Em Drink Plus | Pentingnya Bakteria Baik Dalam Badan

Assalamualaikum | Hari ni qaseh nak share tentang Em Drink+ Advance yang qaseh tengah amalkan sekarang, kenapa qaseh amalkan EM Drink+ ni ? Yang sedia tahu, qaseh sekeluarga merupakan bekas pesakit covid, so qaseh agak risau lebih-lebih lagi kesan post covid pada anak-anak
Yelah, kita tak nampak kan, betul ke virus covid tu betul-betul dah mati ataupun secara perlahan-lahan ia bagi kesan tanpa sedar, sebab kesan tu masih ada sebenarnya. Rata-rata yang pernah kena Covid ni memang sedikit sebanyak beri perubahan drastik pada kesihatan 
 
Macam qaseh sendiri, kesan yang masih ada bila mana qaseh buat sesuatu kerja tu terasa sangatlah penat, mengah memang tak boleh bincang, kalau sebelum ni qaseh buat banyak benda pun masih okay dan cergas, tapi selepas kena covid, kadang buat satu kerja je pun dah penat sangat, bila dah start batuk pulak susah nak berhenti hingga sakit dada, so memang elak sangat batuk-batuk tu datang
Tapi paling risau Rayyan dan Rania lah, diorang mana pandai nak bagitahu perubahan yang diorang rasa lepas kena covid ni! Jadi, qaseh memang perlukan sesuatu yang boleh bantu naikkan balik antibodi dan sesuai dengan anak-anak juga, yang penting bahan kandungan yang ada sangat selamat untuk semua peringkat umur 
 
Bila baca tentang EM DRINK+ ni, dari segi bahan kandungan, dari segi khasiat dan testimoni yang orang lain amalkan, rasa macam yess dah jumpa minuman yang sangat sesuai, ia bukan lah ubat atau supplement tau sebab ia mempunyai bakteria hidup yang diperlukan oleh badan. Meh qaseh kongsikan khasiatnya 

Baca juga : Khasiat Biji Ketumbar {alertInfo}
 
Apa itu EM DRINK+ ADVANCE 
Ia merupakan minuman berasaskan bakteria baik hasil kultur campuran daripada penapaian micro-oragnism hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria jahat sekaligus membantu meningkatkan antibodi dalam badan. Ia berasaskan tebu hitam dan 3 Mikrob baik, maka minuman ini terbukti tiada kesan sampingan dan 100% organik tanpa chemical. 
 
Khasiat EM DRINK+ ADVANCE 
  • Mampu meningkatkan antibodi tubuh badan manusia 
  • Merawat serta mencegah penyakit bawaan virus seperti selsema, demam, batuk, sakit tekak, ulser serta kulit
  • Kekal cergas, aktif serta tidak mudah terkena jangkitan yang menyebabkan sesuatu penyakit
  • Sesuai kepada semua peringkat umur 
  • Tiada gula tambahan. 
  • Sangat sesuai untuk penghidap kencing manis 
  • Boleh dijadikan sanitizer dengan campuran sedikit air
  • Merawat semua jenis permukaan kulit atau luaran
  • Tiada dos atau had penggunan. 
Sekarang pula macam-macam penyakit datang balik, lagi-lagi melibatkan anak-anak, haritu Covid, ni kes HFMD pulak, terbaru qaseh baca pasal penyakit monkey pox, yaAllah risau betul, so sekarang qaseh jarang dah keluar kecuali hal-hal penting, taknak lah merisikokan anak-anak sebab kawasan-kawasan sesak salah satu punca beri penyakit pada anak-anak kita, so take care ya 
 
Punca Imunisasi Badan Lemah dan Mudah Menghidap Penyakit
  • Terdedah dengan kawasan orang ramai dan sesak
  • Pemakanan yang tidak seimbang dan berunsurkan chemical
  • Penghasilan bakteria baik terbantut dan semakin perlahan
  • Bercampur dan sering bertukar pengambilan ubat dan supplement 
Haaa penting ya bakteria baik dalam badan, secara mudahnya bakteria baik melawan bakteria jahat dalam badan kita, kalau korang nak tahu lebih lagi pasal bakteria baik, prebiotik dan sebagainya boleh buat research okay, then korang akan teruja untuk amalkan EM DRINK+ ni. Keajaibannya EM DRINK+ Advance mengandungi sekurang-kurangnya 8 juta Bakteria Baik yang hidup dalam setiap 1ml.
 

Selalu juga check kesihatan diri dan anak-anak, kalau selalu sangat mudah demam, cepat batuk, penat lelah dan tak selalu aktif, ia sangat merisaukan, boleh lah cuba bagi untuk satu keluarga, tak cuba tak tahu kan. 
 
Rasa EM DRINK+ ADVANCE 
 

Okay bab rasa pulak, rasa EM DRINK+ ni, seriously rasa dia agak masam, ia tak manis sangat sebab tiada gula tambahan ye, qaseh okay je dengan rasa EM Drink+ ni, asalkan tak pahit haha, rasa masam ala-ala pati kurma atau cuka epal tapi kalau taknak rasa masam sangat boleh minum bersama air, qaseh lebih suka teguk macam tu je, haaa masam-masam sedap gitu
 
Cara Penggunaan EM DRINK+  
  • Bagi yang positif covid, habiskan 1 botol sehari selama 4 hari berturut-turut
  • Untuk tingkatkan imuniti, 1 Cup 3x sehari 
  • Goncang perlahan dan buka penutup dengan perlahan
  • Jangan terdedah dengan matahari ( jangan letak dalam kereta )
  • Banyakkan minum air masak
  • Simpan ditempat bersuhu bilik
  • Jangan simpan dalam peti sejuk
  • Jangan minum EMD serentak dengan ubat doktor, jarak dalam 2 jam
So far so good, sejak qaseh minum EM Drink+ qaseh dah jarang batuk sekarang, bila batuk je terus minum lebih sikit dari biasa, orang sihat pun boleh amalkan juga tau sebab banyak juga khasiat tebu hitam pada tubuh badan kita. So korang boleh cuba dan rasa sendiri, memang wajib ada stok dekat rumah ni, or boleh beli untuk kawan-kawan atau keluarga yang ada masalah kesihatan, mana tahu kesihatan mereka beransur pulih. 

Website : https://emdrinkplus.com.my
Instagram : https://instagram.com/emdrinkplus_hq 
 
 
 
 

3 Ulasan

TQ FOR COMMENT

Terbaru Lebih lama