Bonnisan Himalaya Tingkatkan Selera Makan Anak

 Assalamualaikum 

Cara Meningkatkan Selera Makan Anak dengan Bonnisan Himalaya | Struggle ! Tu je perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan qaseh sekarang bila suruh anak makan, sekarang ni sungguh la dia betul-betul memilih untuk makan, kadang sampai tahap kena paksa, kadang-kadang dia kemam je dalam mulut tapi tak telan, so jalan terakhir kena cari jalan lain untuk tingkatkan selera makan dia

Pernah lah waktu Rayyan umur 2 tahun lebih, dia start tak mau makan sangat, so qaseh ada cuba satu produk ni juga, alhamdulillah berkesan, jadi sekarang memang kena bagi produk / supplement sama  iaitu Bonnisan dari Himalaya, qaseh tahu ramai sebenarnya mak-mak risau sangat bila anak taknak makan, kita punyala risau tapi diorang ni selamba je kan taknak makan, eh tak lapar ke ? Aishh heran bethol ! 

Kenapa qaseh percaya Bonnisan Himalaya ni boleh tingkatkan selera makan anak ? Sebab qaseh baca ramai bagi feedback yang positif dan paling penting bila kita nak bagi supplement untuk anak, pastikan bahan kandungan tidak memudaratkan, bahan kandungan yang natural dan tidak beri kesan negatif pada anak, halal dan selamat digunakan.

Bonnisan Himalaya ni bebas dari alkohol, chlorofom, opium, sedatif dan sodium bikarbonat dan selamat digunakan. Siapa yang familiar dengan produk Himalaya pasti tahu produk Himalaya ni banyak berasaskan herba dan menggunakan bahan kandungan semulajadi. Dari situ kita tahulah banyak khasiat yang dapat diperoleh melalui bahan kandungan tu kan

Khasiat Bonnisan Himalaya 
  • Berguna untuk rawatan gangguan gastrousus usus kanak-kanak seperti sakit perut kolik , diarhoea , kurang minat dalam makanan dan kembung perut
  • Melegakan kejang otot di sebabkan sakit kolik dan memerangi jangkitan kronik 
  • Meningkatkan penghadaman dan metabolisme kanak-kanak
  • Meransang selera makan 
  • Bahan kandungan yang selamat dan halal 


So ia bukan sahaja boleh tingkatkan selera makan tapi dalam masa yang sama inshaAllah masalah-masalah di atas dapat diatasi, kadang mak-mak ni bukannya nak anak makan banyak-banyak sampai obesiti, tapi cukuplah dia ada selera makan, tak perlu dipaksa dan disuruh, tu pun cukup bersyukur sangat.

Cara Pengambilan :
Anak umur 1 tahun : 2 sudu teh 
Anak umur 2 tahun :  2 - 3 sudu teh 
(untuk 3-4 kali sehari selepas makan)

*Goncang dulu sebelum minum , simpan di tempat kering .. tak perlu letak dalam peti sejuk*

Rasa Bonnisan Himalaya

Apa rasa Bonnisan Himalaya ni? Sebelum bagi anak, daku kena rasa dulu hehe, rasa dia manis-manis berangin, so far Rayyan boleh minum cuma awal-awal agak lama jugak lah nak tunggu dia bersedia tu, bagi makan pun kena paksa apatah lagi vitamin jenis cecair ni, tapi bila dah rasa dah sebati hari-hari minum, inshaAllah okay je. 

Cuma mak-mak jangan mudah putus asa okay dan pengambilan vitamin Bonnisan ni kena konsisten, janganlah bagi sekali terus nak dapat feedback positif, slowly dan doa juga supaya ia serasi dengan anak, semoga anak-anak makin berselera. Ni lah fasa-fasa dalam membesarkan anak kan.



So pada ibu-bapa di luar sana yang masih lagi buntu dan pelbagai cara dah cuba, qaseh suggest cuba Bonnisan Himalaya ni, bukan hanya boleh meningkatkan selera makan tapi untuk sistem pencernaan anak juga 

More Info : 


Comments

Marina Bashah said…
Anak Marina pon kurang makan. Boleh cuba ni nanti
Izyan Balqis said…
makin bambam rayyan lepas ni. makan bonnisan memang meningkatkan selera anak2

Recent Post

Jangan Lupa Follow!