Mudahnya Bayar Zakat Menggunakan Applikasi MAE

 Assalamualaikum 
 
Bila bercerita tentang zakat ni, agak famous bila tiba bulan Ramadhan kan, semua duk tanya eh dah bayar zakat belum, cepat-cepat bayar dan ramai berlumba-lumba membayar zakat fitrah, itu memang kewajiban kita tapi jangan di lupa pada zakat-zakat yang lain juga

Dulu qaseh sebenarnya tak ambil cakna pun pasal zakat-zakat ni semua, tapi bila dah dewasa dan berumahtangga ni baru lah ambil tahu tentang zakat, tu pun dulu, ayah je la yang bayar semua hal-hal zakat ni. So korang jangan lupa bayar zakat sebab dalam rezeki kita, terdapat rezeki orang lain yang sangat-sangat memerlukan, jangan risau, Allah akan balas berpuluh kali ganda dan rezeki yang tidak disangka-sangka
 
Bagi yang tak tahu banyak lagi zakat yang lain seperti zakat pendapatan, zakat pelaburan, zakat KWSP, zakat emas dan perak dan zakat takaful. Setiap zakat ni pulak memang berbeza pengiraannya. Tapi siapa yang bertanggungjawab menguruskan zakat dan kemana wang tersebut diagihkan ? 
 

Di setiap negeri di Malaysia ada institusi yang menguruskan kutipan dan pengagihan zakat, seperti di Kuala Lumpur ada Pusat Pengagihan Zakat(PPZ), manakala di Selangor ada Lembaga Zakat Selangor(LZS), so kat mana korang boleh bayar zakat ni? Seeloknya bayarlah di tempat korang menetap atau bekerja sekarang, bukan apa untuk memudahkan korang juga jika ada masalah. Dari duit zakat kita pelbagai inisiatif yang telah Lembaga Zakat lakukan untuk membantu pihak yang kurang berkemampuan
 
 
Pembayaran zakat dulu dan sekarang dah banyak beza, maksudnya sekarang dalam pelbagai cara korang boleh bayar tau, tak perlu susah-susah untuk keluar rumah, hanya di hujung jari sahaja, jadi tiada alasan lah untuk kita berdolak dalih dalam melakukan tanggungjawab kita dan jangan lupa zakat adalah satu kewajiban 
 
 
Bayar Zakat Melalui Aplikasi MAE | Maybank Phone Banking
 
6 Langkah Mudah 
 
·   Log in account korang di applikasi MAE
·  Klik pada butang ‘PAY BILLS’ dibawah bahagian ‘quick action’ setelah masuk ke akaun M2U korang 


· Kemudian klik ‘ZAKAT’


· Langkah seterusnya,  pilih ‘BADAN ZAKAT’ , so korang boleh pilih badan zakat negeri masing-masing dan zakat apa yang ingin dibayar, , so boleh pilih zakat pendapatan dan lain-lain disitu, kemudian masukkan jumlah bayaran

· Langkah seterusnya, masukkan nombor telefon bimbit korang


· Langkah 6, kemaskini butiran yang korang dah isi tadi, request tac dan settel! Mudah sangat kan, semua hanya di hujung jari.
 
Berita Baik ! Tunaikan Zakat, Menang dan Kongsi


Berita baik buat korang semua yang selalu bayar zakat, bermula 15 November 2021 hingga 31 Disember 2021, Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan kempen Jom Tunai Zakat “ Menang & Kongsi’’ dengan kerjasama Tabung Haji di mana pembayar zakat di LZS layak menyertai dan memenangi hadiah berupa simpanan di Tabung Haji dan hadiah kemenangan itu akan dikongsi dengan asnaf terpilih 

Alhamdulillah tahniah LZS, kalau korang nak tahu LZS selalu je adakan kempen-kempen best sebelum ni, khas untuk korang yang tidak culas membayar zakat, tahniah LZS. Untuk maklumat lanjut boleh ke https://my2point5.zakatselangor.com.my


Untuk maklumat lanjut:
Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Website : https://www.zakatselangor.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/
No Telefon : 1-300-88-4343 (9:00 pagi hingga 4:00 petang)


 
 
 

Comments

Sk Magic said…
thanks info, belum pernah guna apps sbb seama ni selau je jumpa kiosk kt mana mana kebtula allah permudah kan. nex time kene try melalui apps pulak. thanks sharing

Recent Post

Jangan Lupa Follow!