️ ni, ia akan jaga usus qaseh dengan baiklah dan banyak khasiat untuk usus lagi-lagi kepada korang yang selalu gastrik,sembelit dan sebagainya. Ia akan beri persekitaran yang baik la pada usus kita bagi mengelak masalah penghadaman. 
 
Tanda badan korang perlukan probiotik
  • Berat badan susah nak turun
  • Sembelit atau masalah usus
  • Selalu teringin makanan-makanan manis
  • Selalu rasa lapar
  • Makan supplement tak berkesan 
  • Lesu dan tak bertenaga
  • Perut buncit 
  • Selalu kentut 
Sebenarnya probiotik dan prebiotik dalam badan kita kena seimbang, probiotik biasa boleh dapatkan melalui supplement, yogurt, atau susu kultur, dan prebiotik biasa dari tumbuh-tumbuhan atau serat, so beras perang, serat yang tinggi dan ianya sangat membantu pertumbuhan probiotik pada manusia.
 
Eeee sedap ke minum beras perang ? Mesti korang risau sangat bab-bab rasa ni kan haha, samalah macam qaseh, ghisauuu apa lah rasanya tapi biasalah nak sihat, nak kurus nak cantik semua perlukan pengorbanan tau,ubat pun pahit tapi ia boleh jadi penawar haaa gituu ~ cuma rasa dia memang takde rasa manis-manis ya sebab memang tiada gula tambahan
 
Tapi jangan risau ye, NutriBrownRice®️ ada dalam 5 perisa, setiap perisa ni ada khasiatnya masing-masing tau.
1. NutriBrownRice®️ Original + Prebiotik
2. NutriBrownRice®️Purple Sweet Potato + Prebiotik
3. NutriBrownRice®️Original with Brown Sugar + Prebiotik
4. NutriBrownRice®️ Oat with Soy Lecitin
5. NutriBrownRice®️Chocolate
 
Agak-agak perisa mana korang suka? Haaa qaseh nak suka semua lah, tapi sejujurnya qaseh paling suka chocolate hihi sedap gila perisa choc ni sehingga qaseh terlupa yang sebenarnya ia adalah beras perang. Eh siapa je tak suka rasa chocolate kan, budak-budak lagilah suka. Jom qaseh nak kongsi satu persatu kelebihan setiap perisa ni, so senang korang nak pilih mengikut keadaan korang
 
NutriBrownRice®️ Original + Prebiotik
 

Rasa yang original ni ibarat rasa nestum yang cair tu haa original biasalah, akan ada rasa asli sikit, lebih kurang lah rasa dia, inshaAllah boleh je minum. Yang original ni ada 5.1g prebiotik inulin ye per serving, perisa ni sangat sesuai dengan korang yang ada masalah gastrik sebab ia membantu melegakan masalah gastrik. 
 

Ia mempunyai khasiat Vitamin E, yang mana tinggi dengan antioksidan, so ia boleh mengeluarkan kotoran dan bersihkan usus.Korang boleh merasa perubahan dalam masa 2 minggu pengambilan, sangat bagus untuk korang yang punya masalah penghadaman
 
NutriBrownRice®️ Purple Sweet Potato + Prebiotik
 

Wah bila tengok perisa sweet potato ni, teruja dengan rasa dia, rasa yang berlemakdan memang terasa sweet potato tu, tapi ia tidak menghilangkan rasa beras tu ye. Ia mempunyai 10.5g prebiotik dari Belgium setiap hidangan.
 

Yang ni sangat sesuai kepada mereka yang ada masalah gula yang tinggi / penghidap diabetes, tapi qaseh nak ingatkan ye, ini bukan ubat, ia hanyalah minuman untuk mengawal atau pun mengelakkan gula yang tinggi dalam badan, haaa sebab tu penghidap diabetes kena jaga makan betul-betul tau, semestinya tiada gula tambahan.
 
Kajian menunjukkan untuk mengawal gula yang tinggi dalam badan, pengguna boleh minum setiap hari dalam masa 2 bulan untuk rasa perubahan itu, ianya tinggi dengan antioksidan dan vitamin E semulajadi.
 
NutriBrownRice®️ Original Brown Sugar + Prebiotik
 

Rasanya ada manis-manis sikit tapi tiada gula tambahan tau dan rasanya seperti makan nestum. Yang ni sangat sesuai bagi dewasa yang sangat sibuk bekerja, kadang sibuk bekerja hingga lupa sarapan, makan pun tak teratur. Ia tinggi dengan Vitamin B6 yang membantu menguatkan tenaga dan punya 3.5g prebiotik setiap hidangan, 
 

Sesuai juga pada orang yang selalu craving minuman manis, atau sukakan coffee/teh boleh gantikan dengan minuman beras perang ni ye.Bila minum, perut korang akan rasa selesa dan okay dengan cepat, jadi bolehlah fokus dengan kerja tanpa masalah.
 
NutriBrownRice®️ Oat With Soy Lecithin
 

1 cup bersamaan 1000mg Soy Lecithin, wow. Ianya sangat sesuai untuk otak dan juga jantung, sesuai sangat kepada wanita mengandung dan juga menyusu. Biasanya ibu-ibu menyusu selalu ada masalah bengkak susu, aaa sakit sangat bila kena kan
 

Jadi, untuk perisa ni ia mempunyai soy lecithin yang dapat melegakan masalah susu tersumbat dan dalam masa yang sama akan perbanyakkan susu badan. Bukan hanya untuk ibu-ibu tapi ia juga sesuai untuk mereka yang punya masalah kolesterol yang tinggi
 
Bahan kandungan oat pula dirumus khas menggunakan Australian baby oat yang lembut dan chewy, zero kolesterol, rendah kalori (160 kcal/ setiap hidangan), 1 sudu teh gula perang yang membantu menurunkan gula, kolesterol dan tekanan darah tinggi. 
 
NutriBrownRice®️ Chocolate
 

Haa mesti ramai yang suka bila nampak perisa coklat ni, yang pasti memang kegemaran anak-anak, coklat yang ada dalam beras perang ni adalah dari 3 buah negara(South Afrika, Papua New Guinea dan Malaysia) yang dikisar dengan fiber semulajadi. Walaupun kebiasaannya coklat itu manis tapi minuman ini tidak mengandungi gula so sangat sesuai untuk anak-anak juga 
 

Orang kata, minuman coklat secara sihat gitu. Ia akan beri tenaga berpanjangan untuk fokus dalam pembelajaran dan kerja, ,mempunyai vitamin B6 yang tinggi yang baik untuk sistem imunisasi badan
 
Jadi semua perisa memang tiada gula tambahan, free laktosa, 100% tumbuh-tumbuhan dan sangat sesuai diambil untuk sarapan pagi, minum petang atau makan malam, tiada tepung jagung atau gandum, gluten free kecuali soy with lecithin, mempunyai vitamin dan mineral semulajadi dan tube feeding friendly ya.
 
Cara Bancuh dan Minum NutriBrownRice®️ Beverage 
 

Korang boleh minum 1-2 sachet setiap hari
1 sachet di bancuh bersama 220ml air suam, bagi ia larut dan boleh minum sebagai pengganti sarapan, boleh add on telur untuk pelengkap sarapan, inshaAllah korang akan rasa kenyang sehingga waktu makan tengahari.

P/s : Bagi qaseh kan, qaseh lebih suka kurangkan air bagi ianya sedikit pekat, bila terlalu banyak air rasanya agak tawar, bila ia pekat segala perisa tu kita boleh rasa. Tapi, jangan terlalu pekat pulak ye, ingat ini adalah minuman hehe
 

So far, qaseh dah cuba semua perisa, alhamdulillah boleh je minum, sejujurnya sangat sedap, walaupun ianya beras perang tapi bila ada pelbagai perisa, ia takkan mengecewakan korang.Pada yang tak biasa atau baru-baru nak cuba, akan terasa jugalah beras perang tu kan, tapi lama-lama ia akan sebati dengan diri, minuman sihat ni awal-awal je susah nak minum tapi bila dah terbiasa, haa jadi minuman wajib, memang ia mengenyangkan dan perut qaseh rasa selesa. 

Siapa Yang Boleh Amalkan NutriBrownRice®️ ?
1. Yang mempunyai masalah gastrik
2. Pengidap diabetes
3. Yang ingin turunkan berat badan 
4. Ibu mengandung
5. Ibu menyusu
6. Kanak-kanak
7. Warga emas 

 
More Info :
Facebook : Nutri Brown Rice Malaysia
Instagram : NutriBrownRice
 
Untuk pembelian boleh order di website atau hubungi 0109492107 
 

Catat Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama