31 Jul 2021

Review Mamaway Bengkung Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band |

 Assalamualaikum

Bengkung Mamaway Nano Bamboo Postnatal yang sangat selesa untuk ibu bersalin normal dan juga czer | Alhamdulillah hari ni hari ke 23 qaseh berpantang sendiri, pengalaman pertama ni kena berpantang sendiri tanpa mak huhu so far setakat ni kadang okay kadang emo jugak tapi suami jaga dengan elok sampai demam urat dia, alahai kesian pun ye.

Apa yang penting bila berpantang sendiri ni kena kuatkan mental dan fizikal, suami pun kena kuat mental juga nak jaga isteri dalam fasa pemulihan ni hihi adakala mood isteri kadang down, kadang cepat stress dan macam-macam lagi kena buat, so suami kena banyak bersabar lah ye.

Hari ni nak share rutin sepanjang berpantang ni, pagi-pagi kena mandi dengan air herba bagi badan rasa segar sikit, lepas tu mintak suami panaskan tungku dan qaseh tungku sendiri sambil rehatkan diri, stress juga tengok perut masih gelebeh ni so paling penting dan wajib ada adalah bengkung. 

So hari ni qaseh nak share pengalaman pakai bengkung waktu anak pertama dulu, qaseh rasa boleh bilang dengan jari berapa kali je qaseh pakai sebab bengkung dulu sangat-sangat leceh, tu pun sebab beli dengan bidan kampung. Bengkung tu jenis yang banyak tali, nak kena ikat bagai dan memerlukan bantuan orang untuk ikat, last-last dah tak pakai sebab leceh 

Bengkung Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band

Haaaa untuk anak kedua ni, qaseh tak ulangi benda yang sama, kali ni betul-betul nak jaga perut, nak bengkung betul-betul bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Kali ni qaseh pilih bengkung Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band dari Mamaway. Memang best gila bengkung dari Mamaway ni sebab ianya bengkung moden dan sangat memudahkan ibu-ibu bersalin untuk pakai. Bukan untuk ibu yang bersalin normal je tau, tapi bengkung ni sesuai juga untuk ibu yang bersalin secara Czer. 


Kalau korang nak tahu banyak kelebihan bengkung Mamaway ni, part yang paling qaseh suka adalah sebab senang gila nak pakai, tak perlukan bantuan orang lain, zup zap zup zap terus siap, so tiada alasan la tak pakai bengkung waktu berpantang, ye dok ? 

See tepek kiri tepek kanan, dah siap !


Kelebihan Bengkung Nano Bamboo Postnatal Recovery & Support Belly Band

  • Antibacteria Material 

Material bengkung Mamaway Nano Bamboo ni diperbuat dari nano bamboo 3d black velvet yang berfungsi sebagai antibakteria dan odour resistant, walaupun qaseh berpeluh ia tidak meninggalkan bau kepam atau bau yang tidak enak dan semestinya lembut pada kulit 

If korang nak pakai herba or param pada perut, boleh pakai bengkung ni di luar baju, tetap berfungsi dengan baik. 
  • Breathable Mesh 
Bengkung ni ada beberapa saiz tau, jangan risau kalau korang tak tahu nak pilih saiz apa sebab pihak Mamaway akan bantu korang dalam bab memilih saiz, diorang akan minta ukuran perut jadi saiz korang memang akan fit lah dengan korang, macam qaseh punya ni adalah saiz S-M 

Bila ada pengalaman memakai bengkung ni kadang tak selesa bila bengkung tu buatkan kita rasa sesak nafas, sempit, rimas dan sebagainya kan, tapi bengkung Mamaway ni selesa sebab ia memang fleksible, so tak menyusahkan kita untuk bergerak, menyusu baby dan paling best walaupun pakai seharian ia tak buatkan qaseh berpeluh dan tak memerangkap haba panas.
  • Sesuai untuk bersalin Czer dan normal

Okay qaseh takde pengalaman bersalin Czer, tapi bila bab penjagaan luka tambah-tambah luka Czer ni agak mengerikan lah hinggakan rasa takut nak pakai bengkung dan buat apa-apa kan tapi bengkung Mamaway ni sangat sesuai untuk ibu-ibu czer dan boleh dipakai selepas 2 hari selepas bersalin, sebab bengkung ni mudah laras,  oleh cuba untuk pakai longgar-longgar dulu, jangan ketat sangat supaya tak beri kesan pada luka Czer. 
  • Menyokong rahim, perut, pelvis dan punggung

Bila pantang ni kan masa ni kita memang akan makan makanan yang sihat-sihat je untuk jaga dalaman kan, no makanan segera dan sewaktu dengannya hihi so dengan pemakaian bengkung ni akan membantu memulihkan juga dalaman kita

Bengkung Mamaway ni memang dapat menyokong rahim, perut, pelvis dan punggung dengan memberi tekanan pada bahagian pelvis dan perut untuk menahan dinding rahim yang jatuh, kulit yang longgar dan otot kembali pulih selepas bersalin

Untuk pembedahan pula, bengkung Mamaway dapat membantu pemulihan kesan dari pembedahan, menguatkan kembali bahagian dalaman, dan menstabilkan perut dan luka. Lagi best senang qaseh nak buat kerja dan uruskan baby sebab ia memberi sokongan pada tulang belakang. 

  • Tali pinggang boleh laras


Ni paling suka, sebab boleh laras mengikut keselesaan kita, nak ketat sampai sesak mafas pun boleh tapi janganlah ye, senang hanya tampal sahaja sebab ia punya velcro adjustable yang kuat


  • Mampu Gunakan Sendiri
Nah tak perlu minta bantuan orang lain, walaupun berpantang masih boleh pakai bengkung tanpa mengharapkan bantuan orang lain, sambil baring pun boleh pakai 
  • Mempunyai Fiber Infrared
Fiber Infrared ni untuk membantu meningkatkan alirah darah kita, sangat penting supaya tiada masalah darah beku dan sebagainya.


Honest Review : Qaseh sendiri dah pakai, sangat-sangat selesa dan sangat membantu dalam fasa pemulihan dan pantang sendiri ni, memang tak menyesal cuba dan sangat berbaloi, bukan hanya untuk dalam pantang je tau, korang yang nak dapatkan body cantik dan perut yang ramping pun boleh pakai.

Haaa sila check perut sendiri, ada lemak-lemak berlebihan tak :p kalau ada tu haa faham-faham la apa yang kena buat heheh. So far qaseh nak rekomen dekat ibu-ibu memang Bengkung Mamaway Nano Bamboo Postnatal sangat bagus. 


More Info : 
Use this code 
MAMABLOG-QASEH  
And enjoy RM15 off for purchase over RM150

purchase link: https://bit.ly/3lmcVhg

Lisa Nurulain said...

macam selesa pakai bekung yang ni .. tak keras ...

Mohaz Sue said...

Wah senang ada bengkung camni. Nak pakai pun senang tak payah mintak tolong orang dah..

Aisya Ismail said...

Tak nampak muka sesak nafas pun qaseh pakai bengkung ni. Selesa laa kan.